4 July 2013

Roomate aku...

Ok, tiba la masa aku nak perkenalkan roomate aku kat U, dah habis sem n tengah cuti sem dah pun, baru nak kenal, teruk kan, haha, tak kira nak kenalkan juga, sebab semua ni akan jadi kenangan buat aku, sebab skang aku dah tak menulis diari macam dulu dah, apa jadi aku catit kat note o dalam blog ni ja..huhu

Ok, al kisah, aku masuk U, masuk bilik, roomate aku ni masuk lambat, mati2 aku ingat aku dah takdak roomate dah sem ni, tapi dalam senarai nama ada.. Tunggu punya tunggu, masuk juga..

Pertemuan pertama, kalu aku dengan Tihah dulu, kami jumpa 1st day masuk, aku tengok dia kat depan pintu ( masih terbayang detik itu ) dengan roomate kali ni aku jumpa dia masa aku keluar dari toilet baru lepas mandi, dia tercegat depan pintu, terkejut juga la aku, dengan spontan aku tnya " bilik ni ka?" haha, padahal itu memang bilik dia, aku yang diserap masuk, dia pun blur2..

Haha, nak tau sapa dia, rupanya dia la budak yang kami jumpa kat padang tu, sem 2 kan aku jaga game bola, kami berenam, kebetulan kami g lambat, dia la yang tolong jaga dengan member dia, sombong gila time tu, langsung tak tengok kitorang.. memang kena bahan la lepas dia join geng aku, ( kami berenam ) hikhik

Ok, punya panjang cerita, tak gtau g nama roomate aku, nama dia ALONK, just panggil alonk, glamor gitu, nampak dressing ala2 peng, tapi dalam hati ada taman wa cakap lu... haha, confirm dia stress kalu baca ni, muahahaha...

1 comment:

Nao Mei said...

seronok dapat bergambar dengan member kan dik..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™