10 February 2013

Luahan hati aku~

Ok, aku nak luah sesuatu, aku tak tau apa pendapat orang lain, tapi bagi aku, aku tak sanggup, tak rela, dan tak sudi. Mungkin aku ni kuat cemburu kot, tapi ntah la, mungkin waktu tu d awal perkahwinan, aku tak pasti, tapi asanya kalau skang pun aku masih x suka.

Apa ceritanya? Ok camni, kira2 dua tahun yang lalu, hampir 2 bulan usia perkahwinan aku n abang, kami pergi menyambut, menyambut maksudnya kita ikut rombongan pengantin lelaki pergi ke rumah pengantin perempuan, aku pakai baju kurung moden n berselendang, comey, kiut miut la kononnya, baru kawin kan, seri pun tak habis g, haha. Abang pakai kemeja kot kalau tak salah aku. 

Sampai ja kat rumah pengantin tu, masing2 sibuk la nak pegang hantaran la, nak bersusun orang untuk jalan masuk, tetiba ja depa nak abang jadi pengapit, benda ni tak d beritahu awal pun, n tak tau la kalau aku ja yg tak tau, depa dah rancang awal ka apa, pastu ada la makcik tu tarik aku, " ha..ni adik ni pakai elok bagi dia jadi pengapit " lebih kurang camtu la, aku ok jela nak jadi pengapit dengan laki aku, alih2 camna tah ada plak pompuan mana tah jadi pengapit, aku pun malas la nak interframe, terus dok belakang, jadi dayang2, eee, memang aku hott sangat time tu, sakit hati geram, aku tak la hadap sangat nak jadi pengapit tu, tapi tak yah la ambik laki aku jadi pengapit, dah la tak kenal sapa! kalau pompuan tu aku kenal boleh tahan lagi la.

Abang tahu aku marah, bini dia mesti la dia tau aku camna kan, serius aku buat tak tau ja, malas nak layan, sedappnya dok makan kat tepi pengantin, dengan pompuan tu k! yang aku ni makan kat meja lain, dayang2 la katakan. Menyampah gila, aku tak tengok langsung abang makan. Geramm.

Aku tak tau la orang lain rasa apa, bila laki kita jadi pengapit dengan orang lain, n orang lain tu kita tak kenal pun, paling sakit bila orang buat kita ni macam tak wujud ja, padahal si pengantin bukan tak tahu yg pengapit tu suami orang, sori kalau rasa aku over, tapi aku memang tak dapat terima keadaan tu, what ever la nak kata aku cemburu blind pun, cer letak situasi tu kat dalam diri sendiri tgk, ee..

Mungkin bagi sesetengah orang benda ni perkara biasa, kenduri ja pun, tapi jangan lupa "lain padang lain belalang".

Esoknya kenduri sebelah lelaki, sekali lg kami g umah pengantin perempuan, kali ni just nak ambik pengantin pompuan ja, nak apit2 ni bila tiba kat umah pengantin lelaki. Aku warning abang, jangan dok gatai2 nak jadi pengapit, huhu. Serius bila tengok abang dengan pompuan lain masa tu, asa macam nak meletup dada, asa macam nak namgis, huhu. Time balik nak dijadikan cerita abang nak beli barang, jadi kami balik dulu n lajak g kedai tempat abang nak beli barang, bila sampai tempat kenduri pengantin dah sudah makan, aku pun masuk dalam umah, ada la orang tanya, p mana tadi depa dok cari nak buat pengapit, see, tak gtau apa2 pun suka2 hati ja nak dijadikan pengapit, nasib la abang paham apa aku rasa,huhu.. lagi pun kami bukannya rapat sangat dengan family pengantin tu, hmm.

Kekadang layanan orang buat kita tawar hati untuk rapat dengan orang tu kan, hidup ni tak yah la nak sombong, orang sombong ni tak ke mana pun akhirnya..

4 comments:

Aku Penghibur said...

mmg geram .. tpi benda dh berlakukn... chill okey :)

nabila biela said...

salam awak..giveaway cologen sy tuh terpksa sy batalkan atas sbb trtentu..nti sy ganti dgn segmen lain..maaf yeww..ni link yg sy mxk maaf tu...http://comey-comeyblog.blogspot.com/2013/02/maaf-giveaway-terpaksa-dibatalkan.html

Mimie Najib said...

kalau sy pun berangin jgk kut.. mmng la ppuan ni tak tunjuk geram depan2.. tapi dalam dia dia tetap protes jgk kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™