24 July 2013

Bila aku dah bekerjaya

Now, aku tengah study, full time, bukan part time, kalau time study, universiti adalah rumah pertama ku, sebab masa aku banyak dihabiskan di sana, hujung minggu ja aku balik kampung. Dan bila cuti sem plak, aku tinggal rumah mertua sebab kami tak ada rumah sendiri lagi, kalau abang ke laut, aku gilir2 rumah aku dan rumah abang, itu la kehidupan aku dan abang buat masa sekarang…

Sep 2013, genaplah dua tahun aku bergelar student, sebab aku masuk intake Sep 2011. Sep ni aku dah masuk sem 5, then Februari 2014 aku masuk sem 6, Julai 2014 aku start praktikal. Insya-Allah Oktober 2015 aku konvo..;-)

Maksudnya aku masih ada setahun lebih lagi untuk bergelar student, takutnya bila fikir apa aku nak kerja bila habis study nanti, yang penting nak bayar duit PT, berpuluh ribu, boleh pengsan klu dengar, macam nak bayar duit kereta ja, perghhh..

Angan2 bila aku dah bekerja nanti, aku nak ajak abang g melancong, tempat2 menarik, share la duit, time tu nak shopping best la sebab dah ada duit sendiri, 3 bulan sekali ka, mesti best kan tengok tempat orang. Abang dah merantau hampir semua negeri di Malaysia, sedang aku dari belajar sampai la kahwin, utara ni juga la tempat aku, Diploma poli arau, ijazah uum, main kot highway yang sama ja, honeymoon Langkawi, tak merasa nak tengok tempat orang. Cuma 3 bulan petama lepas kahwin aku sempat menetap di Port Dickson. Harap sangat lepas ijazah nnt dapat kerja yang elok, boleh kumpul duit g melancong jauh, hihi

Tempat dalam negara yang nak pergi tapi tak kesampaian:

Cameron highland
Genting highland
Pulau perhentian

Kalau luar negara tu:

Mekah, madinah,
Paris
Abu Dhabi
Negara yang ada salji, hihi

Now aku teringin nak pergi cameron, tapi asa macam tak boleh ja sebab jerubu, huhuhuhu

4 comments:

Adhie said...

semoga sukses bergelar sebagai seorang student

Farah Waheda Wahid said...

akak doakan segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar... nanti dah pegang duit sendiri jangan lupa buat aset yer adik di samping melancong...

intanfirdaus247 said...

Salam nazirah..:) salam Ramadhan..maaf tau kak intan baru berkesempatan menjengah sini.. x lambat dah nak abes study kan..Kak intan doakan yang terbaik dan semoga angan2 menjadi kenyataan,Amin…

Kekzamanis said...

Akak pun belum pernah sampai lagi ke tiga2 tempat yang Nazirah sebut tu.. Huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™