Showing posts with label Cerita harianku. Show all posts
Showing posts with label Cerita harianku. Show all posts

23 December 2016

Kenal saya lagi kah?

Assalamualaikum...

Sejak2 aktif kat facebook dan instagram ni, dah jarang sangat post kat blog. Kenal saya lagi tak? Lama tak join givaway, lama tak buat giveaway. Dah tak macam dulu dah. Apa pun nak tahu tak apa saya buat kat fb dan ig. Saya meniaga sekarang, meniaga baju. Macam-macam jenis. Lebih mudah PAKAIAN. Jubah, dress, blouse, baju kurung, baju kebaya, joggerpants, sweater, sweatshirt, joggerpants plus saiz, jogger pants budak, turban baby ( klik link INI untuk tgk turban baby )

Link kedai2 online saya...

Kedai fb http://m.facebook.com/ezyraclothing/

Kedai ig https://www.instagram.com/ezyraclothing/

Boleh la kalau nak like dan follow. InsyaAllah akan selau update.

Macam mana boleh terjebak ni. Actually lama dah teringin nak meniaga ni. Cuma tersekat sikit dengan sesuatu. Tp bila yg tu rasa mcm tak boleh, tak kena dengan jiwa, terus la mintak nasihat sifu, sifu cakap just go on dengan apa yg kita minat, bulan April tahun ni terus create ig ezyraclothing dan tukar page fb dari nazirahnyerr kepada ezyra clothing. Alhamdulillah dah lebih 1k like dan follower utk keduanya. Syukur sangat. Doakan saya terus maju.

Jangan like fb page saya dan follow ig saya. InsyaAllah saya akan update juga dalam blog ni. Sebab blog ni kesayangan saya yg pertama. Mana boleh biar berhabuk camtu jer  hihi.

Dulu kat sini selalu update pasal anak dan kehidupan peribadi. InsyaAllah akan kekal begitu cuma sikit2 selit bab niaga. Nak bagi orang tahu. Hihi. Perkembangan terkini anak sulung Ainul Mardhiah dah 2 tahun 6 bulan
Anak kedua Amir Amzar dah setahun sebulan. Kjap ja masa berlalu. Ok ada aasa saya menulis lagi. Tq sudi baca.

7 Hari Mencintaiku

Lama tak jenguk blog. Habuk sekilo. Haha

Drama 7 hari mencintaiku dah melabuhkan tirai semalam. Happy ending, puas hati, semua ada ending dari watak sampingan sampailah watak utama. Camtu la kita nak. Ada setengah drama tu ending watak utama ja. Watak sampingan tah apa cerita, tergantung tak bertali. Tak puas hati betul. 

Pengajaran yg kita dapat dari drama ni banyak sangat. Tapi saya nak huraikan daei satu sudut ja. Ok. Semua orang tahu Mia dapat ibu mertua yg mulut super duoer longkang. Haha. Tapi adik ipar dia si Nad tu baik ngan dia. Helmi tu takyah cerita la. Geng sekutu mak dia. Tp lelaki ni ok sikit la. 

Ketahuilah tak semua kita ni bernasib baik. Macam Mia ADIK IPAR BAIK tapi MAK MERTUA PULAK MULUT LASER. Ada setengah tu dapat MAK MERTUA BAIK tapi ADIK/KAKAK IPAR PULAK MULUT LONGKANG, macam2 lagi la. Ada yg semua laser. Nasib badan la kan. Ingat satu benda ja. Kita pun akan jadi kak ipar kepada isteri atau suami adik2 kita. Kita akan jadi adik ipar kepada suami atau isteri abg dan kakak kita, kita juga akan jadi mertua kepada suami atau isteri anak2 kita. Kita juga akan berkahwin dan mempunyai mertua serta ipar duai. Hidup ni ada kifarahnya, apa kita buat kat orang ada balasan baik buruknya. 

Cth hari ni kita layan kakak ipar kita lebih kurang sering sakitkan hati dia. Kata dia macam2, one day bila kita kawin ada adik ipar, then adik ipar tu buat macam mana kita buat kat kak ipar kita dulu. Time tu kita akan tahu balasan Allah telah tiba. What u give u will get back. Jagalah silaturahim baik2. Hormati yg lebih tua..

Sekian hakak bebel. Tq sudi baca.

27 August 2015

Rasa nak berhenti kerja.

For the 1st time aku asa nak stop kerja. Tah la. Sebelum ni memang abg suruh stop pun. Gaji dah potong lebih kurang 30% dari gaji asal. Abg gitau tak berbaloi nak kerja. Baik dok rumah jaga Ainul. Jaga rumah tangga.

1 bulan ja kerja dapat merasa gaji asal yg ditawarkan. Masuk bulan kedua dah kena potong. Memang semangat nak datang kerja tu down sesangat. Kalau nak tengok kedatangan, merah sedia, kosong sedia. Memang down gila2 la. Tapi gagah juga sebab sayang. Sebab minat kerja opis ni. Cuti Jumaat Sabtu, kerja 8-5 ja.

Tapi hari ni. Utk pertama kalinya aku rasa macam nak berhenti dengan sukarelanya. Betul2 asa kelam kabut. Memang fail bab urus masa. Bila terpaksa bertindak sebagai suri rumah dan pekerja. Hidup terus jadi kucar kacir. Kunci locker tertinggal di rumah, kunci kereta tertinggal dalam kereta. Tgh asa serabut, budak opis pulak bagi ayat power, sapa suruh kunci locker. Aku asa tu la ayat paling bodo aku pernah dengar. Barang berharga, barang peribadi ada dalam tu. Ko boleh persoal kenapa aku kunci. Aku yg tengah serabut ni nampak budak tu kecik besaq kecik besaq ja. Nak kata budak x budak sangat la. Nak sama baya dengan mak aku pun. Tp nak buat, cakap tak pakai otak org kedah kata.

Now, aku terpaksa nyusahkan abg utk hantar kunci pendua. Dah 2x tau jadi. Kereta aku takda alarm. Aku plak dah jadi tabiat suka lock then tutup pintu. Hmm. Apa la nasib... Mood pagi memang kelaut la. Letih sangat rasa. Letih badan, letih otak, letih emosi...

13 August 2015

Pengumuman untuk semua..

Bakal buat 'keychain miniGA #8, sambungan 'keychain miniGA #7'

Cadangnya nak start Ahad 16 Ogos 2015,  sampai Khamis 20 Ogos 2015. 5 hari ja.

Hadiahnya seperti biasa KEYCHAIN, dan kali ni nak cari 2 orang pemenang.

Syaratnya simple ja, klik 2 iklan dan tinggalkan link blog anda di ruangan komen, klu rajin buat entry tu buat la..;-)

Nantikan yer..;-)

IMPIAN AKU..

sumber







Percayalah, setiap perempuan yang bergelar isteri impikan dapur sendiri, rumah sendiri, begitu juga aku. Bukan tak bahagia hidup menumpang, tapi naluri seorang perempuan tu, aku yakin siapa yg bergelar isteri pasti akan mengerti!

Dulu pernah kami tinggal berasingan, kat Port Dickson, Taman Nesa, Shell Gate. Best sesangat!! Jujur itulah kenangan paling indah buat aku, memang itu pun yg aku impikan sebelum kawin, ada rumah sendiri! Dan impian aku terlaksana 3 bulan ja, belum pun aku terror masak, belum pun aku puas merasa nikmat hidup sendiri, kami terpaksa pindah sebab abang dapat panggilan kerja di laut.

2 bulan aku di rumah, aku sambung study di UUM sebagai full time student dan tinggal di asrama, so takdak la terasa sangat bila abang tak dak, 3 tahun aku hidup sebagai seorang isteri dan pelajar. Best!! Hihi

Now semuanya dah selesai, kehidupan aku back to normal, ya Allah kerinduan kembali untuk ada kehidupan sendiri. Jelesnya dekat adik aku yang kat Sarawak, ada rumah sendiri, kekadang tu aku suruh adik aku snap pic ruang rumah dia, teringin nak ada macam dia, biarpun hanya rumah sewa dan tak semewah mana at least suma tu dia yang punya tanpa perlu berkongsi dengan sesapa.

Moga Allah permudahkan segalanya untuk kami tinggal berasingan, amin.

Hati perempuan….

Kena saman





Haha, tu la akibat parking sesuka hati..

Kalau perasan entry sebelum ni aku ada tunjuk kan ‘mini’ aku kat lorong sempit tu, haa di situ la kejadiannya, sob sob sob.

11.8.2015, Selasa. Hari paling bersejarah sebab 1st time aku kena saman, saman parking, huwaaa. Nasib tak baik hari tu, sebab sebelum ni naik kereta opismate aku, kitorang parking kat situ ok ja, sebab tu yg berani parking situ, sekali datang kat kereta ada surat cinta la…

insyaAllah Ahad ni nak pi bayor, berapa ntah la, saman trafik tu, klu MBAS ok lagi la, lahai melayang la duit, sabor jeleee…

29 July 2015

Duhai anak remaja sekarang

Duhai anak..
Saat kamu kecil, hnya kegembiraan senyuman dan tawa di bibir ayah dan ibu.

Bahagianya melayan segala karenah kamu..

Kian kamu meningkat dewasa, kamu makin jauh dari kedua ibu bapa, sanggup menipu, sanggup menengking, sanggup melawan.

Percakapan kamu sering mengguris hati ayah dan ibu.

Jelas terang di raut wajah ibu betapa terlukanya hati dengan tingkah laku dan perbuatan kamu, begitu juga kekecewaan yg jelas di raut wajah ayah atas perbuatan kamu itu.

Dan kamu bertindak tanpa sedikit pun rasa kesal dan bersalah. Terus juga menipu. Ke mana arah tuju kamu. Menjadi anak derhaka yg ingkar pada kedua org tua, menjadi anak yg tidak mendengar kata.

Yakin lah, ibu dan ayah pasti sangat merindui saat kamu kecil, tidak terguris hati mereka, hnya bahagia yg tercipta.

Moga kita terhindar dalam golongan seperti itu.


23 July 2015

Hari Raya Pertama 2015

Salam aidilfitri untuk semua follower dan reader nazirahnyerr.blogspot.com.
Ainul bergambar dengan ayah di pagi hari raya.muka masyam jerr.
1st day raya, alhamdulillah Allah bg kesempatan utk beraya dengan suami tercinta dan anak2 tersayang..

Disebabkan hari raya pertama jatuh pada hari Jumaat maka segala aktiviti kunjung mengunjung ditangguhkan selepas solat jumaat.

Pagi tu mcm biasa la. Mak dara ni bersiap melaram sakan. Bukan nak p mana pun. Saja. Haha. Siap sempat kena ngusik dengan abg lagi " ni nak pi mana ni" hamboiii..haha.

Tghri camtu opismate aku mai dgn cinta hati dia. Diorg sampai tu dekat waktu zohor jugak la. Maka cinta hati opismate aku tumpang la izwan (adik ipaq) aku p solat jumaat. Tinggallah kami kat rumah. Bergambaq sakan la. Hihi.
Untung la Ainul dihimpit oleh aweks2 cun. Kehkehkeh...
Kemek muka anak dara aku....haha

Ainul dengan Bonda dia...
Haha.. Orang takdak kan. Ambik kesempatan la bergambar sakan dengan kamera oppo. Serius cantik gila kamera oppo. aku jatuh cinta!!

Comel jer posing camni...
Sweet ja kan Ainul posing camtu. Setahun dah anak dara aku. Baby kecik pulak 23 minggu camtu..

Family potret 2015 dgn gaya masing2..
Alahai, ni ja yg mampu untuk family potret 2015. Abg balik solat jumaat tu lelaju aku ajak dia tangkap gambar. Sekeping jee... Sob sob sob..

Selesai semua dalam kul 3 juga la baru kami keluar. Pi rumah Mat Set, Atan then dekat kul6 baru sampai rumah aku.

Lepak sampai malam. Lepas maghrib baru kami bertolak balik. Letih yangmat. Ptg tu Ainul lena x sedar khabar. Maghrib baru jaga. Baru la nk mandi dia suma.

15 July 2015

#Cabaran20Hari : 14. MEMORI RAYA 90-AN ATAU ZAMAN KANAK2

Memori raya zaman kanak paling best sekali, JUJUR!!

Setiap tahun dari kecik2 lagi, baju raya memang ayah yang akan beli, ayah akan ke kedai beli 3 pasang kain, 2 pasang tu wajib corak sama, tapi warna berbeza, 1 lagi mak punya baju, then pi upah..

Pagi raya bangun siap comey2 kami 2 beradik, cepat2 pi meraya rumah tok guru kat hujung kampung, sebelum solat raya, pastu settle meraya dengan tok guru, atur la setiap buah rumah dari hujung kampung sampai la ke rumah, jauh juga la berjalan kaki tu, tapi best sebab ramai2.

Sampai ja rumah, rest kejap, kira2 duit raya, then sambung balik ke kampung selepas rumah pulak, ikut takat mana larat kaki melangkah, JALAN KAKI JER U ALL..

Bila dah settle tu, balik tu tunggu apa lagi, kira duit raya la, gemuk beg raya dengan duit syiling, dulu2 20sen, 50sen jer duit raya, hihi

Balik tu la baru nak bersalam raya dengan mak ayah sambil mintak duit raya, yerla, pagi tadi mana sempat, mak kalut kat dapur, ayah kalut pi beli ais ketul then hantar kami ke rumah tok guru.

Ini la kenangan terindah aku masa zaman kanak2, tak mungkin lagi dapat berulang kembali, hanya tinggal dalam ingatan ja.

Ku coret dalam blog ni supaya nanti anak2 tahu bagaimana perjalanan hari raya zaman kanak2 aku...


12 July 2015

#Cabaran20Hari : 13. KUIH RAYA PALING BEST

sumber
Ini la kuih paling best bagi aku, letak sebalang pun bleh habis, tambah coklat2 ni lagi la peveret aku. Nak buat sendiri? emm, jujur cakap aku tak minat la bab2 buat kuih kek bagai, tah la, mungkin leceh kot, bagi yang dah teror tu mesti cakap ala senang ja, ok memang senang kalau anda ada minat, semua benda pun akan nampak senang kalau kita ada minat.

Apa pun ni la kuih raya paling best bagi aku, ngeee~~

#Cabaran20Hari : 12. BAJET RAYA

Bajet tu perancangan kan, perancangan untuk raya tahun ni, dengan gaji aku yang tidaklah seberapa ni, boleh aku belanja untuk diri sendiri jer, sob sob sob. But its ok, big bos ada, hihi.

Aku tak suka sembang bab jenama atau harga, tah la, asa tak best pulak.
So untuk entry ni aku nak cerita pasal BAJU RAYA, ngeh ngeh ngeh..

Ok, takat ni, baju aku nak pakai hari raya ada 2 pasang ja, yang betol2 baju aku puas hati 1 pasang ja, xpa la, pakai ja mana ada, maklumlah tak dpt nak melawa, tengah boyot kan.

Baju mek Ainul aku beli 3 pasang, makngah dia bagi sepasang, comelnya lahai anak dara aku pakai!!
gambar? nanti aku update entry raya ek, tak suprise la kalau up gambar sekarang..

Baju untuk kesayangan yang jauh di perantauan pun dah settle, balik ke tidak belakang cerita, yang penting ada baju raya, kuikui... sepasang dah, bukan nak pakai hari2, raya pertama jer nak pakai.

#Cabaran20Hari : 11. LAGU RAYA PILIHAN

Sebenarnya aku suka semua lagu2 raya yang lama, lagu Siti Nurhaliza, Ahmad Jais, Syarifah Aini, Sudirman, Saloma, P Ramlee. Aku ingat lagi, tahun lepas 2014, station tv konon2 xmo la pasang lagu lama, dalam tv suma ashik pasang lagu baru ja, radio pun sama, lagu baru yg tah apa2, orang nak raya boleh 'dirockkan' lagu raya, tak kena dengan jiwa langsung!!

Serius akibat dari tu, raya tahun lepas rasa hambar ja, pengaruh dari lagu2 yang tah apa2 tu la, agaknya diorng tak tahu lagu raya lama2 tu dah sebati dengan jiwa.

Pilihan lagu raya kali ni ofcoz la berkaitan dengan kesayangan aku yang tah jadi tah tidak balik beraya dengan kami tahun ni, skang still kat laut lagi, tapi aku tetap menaruh harapan, sob sob sob...
Time rest katanya...
Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama
http://liriklagu-songlyrics.blogspot.com/2008/10/lirik-dari-jauh-ku-pohon-maaf-sudirman.html
Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu

Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh

Lirik Dari Jauh Ku Pohon Maaf - Sudirman

11 July 2015

#Cabaran20Hari : 10. TETAMU RAYA PALING DITUNGGU-TUNGGU

Masih segar dalam ingatan, zaman bercintan cintun dgn cik abg deri kita, dia la insan paling di nanti nanti di pagi raya, raya 1st, wajib mai. Salu sebelah ptg la. Kekadang datang ngan kawan2, kekadang datang sorang2, bahagianya Allah ja yang tau. Gatal!! Haha

Pic wajib la tangkap kan. Nnt aku upload, xdak la pulak dlm hp ni. Aku update guna fon jer ni. Sambil baring2 baru lepas tidurkan Ainul.

Nnt bila2 lapang aku carik balik pic2 raya kami masa zaman cintan cintun dulu yer..hihi.

Debor rase tiap kali si dia msj gtau nak datang. Alolo sweetnya. Dah jadi laki pun skang. Haha. Tahun ni tah dpt meraya sesama tah tidak. Nnt aku stori k. Banyaknya ketinggalan. Posa nk habis dah oiiii...

9 July 2015

#Cabaran20Hari : 9. KENANGAN TARAWIH DI SURAU/MASJID MASA ZAMAN KANAK2

Terkenang masa zaman ngaji sekolah dulu. Tiap2 malam wajib pi tarawih rumah tok guru kat hujung kampung, p berdua dengan kakchik. My best friend until now Zuni, join juga. Kami ja budak2, yg lain org tua2 dah.

Paling best kami ja yg balik bila cukup 8, orang tua2 kat situ suma tunggu 20, bertuah kan. Balik tu kekadang balik terus, kekadang p lepak umah Zuni dulu. Umah diadgn surau tu dekat ja, x jauh..

Kenangan kami yg terindah. Skang ni, dah x p dah, dengan anak kecik lagi la, huhu

7 July 2015

#Cabaran20Hari : 8. AMALAN BERBALAS JUADAH DI BULAN PUASA

Ketinggalan sikit tpi tetap nk teruskan jugak. Kuikui.

Tajuk entry ni mengingatkan aku tentang iklan 'ibu'. Haha. Sebiji tajuk ni.

Ada lagi ka skang. Masing2 bli kat bazar jer. Nk tukar mende. Ko bli itu aku pun bli itu. Haha. Even aku dok kampung pun. Amalan tu dah jarang sekarang, ko ko aku aku ja. Kot klu buat banyak bagi la kat jiran sebelah.

Hidup skang dah x sama mcm dulu. Dok kampung pun dah macam dok taman. Nak2 jenis aku yg x suka berjalan. Bkn sbb aku dok umah mertua. Klu kat kg aku sendiri pun. Aku mmg suka lepak umah sendiri jer. Main dengan adik2 n anak.

Sampai kerna perli2 la ngan pak sedara aku sbb lama x p umah tok. Haha.

4 July 2015

#Cabaran20Hari : 7. KUIH KEGEMARAN DI BULAN PUASA

Masa aku kecik2 dulu. Kecik ka. Haha. Xdak la kecik sgt. Tua bangka la jugak. Cuma kisah sebelum kawin la.

Mak selalu buat kuih cara, cucur pisang, cucur ubi. Kekadang tu hari2. Sedapp... Aku lagi suka cucur pisang mak buat. ala2 kampung. Bukan macam cucur pisang sekarang. Suma pakai tepung segera. X sedap. Huhu

Tetiba rindu nk mkn cucur pisang mak...

3 July 2015

#Cabaran20Hari : 6. PENGALAMAN MANIS DI BULAN PUASA

Banyak sangat pengalaman manis di bulan ramadhan klu nk dikenangkan..

Blog aku so aku nk cerita suma serba sikit dan serba ringkas..

1. Zaman anak dara dulu. Adik aku Nashrah a.ka. kakchik adalah org paling rajin nyalakan pelita setiap kali lepas berbuka. Dia juga yg bersusah payah mntak ayah belikan pelita sbb nk atur keliling rumah. Klu myk habis dia yg tambah. Hihi.. Meriah ja kawasan umah aku.

2. Lepas buka posa kami adik beradik akan berkumpul main mercun. Klu mercun yg bunga api besaq tu mak pun join juga nk tgk. Siap p bakar kat batas lagi. Ruang udara luas. Baru puas nak tgk.

3. Dentuman bunyi mercun meriah gila kat kampung aku. Nak nak klu malam raya. Mmg best sesangat. Terasa kemeriahan nak raya. Kemeriahan bulan ramadhan.

4. Masa kat poli kami p beli juadah berbuka ramai2. Mamat popia tu ashik bg kat budak hat segak2 dulu. Kami ambik ksmpatan tolak adik aku p blim ternyata mmg dia bagi kat adik aku dulu. Kahkahkah. X guna punya mamat popia. Tp last2 jadi kawan2 kami juga..

5. Berbuka ramai2 geng diploma pengurusan pelancongan kat kafe. Meriah. Best. Masih terpahat di ingatan.

6. Berbuka dengan abg kat luar. Kuala perlis. Best sgt. Kenangan terindah masa couple. Kuikui.

7. Bulan puasa 1st year couple dgn abg. Abg baru balik dari Johor time tu. 2005. Praktikal. Kuar g bazar dengan abg. Malu2 kucing.. haha

8. Berpuasa dengan abg sebagai suami isteri. Kejut abg sahur. Buatkan susu untuk abg. Sweet kan. Kenangan manis tu.

9. Berpuasa dengan Ainul. Kehkeh. Mencabar minda. 1st year xpa sebab dalam pantang. Ainul pun behave ja. Now Ainul 1 tahun 1 bulan. Adik Ainul 5bulan dalam kandungan. Allah. Tapi serius memang kenangan manis.

10. Bukak posa ramai2 dengan family aku. Masa tu adik aku balik dari sarawak. Hepi sgt dpt buka posa suma sekali. Teringat zaman kecik2. Sebab sejak kawin dan adik aku dok sarawak mana ada peluang nk berbuka berkumpul macam dulu2 dah..huhu

11. Ok. Nnt la kita buat entry lain pulak yer...hihi

1 July 2015

#Cabaran20Hari : 5. PENGALAMAN PAHIT DI BULAN PUASA




Pengalaman aku ni lebih pada peristiwa pahit la, aku tak ingat ramadhan yang keberapa, tapi tanggal 10/10/2007 jam 12.42am, aku telah kehilangan insan yang paling aku saying iaitu tok aku.

Untuk pengetahuan semua aku tinggal dengan tok dari aku kecik lagi, suma dengan tok, aku panggil tok aku dengan panggilan ‘mak’. Dekat mak aku pun aku panggil mak juga, jadi dalam rumah tu aku ada 2 orang mak yang sayang aku..

Masa tok dah takdak tu Allah ja yang tahu perasaan aku. Aku 18 tahun masa tu. Terasa sangat kehilangan tu, satu kehilangan paing besar dalam hidup aku. Dan start dari tu aku jadi takut untuk menyayangi, sebab aku takut hati aku akan tersiksa bila terpaksa tempuhi kehilangan lagi, start dari tu juga aku rasa hidup aku umpama mimpi.

Luar nampak happy tapi bila teringatkan tok aku akan menangis seorang diri, menangis semahunya.

Aku memang tidur dengan tok. Malam pertama kehilangan tok, aku nangis ajak mak temankan aku tidur, biarpun ada adik2 lain yang tidur sekali, semangat aku takdak langsung, nak mak juga yg teman. Sampaikan ayah marah, tapi aku tak peduli.

Di awal perkahwinan, tiap kali jaga dari tidur aku akan panggil 'mak', sebab aku masih terbayang aku tidur dengan tok aku, bila aku sedar rupanya abang. Sampai macam tu sekali, huhu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™