7 September 2014

Cabaran 30 Hari : Sejauh mana pendidikan itu penting bagi anda #day7

Sejauh mana pendidikan itu penting bagi anda #day7

Bagi aku nilai pendidikan tu bukanlah sekadar dapat masuk UNIVERSITI, ada Ijazah, master atau PhD tapi keperibadian kita untuk bawa diri sendiri.

Jadi pendapat aku pendidikan itu penting hanya sekadar tiket, tiket untuk dapat pekerjaan, tiket untuk satu2 jawatan. Itu pendapat aku mengenai pendidikan. Duniawi.

Pendidikan agama, aqidah kita, akhlak kita. Itu yang penting. SANGAT penting. Bila akhlak kita baik, secara keseluruhan kita akan nampak baik, jadi kalau ko ada PhD pun akhlak ko kosong, xdak makna, pegang jawatan tinggi tapi ashik dapat umpat keji orang, no point, masuk universiti, tapi sombong dengan orang, tak dak sapa nak pandang. Kalau ko petani, tapi kerja jujur, bahasa baik, automatik orang respect.

Sekarang dah berlungguk orang pegang ijazah xdak kerja, apa yang aku nampak sekarang, kemahiran tu lagi penting dari tahap pendidikan, mungkin faktor kekosongan sama, makin tinggi tahap pelajaran makin sengit persaingan sebab kekosongan untuk pihak atasan adalah terhad, dalam satu opis akan ada sorang bos ja kan.

Contoh aku sendiri, aku ada ijazah, adik ipar aku sijil ja, tapi dengan kemahiran yang dia ada, skang dia tengah tunggu panggilan untuk masuk kerja dah, gaji riban2 plak tu, haish, jeles aku. Tapi tu la orang panggil rezeki kan, pendidikan tu cuma satu bonus ja bagi aku.


Sekian .

2 comments:

fayreen mizan said...

agreed dgn ur opinion, sis :)

Miela Asmila said...

betu tu dik.. pendidikan cuma tiket untuk dapat kerja yang lebih baik... tapi tak semestinya orang yang tak ada pendidikan itu tak boleh berjaya contohnya pengasas sendayu tinggi.. jutawan, dikenali.... dia hanya wanita biasa yang tak ada pendidikan yang tinggi tapi ada semangat hidup yang tinggi untuk majukan diri..
satu lagi yang akak setuju.. pendidikan agama adalah yang terpenting dalam hidup ini. bagaimana nak hidup bahagia jika Al Quran pun tak tau baca..betul tak..carilah redha Allah, kerana dia pemilik segalnya... salan perkenalan kak mila.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™