Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

7 August 2014

Cerita raya kedua..2014

Raya kedua seperti tahun-tahun sebelumnya, menjadi kelaziman kami akan pegi meraya rumah tokwan, iaitu ayah MIL aku.. pagi raya kedua aku tak kaco Ainul, aku biar ja tdo kul 10 lbh baru aku kejutkan dia mandi. Baik ja mood dia hari ni. Aku pakaikan dia baju kembang warna hitam putih, comey ja dia, hihi, aku plak pakai jubah koko, abang pakai t shirt biasa ja, orang laki kan.
Gambar atas kereta, belakang tu gambar MIL aku, hihi, terlekat.. 
Salu kami suma akan berjumpa di rumah tok wan ja, tapi raya kali ni, abang pupu  abang kol, gtau suruh gi umah maklang dulu, sebab ada adik beradik mai, nanti nak pi sekali. Kami pun bertolak pegi rumah maklang dulu. Ainul? Macam biasa tidorrr, hihi

Selesai tetamu beransur pulang, kami pun bergerak menuju ke rumah tokwan. Alhamdulillah tok wan masih sihat.. masih boleh kenal cicit dia. ;-)
Ainul nangis... Bonda dia dok posing terenyeh, hihi
Ni ok sikit, amboi, bebai sungguh dia
photo by ayahanda Ainul, hihi
Balik dari rumah tokwan, kami g meraya rumah toksu, adik tokwan, then kami gi meraya rumah Ndak kak mak yg ke4, maklang tu kak mak yg ke3,my MIL anak bongsu dari 5 beradik..

Balik dari rumah Ndak tu kami turn g rumah maklang balik, lepak sana sampai malam, best, Ainul cam biasa, jaga nyusu lena, main la sat, pastu nangis nak susu la..

Kat rumah Ndak n mak lang tak tangkap gambar pun, bateri habis, sob sob, layan mana ada ja la..

6 August 2014

Cerita hari raya pertama 2014

Alhamdulillah syukur pada Allah, sebab raya tahun ni bertiga bersama suami  dan anak tercinta.

Malam raya tahun ni tak sama lagi seperti yang sebelumnya. Kalau dulu aku sibuk tolong MIL aku siapkan tirai , ketupat dan kemas rumah, tahun ni aku langsung tak tolong apa2, sibuk dengan si kecil aku. Malam raya Ainul Mardhiah bebai, merengek memanjang, ada saja tak kena, baju raya pun aku tak sempat nak iron. Aku nyusukan dia sampai terlelap, sedar2 dah 3 pagi, aku gagah juga bangun iron baju raya kami, sebab aku takut esoknya takkan sempat, satu2 aku iron, start dari baju melayu abang, sampailah baju kurung aku, tema tahun ni mroon.. alhamdulillah tercapai juga impian aku untuk pakai sedondon tahun ni, terima kasih abang sebab tunaikan impian bb untuk pakai sedondon tahun ni, kul 5 pagi juga baru selesai semuanya.

Esoknya awal pagi aku bangun mandi, sementara Ainul Mardhiah masih lena di buai mimpi. Aku kejutkan abang, dengan semangatnya kami kaco Ainul tidur, awal pagi, selalunya Ainul akan bangun untuk nyusu dan akan tidur balik sampai kul 10-11 selagi aku tak kejutkan dia untuk mandi. Tapi oleh sebab pagi raya kami nak dia bangun awal, awal pun dalam kul 10 juga baru aku mandikan dia. Mood memang tak baik sebab Ainul tak cukup tidur. Lepas ja aku siapkan dia dengan baju raya yang sangat comey tu, boleh plak dia tido, tido style tak bagi aku bangun, nampak ja nyenyak, aku gerak nak bangun dia pun jaga, aku make up pun curi2..
Tengokla muka tido ayam nyer, mata pun tak rapat, elok ja aku tangkap gambar ni, terus dia celik mata n nangis nak nyusu..haha
Dah aku ashik bangun ja, dia pun ashik jaga, jadi tidur tak puas. nak pi meraya punya pasal, aku angkut juga dia g meraya. Kami g meraya rumah kawan baik abang, Mat Set. Ainul masih tidur, dok lama juga, skali dia bangun ngamuk, nangis sungguh2, bagi susu pun taknak, last abang ajak balik. Kami balik gi rumah aku. Yang bestnya, naik ja keta bagi susu terus diam, dasyat, nyusu sampai rumah. Ainul Ainul..
So, raya pertama kami hanya di rumah abang, rumah aku dan rumah kawan baik abang.
Gambar kat rumah aku xda sebab Ainul ashik nyusu ja, buang habis baju2, mak su dia pun sama, aku balik tu pakai pampers ja kjap ja dia pakai baju kurung ngan tudung, huhu

Balik tu, terus masuk bilik nyusu dia, sedap2 aku landingkan diri, sedara abang plak datang. Aku capai ja mana patut. Lepas diorang balik baru la kami 3 beranak sempat tangkap gambar sekali.

Tudung ni la paling pantas dan senang pakai, aku sarung ja, haha...ini bukan tudung raya tau...
Raya tahun keempat bersama suami tercinta, dan raya pertama bertiga..alhamdulillah, sayang kamu berdua, cinta hatiku & permata hatiku.

20 July 2014

Ainul Mardhiah binti Mohd Ezri

Sebulan sudah blog dibiarkan bersawang tanpa entry baru, sibuk dengan baby memang malas nak on laptop, klu ada handphone canggih boleh la update pakai handphone je kan, "abang bila nk bagi hp abang kat b"- angan tak sudah, haha..

Entry kali ni taknak cita apa2 lagi, just nak intro permata hati dunia akhirat aku..

Ainul Mardhiah binti Mohd Ezri
31/5/2014
9.54pm
2.44 kg
Ni hari ke-8 lepas ambik dia dari hospital...
Skng dah lain tau muka dia, nanti ada kesempatan aku share k, ada ja pic dia kat IG,WECHAT ngan FB aku,hihihi

Entry tertangguh
#Cerita Hospital Sutanah Bahiyah
#Cerita pengalaman bersalin Ainul Mardhiah
#Cerita berpantang
#Cerita Ainul Demam

dan macam2 cerita lagi tak sempat nak kongsi.HUHUHU

7 May 2014

Kisah ikan LIKUH

Korang pernah dengar tak nama ikan yang diberi nama ikan LIKUH, dekat kampong aku, adik aku gila memancing ikan ni la, umpan dia guna tepung dengan daun mengkudu kalau tak salah aku, busuk gilaaa bau umpan dia, sebab kena bancuh n gaul sampai keras agak2 boleh lekat dekat mata kail... ni kisah adik lelaki aku yg no 4, Mad Amin a.k.a Kumin, hihi (aku sorang ja panggil dia kumin)

Sebenarnya dah lama dah dia dapat ikan ni, aku yang peram dalam draft tak publish2, malas nak karang entry sama, aku just upload gambar dan letak tajuk ja, ini hari tetiba rajin plak aku tak karang entry kan, aku kat leb skang ni, sementara nak tunggu kelas kul1230, aku datang awal sebab nak jumpa lec tesis aku, setengah jam jer pun nak jumpa, kat luar panas, nak g kelas jauh plak, so datang la lepak sini dulu, ada aircond, dan la berhenti penat jap.

Sambung balik cerita ikan, punya la lama adik aku ni memancing, ni la pertama kali dia dapat ikan likuh ni, dah 1st time, dapat besar plak tu, memang hepi gila dia hari tu, mancing tak jauh pun, dekat sungai  besar jalan masuk kampong aku ja, yer, ikan likuh ni ikan sungai tau, bukan ikan laut. Riuh rendah mak aku cerita masa dia balik tu, riuh yang dia dapat ikan besar, ikan yang menjadi idaman dia selama ni, haha
Tengok besar tak besar penuh talam...
Sedih plak dengar mak aku cerita, masa ni hujan renyai, adik aku p mancing sorang2 ja,  salu p reramai, kot hari tu rezeki dia kot, hujan2 pun dia gi juga, ikan ni dapat tahun lepas, masa dia tingkatan 3, nasib la Allah pelihara dia tak jadi pa2, aku dengar pun naik risau, yerla, dekat sungai kan, macam2 boleh jadi. Mak aku kata, camna la bangchik tarik naik ikan tu sorang2, dah la berat. Hukhuk. Adik2 aku spesis kurus dan sederhana tinggi.
Actualy skang ni pun depa suma tengah gila mancing ikan, saja aku upload entry ni, sebab ni kan pertama kali adik aku dapat ikan ni, hihi, selepas2 tu, adik aku yg no 3 pun dapat juga, 2 orang tu ja adik laki aku, dua2 suka mancing, agaknya ikut ayah aku kot sebab ayah aku pun kaki pancing juga, hihihi
Muka budak excited dapat ikan, haha

16 April 2014

Hantar borang praktikal ke JPAM

3 April 2014, aku start cuti sem, tapi 2 April aku dah cabut, kuikui, Khamis ada 2 kelas, 1 kelas batal.. jadi kemalasan melanda untuk gi kelas yang satu lagi, so malam tu abang datang ambik, abang tak boleh datang ambik siang sebab abang keja, abang keja dekat area rumah ja, buat aluminium, kja sekali dengan abang pupu dia, ok la daripada dok saja, masyuk juga kalau kja kan, ;-)

Malam tu la aku teringin nak makan cool blog, tapi disebabkan abang datang ambik lambat, kedai cool blog pun dah tutup, hukhuk

Malam tu aku gtau abang, boleh tak teman aku gi hantar borang kat wisma persekutuan, abang cakap nape tak gtau awal2, huhu, yerla kan abang kja dengan orang, nasib la ada Izwan, adik abang, mintak tolong dia la. Borang untuk praktikal.

Khamis tu dalam kul 11 kami gerak, salah tempat la, aku gi Wisma Persekutuan Anak Bukit, padahal, Wisma Persekutuan Alor Setar, haha, nasib p dengan izwan, kalau p dengan abang confirm kena bising, kuikui..

Sampai ja sana kami sesat, kot mana plak nak masuk ni, last2 Izwan pusing p kot belakang, rupanya jalan masuk dia kat depan sekolah Cina belakang tu ja. JPAM kat tingkat 6, bangunan macam lama sikit la, tak kisah la, ada kafe kat bawah tu, aku pun naik la, jumpa kaunter hadapan gtau nak hantar borang praktikal, kebetulan yang kat kaunter tu kawan member baik aku, ZUNI. Nama Alia. Dulu dia pun praktikal situ, skang dah kja tetap, rezeki dia..

Aku masuk jumpa puan Fatimah, yang in charge bahagian praktikal, sembang pi sembang mai, settle, nanti dia akan kol aku, aku doa yang terbaik jala…

Balik tu dengan hepinya ajak Izwan p beli cool blog, nasib la dia layan j akak ipaq dia yang banyak ragam ni, haha, kami singgah ct plaza, aku kol ZUNI tanya cool blog Alor Setar area mana, dia gtau kat CT Plaza.
Atas keta tu juga licin aku makan, haha, merap Izwan lagi ajak dia p kat ZUNI plak, dia on ja, tapi memasing tak tau jalan, maka kami pun meronda la kat bandar Alor Setar tu cari travel Agent Asari Murni, dari situ la aku dapat menikmati keindahan bunga ‘sakura’ alorsetar, indah sangat!

Lepaking dengan Zuni makan tengah hari pa suma, kami pun bertolak balik. Moga dipermudahkan segala urusan.

TQ Izwan. Sekali sekala buli adik ipaq, hikhikhik

15 April 2014

Al kisah tempat praktikal

Dalam entry INI aku ada cerita yang aku dah pun uruskan hal tempat praktikal aku, kata pihak CUIC diorang akan post surat aku pada minggu hadapannya dan minggu satu lagi aku dah boleh follow up dengan company yang aku mintak iaitu JKJR, (Jabatan Keselamatan Jalan Raya).

Akhir minggu depan tu aku try kol tanya akak yang in charge aku tu, surat dari UUM dah sampai ke? Akak tu cakap blom lagi, xpa la, minggu depannya aku kol lagi, akak tu cakap belum sampai, dan akak tu gtau yang diorang tunggu surat dari aku ja untuk buat pemilihan sebab dah ada 3 orang yang mintak, depa nak tunggu sampai 5..

Selang sehari aku kol lagi tanya dah sampai ke blom, akak tu gtau belum, dan diorang dah pun buat pemilihan sebab tunggu surat aku tak sampai2, kecewa gila time tu, asa nak nangis pun ada, sedih sebab tak dapat buat praktikal situ, geram sebab surat dari CUIC tak sampai2, buat kja ke tak diorang ni!! Sayang sebab tempat tu dapat elaun RM15/day, huhu

Tetiba aku teringat JPAM, JABATAN PERTAHANAN AWAM Malaysia, aku terus kol, aku tnya ada terima budak praktikal tak, diorang kata ada, aku gtau la tarikh sekian2, then diorang suruh aku bagi suma dokumen yang berkaitan, alhamdulillah.

Hari rabu tu habis je kelas kul 2 aku terus ke CUIC, asa macam nak ngamuk jer dekat encik yang bertugas tu, haishh, dah cuaca panas gila! Sampai je kat kaunter aku terus cerita dari A-Z, dengan semangatnya, aku mintak surat tu, aku gtau aku nak post or pi bagi sendiri cuti sem nanti.

Dia tanya aku dah kol ka tempat baru aku gtau dah. Disebabkan salah diorang aku tak dapat tempat praktikal yang pertama tu, encik tu dengan tak banyak cakap terus gi buat surat kat aku. Nasib la encik yang handle kos kitorang jenis yang memahami dan senang di bawa berunding. Dia tanya aku tarikh due, then dia kata xpala saya letak dulu tarikh asal. Sebab due aku 14 Jun, tarikh start praktikal 14 Julai, maksudnya aku masih dalam pantang kalau aku bersalin ikut tarikh due aku.

Alhamdulillah aku dah dapat surat. Nanti dah boleh gi bagi sendiri..

Dokumen2 yang perlu untuk mintak tempat praktikal:

1.Surat sokongan daripada Universiti - menyatakan kita berminat untuk jalani praktikal di tempat tersebut, beserta tarikh dan makluman tempoh untuk company memberi maklum balas
2. Surat jawapan untuk company bagi maklum balas - Disediakan oleh CUIC sekali dengan surat sokongan
3.  Cover letter
4.  Resume
5.  Surat pengesahan pelajar

Moga semuanya berjalan lancar amin..;-)

3 November 2013

Gelang untuk adik

Gelang untuk adik Solehah, aku beli kat padang besar, rm 120.00/10..hihi

Takpala adik, tu ja yang kak mampu skng, insyaAllah nanti kak kerja kak beli yang tak bahagi sepuluh k..;-)


Nasib gelang murah, masa gi ambik ubat adik mak gtau gelang ni jatuh, tak perasan jatuh bila dan kat mana, biasala, penyambung dia lembut sangat, gelang murah kan...tak lama jodoh gelang ni dengan adik..

P/S::: Sesapa yang tak join lagi keychain miniGA #3 klik SINI cepat, malam ni tamat!!!

30 October 2013

Mainan adik

Comey tak comey tak, hihi.. terima kasih buat suamiku yang tersayang sebab sudi teman aku g beli mainan ini untuk adik Solehah, aku beli kat kedai area Ayer Hitam, walaupun harganya lebih mahal dari Tesco, tapi berbaloi la, nak g Tesco minyak keta lagi kan, hihi

Harga asal aunty tu letak RM38, aku minta kurang RM35, alhamdulillah dapat. Aku punya la hepi dapat beli kat adik, yerla, lama dah kan teringin nak beli mainan tu.  Tersenyum ja sepanjang jalan balik..

Hari raya aku bawa bawa balik rumah, bukan main lagi adik main kereta baru dia, hepi ja tgk adik…hihi




*ada yang tak join "keychain miniGA #3" lagi, klik SINI laju2!! klik iklan then tinggal link blog ja,TAK PAYAH BUAT ENTRY..

28 July 2013

Berbuka dengan family maklang

Sedih sangat dengan keadaan broadband ni, tak tahu kenapa jadi lembab yang teramat sangat, huhu.

Nak update entry pun jadi malas, apatah lagi nak blogwalking dan join GA, tgk tahap kerajinan juga..huhu, ok nak story sikit, hari Jumaat 26 Julai 2013 tu, pagi aku g ambik abang kan, petangnya kami berbuka ramai2, dengan family mak sedara abang, kak mak mertua aku, ramai juga la, ada abang udin n family, kak ilah dengan anak dia, n kak ti satu keluarga, sepupu2 abang ni suma ngam, yerla baya2 abang ja, best.....hihi

Banyak menu kami masak, kami? haha, aku tak, just tolong2 apa patut ja..;-)

Tak sempat nak bergambar sebak masing2 sibuk, huhu



26 May 2013

ta~ta~ta..

Nuraisyah Solehah a.k.a adik putih...;-)

Hari ini usia adik dah 10 bulan 9 hari...

Gambar kat bawah ni di ambil 24 May, adik 10 bulan 1 minggu...

Dah ada 2 batang gigi bawah dan nampak dah 2 batang gigi atas..

Dah boleh sebut ta~ ta~ ta~ comey!!! bising, hihi

Dah pandai babai orang..

Dah pandai gelak kuat, macam kakak dia...nggee~


Balik kampung, 23 May, Khamis.. Jumaat balik umah, tido lepak dengan adik, Sabtu petang balik umah abang, Ahad pagi balik umah aku, main dengan adik, petang tu balik U... Boleh ulang alik sebab umah dekat, untunggggg, hihihi... Ya Allah, moga adik membesar dengan sihat dan jadi anak yg solehah, amin..

Ya Allah kurniakan aku seorang anak agar boleh jadi peneman aku dikala abang bertugas, tempat aku melimpahkan kasih sayang, pengubat rinduku untuk abang, 
~PaDi JuNiOr~

20 April 2013

ADIK PUTIH..

Nuraisyah Solehah, 17 Sep 2013 genap la 9 bulan...
Perkembangan terkini, dah pandai lepas tangan bila berdiri, tak pandai nak melangkah lagi...

Putih, itu la nama timangan adik.. comel kan nama tu...PUTIHHHHHH!!! Kami selalu panggil dia gtu, bila dia tengah ralit main, panggil 'adik' buat tak tau. panggil 'solehah' buat tak tau, tapi bila panggil 'putihhhh' terus kaleh, hihihi... dia pun dah terlebih alert dengan nama tu..;-)

Kenapa tak panggil adik? aku dah terbiasa panggil adik 2nd bongsu tu 'adik', yerla, 13 tahun kot dia jadi bongsu, dan 13 tahun juga la aku panggil 'adik' ingat senang nak tukar ke panggilan lain... bila dah dapat adik baru kekok nak panggil adik.. dan skang aku dah terbiasa panggil adik solehah dengan panggilan 'putih' hihihi

Kenapa putih? Aku la start panggil 'putih pungguk' nama yg selalu mak abang panggil masa abang kecik2 dulu, aku plak terpanggil adik camtu, balik kampung ja panggil 'manaaaa putih pungguk kak ni', hihi, terus lekat panggil putih..;-p

Kebetulan plak skang tengah pemes lagu putih2 melati, aku balik ja mesti nyanyi lagu ni kat adik, tapi ambik chorus ja la...hihi

Lirik Lagu Putih Putih Melati - ST12

Siapa bilang aku seperti dia
Siapa bilang aku cintai dia
Sesungguhnya aku tak benar-benar cinta
Kerna kau tak seputih melati

Kalau ada hitam pasti ada putih
Jika hatimu kelam tak mungkin bersih
Tak usah kau lanjutkan ‘tuk berbagi kasih
Kerna kau tak seperti melati

Chorus
Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Pasti ku terima

Dengar lagu ni mesti ingat adik solehah..huhu

Ni dia my sleeping beauty...

Sucinya muka  budak2 kan, patut la orang kata sehalus kulit bayi...


30 March 2013

Al Fatihah..

28 hb, ya memang aku balik kampung, tapi bukan habis waktu kelas, pagi2 lagi aku dah balik sebab lebih kurang 6 pagi aku terima panggilan dari mak, wa aku (mak sedara aku) dah meninggal, innalillah..aku tak boleh tdo, kebetulan dah masuk waktu subuh, aku terus bangun dan ambil wuduk, aku solat subuh, kemudian kembali baring, terimbau segala kenangan, entah bila aku terlelap, cerahnya, aku bersiap untuk pulang, aku naik bas turun Jitra, abang ambik kat Jitra.

Sampainya di rumah wa, ramai orang, dalam hati aku berdoa, baca al fatihah dan beristighfar, moga aku kuat, kul11 lebih segalanya selesai, aku balik umah dalam kul 4 ptg, rumah aku n rumah wa dekat ja, aku rest, terlelap juga la, tengah malam abang datang ambik aku.

Tiada apa yg menarik tentang catatan ini, cuma sekadar ingin ingatkan diri, mati itu pasti.. 

ya  Allah, moga Engkau cucuri rahmat ke atas arwah, mohon kepada yg membaca dan beragama islam sedekahkan al fatihah untuk wa aku, moga doa kalian diterima, amin... al fatihah..

20 February 2013

Nuraisyah Solehah~Seindah namanya

ADIK BONGSU SAYA, 7 BULAN...;-)

11 July 2012

BONDA.. (",)

9 Julai 2012.. isnin mak aku dimasukkan ke hospital sebab penat dan darah tinggi.. kena tahan.. hope mak cepat sihat.. petang tu aku, abang n kakchik g melawat mak kat Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.. Kemarin 10 Julai 2012 kakchik g dengan mertua dia, bawa adik2.. insyaAllah hari ni aku plak nak g dengan abang.. mak tak dibenarkan balik lagi walaupun darah dah tak tinngi dah.. masalah penat plak.. ntah kna tahan sampai bila.. aku doakan yang terbaik buat mak.. buat sesapa yang baca blog aku jom doa sesame yer.. aku malas nak post dalam fb.. ntah np.. biar jela hal ni jadi masalah keluarga.. kenapa aku tulis dalam blog plak? Bagi aku blog ni umpama diary umum aku.. takkan ada semua yang baca apa yang aku tulis.. hanya segelintir yang sudi ja.. itu lebih buat aku selesa..

BIRTHDAY BOY (",)


Banyak benda yang terjadi.. ternyata penulis blog sangat rajin untuk mengupdate segala yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka.. dan aku jenis yang sangat pemalas.. 6 Julai 2012 Jumaat .. birthday adik aku ke 14, Mohd Nazrul Amin.. ni adik yang no 4.. sambut kecik2 ja.. beli kek sebiji.. sponsor by adik aku yang no 2 Nashrah (kak chik).. hehe.. Nazrul Amin.. atau kat kg orang panggil dia Mad Amin.. aku plak panggil Kumin.. kenapa aku panggil Kumin.. aku pun tak tahu.. panggilan kat umah Bangchik.. dah 14 tahun dah.. tahun depan dah PMR.. hope dia dapat buat yang terbaik..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™