Showing posts with label peperiksaan akhir. Show all posts
Showing posts with label peperiksaan akhir. Show all posts

10 January 2014

2nd LAST paper DONE!!


Alhamdulillah tamat sudah paper ke lima, tinggal satu ja lagi! Tak sabarnya……!!

Hari ni paper Penyelidikan Sains Sosial,  40/100, yang lagi 60 tu 100% dikira dari thesis kumpulan yang kami buat, alhamdulillah carry mark ok, atas 45, harap dapat membantu..

Seperti biasa paper terakhir akan jadi membosankan sebab jiwa dan raga dah ada di kampung…huhuhuhu


* hari ni genap 18week usia kandungan ku, alhamdulillah…;-)

8 January 2014

4th paper done!



Alhamdulillah, selesai sudah paper EKONOMI dalam pembangunan kelmarin 7hb Januari. ya Allah Engkau lembutkan hati lecturer yang tanda paper ekonomi kami agar tak tegas sangat dalam menanda kertas jawapan kami, amin…

Ok, dah dah dah, tak nak fikir lagi, nak fokus pada paper seterusnya iaitu KAJIAN PENYELIDIKAN, ni pun killer juga, nasib la ada gap, kalau tak, Allah…


10hb, then 13hb then BALIK KAMPUNG, SEBULAN… ;-)

5 January 2014

3rd paper done!


Selesai sudah paper pertama untuk tahun 2014, paper ke 3 aku, Kerajaan Tempatan, alhamdulillah, cam biasa, boleh jawab, tapi tak tahu la jawapan tu yang lecturer nak terima atau tak, redha ja la…


Tinggal lagi 3 paper, tak sabar sangat nak habis… 7,10,13..

28 December 2013

2nd Paper Done!!

Alhamdulillah selesai sudah 2nd paper, Kerajaan Tempatan, alhamdulillah boleh jawab, cuma tak aplikasikan ja akta2 yang baca, just huraian ja, hadoii. Harap lecture terima la jawapan karangan budak darjah satu aku tu, huhu

Maka dengan ini tamatlah peperiksaan untuk tahun 2013, oppsss, jangan salah faham, kita akan jumpa lagi pada exam yang next year punya, pada 4 Jan 2014. Latihan dalam Organisasi.

Hari ni habis ja paper, aku merajinkan diri untuk jalan kaki ke mall untuk bank in duit topup, kasi senaman sikit sebab lama dah tak berjalan kan, aku jalan slow ja, asanya kalau aku lawan dengan sang kura, mesti sang kura yang akan menang. Maklumlah pregnant woman, must be careful, (speaking oiii)

Nak tempek pic sebelum pi exam tadi boleh?
Pengakuan jujur, ni baju masa zaman poli dulu, dah 3 tahun dah, baju kesayangan aku, nasib la muat lagi kan, nampak tak perut? 16 week dah tau...;-)

Jom join MiniGA #5 klik------------->>>> Keychain MiniGA #5  tamat 2 Jan 2014

24 December 2013

1st PAPER DONE!!


Salam, alhamdulillah, dah selesai pun 1st paper, boleh la nak update blog jap, semalam tak on langsung laptop, habis ja paper petang tu, terus buat benda lagha, layan game, layan movie, tido, haha


1st paper adalah “hubungan manusia dalam pentadbiran” HR. alhamdulillah aku boleh jawab walaupun ada juga benda yang aku lupa,masa tak cukup nk fikir balik apa yang aku lupa tu, kira ngam2 ja masa aku jawab tu, semak sekali imbas ja, salah ejaan ka apa ka memang redha ja la.

Skang aku dalam bulan peperiksaan... doakan aku yer..;-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™