Showing posts with label HARI RAYA. Show all posts
Showing posts with label HARI RAYA. Show all posts

7 August 2014

Cerita raya kedua..2014

Raya kedua seperti tahun-tahun sebelumnya, menjadi kelaziman kami akan pegi meraya rumah tokwan, iaitu ayah MIL aku.. pagi raya kedua aku tak kaco Ainul, aku biar ja tdo kul 10 lbh baru aku kejutkan dia mandi. Baik ja mood dia hari ni. Aku pakaikan dia baju kembang warna hitam putih, comey ja dia, hihi, aku plak pakai jubah koko, abang pakai t shirt biasa ja, orang laki kan.
Gambar atas kereta, belakang tu gambar MIL aku, hihi, terlekat.. 
Salu kami suma akan berjumpa di rumah tok wan ja, tapi raya kali ni, abang pupu  abang kol, gtau suruh gi umah maklang dulu, sebab ada adik beradik mai, nanti nak pi sekali. Kami pun bertolak pegi rumah maklang dulu. Ainul? Macam biasa tidorrr, hihi

Selesai tetamu beransur pulang, kami pun bergerak menuju ke rumah tokwan. Alhamdulillah tok wan masih sihat.. masih boleh kenal cicit dia. ;-)
Ainul nangis... Bonda dia dok posing terenyeh, hihi
Ni ok sikit, amboi, bebai sungguh dia
photo by ayahanda Ainul, hihi
Balik dari rumah tokwan, kami g meraya rumah toksu, adik tokwan, then kami gi meraya rumah Ndak kak mak yg ke4, maklang tu kak mak yg ke3,my MIL anak bongsu dari 5 beradik..

Balik dari rumah Ndak tu kami turn g rumah maklang balik, lepak sana sampai malam, best, Ainul cam biasa, jaga nyusu lena, main la sat, pastu nangis nak susu la..

Kat rumah Ndak n mak lang tak tangkap gambar pun, bateri habis, sob sob, layan mana ada ja la..

6 August 2014

Cerita hari raya pertama 2014

Alhamdulillah syukur pada Allah, sebab raya tahun ni bertiga bersama suami  dan anak tercinta.

Malam raya tahun ni tak sama lagi seperti yang sebelumnya. Kalau dulu aku sibuk tolong MIL aku siapkan tirai , ketupat dan kemas rumah, tahun ni aku langsung tak tolong apa2, sibuk dengan si kecil aku. Malam raya Ainul Mardhiah bebai, merengek memanjang, ada saja tak kena, baju raya pun aku tak sempat nak iron. Aku nyusukan dia sampai terlelap, sedar2 dah 3 pagi, aku gagah juga bangun iron baju raya kami, sebab aku takut esoknya takkan sempat, satu2 aku iron, start dari baju melayu abang, sampailah baju kurung aku, tema tahun ni mroon.. alhamdulillah tercapai juga impian aku untuk pakai sedondon tahun ni, terima kasih abang sebab tunaikan impian bb untuk pakai sedondon tahun ni, kul 5 pagi juga baru selesai semuanya.

Esoknya awal pagi aku bangun mandi, sementara Ainul Mardhiah masih lena di buai mimpi. Aku kejutkan abang, dengan semangatnya kami kaco Ainul tidur, awal pagi, selalunya Ainul akan bangun untuk nyusu dan akan tidur balik sampai kul 10-11 selagi aku tak kejutkan dia untuk mandi. Tapi oleh sebab pagi raya kami nak dia bangun awal, awal pun dalam kul 10 juga baru aku mandikan dia. Mood memang tak baik sebab Ainul tak cukup tidur. Lepas ja aku siapkan dia dengan baju raya yang sangat comey tu, boleh plak dia tido, tido style tak bagi aku bangun, nampak ja nyenyak, aku gerak nak bangun dia pun jaga, aku make up pun curi2..
Tengokla muka tido ayam nyer, mata pun tak rapat, elok ja aku tangkap gambar ni, terus dia celik mata n nangis nak nyusu..haha
Dah aku ashik bangun ja, dia pun ashik jaga, jadi tidur tak puas. nak pi meraya punya pasal, aku angkut juga dia g meraya. Kami g meraya rumah kawan baik abang, Mat Set. Ainul masih tidur, dok lama juga, skali dia bangun ngamuk, nangis sungguh2, bagi susu pun taknak, last abang ajak balik. Kami balik gi rumah aku. Yang bestnya, naik ja keta bagi susu terus diam, dasyat, nyusu sampai rumah. Ainul Ainul..
So, raya pertama kami hanya di rumah abang, rumah aku dan rumah kawan baik abang.
Gambar kat rumah aku xda sebab Ainul ashik nyusu ja, buang habis baju2, mak su dia pun sama, aku balik tu pakai pampers ja kjap ja dia pakai baju kurung ngan tudung, huhu

Balik tu, terus masuk bilik nyusu dia, sedap2 aku landingkan diri, sedara abang plak datang. Aku capai ja mana patut. Lepas diorang balik baru la kami 3 beranak sempat tangkap gambar sekali.

Tudung ni la paling pantas dan senang pakai, aku sarung ja, haha...ini bukan tudung raya tau...
Raya tahun keempat bersama suami tercinta, dan raya pertama bertiga..alhamdulillah, sayang kamu berdua, cinta hatiku & permata hatiku.

23 October 2013

BBQ raya kedua aidiladha

Alhamdulillah pelan dalam masa semalam, abang la teringin nak makan ayam bakar, so, tong3 la sorang berapa tah, sekali dengan Wan, Abang Bok (abang ipar Wan). Petangnya dalam kul 5 pas solat asar aku dan abang bertolak ke rumah Kak Ina.

Bertukus lumus la kami ni, buat simple ja, ayam bakar sup daging ngan sup ayam, then air asam, bab kukus tu abang la jaga, wahh, boleh plak yer, terbaik la, hihi

Settle kukus, perap, abang ngan abang bok buat bara api, then diorang bakar, sementara kak ina sibuk buat sup dan aku sibuk membasuh mana2 pinggan yang ada, taknak nampak semak sangat.

Ok la, walaupun ringkas, tapi sedap ja makan ramai2, sempat juga la tangkap gambar 2,3 keping,gambar pihak laki ja, pihak pompuan tak sempat nak tangkap, huhu

abang tengah jaga ayam kukus, siap set time lagi, proper betul, hihi
abang ngan abang bok tukang jaga ayam bakar..

setengah yang dah masak, aku g mengacau ja, ambik gambar masuk dalam balik..hihi


Psss..entry berita gembira tak habis karang lagi, publish yang mana ada dalam draft dulu la, hihi

21 October 2013

SALAM AIDIL ADHA 2013

Salam Aidiladha, baru berkesempatan nak buat entry, sibuk ngalah retis, haha, syukur padaMu ya Allah, raya haji kali ni sempat sambut berdua dengan cik abang tersayang, hihi. Baju raya?  Tak beli pun, pakai mana ada ja, abang lagi dasat, raya kali ni tak pakai baju Melayu langsung..

Hokey, Aidiladha kali ni hujan, tapi tak lebat sangat la, dan takla sampai ke petang. Perjalanan kami kali ni ringkas ja, member baik abang Wan, balik raya rumah isteri, untunglah Kak Asma, hihi. 1st kami p umah kak Ina, kakak sulung Wan, lepak2 situ, then balik rumah aku, haaa, jeng2, kat rumah aku ni la aku bawa balik mainan adik, hepinya tengok adik main, hihi
Lepak2 rumah aku berapa jam tah, makan mihun goreng, sedapppp… mak masak mestila sedap kan! Then kami pun bertolak balik menuju ke pida 4 iaitu rumah Atan, member abang, tengok baby baru! Alhamdulillah kak Liza (wife Atan) selamat melahirkan baby boy secara pembedahan, kecik ja, 2.4 kg, tapi alhamdulillah, baby dan ibu sihat..;-) MOHD NUR LOKMAN HAKIM, (“mohd” tu tak pasti la diorang eja camna)

Balik rumah, rest, tidoqq, letihhh, hihi
Tempek 2 keping gambar raya..;-)

ADA BERITA GEMBIRA!!! ;-)

29 September 2013

HARI RAYA KAMI SUAMI ISTERI PART 1

UPDATE DARIPADA ENTRY------->>> KISAH HARI RAYA
Seperti yang dijanjikan...
Kali ni aku sertakan gambar sekali...;-)


2011
Raya Puasa

Abang ada, tahun ni tahun pertama aku sambut raya dengan abang sebagai suami isteri, hepi sangat...

Raya Haji
Abang takda, abang kena naik laut, sebak sangat bila dengar takbir raya, hukhuk, aku meraya kat rumah aku, petang baru aku balik rumah abang...


2012
Raya Puasa
Dalam 3 hari camtu nak raya abang dapat panggilan ke laut, Tuhan ja yang tahu perasaan aku, aidilfitri tanpa suami di sisi, sedih sangat, baju dah siap tempah, tetiba tak dapat nak meraya bersama.

Raya Haji

Alhamdulillah abang ada dengan aku, dapat sambut raya haji sesama, siap pakai sedondon g tau, raya puasa yang dipakai pada raya haji, hihi


2013
Raya Puasa



Raya pertama kat rumah Kak Ina, Kak Wan yg sulung..
Raya ke 5 kat umah Long Wan
Yey! dapat meraya dengan abang untuk tahun ke3! alhamdulillah.. See, baju kami yang tak sedondon! Dengan penuh azam perkara ni TAKKAN PERNAH berulang lagi, tersangat la pelik bila pakai berlainan tema, haishh, kenapa tak sedondon?? Kisahnya ----->> DI SINI

Raya Haji
- tunggu la, insyaAllah abang ada, hihi

Entry ini akan diupdate setiap kali hari raya, 3x raya puasa, 3x raya haji.
Raya berikutnya entry baru plak.
Update: 29 September 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™