10 September 2014

Cara untuk naikkan Hb ketika hamil

Tajuk dah macam pakar kan, haha. Tak da la, just nak share pengalaman ja.. seperti yang sedia maklum aku dah masuk kali ke 4 checkup kat klinik desa, 4,4 kali tu juga kena cusuk halus di hujung jari untuk test kepekatan darah (Hb).

1st check up kat klinik desa 11.6, pada hari yang sama juga aku gi klinik kesihatan untuk ambik darah, alhamdulillah 12.2, kira yang klinik kesihatan lebih tepat la sebab diorang ambik darah terus, bukan cucuk2 hujung jari dah.

2nd check up kat klinik desa 11.1 dalam masa 4 minggu.
3rd check up kat klinik desa 10.8 dalam masa 3 minggu.
4th check up kat klinik desa 11.6 dalam masa 3 minggu juga

Syukur alhamdulillah, masa 3rd check up ni, hampir kena marah dengan nurse, yerla, Hb makin turun, tu yang kena g check dari 4 minggu kepada 3 minggu sekali, nurse tu siap pesan lagi, kalau turun lagi, kita kena hantar p klinik kesihatan untuk ambik darah. Huhu.

Untuk yang kali ke 4 ni, aku tanya adik aku yang bakal nurse tu, apa dia makan untuk naikkan Hb, dia gtau dia makan hati ayam, dan ikan bilis, hati ayam aku dah try, tak lalu la, tak boleh nak telan, adik aku ada gtau juga, dia makan ikan bilis hampir hari2, sampai mengandung alhamdulillah Hb dia maintain 13.00.

So, aku pun ikhtiar la, kat U ni, pantang ja kafe ada buat sambal ikan bilis kering, terus aku ambik, kalau hari2 ada, hari2 aku makan, balik kg plak buat sambal ikan bilis sendiri, air tangan sendiri k, hihi, jap ja aku n adik hazirah habiskan, yg pasti adik hazirah cakap sambal ikan bilis aku sedap, kembangnyaaaaa..see, aku bukan tak tahu masak la, ada juga certain2 masakan yang aku expert, kuikuikui

Satu lagi, kan segala vitamin yang ada tu aku tak lalu nak makan, Obimin plak habis, aku try produk Shaklee, ViTALeA, untuk ganti iron tablet, tak mampu lagi nak borong satu set hamil dengan keadaan ekonomi abang skang, jadi choose the need one dulu la..

Ada 120 biji, tahan untuk 3 bulan kalau amalkan sebiji sehari..;-)
Syukur alhamdulillah, hasil usaha aku tu, dapat naikkan Hb dari 10.8 kepada 11.6, banyak tuuuuuuu… hihihi, tapi makan ubat tu kena konsisten la, jangan hari ni makan esok tak makan, lusa makan 3 hari plak baru makan, xmo xmo xmo…

Ok la, demi baby kecik, aku sanggup makan makanan yang sama hari2, asalkan dia sihat, anugerah dari Allah, sayang dia dan ayahanda dia sangat2..;-)

Untuk dapatkan vitalea shaklee atau produk shaklee yang lain boleh contact aku kt fb di side bar atau terus wasap atau mesej 019-4090064.

Sama2 kita amalkan sesuatu yang sihat. Hb sangat penting ketika mengandung, Hb LOW SANGAT BAHAYA UNTUK KANDUNGAN. 

#REPOST

4 comments:

Norhazlina Mohd. Zaki said...

Wahhh..tahniah tahniah...and yup... Vitalea Shaklee dapat naikkan HB...
Take care..

x0x0 ^___^

QasehnyaRania said...

alhamdulillah. ikan bilis membantu ye.
thanks sharing. take care tau

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. alhamdullilah. thanks bagi tips. sheila risau gak kalau hb turun. buat masa skrg, hb ok ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™