Tanggal 17/10/2013 Khamis, miss P aku mengjakau hari yang ke
41, lewat 5 hari yang sepatutnya datang pada hari ke 35, aku seperti biasa
takut untuk menaruh harapan walaupun dalam hati tercalit juga secebis harapan
tu, aku ajak abang g Guardian, dengan alasan nk beli diadoran dan tisu muka. Aku
tak gtau abang pun aku nak beli UPT (Urine Pregnancy Test) tu. Aku nak beli bukan apa, klu aku cek
takdak, aku tak la menaruh harapan sangat, dan kalau ada aku boleh buat langkah
pengjagaan awal. Itu yang aku fikir. Tapi abang sibuk, malam tu tak jadi g.
Esoknya 18/10/2013 Jumaat, dah mengjakau hari ke 42, kami g
meraya rumah maklang, aku, mak, abang dan adik zirah, balik tu kami g Jitra, aku
dan abang g Guardian, aku beli la, aku tunjuk kat abang, abang diam ja, hihi
Malam tu aku niat dah dalam hati, esoknya aku nak ajak abang
g klinik, ada ka tak da ka, yerla, klu ada kena buat pengesahan doktor, kalau
takdak aku nak tanya la apa masalah miss p aku lambat bulan ni. Abang ok ja
tanpa banyak soal. Aku tak cek malam sebab ia lebih tepat pada waktu pagi. Dan aku
takut kalau2 malam tu o pagi esoknya miss p datang, jadi aku decide untuk cek
esok pagi..
Tanggal 19/10/2013 Sabtu, mengjakau hari ke 43, pagi2 lagi
aku g toilet, tangki dah penuh, hihi. Mengikut prosedure yang diberi aku pun
test la menggunakan UPT (Urine Pregnancy Test) yang
aku beli kat Guardian tu. Dan hasilnya…
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Asa macam nak jerit ja dalam toilet tu!! Ya Allah terima kasih Ya Allah, Allah ja yang tau perasaan aku saat tu, menitis air mata aku bila nampak line kedua tu, macam tak caya!! Lepas jer aku titis urine tu, nampak ia mengalir ke dalam kotak garisan, air sentuh line pertama, terang, jalan slow sentuh plak line kedua, laju ja muncul line kedua, terang plak tu!! Ya Allah, pengalaman aku masa sebelum ni bila aku check, titis ja urine, naik line pertama, urine jalan, kosong, lama menung tengok UPT tu, tak muncul2 juga, kecewa jap, tapi kali ni beza!! DOUBLE LINE!!
Cepat2 aku masuk bilik, gementar nak gtau abang, takut pun ada, betul ke ni, tunggu la 5 minit dulu, line masih terang, last2 kejut abang, tunjuk kat abang, abang terkebil-kebil, “bb ngandung” sambil peluk aku, bahagianya saat tu, aku ajak abang g klinik.
Kat klinik tu kena plak tunggu turn yang ke5, sampai jer pesakit keempat masuk, jantung aku dah debar macam nak terkeluar, punya cuak, “NAZIRAH”, nama aku dipanggil, “abang nak masuk tak”, “ taknak la”, hihi, aku pun malu juga kalau abang masuk, dengan slumber aku masuk sorang2, aku gtau doc aku test pagi tadi double line, straight to the point, xda mukadimah apa dah, haha, doc tanya bila last period , aku pun gtau, then doc suruh baring nak scan. Dan…….
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Ni la hasilnya, “haa, ada ni, ni rahim, ni kantung baby, ni baby, tahniah” sambil doc tu tunjuk2 kat screen, aku tersenyum sampai telinga, doc tanya berapa lama dah kahwin, aku gtau la dekat 3 tahun juga, doc kata, Allah nak bagi rezeki… “saya print, dan bagi vitamin untuk elak kecacatan janin”
Keluar tu senyum ja kat abang, tunggu ubat, bila nama aku dipanggil, aku dan abang g kat kaunter, total RM45 sekali dengan vitamin.
Keluar ja dari klinik aku tunjuk la kertas scan tu, abang macam tak caya ja, punya la hepi, senyum ja sepanjang jalan, hihihi, pengalaman yang tak mungkin aku lupa, BERITA GEMBIRA UNTUK KAMI, ALHAMDULILLAH, SYUKUR PADA ALLAH, DIA YANG MAHA MENGETAHUI, YANG MAHA MENDENGAR, YANG MAHA KAYA, YANG MAHA PEMURAH, YANG MAHA PENGASIH YANG MAHA PENYAYANG..
Setelah mendengar dua gambar gembira di "
berita gembira" dan "
berita gembira lagi" alhamdulillah dapat berita gembira untuk diri sendiri pula...;-)
Moga baby sihat..;-) amin………….