26 February 2015

Jom pakat2 join...



Siapa lagi belum join Giveaway yg Super Duper Hot ni. Memang tersangat rugi. Sebab hadiah yg bakal dimenangi memang meletop habis, hihi

Aku tolong promot GA Angah sebab aku salah seorang sponsor, keychain Sarawak + pen. Cute miut jer keychain tu tau. Dan banyak hadiah lain lagi antaranya Blouse, kadigen, shawl, topup rm5.

Syarat sgt simple, entry plak copy paste jer sebab Angah dah sediakan code. So tunggu apa lagi tak join..

Klik banner kat atas tu!!

24 February 2015

Ainul panas badan

22 Feb 2015 hari bersejarah buatku. Anakanda tersayang start panas badan.

Nak tumbuh gigi?
Nak tumbuh akai?
Nak boleh jalan?
Keadaan cuaca sebenarnya..

Hujung Feb Ainul genap 9 bulan. Dah sepanjang tempoh itu ini kali kedua Ainul panas badan. 1st dulu masa baru balik dari hospital, Ainul baru 3 hari.

Kali ni Ainul demam diiringi selsema. Sedih sangat tengok anak tak sihat. Nangis aku!!


21 February 2015

Template Dari Hati Nazirah 2015

Wahhhh panjangnya pic ni... Pakai software apa agaknya. Kak Kathy yg letak dalam draft ni. Lepas edit blog aku hari tu lagi. Lama dah. Baru hari ni sempat nk karang entry.

Ok. Blog Nazirahnyerr dah bertukar wajah untuk tahun 2015. Dan kali ni aku menggunakan khidmat dari Kak Kathy. Camna boleh kenal Kak Kathy? Aku tengok kat blog Cik Akak. Sebab aku perasaan semua templet Cik Akak di edit oleh Kak Kathy. Jadi aku pun terus contact Kak Kathy. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Hujung bulan 1 aku contact Kathy. 3 Feb Kak Kathy start edit. 5 Feb siap pasang. Cepat kan!

Aku guna tema warna coklat kali ni. Pemilihan warna oleh aku sendiri, tulisan header aku sendiri. Yg lain kreativiti kak Kathy, memang puas hati..

Favicon, banner, chatbox, footer, header, side bar, watermark, suma puas hati. Alhamdulillah. Memang mudah sangat berkerjasama dengan Kak Kathy. Selain edit blog full templet, kak Kathy juga ambil upah utk edit berasingan seperti header shj, footer shj, water mark, dll..

Upahnya pun berpatutan, under bajet, hasil yg sangat memuaskan. Yg penting kak Kathy pandai suaikan bunga ros tu, suka sesangat! Nk juga bunga ros walau tema warna coklat. Haha..

So untuk tempahan edit blog,
Boleh terjah blog Kak Kathy.

http://kathyrbain.blogspot.com


20 February 2015

Kisah Scandal

Scandal??

Perlukah ada scandal?

Pendapat aku. Tak perlu kott.

Dunia akhir zaman, bila seorang suami ada scandal dgn perempuan lain, bila seorang isteri ada scandal dengan lelaki lain, dan yg paling parah, bila seorang suami ada scandal dengan isteri orang dan seorang isteri ada scandal dengan suami orang.

Kisah benar, bukan nak aibkan sesiapa, cuma untuk iktibar dan pengajaran. Kisah scandal antara individu A yg merupakan suami orang dan individu B yg merupakan isteri orang. Masing2 telah pun mempunyai cahaya mata.

individu B merupakan kenalan lama individu A . Mungkin juga kekasih gelap. Mereka tidak boleh declarekan hubungan sebagai kekasih kerana saat mereka berkenalan individu A  telah pun bertunang. Hubungan mereka terjalin dan begitu akrab, hinggalah saat individu A berkahwin. Lama mereka menyepi, namun individu A berjaya menghubungi kembali individu B atas 'jasa baik' seorang rakan mereka yg memberi number telefon individu B.

Maka dari situ bermulalah episod mengulit kenangan antara mereka, sudah pasti hubungan tersebut diluar pengetahuan pasangan masing2. Dayuslah suami individu B kalau biarkan isteri dia berkasih dengan lelaki lain. Dan pastinya hancur luluh hati isteri individu A  kalau dia dapat tahu suami yang dianggap setia rupanya berscandal di luar sana.

Rencananya mereka ingin berjumpa, kerana kebetulan individu A  akan menghadiri 1 kursus berdekatan kawasan tempat tinggal individu B, tidak ingatkah individu B pada status isteri durhaka, lupakah individu A pada isteri yg taat setia? Hanya mampu berserah. Moga terbongkarlah segalanya suatu hari nanti. Dan pasti akan ada hati yang terluka akibat perbuatan mereka berdua.

Macam cerita novel plak. Tapi klu novel hanya fantasi. Ini adalah realiti... Dunia akhir zaman...

Ainul Mardhiah dah pandai MERANGKAK

19 Feb 2015..
Ainul Mardhiah dah pandai MERANGKAK..


Alkisahnya.. Kat rumah Mak Lang Timah. Aku letak Ainul kat bawah. Mak Lang acah2 dia dengan pinggan n sudu. Ketuk2, shok bunyi tu Ainul MERANGKAK pi. Riuh la sbb dekat rumah dia x pernah merangkak. Dok angkat badan ja, tak menapak tangan pun. Tapi kelmarin dia menapak tangan, jauh jugak la.. Hihi

Di usia 8 bulan 2 minggu 5 hari..

19 February 2015

Al Kisah Perfume Aku

Sempena birthday aku hari tu, banyak juga aku beli reward untuk diri sendiri dgn menghabiskan duit elaun daripada abg,kuikuikui, antaranya kasut, perfume dan b**. Hihihi. Story pasal kasut done! Story bab b**, rasanya tak perlu kot, cukuplah aku katakan aku beli sale 3pcs RM50, dan aku bli 6 pcs, hambik kau, haha. Untuk entry ni aku nk cita pasal perfume.


Kenapa DKNY??

Al Kisahnya, aku pernah menang miniGA yang dianjurkan oleh kak Ina IntaNBerlian. Hadiah untuk miniGA tu adalah mini perfume DKNY delicious night. Serius memang wangi yg teramat. Tapi sayangnya jodoh aku dgn perfume tu x panjang, siang aku dapat, malam tu juga adik ipar aku bg pecah. Redha ja. Nak marah pun x guna sbb benda dah pecah.

Teringin juga nak bli yg botol besar, survey harga memang mahal klu yg ori, yg reject ori pun mahal juga. Huhu.

Entah camna 1hari aku nekad nak juga beli. Kebetulan ex roomate aku masa kat poli dulu jual perfume, aku pun tnya dia ada x DKNY jenis tu. Alhamdulillah ada. Terus order. Murah ja dia jual. Kira harga mampu milik. Memang wangi.. ;)

18 February 2015

Andai ada rezeki aku

Dok sorang2 termenung, teringat, terbayang, camna la kalau 1 hari nanti aku ada rezeki nak kerja. Sob sob sob. Sedih pulak rasa. Nak tinggal anak terutamanya. Asa macam x sanggup nak berjauhan. Alahai. Tapi kalau dah tertulis rezeki aku. Aku terima. Mungkin ada hikmah.

Duit gaji boleh
Simpan ASB!
Simpan utk bayar PTPTN!

Terpaksa redha. Kerja dengan hati yg tenang niat nak cari rezeki.

Mesti rindu gila kat anak comey aku ni. Lahaii hati. Sabar yer. Perancangam Allah adalah yg terbaik...

17 February 2015

Bekas pensel legend

Hari tu adik ipar aku a.k.a hang kebun tu punggah alat tulis dia. Sekali ternampak khazanah ni..
Tengok la siapa yg punya. Haha. 16 tahun dah. Still elok lagi. Boleh guna lagi. Cuma karat ja. Dasyat betoi. 1999 tu abg dah tingkatan 3. Aku masa tu darjah 4. Jodoh rahsia Allah (^̮^)

16 February 2015

Ainul kaco Maksu tdoq


Al kisah 1 hari tu adik Solehah ( maksu Ainul ) mai umah dengan adik Nasihah ( mak teh Ainul ). Elok ja masa nak sampai tu Solehah boleh p tdoq atas motor. Sampai ja umah kak Nasihah dia angkat la letak atas katil dalam bilik aku. Masa tu Ainul tengah main2 atas katil. Nampak ja maksu dia dok tidoq, terus kalut mai. Tak dok senyap. Robek habis muka maksu, yang maksu plak bleh lena x sedar apa, ngantuk sangat gamaknya. Haha

Solehah sayang gila kat Ainul. Klu aku tak balik lama ja dia kalut la gtau mak ayah nk tengok bb enun. Klu aku balik tu main tak hengat. Org ajak p kedai pun tak layan dah. Nak dok ngan bb enun dia.

17/2/15 ni genap la 2 tahun 7 bulan

Tahniah!!! 4 peserta bertuah Segmen Projek Syukur.

Tahniah untuk 4 peserta bertuah yg dipilih oleh En. Random..





InsyaAllah semua hadiah hadiah saguhati, hadiah peserta bertuah akan di post selepas raya cina nanti. Saya harap semua peserta2 boleh bagi kerja sama dengan menghantar detail secepat mungkin. Terima kasih kepada yg dah hantar detail. Moga ukhuwah ini akan kekal hingga ke hujung nyawa.

Done Blogwalking Peserta Segmen Projek Syukur

Alhamdulillah. Selesai sudah blogwalking ke semua blog peserta Segmen Projek Syukur, rata2 rakan blogger yg bagi komen mengatakan segmen best, y x join? Rugi tau!!

Dan alhamdulillah juga, semua berjaya menyenaraikan antara 10 perkara yg anda syukuri dalam hidup. Hepi sangat baca, terharu, memberi motivasi yg amat sgt.

Pada yg x sempat join, xpa, len kali join ok. Segmen habis esoknya terus keluar senarai peserta, so dah x blh join. Adil untuk yg lain yg bertukus lumus buat entry sebelum segmen tamat.

Ada 19 peserta semuanya. Alhamdulillah. So akan ada 4 hadiah misteri. Pemilihan akan dibuat oleh En. Random. Nantikan..

15 February 2015

SENARAI PESERTA SEGMEN PROJEK SYUKUR

SENARAI PESERTA:

  1. http://www.kisahpondokkecil.com/2015/02/segmen-projek-syukur.html
  2. http://kathyrbain.blogspot.com/2015/02/segmen-projek-syukur.html
  3. http://mardiahdiana.blogspot.com/2015/02/segmen-projek-syukur.html
  4. http://uyoii.blogspot.com/2015/02/segmen-projek-syukur.html
  5. http://cowament.blogspot.com/2015/02/segmen-projek-syukur.html
  6. http://memburucintamu.blogspot.com/2015/02/segmen-projek-syukur.html
  7. http://nayfatimahrasyid.blogspot.com/2015/02/segmen-projek-syukur.html
  8. http://ceritabudak2sekolah.blogspot.com/2015/02/segmen-projek-syukur.html
  9. http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/2015/02/segmen-projek-syukur.html
  10. http://sallyadan.blogspot.com/2015/02/segmen-projek-syukur.html
  11. http://nieda5515.blogspot.com/2015/02/segmen-projek-syukur.html
  12. http://dielacraft.blogspot.com/2015/02/segmen-projek-syukur.html
  13. http://rahsiavitaminibu.com/segmen-projek-syukur/
  14. http://thesupersomething.blogspot.com/2015/02/segmen-projek-syukur.html
  15. http://melaedah.blogspot.com/2015/02/segmen-projek-syukur.html
  16. http://hannahvitashoppe.blogspot.com/2015/02/segmen-projek-syukur.html?m=1
  17. http://adianiez.blogspot.com/2015/02/segmen-projek-syukur.html
  18. http://mama3farhanah.blogspot.com/2015/02/segmen-projek-syukur.html
  19. http://blalalableh.blogspot.com/2015/02/segmen-projek-syukur.html
Terima kasih pada semua yg sudi join. Saya hargai semuanya. Nantikan saya blogwalking ke semua blog. 

14 February 2015

SEGMEN PROJEK SYUKUR

==TAMAT==
Ok, segmen ni simple ja..

Syarat2:

1. Buat entry bertajuk "SEGMEN PROJEK SYUKUR"
2. Copy banner & backlink ke entry ini.
3. Senaraikan antara 10 perkara YANG ANDA SYUKURI dalam hidup anda..
Cth: 1. Aku bersyukur ...
4. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen.
5. Done

Panjang entry terpulang pada peserta..

Setiap 10 penyertaan akan disediakan 2 hadiah misteri. Maksudnya klu ada 20 penyertaan hadiah misteri akan jadi 4, dan begitulah berikutnya.

***Semua peserta akan dapat hadiah saguhati!! Dan dimasukkan ke dalam bloglist!!

Segmen akan berlangsung dari 1 FEB-14 FEB 2015

Jom support..tq..;)

Sempat lagi join..tamat 11.59pm jap gi


Segmen tamat 11.59pm malam ni...
Sapa blom join, cepat.....

Klik banner untuk join..

13 February 2015

Pemergian yg tak disangka

2 hari berturut-turut aku dapat berita sedih. Pemergian yg tak disangka.

1. 12 Februari 2015, 9.40pm
Perginya seorang ulamak. Yang sangat aku kagumi, yg sangat aku hormati. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Aku umur setahun, 1990 tuan guru start jadi menteri besar Kelantan, dan Ainul umur setahun 2015 ( bulan Mei nnt baru genap ) Tuan Guru pergi menemui Maha Pencipta. Al Fatihah.

2. 13 Februari 2015 lebih kurang 5am, sahabat dari sekolah menengah menghembuskan nafas terakhir.

Semalam aku baca post Kak Nuare, gtau yg Kak Lia, senior aku masa sekolah menengah dulu dalam keadaan kritikal di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Akibat DENGGI. (demam+tarik+jangkitan kuman pada otak)
Serius memang terkejut. Orangnya kecik molek, cantik, 3 tahun tua dari aku. Dok sebelah dorm ja dulu. Aku form 1 dia form 4 masa tu. Ya Allah paling sedih sebab dia ada baby 3 bulan.

Pagi tadi aku baca post Kak Nuare mengatakan Kak Lia dah takdak. Allah. Sebak sangat. Kenangkan anak dia yg masih baby.

Aku baru ja jumpa dia hujung tahun lepas kat Ct Plaza,kami sempat berbalas senyum, tandanya dia masih ingat aku. Dan dia masih tidak berubah. Masih cantik seperti dulu. Allah lebih sygkan dia. Al Fatihah untuk arwah.

Moga anak dia mendapat pengganti yg baik, yg mampu curahkan sepenuh kasih syg sama seperti seorg ibu kandung. Amin.

12 February 2015

akhirnya dapat juga kasut yg diidamkan..

Masihkah korang ingat pada 1 entry aku yg menyatakan aku berkenan 1 satu jenama BATA. Entry bertajuk
ainul-dah-ok-bila-keluar-malam

Ini ayat aku dalam entry tersebut..

"Opsss. Alamak TERbekenan plak kasut BATA tu, pejam nampak celik pun nampak ni. Camna camna, harga dia sangat memikat sesweet designnya. Tau berapa. RM59.99. Kelas ko, psiko kuat! Klu letak RM60 kan nampak mahal."

Baru2 ni 9 Februari gi Jitra dengan ayah n adik Zirah. Mmg tujuan nk bli kasut tu pun sbb dah dpt lampu hijau dari abg. Hihi

Sampai ja kedai BATA tu, tengok la rak atas tu, tempat kasut tu diletakkan. Betapa kecewanya hati ini bila kasut tu dah tak dak kat situ. Sob sob sob.

Memang rasa kecewa. Aku pun melilau la kot tempat lain kot2 dia dah ubah tempat. Sekali terpandang. Wahh ada la.. Tengok tag RM88 untuk 2 pasang!! Senyum leret la aku. Aku tnya klu sepasang camna? Jurujual gtau klu sepasang jatuh harga asal. Perghh. Beza RM 16 tuu.. Tapi sapa pulak nak share dengan aku. Rezeki aku tiba2 adik Zirah gtau dia nak. Hihi.

Maka dapat la kasut yg aku idamkan dengan harga RM44, hihihihi. Alhamdulillah. Cantik kat mata aku. Kat mata org i don't care. Kuikui
Ini la kasutnya. Simple. Kasut adik Zirah pun sama design jugak. Cuma warna kelabu dan line ungu tu kaler turqois.

Hepi sangat!! Tq untuk abg sbb bagi green light..love you!!

Jangan menyepi lama2 Nazirah

Amboi2 puan Nazirah. Lama menyepi nampak. Busy sungguh yer. Hmm. Agak la. Ada masalah melanda yg melibatkan keluarga, memang x tenang nak buat apa, sibuk bertanya khabar, sibuk berbalas mesej, alhamdulillah, dah dapat khabar berita yg baik. Harap semuanya selesai dengan baik lepas ni.

Dah cuba untuk nak up entry at least 1 hari sekali. Tapi x dapat nak konsisten. Sedey. Harap pasni bleh disiplin diri.

Serius mmg banyak nak cerita. Banyak gambar yg dah diletakkan watermark. Tunggu nak upload dan karang entry ja. Tunggu tau.

Alhamdulillah penyertaan dah makin ramai. Pada sesapa yg blom join SEGMEN PROJEK SYUKUR. bolehla klik kat Home di bawah ni. Aku dah letak entry tu sampai 14 Feb ni. Esok lusa ja oiii. Nak tamat dah. Cepat2..

Ok la. Tq sudi support. Sayang reader suma. Moga hidup anda diberkati. Amin. ;)

8 February 2015

Herbal Blend Bantu Kurangkan Alergik Anak Sedara

Nak cerita ni satu hari tu adik aku kat Sarawak order Herbal Blend sebab anak dia yg 2 tahun (adik adam) melecet teruk kat bahagian bawah pinggang tempat pampers tu. Dia order sekali OMEGA GUARD untuk dia, nak kurus katanya. OMEGA GUARD kan agen pembakar lemak.

2 hari lepas dia sapu dia hantr pic ni, hepi sangat katanya sebab dah kering, gambar sebelum tu teruk sangat sampai dia pun x sanggup nak tangkap gambar. Alergik pampers.
Alhamdulillah, dia ikhtiar dengan Herbal blend berkesan. Memang teruja la dengar dia gtau aku tu. Tumpang hepi, sebab aku tak sanggup tengok. Cer bayang ni gambar selepas, dah kering, camna la gambar sebelum.

Jadi untuk sapa yg anak2 ada ruam lampin, ruam susu, alergik, ekzema bleh sapu Herbal Blend ni. Abstrak semulajadi tanpa bahan kimia, tanpa paraben!!

Memang sangat2 disyorkan.


7 February 2015

Happy birthday buat suamiku tersayang.


6.2.2015

Selamat ulangtahun buat suamiku yg tersayang yg aku bahasakan dia 'abg' dalam blog ni.

5hb petang abg sampai rumah. Gigih juga balik sbb my birthday abg tak balik. Tapi abg jadi org pertama yg ucap. Sharp kul 12. Hepi sangat masa abg sampai. So malam tu siap hadiah untuk abg letak atas printer tepi pintu, ngee~~
Hadiah tahun ni. Hadiah apa biarlah rahsia, biasa2 saja sekadar kemampuan seorg suri rumah..;)
Tapi sayangnya. 6hb tu abg kena gi keja. Feb abg memang busy sebab projek dah final. Nak habis dah. Pagi2 abg siap nak gi kja aku capai hp terus tangkap gambar, kebetulan Ainul dah bangun, aku ambik Ainul suruh abg pegang, nak tangkap gambar dengan ayah dia sempena birthday ayah dia. Nnt dia tau la ayah dia 31 tahun dia besar mana waktu tu. Hihi.

Tengok la birthday boy tengah ralit main hp. Org tangkap gambar dia pun tak sedar, perasan atau tidak 2x dah entry wish birthday kat abg gambar main hp. Hihi

Ainul dengan ayah. Masa ni Ainul baru bangun tidur, muka masyam ja. Comey ja bonda tgk Ainul pakai baju talitubis ni. Hihi

Ucapan untuk abg.

Selamat menyambut hari lahir yang ke 31, tua dah abg, dah 3 siries dah. Hihi. Bb muda mudi lagi. 😁😁

Moga abg hepi selalu, mendapat umur yg berkat, dipermudahkan segala urusan, di murahkan rezeki. Bb sayang abg ketat2..😘😘😘

Klik SINI untuk join segmen aku.. jom support..;)

entry ringkas

Alhamdulillah selesai sudah sesi mengedit blog. Tahun ni aku pilih KAK KATHY  untuk edit blog aku. Templet di pasang 5hb Februari.

Nanti aku cerita dengan lebih lanjut k..


6 February 2015

Almari baju untuk Ainul

Assalamualaikum..

Akhirnya tercapai juga impian nk beli almari kat Ainul. Almari baju. Dulu masa pregnant memang teringin sesangat nak beli. Tapi tak mampu nak p servey sendiri, bila gi 1 kdai tu mahal plak sampai dekat 4 ratus.. Abg plak busy, mana rajin nak pi 2,3 kali.. Apa yg mampu hanya search dan tengok dalam internet ja. Berangan tak sudah. At last beli drower ja. Sedih sangat. Tp bersyukur juga sbb ada juga tempat nak simpan baju Ainul.

Sekarang tengah tunggu, katanya penghantaran petang ni, tak sabar plak rasanya. Aku jumpa dalam fb, akak ni promot, pastu aku ajak mak ayah mertua aku p kedai tu. Mak ayah aku beli rak pinggan dgn almari pinggan. Masa tu tak decide lagi nak bli almari untuk Ainul.

Bila balik rumah. Aku mesej akak tu mintak dia hantar gambar2 almari baju. Dia hantar yg utk clear stok. RM180 ja.. 3 pintu. Bagi aku sangat berbaloi !! Nanti dah sampai aku update k..

Ini la almarinya. Pic yg akak tu hantar kat aku. Yg lain 2 pintu. RM160 tapi tinggi. yang ni lebar. 3 pintu. So aku ambik yg ni ja. Boleh letak TV baru hadiah hari lahir tu. Dok kat Penang lagi. Tak aci abg rasmi dulu. Kata hadiah aku. Haha..

5 February 2015

Segmen Jom Blogwalking dan Menang Hadiah by dyan zakhi

Tamat 6 Febuari 2015, 11pm (1 minggu shj)
Keputusan 7 Februari 2015


Senarai Hadiah ( Mencari 8 Pemenang )

Mr. Blind Monster Plushie x 1 org


Bookmark LE x 3 org


Bently Absolute(m)EDP 100ml - Perfume Original Reject x 1 org


DKNY Myny Green(w)EDP 100ml - Perfume Original Reject x 1 org

Top up RM 10 x 1 org
Top up RM 5 x 1 org

Follower setakat ini 817

4 February 2015

Hari Lahir ke 26.

Assalamualaikum.
.
Hepi Birthday To Me.
Hari ni genap 26 tahun.
Sepertinya begitu pantas masa berlalu.

Untuk arwah tok,

Mak, ketahuilah, meskipun 8 tahun telah berlalu, kenangan dan kerinduan masih mengusik kalbu, 17 tahun cek tdoq dengan mak, 2007 mak pergi tinggalkan cek untuk selamanya, 2011, cek kawin dengan abang, tiap kali terjaga tengah malam, 'mak' yg cek panggil, mungkin sebab dah terbiasa mak yg tdoq sebelah cek, biarpun masa tu 4 tahun telah berlalu. Terima kasih atas segalanya, cek sayang mak sangat, dan takdak org yg sayang cek macam mana mak sayang cek! rindunya yaAllah, al fatihah.

Untuk mak,

Terima kasih sebab sabar menjaga cek, dengan adanya Ainul, kini cek tau bagaimana perasaan seorang ibu, pengorbanan, kesabaran, penat lelah. Terima kasih untuk segalanya mak! Cek akan cuba utuk jaga hati mak, agar tiada lagi penyesalan di hari akan datang, moga cek mampu jadi anak mak yang baik. Moga Allah panjangkan umur mak dan diberi kesihatan yg baik!

Untuk ayah,

Penat lelah ayah hantar kami dua beradik pi sekolah, pi Poli, bekalkan kami duit belanja setiap 2 minggu, sedangkan dekat rumah makan apa ada saja, sungguh cek takkan lupa semua tu. waktu ayah bagi duit belanja, ayah hulur duit dengan penuh kasih sayang, tanpa perlu kata apa2, ayah tengok kami, kami tau dalam hati ayah pesan, "belanja duit tu elok2, kita bukan orang senang" cukup dengan renungan ja, kami faham. Sayang ayah!!

Untuk abang,

Tq. Sebab suprise wish hepi birthday reramai!! biarpun berjauhan abang sempat lagi buat sweet2 gitu, bb layan Ainul sampai tak sedar yg dah kul12 waktu tu, bb terima kol dari abang, tgk2 jam sharp 12 tghmalam! Abang beli tv nak letak dlm bilik, rupanya tu hadiah birthday bb, puaslah bb tgk tv pasni ni, macam tgk wayang!! TQ sayang, tapi bb tetap ajak abang pi shopping, dan abang ok ja, serius cakap, shopping adalah perkara paling best!!!


Ok, done ucapan untuk kesayangan2 aku.


26 tahun....






3 February 2015

MAHU HADIAH APA YAA....( VERSI FARAH QUEEN)

Mau kasi bintang berapa yaa.. -Farah Queen
Mau hadiah apa yaa.. - Nazirah

Haha, tanggal 2 Feb kul 12.27am aku dapat mesej dari abang tanya aku nak hadiah apa sempena birthday aku, time tu aku dah tdoq, aku terjaga kul 2 tu tengok hp ada wasap abg. Dengan keadaan mamai aku balas icon tu, pastu tdoq balik..hahahaha..

Tak terfikir pun nak hadiah apa, kenapa abg tanya. Hmm.. tahun lepas x tanya pun, hadiah pun x bagi. Sedih betul. 2 tahun sebelum ni bawa aku p kedai beli kasut. Huwaaa. Lelaki ni tak tahu ka makna hadiah. Sesuatu yg diberikan tanpa pengetahuan penerima. Klu bawa aku pi beli tu bukan hadiah tapi BELANJA, ngeh ngeh, belanja tu hari2 pun aku mau..hahahahaha.. gelak jahat!

3 tahun sebelum tu best! Sbb dapat hadiah, abg bagi jam!! Jam angrybird lagi. Warna biru. Jam loceng macam jam dulu2 tu. Kalau bunyi 1 rumah boleh jaga. Dok elok gi sampai sekarang :)

Tahun ni abg tnya, nak tau ka hadiah apa bb nak? Bb nak pi SARAWAK, p rumah Kak Chik. Pastu nak gi jalan kot SARAWAK, then gi KOTA KINABALU. KUNDASANG. Abg, Bb, Ainul, kakchik n anak beranak dia. Bestnyaaaaaa...
Itu akan jadi hadiah harijadi paling bahagia dalam hidup bb.

Pilihan lain, hmmm, bb nak gi bercuti, last p Bukit Merah masa kandungan 34 minggu. Now Ainul dah 8 bulan. Jadi katak bawah tempurung, nk juga tengok dunia luar. Release pegi bercuti kat mana2. Kita bertiga..

Ok, itu wish bb.
Tq.

Gelagat Ainul bila nampak laptop

Alhamdulillah..

Kelmarin ada sorang member join FREEMEMBER shaklee, camna tu? Dengan pembelian RM650 ke atas. Jimat RM75 yuran ahli. Hihi. Member aku ambik set subur suami isteri dan OSTEMATRIX promosi, OSTE sangat bagus untuk sakit sendi dan tulang. So sapa mak ayah dia dok merungut sakit lutut sakit pinggang wajib ambik OSTE, InsyaAllah.. Untuk member aku, aku doakan ikhtiar dia untuk hamil berjaya, amin..

Waktu aku register ahli kat member aku, aku on laptop atas katil, sambil main dengan anak dara aku ni, aku bajet dia behave la nampak laptop, memang tak la. Haha. Aku jarang sangat on laptop sebab sekarang update blog, blogwalking semua guna hp ja, sekali sekala on tu memang jenuh berebut dengan anak dara sorang tu la..

Laju ja dia mai kat aku, bila aku angkat letak belakang, tengok dah sampai kqt laptop, cepat kemain. Haha

Sempat juga ambik hp tangkap gambar dia..

Tengok..kemain shok dia dok tekan keyboard tu..
Haa.., hambekk, besar sangat tak boleh jadi. Haha. Kira nak tepuk la tu, tau dah. Pantang ja nampak benda menarik. Lepas tangkap gambar ni, cepat2 aku angkat dia, bahaya biar lama2..

Layan jala karenah anak dara sorang ni. Sebab tu lagi rela guna hp, masa dia tengah nyusu tu aku ambik kesempatan tengok hp, dia dok ralit nyusu kan, so takdak la nak kaco sangat, kadang2 tu sedar2 dah terlena anak aku, haha

#ainulmardhiahmohdezri
#permatahatiayahandabonda

Eh, eh, ada blom join segmen aku lagi ka? Jom laa... klik SINI 

2 February 2015

Bantu Merawat Keputihan

Keputihan dah hilang
==================
Minggu lepas kak sepupu datang, dia ambil alfalfa untuk resdung, kasi detox dulu.. Dia gtau keputihan dah takdak. Alhamdulillah. Dapat faedah 2in1..

Jangan ambil mudah soal keputihan, untuk wanita keputihan adalah tanda rahim anda tidak sihat!! Sangat menggerikan!!

Labur untuk kesihatan.
330 biji 1 botol dengan harga kurang dari RM55!! Sangat berbaloi bukan. Pelihara mahkota yg 1..;)

Mai Pm/wasap 0194090064..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™