Showing posts with label TENTANG KAMI. Show all posts
Showing posts with label TENTANG KAMI. Show all posts

21 January 2015

Perkembangan Ainul & pekerjaan abg..

Ainul sekarang lagi 10 hari lagi nak genap 8 bulan, kejap ja masa berlalu, apa perkembangan Ainul pada umur mencecah 8 bulan ni? Ainul dah pandai angkat tangan tegak macam org nak merangkak sekarang ni. Tapi tak pandai merangkak lagi. Baru dok latih tangan bagi kuat, macam orang pumping gitu. Haha.. Tengok pic kat bawah...
Ainul sekarang dah cerdik, kalau ayah dia balik, agah dia senyum meleret, gelak mengekek, amboi manja kemain dia. Cerdik!!

Abg dapat sambung sampai bulan 3 ni. Alhamdulillah, rezeki abg, dapat tengok anak membesar depan mata. Lepas habis projek sampai bulan 3 ni tak tahu la ke mana pula. 

Harap dapat la kami sekeluarga bersatu dok 1 rumah, pagi2 bangun buat air utk abg, tghri masak utk abg, mlm abg main2 dgn Ainul. Macam kehidupan kat PD dulu, bezanya kali ni tambah Ainul..;) tambah penyeri..

Ok, nanti update lagi pasal Ainul, banyak nak cerita pasal anak dara aku sorang ni, kenangan untuk dia bila besar nanti...

#permatahatiayahanda&bonda
#ainulmardhiahmohdezri


15 January 2015

Ainul balik kampung dengan ayahanda & bonda

Kelmarin tdo lambat, kul4 pagi. Bangun pagi memang ngantuk gila. Terlelap balik sedar2 ada org ketuk pintu. Rupanya abg balik dari Penang, x masuk keja kot hari ni. Pepagi dah terjengul depan pintu.

Petang td ajak abg balik rumah Matang Kong, dah rindu sangat kat adik putih aku. Banyak hari juga tak balik. Abg x banyak songeh on ja. Yeayyy. Cepat2 aku siapp..
Dah bersiap comey2 wajib la selfie..hihi
Balik tu kemain lagi maksu solehah dia pkai bju lawa2, rupanya baru balik dari rumah tok, x lama aku duduk dia pun mulala tanggal baju seluar tinggal pampers ja. Putih putih..
Maksu Ainul, Nuraisyah Solehah a.k.a adik putih
Boleh dia tidoq depan pintu, haishh, pejam celik kejap ja dah 2 tahun 6 bulan adik bongsu aku ni!! 

Oleh kerana terlalu penat ayah Ainul melepak sorang2 kat atas buaian. Sengaja aku bawa Ainul gi kaco ayah dia. Hihi.. dengan senang hati Ainul join lepak dengan ayah dia..

Tengok betapa baiknya Ainul mengaco ayahnya tdo..haha
Dekat maghrib kami bertolak balik, esok abg kerja. 

#permatahatiayahanda&bonda
#7bulan15hari


13 August 2014

Aku melawat Ainul..

Berat mata memndng berat lagi bahu memikul..
Disebab kan aku bersalin normal, aku perlu jaga elok2 di bahagian jahit tu, tak boleh jalan banyak, tapi untuk ke tempat Ainul aku perlu jalan agak jauh. 2/6 aku jalan jauh sangat, balik tu asa sakit kat bahagian jahit, hukhuk.

Selasa 3/6 aku gi tgk Ainul, bawa susu perahan untuk Ainul, abang pimpin aku masuk dalam wad tu, jauh, slow ja aku jalan, masa aku sampai Ainul tengah tidoq, mungkin baru lepas makan, masa tu ada 5 kesan cucuk kat tangan Ainul, ya Allah. Apa depa buat kat anak aku. Ainul blom sampai seminggu dah kena cucuk camtu, dia merengek ja, tak jaga pun aku dukung dia, aku panggil nama dia, dia hnya meremgek, ainul tak susu hari tu, mungkin dia dah kenyang. Puas aku cover air mata dok bergenang dah. Elok ja aku letak dia, dia merengek seolah tahu aku nak tinggalkan dia.

Rabu 4/6 abang tak bagi aku p, abang kata biar aku berehat, selang2 kalau nak p, sebab aku masih baru, abang ja p, hantar susu, hantar pampers, abang tak masuk sebab abang tak sihat, abang tgk dari luar ja, bila aku tanya abang kata Ainul ok, tak nangis.

Khamis 5/6 aku tak g juga, abang demam, makin teruk, abang gagah juga gi hantar susu untuk Ainul, tu pun g dengan ayah. Ok, aku tekad hari Jumaat aku akan gi tgk Ainul. Sejak 28/5 lagi abang dah tak sihat sebab ulang-alik hari-hari dari penang. Balik keja tengari terus g kat aku, then balik umah, ptg datang plak, kesian abang. Sampai demam2..

Jumaat 6/6 walaupun dalam keadaan letih abang gagah juga bawa aku gi hospital untuk tengok Ainul, abang tahu aku rindu, tiap2 malam tidur bertemankan air mata, teringat macam mana keadaan Ainul kat sana. Aku nangis dalam diam, tutup ja lampu, meleleh air mata, siang2 aku hepi cara aku la, padahal dalam hati Allah ja yang tahu betapa terseksanya aku menanggung rindu. 

Semangat aku nak gi tengok Ainul sampai tak rasa sakit langsung. Cerdas dari hari2 biasa. hepi!!
Sampai ja hospital, macam biasa abang akan suruh aku tunggu dalam kereta sementara abang gi ambik kerusi roda, abang datang kata aku dengan muka masam, abang gtau hari ni xda kerusi roda, cuti am, means Jumaat Sabtu xda perkhidmatan kerusi roda, KENAPA???

Nak jalan jauh, aku memang tak mampu nak jalan jauh, abang gtau camna nak buat, b tu tak boleh nak jalan jauh, air mata aku dah meramu dah, bayangkan kita dah sampai dekat hospital dah ni, tapi tak boleh nak tengok, dah 3 hari termasuk hari tu. Ya Allah, berat sangat dugaan ni, abang suruh aku tunggu kat bawah, abang naik bagi susu. Aku kat bawah ni, air mata tak boleh nak stop dah, meleleh sediaa, lantak la orang nak tgk. Guard tu tgk ja aku, haa, macam nak tanya, kenapa tak buat perkhidmatan kerusi roda, saya tak boleh tgk anak saya tau! Tapi aku malas dah, xda semangat, hanya air mata ja menceritakan segala-galanya.

Abang datang kat aku, gtau pampers habis, abang ambik pampers gi hantar plak, kesian abang, jauh juga la nak jalan tu. Abang datang, aku tnya anak camna, abang kata macam dia la, tak nangis pun, baikk. Atas kereta tu makin laju air mata bila tengok bangunan hospital, dalam hati ashik kata, ketentuan Allah, walaupun dah sampai tapi Allah tak izin untuk kita jumpa, kita tetap xkan jumpa. Abang risau tengok keadaan aku camtu, yerla, orang dalam pantang mana boleh fikir banyak, memang aku termenung jauh, rindunya Allah ja yg tahu, abang ashik panggil aku, takut aku melayang makin jauh.


To be continue…

4 August 2014

Pengalaman Bersalin Ainul Mardhiah

Okey nak sambung cerita pengalaman bersalin..

Untuk pengetahuan semua ni la pertama kali aku naik ambulans, seumur hidup aku, aku hanya tengok ja ambulans, naiknya langsung tak pernah. Ada dua orang nurse ikut, tapi diorang dok depan sebab kami dua orang tak sakit.

Sampai ja hospital terus masuk dewan bersalin, duduk kat ruangan menunggu, lama juga la aku tunggu, dengan tak makan apa, lapaq gila. Sembang2 dengan sapa yang ada, then nama aku dipanggil, aku pun jalan la ke katil, aku tak ingat la cek laluan dulu atau scan jantung baby dulu, kalau difikirkan logik mesti cek laluan dulu kan, haha.

Cek laluan

Cek laluan kali ke pertama, nurse pelatih Hospital Jitra
- ok ja, 1st time kan.

Cek laluan kali ke 2, staff nurse Hospital Jitra
- kasar sikit tapi masih boleh tahan la

Cek laluan kali ke 3, doktor HSB
- hmm cek laluan lagi, tapi doktor ni cek ok ja, tak da la sakit sangat..

Cek laluan kali ke 4, doktor HSB
- Dr. ni agak sombong, bukan agak tp mmg sombong, riak takbur pun ada, sekali lagi nama aku dipanggil, aku disuruh baring, aku tanya nak buat apa, dia gtau saya nak cek laluan, aku kata la tadi cek dah, dia kata tadi ni dr biasa, saya ni lebih sikit dari diorg, haa, ayat riak tu kan.. redha ja, kasar nak mampos dia cek, orang ‘pakar’ la katakan, klu dia tak kahwin lagi, nanti dia kahwin dan mengandung, mintala bagi doc yang cek laluan dia cek kasar macam mana dia buat (doa), ishh tak baik doa gitu, tapi biarlah dia rasa plak kan.

Cek laluan kali ke 5,  dan seterusnya aku tak ingat tapi dalam 7x juga la..dalam masa 4 hari. 2x doc laki, buat kering jaa, last2 plak tu, ingatkan tak kena dah doc laki, hmmm..
OKEY. Kena tahan.

Aku di tahan di wad untuk pantauan sebab result air kencing ada masalah apa tah, waktu tu kandungan aku baru 37 minggu nak masuk 38 minggu. Maka lepaklah aku di wad tersebut, rabu malam tu aku masih ok. malam ke berapa tah aku nangis sebab rindukan abang. Huhu, tetiba rasa sunyi ja kat wad tu, padahal dalam tu 4 orang, aku ditempatkan di bilik depan. Malam kedua tu best sangat walaupun tak boleh tdo sebab ada dua orang baby baru, nangis2, terbayang-bayang baby aku nanti, hihi

Dipaksa bersalin.

Jumaat pagi, doc pakar datang melawat, tiba kat katil aku dia tanya, dah berapa minggu? 38 minggu. Ada turun tanda, xda. Ada contraction, xda. Bukaan, masih 2cm. Dengan slumbernya dia arahkan doc lain suruh masukkan ubat, nak paksa aku bersalin, katanya nak bagi kebenaran balik pun dah 38 minggu, nanti nak kena datang plak. ( klu aku tau sakit, taubat aku mintak balik waktu tu)

Dalam tengah hari aku dipanggil untuk cek laluan lagi, mungkin yang ke 5, doc perempuan, dia tanya aku, nak masuk ubat dak? Aku yang blurr2 gtau kalau boleh taknak la, yerla aku dengar masuk ubat ni lagi sakit daripada bersalin biasa, doc gtau dia nak tolong bukakan laluan secara manual. Aku yang tak tahu apa2 ni merelakan segalanya.

Dah terlalu banyak kali cek membuatkan aku rasa sakit tiap kali kena cek laluan, dan kali ni bagai nak terputus nyawa bila doc tu robek2 macam basuh ayam, ya Allah, rasa hancur kulit dan isi kat dalam, memang macam tu ka, bukaan secara manual supaya tak perlu masukkan ubat, sakit ya Allah, lepas ja dirobek robek tu, asa macam nak merangkak ja balik bilik, paksa juga jalan, bila gi toilet, ketul2 darah keluaq, darah lendir, aku dikhabarkan malam ni doc akan cek laluan lagi dan akan buat bukaan manual untuk kali kedua, fobianya aku.

Walaupun buat bukaan paksa, aku tetap xda contraction, yerla baru 38 minggu kan, malam tu sekali lagi aku dirobek, sungguh kejam doktor tu!! Katanya dia nak buat aku tak boleh tido sakit supaya aku boleh bersalin tanpa dimasukkan ubat. Sakit ya Allah… aku balik bilik, berjalan berkawad supaya cepat bukaan, pergi depan tengok iron man, x mampu sebab sakit dirobek tadi, bukan sakit nak bersalin.

Dimasukkan ubat

Malam tu aku tdo cam biasa, pepagi lg Sabtu 31/5 aku dipanggil untuk cek laluan, kali ni kalu tak salah aku doc laki. Ternyata still 2cm. mahu tak mahu terpaksa masukkan ubat, tapi yang nasukkan ubat doc perempuan. Sekali lagi aku menanggung sakit sebab ubat tu ditekan pada tempat sakit tu.
balik bilik dlam 9 lebih aku dah start sakit macam senggugut tu, makin lma makin sakit, last aku mintak nak ubt tahan sakit pelik kan, masuk ubat nak bagi sakit then masukkan ubat tahan sakit plak, hihi. Dia gtau klu letak ubat tahan sakit ni aku akan ngantuk, automatik bila ubat tu masuk aku rasa lali ja, tapi aku ingat ja suma, takda la ghaib sampai tak sedar apa, sakit tetap sakit juga. 12.30 abang datang bawa nasi ayam, aku teringin nak makan, time tu aku dah lali sangat, abang ngan mak teman sampai habis waktu rehat, petang tu mak ayah aku pun datang juga, aku dah sakit teruk, siap meraung2 lagi dalam bilik tu, tutup tirai mak ayah keliling macam dah nazak sangat, sakitttt..

ke labor room

aku genggam kuat tangan abang, gtau dia aku sakit, lapar, siap nangis2, mak suapkan aku kurma,,banyak juga aku makan, aku minum air zam2 yang abang beli, then aku muntah suma, sedih sangat tiem tu, asa hilang nikmat dunia, nak makan pun Allah tak izin dah, serius asa macam nak mati, huhu, aku mintak maaf kat suma, aku nak mntak ubat tahan sakit sebab bukaan masih 3cm, tapi sebelum gi ambik ubat tu, kena gi scan jantng baby, ternyata baby lena, jadi aku tak dibenarkan untuk ambik ubat tahan sakit untuk kali kedua. Doc cek bukaan, doc lelaki, bila cek dah 4cm, dah boleh ke labor room, tapi labor room penuh, aku ditolak balik ke katil.

Masa kat katil tu aku nangis kuat sangat, sebab sakit yang terlampau, kak pupu aku tengok aku pun dia nangis sekali, mak mertua aku cita, time tu aku x tak ingat apa dah. Bila aku dah sakit teruk nurse datang dan gtau aku dah boleh masuk labor room, waktu tu dalam kul 7-8 waktu tu, bukaan 4cm, nurse gtau 1 jam 1cm, ya Allah laamanya..

Masuk ja labor room aku gi kencing dulu sebab dah tak tahan, naik ja atas katil tu, memang dok sakit dah, nurse bagi sedut gas kalau sakit, dok sedai kat mulut aku sebab aku rasa sakit salu, aku sorang2 ja, sedap la aku nak sedut kan, tak hilang mana pun sakit, tetap sakit jugak, aku gtau aku nak berak nurse kata awai lagi ni, maksudnya aku sakit tu nak bersalin, tapi masih awal last2 aku tegas gtau nak berak, nurse cakap berak ja kat sini, huhuhuhu..

9 lebih bukaan dah 8-9cm, diorang panggil abang masuk, diorang suruh teran, ini memang lawak, lama juga aku teran tapi tak jadi2, rupanya orang teran macam teran taik, aku teran macam tahan sakit, nasib nurse tegur, adik teran macam nak berak tu,. Abang kat sebelah, bacakan doa untuk aku, usap kepala aku, terharu sangat,  doc cina tu comey ja, ayat dia gini “ bagus, bagus, sikit lagi, bagus-bagus sikit lagi” semangat aku dengar dia kata gtu. Suma support, bila aku gtau tak larat, diorang bagi kata2 semangat.

3 kali teran yang terakhir tu,

3 kali yang terakhir tu aku teran dengan sesungguh hati aku, diorang kata kalau sakit teran ja, aku pun teran tak hengat la, haha.. bila diorang kata nampak dah kepala, abang mintak nak tengok, sempat lagi nurse tu berseloroh kata rambut macam ayah dia, haha, bila dah sampai kat pintu tu, memang kebas tak rasa apa dah, keluaq2 tu aku pegang kuat tangan abang, aku tengok abang sambil kata AINUL Mardiah kita, diorang letak letak atas dada, masih terasa dan terbayang samai sekarang. bundar mata dia, diorang suruha aku nyusu, mana aku tau nak nyusu dengan keadaan dia camtu, Ainul nangis jap ja, then diam, aku kata nape dia tak nangis, terus diorang angkat dia.

Bermulalah sesi jahitan..11 lebih baru sudah. Tengah jahit tu Doc gtau anak kena tahan NICU, sedh sangat, diorang bawa Ainul, suruh aku cium dia, masa tu aku tengah kena jahit, aku cium dia, dan tulah last aku tengok dia, malam tu aku sorang tanpa Ainul..

Panjangnya cerita, insyaALLAH kalau ada masa dan rajin nanti aku akan story pasal jahitan plak, banyak lagi nak cerita, tapi slow2 la, baru nak start aktif balik.





#Ainul sekarang dah 2 bulan lebih..;-)

20 July 2014

Ainul Mardhiah binti Mohd Ezri

Sebulan sudah blog dibiarkan bersawang tanpa entry baru, sibuk dengan baby memang malas nak on laptop, klu ada handphone canggih boleh la update pakai handphone je kan, "abang bila nk bagi hp abang kat b"- angan tak sudah, haha..

Entry kali ni taknak cita apa2 lagi, just nak intro permata hati dunia akhirat aku..

Ainul Mardhiah binti Mohd Ezri
31/5/2014
9.54pm
2.44 kg
Ni hari ke-8 lepas ambik dia dari hospital...
Skng dah lain tau muka dia, nanti ada kesempatan aku share k, ada ja pic dia kat IG,WECHAT ngan FB aku,hihihi

Entry tertangguh
#Cerita Hospital Sutanah Bahiyah
#Cerita pengalaman bersalin Ainul Mardhiah
#Cerita berpantang
#Cerita Ainul Demam

dan macam2 cerita lagi tak sempat nak kongsi.HUHUHU

5 June 2014

Ke Hospital..

## Aku update guna samsung jer##

Lama sangat x update blog..Tanggal 27 Mei 14 selasa..

Niat di hati sekadar nak balik berehat. Yerla 1st paper kan 2 Jun. Kebetulan roomate aku pun balik. Jadi aku pun decide utk balik kjap then dtg balik utk study. Sapa sangka rehat itu menjadi cuti berpantang aku. 

Rabu ptg 28 Mei 14 aku start rasa x selesa.. Entah apa yg aku mkn. Suma serba x kena. Jalan x kena. Tdo x kena. Baring x kena. Sakit bawah tulang rusuk. Mcm org kena paksa lari tu. Bukan sakit nak bersalin. Bila tdo nak aleh kiri dan kanan tu masyaAllah.

Sebelum ni aku alami pelvik pain. Kali ni sakit kat perut tu. Lagi dasyat. Malam tu aku mmg x boleh tdo. Merengek ja. Sakit. Esoknya aku rest. Kul 12 baru bangun. Itu mak mertua datang jenguk sebab aku x kuar bilik. Abang dah gi kja. Petang juga mak mertua aku suruh kol misi. Tnya keadaan aku. Bila aku kol misi gtau suruh aku gi check kat kk Tunjang. Aku g dengan adik ipar aku sebab abang x balik kja lagi. Sampai ja Tunjang nurse sana suruh aku g hospital Jitra. Tanpa jumpa doktor. Tanpa ada sebarang surat menyurat. Just cek berat n tekanan darah. Aku malas nk komen.

Aku yg tgh sakit ni meneruskan perjalanan ke Jitra. Sampai Jitra diorang buat CTG ( utk dengar jantung baby ). 1st buat jantung baby x stabil. Graf x cantik. Dr.kol hospital Sultanah Bahiyah (HSB) utk maklumkan nk rujuk pesakit ke sana. Sementara nk tunggu ambulans datang diorang buat skli lg. Elok plak. Cantik jer graf. Hmm..tp kena gi juga la HSB sbb 1st scan tu graf x cantik. Redha ja. Sebelum tu nurse pelatih n staff nurse cek laluan. Baru 1cm. Haa?? 1cm?? Dah nak bersalinkah aku??

Cerita di HSB next entry plak. Mcm panjang sangat dah ni. Slow2 yer..;-) *cek laluan SAKIT ok. Sekali lagi ulang SAKIT. Bukan apa. Ada soalan yg page mommy2 ni tnya pengalaman cek laluan sakit x. Ada kata tak. Hmm pengalaman masing2.

17 May 2014

Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga

Tanggal 12/4 yang lalu bermula la kehidupan pelaut sebagai orang darat, awal tahun ni, abang dapat offer 1 project di darat, satu berita gembira utk aku, untuk ayah mak dan untuk abang juga,  katanya bulan 3 nak start, tapi di sebabkan keja tu tak tahu bila, Mac 2014 abang terima tawaran untuk naik laut dulu, setelah sekian lama abang tak naik laut, tapi abang naik kjap ja, sebab abang dah dapat panggilan yang projek di darat dah nak start, semuanya di bawah satu company yang sama, sebab tu abang boleh jer nak balik awal..;)

Projek kali ni di Pulau Pinang, alhamdulillah abang dah dapatkan rumah sewa, tapi berbentuk homestay, jadi penuh la perabut, peti ais, mesin basuh, tv, katil almari tilam, lengkap, abang datang bawa baju n badan ja, hihi. haa, cuma satu jala, xda dapur, sob sob sob..

Rumah ni memang dekat gila dengan tempat keja abang, tapi abang jarang stay, salu ja abang balik kampung, boring katanya, hihi.. kalau abang letih sesangat baru abang stay.

Kalau abang balik hari Khamis tu, aku rajin juga follow abang gi rumah sewa abang, Jumaat pagi kami bertolak, abang hantar aku kat rumah then abang gi keja, Sabtu tu lepas abang kja kami bertolak la balik kampung, abang takdak cuti, tapi kja abang flexible, tak fix pada office hour. Sebab tu abang rajin ja balik kampung, dekat jer kan.

Muka boring sebab tunggu tuan rumah 2 jam..
Last-last kuar keta lepak kat luar, hihihi
Now abang dah keja darat, insyaAllah projek setahun, kalau cukup setahun maka bulan 4 tahun depan baru habis, sempat la kami sekeluarga berhimpun, aku dok berangan dah kalau abang masih ada kontrak lagi, habis ja praktikal bulan 11 nanti nak datang duduk dengan abang samer baby kecik...;-)

* baby kalau naik keta abang bukan main aktif dalam perut bonda, suka lerr tu ayahanda bonda bawa gi jejalan, hihi...

9 March 2014

Cerita balik kampung lagi..;-)

Salam maaf sebab aku tak perasan entry ni kosong masa aku publish semalam, line teruk sangat, huhu, ini kisahnya...

Salam, balik kampung hari tu, bapak mertua ku datang ambik kat U, oleh sebab abang tak dak kat rumah maka aku gtau bapak mertua ku mintak hantar aku terus balik rumahku, hihi. Tapi sebelum balik tu, ajak bapak mertua ku singgah Jitra dulu, kononnya nak guna voucher buku la kat QS Jitra untuk beli alat tulis, sekali gi tanya, tak boleh lagi, haishh, nape tak boleh lagi?? Tak faham aku. Then takpala, kami gi jer Jitra Mall bayar bill telefon aku dan abang, RM3 rat ++ juga la, untuk 2 bulan k, bill berdua, ;-)

Ok, sampai ja rumah adik putih macam biasa buat malu2 kucing dia, walaupun dengan kakak sendiri, maklumlah, jarang balik, tapi dia ok jer, mahu juga kalau dukung, tak nangis macam dulu dah, ayah aku yang tengah bawak terektor kat belakang rumah, stop la kejap sebab nampak besan dia datang, sembang punya sembang bapak mertuaku mintak diri. Tapi sebelum tu abang kol tau, abang gtau abang sampai tengah laut dalam 12tghri gitu, kul 5.59pm baru abang kol aku, xpala, at least abang kol, dan itu la last aku dengar suara abang, sampai detik ini…huhu

Malam tu aku lepak kat rumah, main dengan adik putih aku sampai puas, best sangat, tengah malam ja teringat kat abang, tapi tak di layan sangat, sebab ralit ja main dengan adik putih n sembang2 dengan mak, kami tido reramai kat depan tv..

Esoknya, bangun pepagi, basuh baju, basuh pinggan, tolong mak masak, lepas Jumaat ayah dah nak hantar aku balik sana, kan Sabtu aku ada check up kat klinik desa sana, balik Jumaat tu kami siap2 la nak hantar aku, mak ngan adik putih ja follow, yang lain dok umah..
Sampai ja umah mertua aku, lepak2 jap, bancuh air dekat mak, sembang reramai, adik putih cam biasa la, aku bawa dia ke dapur, ikut ja ke mana aku melangkah, hihi, cam comel ja… dah tu  ayah pun mintak diri sebab ada keja, masa salam ngan mak ayah tu asa sebak camna ntah, sedih nak pisah, padahal rumah dekat ja, sob sob sob…

Malam tu aku layan cita TWILIGHT, sampai la ngantuk, dah terlelap pun kat kerusi tu, bangun gi toilet, masuk bilik, kemas2 tempat tido, then baring, zupppp, terus teringat abang, laju ja air mata mengalir, dalam dok ngantuk tu, serius teringat sangat, tak mampu nak control emosi, rindunya Allah ja yang tahu.. (T____T)


Aku hantar email kat abang, dalam linangan air mata, aku tidur pun bertemankan air mata. Hanya pada Allah aku mohon, moga aku kuat, doa agar Allah jagakan abang di lautan sana, moga abang balik ke pangkuan aku dengan selamat.

6 March 2014

Abang dah sampai..

Alhamdulillah abang dah selamat sampai.. abang kol, esok pepagi abang akan bertolak ke laut, sebelum abang kol tadi, aku tengah layan cita, habis ja cita tu, ntah nape tetiba teringat kat abang, menitis laju ja air mata, kebetulan abang kol, macam tetahu ja..

Tak leh nak cakap ngan abang, asa sebak sangat, mungkin malam ni malam last abang akan kol aku sebelum tidur. Malam-malam akan datang abang dah kat tengah laut. Dah terbiasa akan mesej abang, then sebelum tidur abang wajib akan kol aku… Malam ni walaupun masih boleh contact, dah terasa sunyinya tanpa abang.. (T__T)

4 BULAN dengan abang, sejak tahu pregnant mana abang naik laut lagi, ni kali pertama, doakan aku kuat, macam ni la aku tiap kali abang naik laut, biar seribu kali naik pun perasaan tu tetap sama, Tuhan ja yang tau macam mana rasa sunyinya. Dan tiap kali tu juga aku akan teringat kak Nur, pemilik blog Mawar Nafastari, akak, betapa kuatnya akak hadapi hari mendatang tanpa dia di sisi, kuat dan cekalnya hati akak dalam menanggung rindu yang tak mampu lagi diungkap.



Ya Allah, lindungilah suamiku di lautan sana, permudahkan segala urusan dia, amin…

1 March 2014

Cerita Di Hujung Minggu

Amboi2 puan Nazirah, berehat sungguh di hujung minggu yer, balik rumah terus sunyi sepi tanpa sebarang khabar berita, hilang dari dunia maya, cewwah…

Ala, bukan pi mana pun, cuma tak sempat nak on lappy (alasan)! Ok, balik hari Khamis tu dengan bahagianya abang datang ambik kat U, yes, sem ni tak balik dengan bas lagi, see, betapa sayangnya ayahanda pada kamu sayang. Tak biar bonda balik naik bas, sanggup ulang-alik ambik bonda kat U.

Balik tu kat surau kampung ada orang tengah baiki speaker, abang hantar aku balik terus naik motor gi tolong pakcik2 tu baiki speaker, dalam setengah jam gitu dengar lah orang dok sebut testing2 123…hihi alhamdulillah maghrib dan isyak dah boleh rasmi, bestnya balik kampung!

Jumaat, penghulu segala hari, alhamdulillah rezeki abang nak buat kenduri kat umah member dia, maksudnya abang keluarkan modal untuk semua barang, masak reramai dan makan reramai kat rumah tersebut..;) siangnya kak sepupu abang datang masak kat rumah, buat bihun sup, makan reramai juga, diorang balik sebelum asar. Petang lepas asar, kami berdua bertolak ke rumah kenduri, tolong apa patut, dalam kul 7 tu balik rumah dulu, balik dari surau lepas isyak tu terus gi rumah kenduri tu lagi. Tengah malam baru balik, ralit menyembang, hihi

Hari ni, macam biasa bangun pagi, kemas baju, nak balik U dah la katakan, tengah hari camtu abang datang hantar. Kami singgah c-mart Changlun, beli stok makanan untuk aku, hihi, tq sayang!! Hmm sedih plak nak berjauhan dengan abang, tapi takpa seminggu ja, minggu depan balik lagi sebab 8hb nanti 7th check up klinik desa, nak tengok Hb.. hope semuanya ok, amin.

Buat abang, thanx for everything, I love you!!!
Nanti aku story tentang anniversary kami yg ke 3 k..;-)

psss..sapa blom join klik banner lelaju!!!



28 January 2014

Kandunganku 20 minggu ;-)

Alhamdulillah miniGA yang aku anjurkan dan berlangsung selama dua hari, kepada sesapa yang singgah blog aku yang blom join miniGA aku lagi sudi-sudilah klik SINI, SEMINGGU  ja tau, tak payah malas2, bukan nak kena buat entry pun, tinggalkan link blog kat entry tu ja.

Okey tanggal 26/1/2014 hari Ahad aku ada temujanji dengan doctor klinik kesihatan Tunjang untuk repeat scan. Check up bulanan aku kat klinik desa, kalau scan kena gi klinik kesihatan, ni kali kedua aku scan kat klinik tu, 1st masa aku buat buku merah 27/10/2013 Ahad. Masa tu baby baru  7minggu nampak macam kacang merah ja.

Sebelum tiba tarikh scan ni aku ada g scan kat swasta tau, Dr. Noriah, kebetulan aku teman kawan aku untuk cek kesuburan, terus la scan perut aku skali, masa tu 4/12/2013 kandungan aku 12 minggu, best sangat nampak baby dok lonjak-lonjak dalam perut, aktif sangat baby masa tu. Aku nak sangat scan sebab asa lambat gila nak tunggu 26/1..hihihi

Akhirnya tiba juga kan 26/1/2014, pepagi lagi aku dah bangun, iron baju, iron tudung, haaa, tak sabarnya nak tengok anakanda aku tengah buat apa kat dalam ni, serius memang excited sangat, aku g dengan abang, Alhamdulillah abang masih ada di darat untuk teman aku tiap kali check up..;-)

Sampai ja klinik, letak buku merah dalam raga, aku blur, tanya akak kaunter tu, kena ambik no tak, dia kata tak payah, nanti dia panggil, dia panggil nama aku, dia bagi no untuk jumpa doc, g timbang, alhamdulillah berat naik, check tekanan darah, Alhamdulillah stabil, then g test air kencing kat makmal, okey ja tak kena apa2, tunggu la untuk jumpa doc, nak kata lama pun tak kejap sangat pun tak, sedang2 ja waktu aku tunggu. Timbul la no aku, kali ni ajak abang masuk, sebab abang tak tgk g aku scan.

Dah sembang2 dengan doc, doc suruh aku baring, aku pun baring, abang tunggu la kat hujung katil tu, nak tengok baby kecik la katakan, doc sapu jel kat perut then mula scan, aku tak perasan apa pun, aku tanya la mana baby, doc tunjuk ni kepala dia, then ni kaki dia, ni jantung dia, kat jantung tu aku nampak la benda dok berdegup, yang lain langsung tak perasan apa, lama juga doc scan, sambil doc ambik ukuran, sedangkan aku yang dok tengok tak perasan apa pun, ikut hati nak ja aku nangis, betapa kecewanya aku, apa pun doc gtau baby sihat, Alhamdulillah.

Print kuar pun nampak garis warna putih ja, sampai aku kena tanya doc mana baby, doc tunjuk ni kepala ni kaki, garisan putih terang tu tulang belakang dia. Atas kereta aku terus gtau abang aku nak buat scan 3D, aku tanya abg nape masa aku scan swasta masa 12minggu hari tu nampak clear ja baby dok lonjak2, ni sampai tak nampak apa langsung walaupun dah 20 minggu. Abang gtau tengok la kualiti, kalau tak takkan swasta nak cas sampai RM35 sekali scan, sungguh juga kan, alahai… SEDIH AKU..

Aku mesej dengan wife kawan abang, dia cadangkan aku g buat kat Mahsuri, cepat dan murah, dia masa 4 bulan dah tahu jantina, see, aku skang dah 5 bulan tau!! Hukhukhuk… sabar sabar, so aku cadang nak g buat 3D scan masa kandungan 24minggu nanti, insyaAllah, ;-) Wife kawan abang kata scan kat klinik kesihatan tu zaman jepun punya tu tak nampak apa, kehkehkeh, gelak besaq aku dengar..

Kesimpulannya:
Berat : 46.1kg (naik 1.2kg dalam masa 3 minggu)
Baby : 20week
Hb : tak check
Bp : 110/70 ( sebelum ni 100/70 )

Doakan baby sihat yer...;-)


12 January 2014

'Birthday GiveAway by Cik Ayue'.


klik SINI untuk join...
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 27 BUAT CIK AYUE..;-)

GA ni mintak kita sertakan 2 keping gambar wedding idaman iaitu pelamin dan baju pengantin.

Untuk pengetahuan semua, masa aku kawin dulu, kami tak bersanding, jadi takdala pelamin bagai, tapi setiap pompuan kan mesti ada pelamin idaman kan, pelamin idaman aku ialah sebuah pelamin yang simple, tak crowded, sesuai dengan keadaan rumah aku (rumah kampung). Search dalam internet terjumpa la pic ni, sesuai dengan kriteria yang aku idamkan, simple, just guna 2 warna ja. ruang luas untuk sedara mara bergambar. Ada 2 bunga telur dan bunga2 hiasan. Perfect!!

sumber
PELAMIN
Then, pic baju pengantin, hihi, mestilah ambik diri sendiri jadi model kan, pilihan warna merah hati, sesuai dengan kulit kami berdua yang sawo matang, haa, pemilihan warna jangan main terjah jer, kena sesuaikan dengan warna kulit kita dan pasangan juga, potongan baju plak sesuai dengan ketinggian kita, untuk aku yang sedia rendang ni, kebaya labuh nampak sesuai ja..;-)

KENDURI 5 MAC 2011
BAJU PENGANTIN
BAJU PENGANTIN
Pesanan ikhlas, selain pemilihan baju, pemilihan tempat untuk photoshoot juga penting, macam aku ni, kami buat kenduri simple ja, buat sama sehari, petang dalam kul 5 kami keluar, kebanyakan wedding yang aku join sempat g satu lokasi ja, kalut. macam kami sempat g banyak lokasi juga, bendang, kebun getah, sungai, tepi laut, alhamdulillah, sesi photoshoot berjalan dengan lancar. ;-)

Hadiah Birthday Giveaway

Teddy Bear x 1
(lebih kurang mcm dlm banner tu)

Novel by Meg Cabot x 1

Mini Tasbih x 1

Face Mask + Eye Bag Mask x 1

DIY Frame x 1


Pemilihan Pemenang

Top Referral
Teddy Bear

Gambar memikat hati ('',)
Novel
Mini Tasbih

Random
Face Mask+ Eyebag Mask
DIY Frame

Tarihk penyertaan
4 Januari 2014 -31 Januari 2014
Follower yang ke #130

tag: awak, awak dan awak


Dalam join GA dapat juga story tentang wedding aku, 2 in 1, ;-)

7 January 2014

PESAN IBU TENTANG AYAH


PESAN IBU TENTANG AYAH:

Anakku… 
Memang ayah tak mengandungmu..
Tapi,
Darahnya mengalir didarahmu. Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati.

Memang ayah tak melahirkanmu...
Tapi,
Suaranya-lah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir.

Memang ayah tak menyusuimu...
Tapi,
Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.

Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...
Tapi,
Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa namamu disebutnya.

Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...
Kerana,
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak aman.

Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu...
Kerana,
Cintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu.

Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.

Ibu hanya ingin kau tahu...
Bahawa,
Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.

Anakku dari dirinya juga terdapat surga bagimu. 
Maka,
Hormati dan sayangi ayahmu.
Kerana,
Ibu adalah tulang rusuk-nya.

Jauh dilubok hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.

Berbahagialah bagi yang masih punya ibu & Ayah.

Untuk permata hati ayahanda & bonda..;-)

5 January 2014

Kisah Kita Bermula Di Januari

5 Januari 2005

Pertama kali kami berhubung kembali setelah 5 bulan menyepi, aku guna number baru, jadi aku yang mulakan dulu, tak ku sangka dia masih mengenaliku, ;-)

Di tarikh ini segalanya bermula, detik perkenalan antara aku dan dia, “sweet little baby gurlfren” ayat yang selalu dia gunakan, aku hanya tersenyum.

Jika di kenang detik ini, hanya senyuman terukir dibibir, jodoh yang telah di aturkan di atas sana, bermulanya dari hasil perkenalan ringkas ini.

Masih jelas dalam bayangan, bagaimana aku ketika sedang bermesej dengan dia, malam yang sepi, gelap gelita, di saat sesi persekolahan baru bermula.

Aku matang katanya, walaupun aku ketika itu baru 16 tahun, salah satu sebab kenapa dia suka berkawan dengan aku. Aku hanya tersenyum, matangkah aku?

Dari tarikh itu bermulalah keakraban kami, keakraban yang tak dijangka yang kekal hingga kini, yang bermula pada detik 5 Januari.


Doaku moga hubungan halal ini kekal hingga ke syurga yang abadi, aku bersyukur, di anugerahkan rasa cinta yang kekal hingga kini, sungguh aku mencintai dia, sungguh aku menyayangi dia. Terima kasih Allah yang Esa, aku kini halal untuknya…;-)

Pic masa jadi tunangan si dia, 2010

2 October 2013

Rindu abang...

Hari ni genap la seminggu abang kat laut, malam tu abang pesbuk aku, gtau abang sampai 7 pagi, alhamdulillah abang sampai dengan selamat, cuma tak berupaya nak contact sebab takdak telefon, harap wifi yang tersangat lembab tu ja..

Esoknya abang kol aku, 29/9 bestttttt sangat, hihi abang gtau abang tak boleh kol selalu, sebab abang kena tukar kapal, g keja kapal lain, tido kapal lain, kira ulang alik la hari, di tengah laut nun, bukan ulang kat darat. xpa la aku paham, tapi tiap kali abang kol, mesti asa sayu ja, sabaq ja la kan... nasib la aku kat U, tak terasa sangat, mo kat rumah ka, tengok bilik sunyi ja, tgk ruang tamu xda sapa, tidoq sebelah kosong ja, perghh...

30/9 abang langsung tak kol, o pesbuk aku, mungkin abang sibuk, aku paham...

Kelmarin abang kol, hihi, hepi sangat, abang tanya aku sihat x, aku gtau aku sihat ja, senyum sampai telinga ;-)

Tadi pun abang kol, aku tdo sebab sakit kepala. abang gtau abang nak online malam ni, kul berapa tu aku tak pasti la, n tak tau boleh o tak nak online tu, huhu, aku dah gtau abang "berita gembira" abang kata xpala..rezeki depa..

Nak tempek gambaq candid abang sekeping, alahai rindunya hati ini...

kesayangan hamba...
**sesapa yang blom join miniGA nazirahnyerr, jangan lupa tinggalkan link blog anda di entry INI.. malam sok last!! x yah buat entry pun, tinggal link blog ja... dan jangan lupa klik 2 iklan saya, jujur....

29 September 2013

HARI RAYA KAMI SUAMI ISTERI PART 1

UPDATE DARIPADA ENTRY------->>> KISAH HARI RAYA
Seperti yang dijanjikan...
Kali ni aku sertakan gambar sekali...;-)


2011
Raya Puasa

Abang ada, tahun ni tahun pertama aku sambut raya dengan abang sebagai suami isteri, hepi sangat...

Raya Haji
Abang takda, abang kena naik laut, sebak sangat bila dengar takbir raya, hukhuk, aku meraya kat rumah aku, petang baru aku balik rumah abang...


2012
Raya Puasa
Dalam 3 hari camtu nak raya abang dapat panggilan ke laut, Tuhan ja yang tahu perasaan aku, aidilfitri tanpa suami di sisi, sedih sangat, baju dah siap tempah, tetiba tak dapat nak meraya bersama.

Raya Haji

Alhamdulillah abang ada dengan aku, dapat sambut raya haji sesama, siap pakai sedondon g tau, raya puasa yang dipakai pada raya haji, hihi


2013
Raya Puasa



Raya pertama kat rumah Kak Ina, Kak Wan yg sulung..
Raya ke 5 kat umah Long Wan
Yey! dapat meraya dengan abang untuk tahun ke3! alhamdulillah.. See, baju kami yang tak sedondon! Dengan penuh azam perkara ni TAKKAN PERNAH berulang lagi, tersangat la pelik bila pakai berlainan tema, haishh, kenapa tak sedondon?? Kisahnya ----->> DI SINI

Raya Haji
- tunggu la, insyaAllah abang ada, hihi

Entry ini akan diupdate setiap kali hari raya, 3x raya puasa, 3x raya haji.
Raya berikutnya entry baru plak.
Update: 29 September 2013

30 May 2013

Dapat panggilan dari abang..;-)

Last dapat panggilan dari abang 24 May 2013, 01:07am, abang nak naik boat untuk bertolak ke tengah laut, tapi kali ni tak jauh sangat sebab dalam 530am abang dah sampai, 4 jam ja, salu berbelas jam dalam boat tu, patut la kali ni naik  krew boat ja, salu abang naik ala2 tongkang, aku nak sebut pun tak tau,hihi.

Semalam  29 May 2013, 9.44 pm, Rabu tengah layan fb, tengah naik mesej kat abang, tiba-tiba handphone maxis aku bunyi, naik no KL, terkejut ingatkan sapa, aku angkat n cakap “hello” slow ja, hihi. “hello” di sana bersuara, “hello” aku kembali bersuara, “bb buat pa?” hahaha..terus aku tersenyummm sampai ke telinga, sepanjang cakap tu senyummmm non stop…rindu kottt..  dekat seminggu juga la tak dengar suara, yaAllah sungguh aku rindu.. abang kol guna i-talk member dia, nak online line teruk sangat katanya..huhuhu

Hari ni 9 hari kami berjauhan...huhu..takpa aku kat U, tak la terasa sangat, harap sangat aku cuti sem nnt abang ada kat rumah...;-)

*semalam siap mimpi2 pasal abang, punya hepi abang kol..hihi

27 May 2013

Doaku...

Ya Allah sekiranya suamiku ini pilihanmu di arash, berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya, sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di jannahMu, limpahkanlah aku dengan sifat tunduk atas segala perintahnya, sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia Mu Ya Allah, peliharalah kata-kataku dari menyakitinya... Amin...

kredit to: Dua kalimah




26 May 2013

Abang naik laut...

Bila abang balik masa g laut 2 April hari tu?? entry --->> INI

Abang g 20 hari, dalam 22 April tu la abang settle kja, 23 April abang bertolak naik bas balik, 24 April, abang sampai rumah..;-)
Isnin 20 May abang gtau abang kena naik laut...aku kt U masa tu..nasib la abang gtau.. (( aku balik dah kg hari Khamis Jumaat Sabtu sebelum tu)) Malam tu juga aku deal keta, nak balik jumpa abang hari Selasa tu.. Esoknya Selasa, aku g kelas ganti BI, dalam 1230 abang mesej gtau tak jadi nak g keja, sebab tak sempat nak g kursus apa tah... aku gtau nak balik juga sebab dah sewa keta, abang kata ok.. ;-)

Balik kelas tu aku jadi berat hati nak balik, fikir yg abang tak jadi nak g laut, nanti hari Khamis aku nak balik lagi, hampir2 aku batalkan hasrat nak balik,tapi entah nape aku asa nak balik juga, aku pun ajak ex roomate aku teman aku balik..

Sampai ja umah, abang tak dak, mak gtau jadi plak dah p... ;-( sedih sangat dengar, kol abang, abang gtau dia otw g beli tiket bas, aku lepak kat umah, balik pun dah lambat, abang kol aku suruh g ambik dia kat bengkel sebab dia g tinggal keta, dalam kampung ja, aku pun g la ambik naik moto, sempat la berkepit naik moto dengan abang ronda kampung, ngee~

otw balik;

aku: "abang nak peluk boleh?"
abang; "haisshh"
aku: "lama tak peluk abang camni' (naik moto, sebab salu keluar naik keta) sambil peluk abang..ngee~
abang: ;-)

Terima kasih yaAllah sebab gerakkan hati aku untuk balik kg, kalau tak mesti aku tak berkesempatan untuk jumpa abang...huhu

Abang bertolak 22 May, Rabu pagi..
Khamis, 23 May abang gerak g Kelantan untuk kursus, malam tu abang terus naik laut, huhuhu...
Atas ni mesej abang kat fb, kiranya abang bertolak malam tu g laut, pagi Jumaat tu baru sampai... Abang mesej aku ni malam... Now kami dah jadi Chipsmore, abang online aku tak online aku online abang tak online, huhu.. Petang tadi Alhamdulillah kami sama2 online..;-)

18 May 2013

WAYANG, CITA IRON MAN BEST LAAA.... ♥


Tak nak cerita lagi bab Pulau Lagenda, nanta la bila dah ada mood aku cita k, hihi, entry kali ni nak cerita pasal tengok wayang dengan abang cita IRON MAN 3.. Baca post kat blog APIT hari tu dalam entry ini...

Sapa Kata Iron Man 3 Tak Best??

aku tertarik dengan entry apit, asa macam best ja cita tu, balik hari Isnin 29 April 2013 ajak abang g tengok wayang, abang mahu..yey!! 

Best la cita tu sapa kata tak best, cita omputih tak macam cita Melayu, cup, cup, bukan nak kata kat bangsa sendiri k, tapi hakikatnya cerita Melayu jarang buat aku teuja bila tengok, sesetengah ja, contoh macam Merong Mahawangsa, cita camtu baru best nak tengok, berkualiti.. Yang lain tu asa macam tgk kat tv jer la time raya, tak pun beli dvd, tak berbaloi nak tgk wayang… Iron Man? Yes, sangat berbaloi...aksi dan lawak.. handsomenya Tony!! hahaha

Abang ambik aku dalam 5pm lebih camtu, sampai Jitra pi beli tiket wayang, then p bli barang, solat maghrib kat surau area Jitra tu, g makan makanan kegemaran aku, koteow kungfu…sedapppp, abang makan nasi ayam..
Tiket wayang kami....
Koteow kungfu kegemaranku...
Settle suma kami bertolak la ke Aneka,Jitra, lewat juga start, 940pm, beli tiket time tu, takda pilihan sebab waktu sebelum tu pukul 720pm, time maghrib, tak sedap plak nak tengok wayang time maghrib kan.. habis dalam kul 12 juga la…perghh, tapi aku hepi sebab dapat tengk wayang dengan abang…

Next movie…??
Hihihi......
23 Mei 2013, Khamis, Kedah masa kerajaan lama, wayang pada Khamis malam Jumaat TUTUP, 
kerajaan baru ni aku tak tau la... huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™