10 July 2013

Hari pertama ramadhan..

Ok, hari pertama puasa, hari pertama berbuka, 10 Julai 2013..;-)
Julai 2005, abang tinggal aku untuk pergi praktikal di Johor, tahun lepas, 2011 Julai abang ke laut, dan tahun ni, Julai abang ke laut juga..

Bangun sahur tadi, mak yg prepare semua, aku cuti, hukhuk, tak dapat puasa, aku kejut abang, tanya abang aku kena bangun tak, abang cakap tdo la, ;-) sporting kan abang..hihi

Siangnya aku pi beli tiket dengan abang, sekitar jam 11 camtu.. abang ambik tiket yg sama, eh, harga tiket dah naik! Rm60 lebih Alor Setar-Kuantan. Balik tu p bank, then terus balik rumah, hepi sangat dapat g ronda2 dengan abang. Time ni la secara ringkasnya aku nak cerita, yang abang tak suka aku sedih2 tiap kali abang nak g keja, huhu

Hari ni abang tak keluar, abang lepak rumah jer, hihi, aku tolong taipkan report abang, melalui buku note abang, tulisan abang, masya-Allah, abang jer yg faham, hihi, berapa kali ku tanya abang, abang kat sebelah jer tengok tv, abang malas taip tu dia mintak tolong aku, abang tahu kan aku minat typing, ;-)

Petangnya aku p bazar dengan abang, menarik naik motor, yey!! Best sangat, hihi, mulanya p bazar air hitam, beli, time balik tu abang cakap awal lagi, then kami p ronda kot bazar sungai korok plak. Terima kasih sayang, ingat senang nak ajak abang g meronda, hahaha

Lepas berbuka, abang siap2 untuk bertolak dah, bas abang 1015, aku gtau abang, aku taknak sedih malam ni, abang tanya kenapa, aku cakap abang tak bagi sedih, kuat tak aku, haha, kuat sangat kan, insya-Allah, amin.

Ok, abang dah atas bas skang, aku kat depan tv, semua dah tdo, aku pun masuk bilik main game jap, then nak tdo juga, esok insyaAllah aku nak puasa, dah boleh, alhamdulillah..

Ni mesej masa abang atas tadi, hukhuk, aku jua mengharapkan kepulangan insan tersayang di hari lebaran...


amin...
Doakan jodoh kami hingga ke syurga kerna aku sayang dia hanya dia... Mohd Ezri....

2 comments:

Farah Waheda Wahid said...

In Shaa Allah...Amin... Click Nuff satu untuk awak... *_^

Maria Firdz said...

Insha Allah.. Ameen... Moga kekal bhgia hgga surga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™