29 December 2012

Segmen Tambah Follower Di Hujung Tahun

jom pakat2 join...
 klik SINI untuk join

tarikh tutup 29 DEC 2012..  hari ni!



Jumlah Follower setakat ini = 13
Target Follower anda dimasa hadapan = 100 untuk masa terdekat ni.. ;-)


28 December 2012

SEDIKIT DOA DAN HARAPAN


Ya Allah, Yang Maha Adil,
Dengan berterusan Kau memberi padaku,
Ku cuba membaca misteri keadilanMu,
Namun, aku sedar bacaanku masih lemah,
Sehingga ketika Kau timpakan musibah sebagai ujian Mu
Aku tidak mampu menganggapnya sebagai nikmat,
Sebagai tanda kasih sayangmu.

Oleh itu, bimbinglah hati dan fikiranku,
Supaya aku mampu menerima isyarat-isyarat rasa rindu dan
Sayang pada Mu
Disebalik ujian yang Kau berikan kepadaku.

Image
*sumber
Senang Hamil, USAHAWAN 6,
KUALA LUMPUR, MALAYSIA 

26 December 2012

" KAWAN " * edit entry 27 dec 2012

Bangun pepagi on fb tetiba nampak satu album yang di post sekitar 4 jam yg lalu, hati terus sentap, terdetik; sampai hati tak ajak, at least inform pun jadila, terus rasa OK, takpalah, aku bukannya sesapa pun kan...

Teringat abang, teringat family, ok, aku taknak fikir, buatla apa pun, aku dah tak kisah! aku nak fokus kat study aku n family aku ja, family besar dengan suma, family kecik dengan abang..;-) Benda lain akan aku anggap seperti angin lalu yang datang dan pergi tanpa memberikan kesan dalam hidupku. Cayyok Nazirah!!!


*Kawan, boleh dikatakan kawan... RAMAI, untuk SAMA-SAMA SUSAH DAN SENANG dan TERIMA KITA SEADANYA  boleh kira dengan JARI!

Jalan2 kat fb terjumpa satu gambar ni....huhu~







25 December 2012

seminggu balik bercuti..

Seminggu aku balik bercuti kat kg, aku tak hengat dah nak exam ka apa, asa hilang suma beban kat kepala, best sangat, abang adaaaa..tu yg penting, ngee~

Hari rabu aku balik, turun kat Jitra abang datang ambik, khamis pagi aku sewa keta datang kelas bi, pastu balik lagi, hari ni baru datang U balik, Ahad ni dah start final..

BEST SANGAT BALIK KAMPUNGGGGGG...
G ronda2 dengan abang, main badminton dengan abang, g mancing kat belakang umah dengan abang, tengok cita dengan abang, semalam g makan mcD dengan abang, g funfair dengan abang,

Aku tak tau nak cakap camna, aku bosan sangat kat sini, tak dak apa yang menghepikan aku, aku boring stress, dulu masa dip pun macam ni juga, orang kata habis nnt mesti teringat balik nak study, jujur sikit pun aku tak teringat nak study balik masa habis dip dulu.

Mungkin sbb aku ada komitmen lain, jadi aku tak njoy macam org lain.

23 December 2012

SENANG JA TENGOK ORANG PREGNANT

Orang yang baru kawin dengar2 dah prenant, dalam hati kata senangnya depa pregnant, cepat sungguh lekat n senang ja lekat.. nape aku susah.. mungkin faktor berjauhan sama, "waktu bersama" tak tepat pada masanya..huhu

Tengahari tadi g kedai alat kosmetik area kg. beli barang mak kirim, tengok akak yang jaga kaunter tu dah mengandung, 7 bulan dah, kalau tak salah dia kawin tahun ni, dalam awal tahun hari tu, seriusly jeles sangat tengok dia dah berbadan 2, untung laaaaa...

Minggu study week dok mikir pasal ni plak..hihihihi

Ya Allah berilah peluang aku merasai keadaan ini.. Amin

*Ya Allah..berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi dugaan ini...

18 December 2012

Oh final exam!!!!

Lama sangat tak update entry, banyak gila story nak kongsi, tapi tunggu cuti sem nanti la, ni dia JADUAL FINAL EXAM AKU untuk sem ni...

 30/12/2012
Admin Law

 31/12/2012
Organisasi & Masyarakat

2/1/2013
Dasar dan Analisis Fiskal 

 3/1/2013
Finance

 5/1/2013
Perlembagaan Malaysia,
 Etika dalam Pentadbiran

10/1/2013
E-Com 



DOAKAN AKU............. (^_^)

6 December 2012

NAK RUMAH SENDIRI.... AKU & ABANG, future SON n DAUGHTER

Dok blogwalking naik la entry yang baru ditaip oleh Kak Ina, salah seorang blogger, kisah kak ina yang dah habis berpantang dan akan kembali ke rumah dia di Sg. Petani. Tetiba terlintas di fikiranku, bahagianya kak ina, ada rumah sendiri, hidup di samping suami tercinta serta anak2 tersayang.

Wahh, bestnya ada rumah sendiri, baru la rasa hidup berumah tangga, ada kita n hubby kita ja, bebas nak buat apa2 aktiviti pun. Nak kemas rumah, buat perhiasan, hiasan dalaman hiasan luaran, suma kita boleh atur sendiri, bestnya..........................

Aku sempat rasa semua tu 3 bulan di awal perkahwinan ja, sangat3 bahagia, enjoy, bayangkan 3 bulan aku tak pernah keluar rumah tanpa abang. aku tak kisah pun, boring tu ada juga tapi aku hepi, kemas rumah, basuh baju, sapu sampah, kemas laman depan rumah, masak tunggu abang balik, malam lepak depan tv sampai terlelap, hujung minggu keluar outing g jalan2 area seremban atau melaka, tengok wayang, best sangat3...

13 Feb 2011-13 Jun 2011, ni saat yang aku impikan dalam hidup aku, punya kehidupan sendiri, kehidupan sebenar, dan semua nikejap ja. Abang dapat panggilan kerja laut, abang resign kerja kat Port Dickson, aku plak dapat tawaran U, terima sebab fikir aku tak kerja lagi, nanti boring plak kat umah, kami pindah balik kampung, dan di sini la segalanya bermula, totally different.  

Aku benar2 rindukan kehidupan kami di Port Dickson, JAUH DARI SEMUA, hanya KAMI BERDUA ja. tak sangka saat tu berlalu begitu cepat. Nak ja aku undurkan masa biar saat2 tu tidak berlalu pergi dari hidupku.

*entry yang akan datang ~bila tak tau lagi.. aku akan cerita plak  "kalau abang tak keja laut" , insyaAllah...
( aku redha dengan suratan takdir ya Allah dah aturkan untukku dan abang....)

3 December 2012

'Segmen Tanya dan Jawab by YA'



Syarat-Syarat :

  1. Follow blog Yanie.
  2. Like fanpage yanie [Tekan Sini Untuk Like]
  3. Buat satu entry bertajuk 'Segmen Tanya Dan Jawab by YA'
  4. Dalam entry tu sertakan soalan saya dan jawapan anda :) 
  5. Dah siap ? Okay now letak link entry dekat komen yaa.
  6. Tarikh akhir boleh hantar link 14.12.2012 :) 2 weeks segmen ni berlangsung.
  7. Selamat Menjawab !!!


JAWAPANNYA :

1.Your Girl Bestfriend :
- Nashrah binti Nor Azam, Marzuni binti Che Pa

2. Your Boy Bestfriend :
- Mohd Ezri bin Ramli

3. Your Nickname :
- Chaq, Nazirah

4. Your Favourite Food :
- Sotong goreng tepung

5. Your Favourite Drink :
- Teh O Ais

6. Do You Have Mental Problems :
- Tak dak, normal jerr

7. Something You Can't Live Without :
- My handphone

8. Last Person You Called :
- Nur Diana Rozali, my classmate nak tanya ada di mana skang,ngee~

9. Your Birthday :
- 04 Feb 1989

10. Someone You Love :
- Mohd Ezri Ramli

11. Someone You Hate :
- Penipu

12. Last Text Said :
- Copy bila2 pun boleh copy ( Nur Diana Rozali) hihihi

13. Your Super Bestfriend :
- Nashrah Nor Azam

14. Do You Believe In God? :
-  Pasti!!

15. Would You Take You Ex Back? :
- Never!!

16. Someone You Miss :
- My hubby, gaduh2 manja.. rindunya...

17. Last Person That Made You Laugh *sertakan tarikh kalau boleh* :
- My classmate YAYA, 3 Dec 2012.

18. Your Favourite Song :
- Untukmu sayang, febians

19. Is 2012 Are The Best Year Of Your Life :
- Tak juga, banyak perkara sedih dan kecewa yang terjadi.

20. Do You Like Malay Food :
- Sangat2!

21. How Old Are You :
- 23 tahun dah..;-p

22. Do You Regret Anything From Your Past ? :
- Yes, ambik sains tulen masa form 4! tak dapat bawa, hampir2 gagal! 

23. Where Do You Want To Honeymoon ? :
already! ngee~ langkawi wonderfull place..

24. Do You Believe In True Love :
- Yes

25. What Is Your Attitude :
- Setia pada yang satu

26. Are You Scared Of GHOST? :
- Ye juga..

27. What Is Your Status ? (Single / Taken / Married / Divorced / What ? ) :
- Married

28. Have You Ever Broke Someone's Heart? :
- Tak pasti, mungkin takdak kot..hihi

29. Who Is Your Favourite Singer ? :
- Anuar Zain 

30. What is your favourite colour ? :
- Putih.

DONE!

GUD LUCK SUME!! (^_^)

Segmen 10 bertuah dapat header free

Teringin nak header baru,huhuhu..
hope dapat..;-p

DIARI KEHIDUPAN SEORANG INSAN..





Terima kasih ya Allah kerana Engkau masih limpahkan kasih sayang di dalam hati aku, ternyata walaupun pedih dan sakit perasaan tu tetap sama, lunak suaranya sudah mampu buatkan hati ini cair bagai lilin, itu la aku. Aku tidak meminta lebih, cukuplah sekadar kasih sayang. Aku berjanji sesuatu, dan aku akan tepati janji itu. Walaupun apabila aku menepati janji itu hidup aku akan terasa sunyi kembali, sendirian, kesorangan. Biarlah aku simpan rindu ini, biarlah aku pendam perasaan ini. BLOG tempat aku meluahkan segalanya, isi hati yang terpendam, bagi yang sudi membaca, terima kasih, anggaplah ini sebuah diari kehidupan seorang insan. Ada bahagia ada air mata, kerana kita hidup ibarat roda yang punya hukuk karma. Penulisan diary ku gantikan dengan penulisan di blog ini. Ya aku memang suka menulis, walaupun hasil penulisan aku tidak sehebat karyawan negara, cukuplah untuk aku sendiri mengerti apa yang aku tulis mengenai kehidupan ini. Saat ini detik ini aku sangat merindui seseorang, sedangkan lidah lagi tergigit, itula perumpamaan yang terbaik untuk huraikan tentang apa yang aku alami sekarang. Moga segalanya kembali seperti sediakala. Aku rindukan dia yang dulu, moga Allah kembalikan dia yang dulu untukku. Penuh kemesraan dan kasih sayang. Hanya itu yang aku harapkan. Amin.

SAAT BAHAGIA ITU MILIK KITA..

Saat bahagia milik kita, HARGAILAH ia, kerna bahagia itu belum tentu selamanya milik kita, kita tak tahu apa yang bakal terjadi di masa depan, hidup mati jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan.

2 December 2012

HAMPA...

"Kasih sayang itu lebih bernilai dari segunung intan...."

Ku ditinggal senja
Malam menghampiri
Sendiri ku dalam menanti
Segera oh angin sampaikan rinduku
Terlupakah kau pada janjimu

Ketika bersama rindu bergelora

Perpisahan menikam jiwa
Kau pandai mengusik kau pandai mengoda
Kini diriku yang kau tinggalkan begitu saja

Apakah ertinya ucapan manismu

Kau merinduiku
Mungkin hanya aku
Yang membiarkanmu menipu diriku

Biar luka menyiksa jiwa

Biar kasih tak kunjung tiba
Kerna pada hakikatnya diriku kau persenda

Aku hanya insan biasa

Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...

Di malam yang sunyi

Sepi menyendiri
Ku hulur dan menyusun jari
Ku pohon kau ubatikanlah rinduku
Bayang kasih dalam mimpiku
Menikam kalbu...

Biar kasih menyiksa jiwa

Biar ku yang mengemis cinta
Kerna sejak dari mula
Diriku yang tergoda

Aku hanya insan biasa

Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...

* Jiwa yang penuh kasih sayang adalah jiwa yang paling bahagia.

1 December 2012

SEKSANYA SENGGUGUT..

Tanggal 29 November 2012, 430am aku bangun untuk kejut abang, sebab abang perlu prepare untuk naik flight. abang kat hotel Miri waktu tu, saat tu juga senggugut menyerang, sakit sakit dan terus sakit, aku memang mengalami senggugut sejak pertama kali cik p datang, dan aku amalkan ubat yang klinik bagi warna biru, 1st day datang, makan ubat, tidur dalam 1 jam dan terus lega. WAJIB TIDUR. Cik p aku berjalan lancar, datang ikut kitaran yang normal, dan banyak. (banyak yang normal)

Cik p tidak teratur,
Cik p  aku start tidak teratur awal tahun ni, mungkin stress, sebab banyak rahsia yang aku baru tahu yang disembunyi di belakang aku selama ni, lepas satu, satu, hati aku hancur  jiwa aku tertekan. mungkin itu salah satu sebab.

Ikhtiar utk sembuh lain pula jadinya,
ada yang cakap ubat tu tak elok sebab boleh merosakkan sistem peranakan, makan panadol ja bila sakit tu, bulan berikutnya aku pun try buat seperti yang dicadangkan, hampeh, memang senggugut aku berkurangan tapi Cik p aku kacau, datang sikit ja,sikit sangat. Bulan berikutnya pun macam tu, aku cuba VCO. bulan 1st amalkan VCO, Cik p datang none stop sampai kena g ambik ubat stop kat klinik. Then 2nd month alhamdulillah Cik p dah kembali normal,tak senggugut teruk,just lenguh2 ja, banyak, aku hepi.

Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari,
Dengan confidentnya aku tak bawa apa2 ubat pun datang U, aku menghitung hari, datang o preg?? genap hari ke 31, Cik p datang. dan kali ni sakit yang teramat2. hampir 5 jam aku menanggung derita dari 430 pagi. kesorangan dalam bilik, tanpa abang, tanpa mak tanpa sesapa, kalau aku mati tu memang mati sorang2 la. senggugut ni salah satu sakit yang tak mampu kita bayangkan, walaupun orang yg alaminya sendiri, sebab sakit senggugut tu kita akan tau bila dia datang ja, jadi sapa yang tak alami senggugut tu jangan cakap besar, sebab sakit tu yang teramat2. aku terlantar sampai ke tengahari, aku sakit sampai ke malam, 1 kelas pun aku tak g, walaupun kelas ecom hari tu ada listening test, aku redha.

2 gejala bila senggugut
1. muntah
2. cirit
pengalaman kali ni aku alami keduanya, dalam 'nazak' tengah sakit tu perut aku buat hal, nasib toilet depan pintu ja, gagah bangun, bila masuk bilik ja terus muntah, 2x.. seksanya saat tu. muntah sampai habis isi dalam perut. lemah sesangat. ingat mak, ingat abang, ingat semua, asa macam nak mati dah, ;-(

Malam tu abang datang ambik, kesan2 sakit masih terasa... Dasyatnya pengalaman kali ni setelah hampir 11 tahun. Mungkin sebab aku lalui sorang2 ja kali ni, dulu kat umah ada mak, adik2, ayah, bila dah kawin ada abang, kalau kat sekolah ada kakchik dan kawan2, kat poli pun ada kakchik dan kawan2. kat u?? hukhukhuk..

~google~

AKU DI SINI DIA DI SANA

Hukhuk, sedih kan, now aku kat UUM dah, abang hantar tadi ( abang dah balik 29 Nov) sedih... Yerla bila abang balik aku plak kena datang U, terpisah lagi. Kalau ada kereta nak ja aku ulang hari2 balik umah. Bukan selalu pun berpeluang lepak kat umah dengan abang, abang kan keja kat laut. Jadi sekali sekala abang balik aku nak la ada disisi abang. Lambat lagi nak habis, lagi setahun setengah, best tu best la ngaji, tapi satu ni ja la masalah aku, kerinduan. Kesiankan, takpa la, pengorbanan, masa depan kita tak tau camna, aku redha ja takdir yang Allah dah tetapkan untuk aku. Cumanya kali ni seperti ada sesuatu yang tidak kena, entahlah...

Hidup tidak selalunya indah 
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
(Begitu aturan Tuhan)

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya

Apa yang aku harapkan adalah moga Allah teguhkan kasih sayang antara aku dan abang, pelihara kesetiaan kami walau di manapun kami berada dan semaikan rasa cinta antara kami hingga akhir hayat..Amin..

memandang bulan yang sama..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™