12 February 2013

PATUT ASA MACAM MIMPI JA..

Bestnya walau hanya dalam mimpi, tak tahu kenapa semalam aku boleh plak mimpi yang aku melahirkan seorang baby, kecik ja, terasa la kejap perasaan seorang ibu, hihi. Tapi aku macam tau-tau itu mimpi, yerla, bila satu-satu benda sedih o hepi jadi dalam hidup kita, kita mesti akan cakap "macam mimpi ja kan", lebih kurang camtu la aku rasa dalam mimpi aku tu. Bila aku terjaga, terus aku gitau abang, kebetulan abang tak tido lagi, layan cita dalam laptop, pastu abang tepuk2 aku, terus aku lelap balik, ngee~macam baby kan, haha untungla ada suami di sisi. 

Berbalik pada story kita, sejujurnya aku sendiri tak tau yang aku sudah bersedia atau belum untuk jadi mummy, yerla, abang kerja laut, pergi balik tak tentu waktu dan hari, tak tau nak agak berapa lama, aku plak full time student baru nak masuk sem 4, nak harap mak aku, mak aku ada adik solehah yang masih kecik, baby lagi, nak harap mak abang, mak abang masih ada adik hazirah yang kena berhantar berambik sekolah, itu la, apa yang jadi atas kehendak Allah, Dia lebih tau apa yang terbaik untuk kita, tapi kalau ditakdirkan aku pregnant skang, aku tetap bersyukur, aku tau setiap anak itu amanah Allah, dan setiap anak pasti ada rezeki yang telah ditetapkan, pasti akan ada jalan penyelesaian atas setiap kejadian. 

~Putera Puteri anak ayahanda & bonda~

3 comments:

Ibu Lala said...

Insya allah. Setiap yang berlaku itulah yang terbaik untuk kita..

Eca Dwinky Asha said...

xpe,blum ada rezeki tu..sabar yer

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

mimpi nazirah akan jd kenyataan suatu hari nanti..In Shaa Allah :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™