2 February 2013

~Surat untuk awak~

Mohd Ezri,
Kiranya awak baca warkah ini, saya nak cakap kat awak yang saya sayangkan awak, dari dulu sampai la skang, awak ingat lagi tak saat indah kita dulu, masa tu saya baru tingkatan 4, awak plak 21 tahun, saya memang tak sangka pun nak couple dengan awak, yerla, pertemuan kita ni bukannya ngorat2 ka,   permulaan hubungan kita sangat istimewa.

Mohd Ezri,
Awak banyak mengajar saya erti segalanya, dengan awak saya kenal apa itu rindu, apa itu sayang, awak banyak mengajar saya tentang kehidupan ini.

Mohd Ezri,
Terima kasih, saya bersyukur sebab Allah pertemukan saya dengan awak di usia saya yang masih mentah, awak penyelamat saya dari saya terus hanyut dalam mencari diri sendiri di usia remaja. Adanya awak, saya sentiasa beringat atas setiap perbuatan dan tingkahlaku saya.

Mohd Ezri,
Setiap masa yang terluang dengan awak merupakan detik paling bahagia dalam hidup saya. Dari detik perkenalan kita, tanpa sebarang perasaan pun hinggalah Allah menganugerahkan rasa cinta itu tanpa kita sedar, indahnya detik2 itu.

Mohd Ezri,
Awak masih ingat tak, saya pernah bagi awak duit seringgit lama, dalam bentuk love, tapi separuh ja yang saya bagi, separuh lagi saya simpan, sampai sekarang saya masih simpan lagi. Semua surat2 awak masih tersimpan kemas dalam kotak. Awak ingat lagi tak surat pertama awak, beserta gambar yang sangat besar, full page awak bagi saya, hihi.. Gambar tu skang saya lekatkan dalam bilik kita, awak tak tahu, tiap kali kalau saya sedih saya akan tengok gambar tu, dan akan teringat saat indah kita, hati saya akan lebih tenang, mungkin bagi awak saya sesaja ja letak gambar tu kan..

Mohd Ezri,
Awak pernah hadiahkan komik pada harijadi saya yg ke-17 kalau tak salah. komik tu hilang, hilang kat poli, start dari hari tu saya selalu cari komik yg sama, sebab saya rasa bersalah sangat menghilangkan hadiah dari awak, walaupun saya tau ia takkan sama, sebab belakang komik tu ada ucapan untuk saya beserta tandatangan awak, tahun lepas, rezeki saya, tgh saya jalan2 kat Popular tu, saya terjumpa komik yg sama, betapa hepinya saya, terus saya beli, saya bawa balik, dengan sedihnya saya tulis note kat belakang tu, menyatakan sepatutnya kat belakang ni ada ucapan birhtday untuk saya beserta tandatangan awak. Saya tinggal komik kat rumah, saya fobia nak bawa g U, takut hilang lagi, suatu hari saya balik kampung, teringat untuk ambil komik tu, entah kenapa tergerak hati saya nak buka di muka surat belakang, terkejutnya saya bila tengok kat bawah note saya tu ada ucapan birthday untuk saya beserta tandatangan awak, hepinya saya, terima kasih awak. Terharu sangat2.

Mohd Ezri,
Ada orang hepi saya dengan awak, namun tak dinafikan ada juga yang dengki, kekadang saya tergugat juga dengan hasutan dan kata-kata mereka, terlekat juga di fikiran saya, mengganggu emosi saya, saya luahkan kepada awak, dengan tenang awak cakap, saya lebih mengenali hati budi awak berbanding mereka, sejuk hati saya. 

Mohd Ezri,
Banyak lagi saya nak tulis untuk awak, nanti saya sambung, apa pun terima kasih untuk segalanya, menerima saya seadanya, ingat suatu perkara, saya sayang awak lebih dari nyawa saya sendiri, saya bahagia andai awak bahagia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™