31 October 2012

MASA JADI TUNANG ABANG..

Tengah kelebek2 album dalam fb, tetiba ada satu pic bertarikh 10/9/2010 -hari raya-
Maksudnya pertama kali sambut raya sebagai tunang abang..;-)
Kami bertunang 14 Feb 2010, jangan salah faham ek, tak rancang pun nak tunang hari valentine, KEBETULAN ja tau. huhu..
Raya time ni sedih sebab aku pakai baju raya lama. kami dah rancang nak pakai sedondon, malangnya baju yang dtempah tak siap. sedih kan.. sebab tu la lepas kawin baru berpeluang nak pakai sedondon. tengok la, aku pakai baju biru, abang pakai t shirt merah, 'sedondon' sangat kan..hihihi
ok, tak nak panjang cerita, tempek ja gambar lama yg telah d edit, bagi nampak comey skit, hakhakhak
Kat umah abang ni, see abang maintain ja kan dari dulu sampai la.

*entry spontan ja ni, banyak lagi entry yang rancang nak tulis tapi tak tertulis, rupanya spontan macam ni baru best, klu rancang nak tulis ashik tangguh ja, sekarang senang, on laptop, ada idea terus taip,(^_^)

- kes Berita mengejut sebelum ni dalam proses pujuk memujuk skang. mood aku kurang la mungkin cik p sedang beroperasi. abang? layan ja karenah aku, seperti biasa. abang.. abang.. huhuhuhuhuhuhu

('v') Aku mencintaimu lebih dari nyawa sendiri... ('v')
Mohd Ezri bin Ramli

29 October 2012

Berita mengejut!!

Berita mengejut untuk aku hari ini, abang kena p lumut..panggilan kerja. now, mata aku bengkak sebab nangis, tetiba ja nak kna g. abang tak bawa aku walaupun kja kat darat, mungkin abang fikirkan keselamatan aku kat sana time abang g keja, makan minum, aku ja tak fikir, tau nangis ja, hmmm. sedihhhhhhhhhhh. aku peluk cium abang tadi, sekelip mata ja, dok dengan aku elok2 tup3 nak kna p dah. pagi tadi abang hantar aku balik matang kong n abang p mengai, tghri gtu cik p datang, aku mula la letih kira nak tido, aku pun tdo la, ptg abang datang ambik n gtau nak kna g lumut ptg ni juga, aku yang mamai2 baru bangun tido dengan lenguh pinggang terkejut la, petang ni juga! sapa tak sedih! kami pun balik pida 2, abang packing barang, sorang2 ja sebab aku tido sambil menangis sebab abang tak bagi ikut, jahatkan aku! padahal abang ada alasan kenapa dia tak bagi ikut, aku ja yang terlalu ikut perasaan! masa abang nak g td abang panggil aku, aku dah esak2 dah, mak ada la, malu juga dekat mak sebab aku nangis tak ingat dunia, mata memang bengkak habis la, nazirah, nazirah...hmmm. emosi aku tak stabil mungkin sebab cik p datang sama kot. tu jadi melampau2 tu. abang layan ja karenah aku, huhu. ( abang banyak sabar dengan segala karenah aku yang keanakan, TERIMA KASIH SAYANG ). 2 hari abang g sana. ;-(



Menyendiri lagi
Menyendiri lagi

Di saat kau tinggalkan diriku pergi

Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku


8.25pm edit* aku baru tau boleh ja nak bawa isteri, kawan abang bawa isteri dia, skang ja dia tak bawa sebab isteri dia pregn. skang aku tak faham kenapa abang tak nak bawa aku...;-( sampai hati abang, aku tengah cuti sem, teringin juga nak jalan2 tengok tempat orang, ashik terperap ja kat kampung macam katak bawah tempurung......

MATA AKU...

28 oktober 2012

AKU SEBENARNYA RABUN.. ;-(

Sedih kan, aku g buat spek dengan abang. buat spek baru sbb power dah naik, kanan dari 25 jadi 75, kiri dari 75 jadi 100. tinggi kot. patut la pakai spek lama tak nampak dah sebab power rendah, silap aku juga g buat kedai yang tah apa2! check mata pun budak2 ja yang check, maksud aku pekerja biasa yang aku tak yakin pun dia pandai check, gaya dia check macam sambil lewa ja mata aku ni, boleh plak dia bagi aku pakai spek robot tu n suruh aku berdiri kat depan kedai dia n tanya aku nampak tak banner kat depan tu, perghh, malu kott. memang la dalam bangunan, tapi ramai orang dok lalu lalang! memang takk la aku nak g kedai tu lagi!

aku buat spek baru ni bukan apa, sebab tak nampak tulisan kat screen dalam bilik kuliah, payah la nak belajar, tambah kalau libatkan kira2, hmm. ni la susahnya jadi rabun. bersyukurla sapa2 yang ditakdirkan mata elok! mata aku pun sebelom ni ok ja, huhu.

ni gambar aku pakai spek lama..

Dec 2011

* spek baru tak siap lagi, nanti dah g ambik aku upload pic pakai spek baru plak yer..
apa pun terima kasih kepada abang kerana membiayai suma kos spek baru aku, berapa nilainya biarlah rahsia. thanx for everything sayang. aku tahu abang tak suka aku pakai spek, sebab abang taknak anak2 kami rabun, tapi aku bukan rabun keturun, insyaAllah anak2 kami tak ikut aku, abang jangan risau yer sayang...;-)

27 October 2012

BESTNYA AIDILADHA KALI NI...

aku: abang dok baca dak blog b?
abang: dakkkk..

haa.. jujur tak abang? hihihi, aku tak kisah pun abang baca o tak, keja aku tulis ja apa yang aku rasa, jangan tak tau, bukan senang nak menulis ni, walaupun kita ada cerita tapi kalau takdak mood memang tak tau nak tulis apa, semuanya berkaitan mood, kalau mood datang terus ja dari hati, ke jari jemari n taip. semua ni kenangan, nanti bila aku takdak, abang boleh la senyum sorang2 baca blog aku ni, apa yang aku kutuk2 dia, tulis tentang kami dua, kisah hidup aku yg dia mungkin terlepas pandang, apa pun aku cuma nak dia tau yang aku sayang dia, and nak dia ingat aku sebagai seorang yang selalu sayang dia...;-)

Haaa..tajuk lain isi lain, hehe~ nak tahu nape aidiladha kali ni best??

Best sebab ada abang.....................;-)
Raya sesama.....
SEDONDON lagi tau..peuwiitttt,hihi
G jalan2 umah kawan2.....
G jalan2 umah sedara.....
Suka bila ada abang.....
Asa lengkap ja hidup.....
2 kali dah raya tanpa abang ;
  • raya haji tahun 2011
  • raya puasa tahun2012
Dan kali ni abang ada..hepi sangat!!
Sempat snap gambar berdua...(nanti upload)
1st time tau kami pakai sedondon!

Buat abang, bb sayang abang sesangat..thanx 4 everything dear..love u muah!!



*Mohd Ezri bin Ramli, kau adalah anugerah terindah dalam hidupku..
-
-
-
-
-
-
-
( gaduh? sedangkan lidah lagi tergigit, kekadang tergigit sikit ja, kekadang tergigit sampai mengalir air mata, its normal! )

23 October 2012

Anak ibu...;-)

Anak ibu.. Setiap bulan ibu menantikan kehadiran kamu dalam rahim ibu, namun setiap bulan juga penantian itu berakhir, ibu redha,  Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kamu ibu dan ayah. Ibu masih belajar,  ayah pula sering jauh mencari rezeki, mungkin sebab itu Allah belum benarkan kamu lahir ke dunia ini lagi, itu yang ibu fikirkan. Kerana Allah ingin ibu mendidik kamu sendiri,  Allah inginkan ayah melihat kamu membesar,  Allah inginkan ayah dan ibu sentiasa di sisi kamu, ibu redha dengan segala ketentuan Allah, kerana ibu yakin akan segala hikmah disebalik apa yang Dia rencanakan untuk ibu dan ayah. 

Anak ibu.. Ramai yang sering bertanyakan kehadiran kamu, sambil tersenyum ibu berkata; belum ada rezeki. Itulah ayat rasmi dari mulut ibu setiap kali orang bertanyakan tentang kehadiran kamu. Ibu bersyukur, ayah kamu tak pernah berungut atau menyalahkan ibu, dia juga seperti ibu, redha dengan segala ketentuan, atuk dan nenek kamu juga begitu, kamu sangat bertuah kerana bakal memiliki 2 orang atuk dan 2 orang nenek yang akan menyayangi kamu kelak.

Anak ibu.. moga rahim ibu tiada masalah untuk kamu membesar di  dalamnya. Ibu dah tak minum air bergas, kerana ibu takut kamu ada di dalam rahim ibu tanpa ibu sedar dan kamu akan kesakitan. Ibu inginkan anak ibu sihat. Walaupun ibu masih belajar, harapan itu sentiasa ada di hati ibu. Ibu sentiasa menantikan kehadiran kamu, dan sentiasa redha dengan ketentuan Dia. Ibu yakin Allah sudah mengaturkan yang terbaik buat ibu dan ayah. Ibu akan terus bersabar menantikan kehadiran kamu, moga kehadiran kamu suatu hari nanti bakal memberikan nur kepada keluarga kita; kamu ibu dan ayah..;-)

Saat ayah dan ibu selesai diijabkabulkan.. usia perkahwinan sekarang 1 tahun 8 bulan..

22 October 2012

oh K.L.K !!

KLK kali ni sangat hepi sebab tak banyak aktiviti, hanya fokus kepada kayak ja, tapi teramatlah memenatkan mental dan fizikal!

SECARA RINGKASNYA...

4.45 ptg 18 oktober 2012

bertolak ke pusat sukan, angkut barang, tolong kawan2, nak kata angkut banyak sangat tu tak la.. dah ramai2 ni bnda jadi senang, alhamdulillah group B mmg terbaik(GB) ok! then bertolak ke alumni untuk berkumpul, dalam kul 6 gtu kot bertolak la ke pantai merdeka. 6.55 pm sampai gurun, rehat, makan n solat maghrib, alhamdulillah. kul 8 pm kami bertolak dalam kul 9 kami sampai. pasang khemah ada taklimat tentang kayak keesokkannya, bukan hari sabtu, tapi bertukar ke hari jumaat. malam lepak pantai merdeka, best, tangkap banyak gambar tapi bukan kamera aku, aku pakai kamera hp ja, mana nampak malam2. huhu.  tak ingat tdo kul bp.

6.55 pagi 19 oktober 2012

bangun lambat, nasib dah mandi, settle suma, tak g jogging pun, tak sempat. dalam 8.30 am bertolak ke teluk nipah, klk sem lepas, entry sebelum ni aku cakap dari titi semeling kan, salah, dari teluk nipah ke titi semeling, naik bas g sana, ambil kayak n ready, rupanya tak boleh nak start kat depan tu, kna angkut kayak ke hujung sana sebab lumpur tebal, azabnya tuhan ja yang tahu, bayangkanlah nak angkat kayak, ingat ringan ka? berat ya rabbi! belum kayak dah lenguh suma satu badan..huhu, habis kna lumpur, kasut tenggelam, macam2 lagi sementara nak mencecah air tu. dah cecah air, mula berkayak, penatttt.

Kejadian tak terduga

12 tghri camtu restla kat sebuah pondok usang terapung kat tepi bakau, lama juga la sementara nak tunggu makanan sampai. lec bagi arahan suruh g kayak kat satu jeti berhampiran, makanan dah sampai, sebelum tu member aku ada bagi kotak pertolongan cemas untuk d bagi pada budak yg naik bot, aku pun g la bagi, dalam selangkah aku nak patah balik tu, zupppp, kaki aku terpelosok dalam lubang kayu yang reput, adoiii sakitnya, dengan selamba aku tarik n bangun buat bodo ja, walaupun sakit.. huhu~ bengkak n lebam kaki aku tau!

2 petang camtu kami sambung kayak, hik hak hik hak, kul 5 lebih gtu sampai la kat titi semeling, perghh!! salin baju naik atas bas, tdo. sampai ja pantai merdeka asa macam nak nangis bila bangun tangan kiri aku cramp. aku balik khemah n rest. letih yang teramat! malam ada karok kat khemah area pantai merdeka.

20 Oktober2012

jaga ketibaan geng kayak jambori, tolong apa yang patut, selesai suma betolak balik dalam kul 6 lebih, sampai kul 8, aku tdo spnjang jalan sbb letih yang terlampau..

haha, makin bawah makin ringkas, boring la tulis n cita pnjang bnda yg tak brapa best n dalam keadaan yg tak berapa ada mood.. gagah perabih juga dah alang2 tulis, sekian..




18 October 2012

Kegiatan Luar Kampus ( K.L.K )


Ok.. malam ni puasnya bergayut telefon dengan abang. lama sangat tak gayut camni. kan abang keja laut, sekali sekala kol tu kejapppp ja boleh cakapnya. malam ni aku memulakan rutinku terdahulu iaitu kaco abang tdo, haha.. tapi best la, teringat zaman bercinta dulu, ahaks.. gatai! macam2 story dengan abang, yerla balik kg hari tu macam2 jadi, so, malam ni sesi luahan perasaan la. baru hati asa tenang nak p esok.

Berbalik pada cerita asal, esok tanggal 18 Oktober 2012 aku akan pegi kem d Pantai Merdeka. untuk memenuhi modul kokurikulum Kembara tahap 2. Now dah 2.22am dan aku tak pack apa pun lagi. dasyat tak, bak kata abang, aku ni jenis tak prepare awai n suka kelam kabut. bukan camtu la sayang, sebenarnya dalam pala otak b ni dok ligat fikir apa lagi nak bawa. ( ayat back up diri sendiri) haha

Nasib aku la, kelas esok start kul 2. aku pack suma barang jap g, esok boleh la nak bangun lambat sikit. hikhik. cuak juga nak g esok, asa macam baru ja lepas kem hari tu, nak g plak dah. untuk pengetahuan semua, kami akan berkayak dari TITI SEMELING sampai la ke PANTAI MERDEKA. anggaran lebih kurang 20km!! Perghh.. tercabut sendi2 yang ada. kayak dari teluk nipah p tanjung dawai pun macam nak tercabut nyawa, tu baru 2km. bayangkan ni 20km, huaaaaaaa, menangis tak berlagu.

Entry sebelum ni kan ada pic aku.. pasni balik nnt aku akan buat entry tentang keadaan d sana n gambar2 muka yang sunburn macam udang kna panggang,huhu. harap sangat redup. takda teruk sangat, dah la nak raya haji dah ni, sempatkah nak balik ke kolor normal dalam masa 5 hari?? tau dah aku ni sedia tak putih, tambah dengan aktiviti klk lagi kelabu la jadinya,huhu..

tak dapat nak balik hujung minggu ni sbb ada kem, padahal abang balik kampung, cuti, sori sayang.. lepak dengan "bini tua" dulu yer.. ;-p

( bini tua tu kawan rapat abang dari kecik, lelaki ok! wan ghani... saja la kami satu family gelarkan gtu sbb abang salu sangat dengan dia, aku kan x pandai drive, so p ambik, p hantaq abang, dia laa.. n abang salu lepak dengan dia, dia masih single but not available sbb tahun depan dah nak diijabkabulkan. alhamdulillah.(^_^) )

16 October 2012

jahat sangatkah aku??

Nak kata aku baik, aku taklah sebaik mana, seorang hamba Allah yang penuh dengan dosa.. Tapi aku tidaklah sejahat yang d sangka, aku dah cuba untuk jadi baik pada seseorang ni, tapi kenapa aku dilayan camni? jahat sangatkah aku? 

Orang kata klu nak orang layan kita baik,kita kna layan orang tu baik, kalau ada salah silap kat mana, jangan terus menunding jari, tengok dulu diri kita, adakah kita dah jadi yang terbaik?

Aku dah cuba, aku cuba jadi yang terbaik, aku dah banyak bersabar, tapi semuanya seolah langsung tak d hargai. Aku sedih, jujur aku sedih, cumanya aku tak pamerkan d hadapan saja. Kenapa? aku letih, tu ja yang aku nak cakap, bila ia melibatkan hati dan perasaan, inilah ujian paling berat bagiku.. aku perlu kuat, nak aku jadi jahat ka baru puas hati??

Kalau ada salah silap aku, gtau jala.. biarpun kna ulang beribu kali.. aku manusia biasa, kekadang aku lupa, peringatkan aku, jangan terus menghukum aku, jangan pernah berputus asa menegur kesalahanku, jangan terlalu ambil ringan tentang hati dan perasaan, manusia tak sama, manusia pertama yang boleh let go apa yg terjadi, manusia ledua yg selalu memikir, jangan anggap aku boleh jadi seperti manusia pertama, kerna hidup aku penuh dengan imaginasi. terima diriku seadanya, jangan ubah diri aku menjadi sesuatu yang bukan aku. 

Aku, baik orang layan aku, baiklah aku layan orang tu, aku la manusia yang paling tak tau nak ambil hati orang dengan bersikap hipokrit! aku jujur, dengan kata2 ku, juga perasaanku, salah kah aku besikap begitu?? memang sejak dari dulu, aku tak pandai, klu orang layan aku endah tak endah, automatik aku juga akan jadi camtu. 

Susah sangat ka nak memahami insan seperti aku, susah sangatkah nak layan aku selayaknya?? Aku menghargai, kerna aku begitu takut dengan kehilangan, aku trauma dengan kehilangan, aku fobia dengan kehilangan, sebab tu aku menghargai segalanya milikku!! tapi seseorang itu? mungkin aku langsung tidak berharga untuknya. siapalah aku. hanya seorang hamba, dan pencinta yang setia... jahat sangatkah aku??

Hargailah sesuatu itu sementara ia masih milik anda, sebelum anda kehilangan buat selamanya..

DaRi HaTi NaZiRaH ---<--{@

15 October 2012

Hari yang indah buat aku...

11 Oktober 2012 aku naik bas dari uum balik jitra, then ayah (mertua) datang ambik kat Jitra sbb tengah kja area jitra masa tu. 12 oktober 2012 aku balik permatang kong, jumpa adik solehah aku yg comey tu.... hahaha
tdo semalam..

Ini dia adik aku yg gemuk...tangkap 13 oktober maknanya lagi 4 hari nk cukup 3 bulan..

Gambar2 lain boleh tgk di sini ada 6 keping ja buat masa skang,tapi akan d update dari masa ke semasa..;-)

1pm 13 oktober 2012 aku bertolak balik pida 2...
2pm aku g airport dengan ayah ( ayah mertua aku@ayah abang ) g ambik abang, berdebarnya rasa hati ini, nk berjumpa dengan insan tersayang yang jauh d mata dekat d hati. 2.18pm abang kol gtau yang abang dah sampai, time tu aku n ayah baru sampi gunung, 2.35 pm kami sampai airport. abang cakap ambik kat bawah, so kami pun g la kot bawah, aku kol abang...gtu gini gtu gini.. abang pun muncul dari lorong arrival... dup3 jantung aku, aku senyum ja tgk abang, dalam hati tu 'hensem juga laki aku ni' haha...
dekat sebulan juga la tak tgk, abang pakai baju kesukaan aku, tangan panjang n leher penuh...
serius sweet sangat d mata aku bila abang pakai camtu...bunga hati aku tau..aku salam n cium tangan abang.. (^_^) ~rindunya.....


Muka bahagia nak g ambik abang.. (^_^)

Ya Allah.. terima kasih kerana Engkau telah kembalikan dia ke pangkuan aku dengan selamat..
14 oktober 2012 pagi aku dah kena balik u, kejap ja dapat luangkan masa dengan abang, abang hantar aku, sedih..tapi nak buat camna, terpaksa, kna balik juga. kja banyak, kelas lagi, hujung minggu ni aku takdak sebab kena g kem kat pandai merdeka (KLK) kokurikulum aku, so, aku tak dapat balik kg jumpa abang. sedihkan, bila aku ada abang takdak, bila abang ada aku plak takdak. tak pa la..aku redha ja.
14 Oktober 2012, lepas abang hntar aku, petang tu abang g beli tiket untuk ke KL sbb nak selesaikan urusan kja kat ofis KL, selesai tu abang balik terus. 12.30 tghari tadi dh bertolak balik dah, g kjap ja. aku tak balik  kg hari ni walaupun esok takdak klas sbb takdak sapa nak g ambik kat jitra nanti, abang mungkin smpai malam.
aku balik esok pagi, nak g klinik sama.. aku tak sihat.. ;-(

note: member baik abang tunang 12 Oktober 2012,akhirnya bertemu juga jodoh dia. alhamdulillah.

Abang otw skang..atas bas.. moga perjalanan abang selamat.. amin.

Bb yang selalu sayang abang..---<--{@

9 October 2012

WAJAH KESAYANGAN HAMBA...

Tengah malam...8 oktober... aku tewas, air mata mengalir laju sangat. tetiba ja aku terasa rindu sangat pada abang. air mata terus mengalir, aku tidur bertilamkan air mata. lama dah aku tak nangis. aku cuba jadi kuat,tabah, aku ambil kisah mawar sebagai penguat semangat, tapi semalam hilang semua kekuatan itu, aku nangis sepuasnya. nasib aku dok bilik sorang2, klu tak mesti gelabah roomate aku tngok keadaan aku nangis gtu. bangun paginya mata aku bengkak, nasib kelas kul sebelas, sempat la surut bengkak tu. aku perlu muhasabah diri kembali, untuk jadi lebih tabah. abang mencari rezeki untuk kami sekeluarga, moga Allah melindungi abang di sana. takdak sapa dah tempat aku meminta pertolongan. hanya pada Allah, Dia adalah pelindung yang terbaik untuk sekalian makhlukNya..
inilah wajah yang aku rindui selalu..
wajah kesayangan hamba..


malam 8/10/2012.. aku tengah layan novel " SUAMIKU, Encik Perfect 10! " tetiba hp maxis bunyi.. aku lihat d screen.. aku tersenyum bahagia.. " SUAMIKU, Encik Perfect 10! " kol....... hihi
hepinya aku, "abangggggggg" aku panggil... " hello,bb......" ya Allah..rindunya aku pada suara tu, last aku dengar 23 Sep 12 yang lalu..berminggu sudahh.. aku sebak, ku gagah juga untuk bercakap, macam2 aku cerita walaupun aku tahu masa tak mengizinkan, masa abang cakap nak letak sebab ada keja, air mata aku mula bergenang.. suara pun dah lain, abang seperti memahami, "jgn sedih2" dengar ja abang cakap gtu, gugur air mata aku tanpa henti, aku cuba kawal.. abang cakap insyaAllah malam ni abang online.. skang 1.08am aku masih setia menanti mesej dari abang...menanti dan terus menanti hingga akhir hayat ini...

wajah kesayangan hamba; Mohd Ezri Ramli... ---<--(@

5 October 2012

KAMI KEMBAR TAHUN..

Ini kisah aku dan adik aku Nashrah...

Sebenarnya ramai orang salah anggap yang kami ni kembar... Padahal hakikatnya kami bukan kembar pun.. just lahir pada tahun yang sama... 19**.. hihihi aku lahir awal tahun sementara adik aku lahir hujung tahun.. PADA TAHUN YANG SAMA... Jadi kami sekolah sesama.. mungkin sebab tu kot orang kata kami kembar, padahal muka tak sama pun.. aku cantik sikit......................................tapi dia cantik banyakkkk..hihi

Ingat lagi peristiwa sewaktu kami darjah satu... aku dapat kelas merah(4)  sementara dia dapat kelas biru(1), dia nangis nak dok kelas dengan aku, jadi ayah pun pegi la jumpa cikgu, then gtau yang kami tak boleh berpisah... so dia pun masuk la satu kelas dengan aku.. darjah 1 tu tak kira lagi kelas no berapa.. pakai sumbat ja...sampi darjah 3.. then oleh kerana aku periksa pandai sikit dari dia, darjah 4 aku dapat kelas biru(1) dia dapat kelas hijau(2)... time tu masing2 dah kenai kawan.. dah boleh jaga diri.. so, tak kisah la kami pisah... sampai darjah 6...

Masuk tingkatan 1 aku dapat kelas agama, dia dapat kelas biasa.. tapi masih lagi 1 sekolah.. pegi mana pun mesti orang tanya kami, kembar ka? kembar ka? klu rajin explain, aku explain la yang aku ni awal tahun, dia akhir tahun, tapi tahun yang sama... sampaila dah terlampau letih untuk menjawab, bila ada orang tanya kami kembar, aku dan dia iakan ja..hihi, ayah pun sama, bila orang tanya pasal kami, ayah gtau kami kembar ja, senang..;-)

Masuk tingkatan 3 result kami hampir sama ja.. 8A (setelah di campur A kami berdua);-p  dapat la kami dok 1 kelas.. aliran sains tuuu.. 4 sn 2. perghh.. bajet pandai.. aleh2 spm hampeh! nangis tau.. tak dapat nk sambung cita2 nak jadi staff nurse,hukhuk.. ok.. dah habis spm.. kami kja kilang.. sekali juga.. sambil tu isi la borang gitu gini gitu gini.. TAK DAPAT pun... kami pun sambung la pra u... kelas sekali juga... aku mintak poli untuk intake kedua.. untuk adik aku, aku yg isi.. tgk2 kami dapat sambung kat poli arau.. kos yg sama..wah3.. (ada cerita sedih di sebalik itu). Stop lower 6, then sambung la poli... 3 tahun kat sana.. kami harungi hidup susah senang bersama.. terasa diri amat beruntung ada dia.. at least baik buruk kami tetap bersama! sedey! she is my best fren!!

Habis ja poli.. hujung tahun dia kawin... seriusly aku rasa suatu KEHILANGAN yang besar dalam hidup aku.. malam dia g tdo umah mertua dia.. aku nangis sorang2.. RINDU.. kami kan tak pernah pisah.. macam kembar betul la.. gaduh dah mmg macam anjing dengan kucing.. tapi adik beradik ni ibarat AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS.. tak sampai sebulan dia kawin dia sambung buat nursing kat terengganu... kami makin jauh dan aku makin hari dah dapat terima.. awal tahun aku plak kawin.. dan terus ikut abang ke PD.. masing2 bawa haluan hidup sendiri... kejap ja... skang dia dah ada anak.. aku dah ada ANAK SEDARA hokey!! sebelum ni just panggilan maklong dari anak sedara pupu ja.. now macam mimpi dah ada anak sedara sendiri..hihi. Macam tak caya ja.... gambar anak sedara aku nanti aku upload dalam entry lain... sebab nak stori tentang dia plak... ok.. ni pic aku n adik aku masa zaman poli dulu... kira masa zaman anak dara lagi la.. comey2 ja...opssss...


AKU CHAQ DIA CHIQ...



DALAM BILIK TOURISM IMFORMATION CENTRE (TIC) KAT POLI..

rindu sesangat zaman dulu2......................hukhuk

1 October 2012

SOTONG GORENG TEPUNG...

SEDAPPPP NYAAAAAAAAAA..

CELUP TEPUNG... GORENG TEPUNG... whatever la apa pun yang penting rasanya... sedap bangat... just dekat RESTORAN HAI THIEN ja tau... 1st time pegi.. abang yang bawa... bila makan ja terus tangkap cintan... ada rezeki lebih mesti g situ... nak pegi selalu mmg tak la.. harga nya agak mahal.. sekali sekala tu boleh la... n tiap kali pegi sotong goreng tepung adalah menu wajib yang aku akan order.. abang pun dah tahu yang itu memang favourite aku... ingat lagi waktu kami pegi suatu ketika dahulu.. aku pernah tanya abang.. klu b ngidam nak makan sotong goreng tepung, abang nak tak bawa b datang makan sini? abang cakap bawa la... hepinya aku time tu.. hihi...

ni pic yang sempat d ambil masa tengah tunggu order...




Sebenarnya gambar kami BERDUA lepas kawin ni tak banyak sangat.. BOLEH KIRA DENGAN JARI JA... kekadang ja kami tangkap gambar.. dalam 2-3 keping gtu ja.. pernah juga la aku gurau dengan abang  "...gambaq kita dua takdak banyak mana pun, satgi anak cucu tnya nak tengok gambar tok dan tok wan masa muda2 dulu, takda apa nak tunjuk.. huhu" 

Abang ada mood dia kalau nak bergambar... so klu ada mood tu kami bergambar la.. tapi aku tengah cuba untuk tangkap gambar sebanyak mungkin untuk aku letak dalam blog ni.. yerla, buat kenangan di masa hadapan... kita tak tau apa nak jadi.. masa depan rahsia Allah... apa yang berlaku pada masa skang akan jadi kenangan di masa depan... jadi ciptalah kenangan manis dengan yang tersayang bebanyak...;-) actually abang suka gambar candit.. tgk la gaya kata atas tu.. hihi.. apa pun aku terima dia seadanya... nnt abang balik kami nak g makan sotong goreng tepung.. pic ni 17.12.2011 yang lalu.. lama dah.. uhuk..

nanti aku update klu kami g makan kat situ lagi.. n aku akan tangkap gambar full set sotong goreng tepung tu.... sedappppppnyaaa....;-)

miss him..-_- mohd ezri ramli...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™