Showing posts with label bengkak kaki semasa hamil. Show all posts
Showing posts with label bengkak kaki semasa hamil. Show all posts

17 April 2014

31 weeks ++

Kaki dah start membengkak, ketara sesangat, jalan pun dah makin slow, huhu, pengalaman petang semalam, kelas kul 12.30-2, pagi tu dah sarapan susu n roti. Ingat dah cukup tenaga, sekali gi kelas, memang penat sangat, sampai ja kelas terus jadi lemah takdak tenaga langsung. Badan berpeluh nak jadi ketaq macam orang tak makan, gagah juga fokus…

Kebetulan kelas kelmarin jauh, penat masa nak g tu belum habis, kelas dah habis, double penat untuk balik pulak, jauh juga untuk ke bus stop, masa ni memang rasa nak menangis, langsung tak dak semangat.

Dulu pernah juga alami kaki bengkak, tapi surut balik, n normal balik, tapi kali ni nampak gaya macam tak surut dah, hari2 bangun tidur mesti bengkak, ikut keturunan sama kot sebab MIL aku gtau dia dulu time dekat- dekat nak bersalin baru bengkak, tapi mak aku memang bengkak awai, siap kebas tangan lagi.. adik aku pun bengkak awal, di usia kandungan macam aku skang.


Balik kelas tu aku tidur ja, penat sangat. Aku tau banyak yang cakap jangan banyak tidur, berjalan banyak takpa dekat nak bersalin, nanti mudah bersalin, aku rasa aku dah cukup ‘berjalan’ dah kat U ni. Aku tak tau aku mampu ke tak untuk bertahan, hanya pada Allah aku mohon...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™