29 April 2014

CHECKLIST BARANG HOSPITAL


Dalam beg baby

Pampers new born 5
Selimut 1
Tuala 1
Baju 3 pasang
Mitten & booties 3 set
Topi 1
Kain lampin 2
Minyak yuyi
Set mandian
Barut 2
Bantal kecil
Baby wipes
Sapu tangan

My MIL gtau letak asing barang yang kita nak bagi kat nurse, jadi aku letak asing la, dalam plastik, nnt nurse mintak aku bagi plastik tu ja, dalam plastik tu ada:
  1. kain lampin 1
  2. pampers 1
  3. baju sepasang (aku bagi tangan panjang)
  4. selimut

* Beg baby dah penuh kecuali bantal kecil ja blom beli lagi, (bantal karipap), banyak lagi ruang boleh letak barang bonda sama, hihi

Dalam beg bonda

Buku merah
Ic
Baju untuk balik
Surah yassin
Tudung express
Pad
Disposable panties (dalam beg baby)
Bra
Minyak panas
Alatan mandian (Berus gigi, Ubat gigi, Pencuci muka, Sabun mandi )
Stoking 2
Tuala 1
Kain batik 2 (dalam beg baby)
Disposable nursing pad (dalam beg baby)
Deodorant
Bedak
Sikat
Lips
Selipar
Plastik
Sweater/cardigan
Termos air panas
Makanan (Milo, Roti )

* yang bold dah packing, yang lain blom...huhu

Nanti apa akan diupdate k, 33weeks already, baby sihat dan sangat aktif, terima kasih yaAllah..;-)

SEGMEN : 1st Simple Giveaway by CIKNA136

klik SINI untuk join
Hadiah : Screen Protector, Naturgo mask, Penanda buku, Keychain, Pin Tudung
Pemilihan : Cabutan bertuah

1/5/2014 : Pemilihan pemenang
Alert!!

28 April 2014

9th & 10th check up at klinik desa

Gabung terus, punya malas lama tak update, haishhh...

9th check up at klinik desa

5/4/2014 Sabtu

Berat: 52 kg, naik dengan jayanya
Baby: 30w
Hb: 10.5
Bp: cam biasa 100/60
Tinggi rahim dah 29cm..;-)

10th check up at klinik desa

18/4/2014 Jumaat

Berat: 54.1 kg, over!!
Baby: 32w
Hb: 9.3
Bp: cam biasa 100/80
Tinggi rahim dah 30cm..;-)

Au balik U 12/4, boleh plak aku terlupa nak bawa ubat, maka seminggu la aku tak makan ubat, sedangkan minggu depan tu ada check up, habis laa.. sebab tu la Hb aku trun mendadak tinggal 9.3, last2 nurse klinik desa buat surat mintak aku ambik darah di klinik kesihatan tunjang, 20/4.

20/4/14 Ahad

Berat : 54.2 kg, ntah la dalam masa 2 hari naik 100g, tak tau la kot penimbang lain..
Baby : 32 w
Hb : 9.8
Bp : 110/70

Oleh sebab Hb aku naik sikit ja, aku kena repeat cucuk ambil darah. Buat sekali dengan repeat scan masa 34 minggu nanti iaitu Ahad minggu depan.

Doc bagi aku dua kotak iberet, seperti yang sedia tahu aku kan tak boleh makan iberet tu, muntah teruk, aku try juga kot2 perut makin besar ni dah ok. Doc bagi dua kotak aku makan 2 biji ja, malam sebiji sebelum tido, pagi sebji, yang malam tu aku jadi susah tidur, ashik sendawa ja, sendawa tu plak bau iberet tu, eeuuww, siangnya aku makan kul 8, dalam 8.30 aku buat air milo, elok ja habis satu mug tu, terus muntah. Muntah teruk plak tu, dah la pagi, memang aku g kelas dalam keadaan yang tak bermaya langsung, huhu.

Now aku dah beringat, tak tinggal dah Vita Lea merata rata, huhu, kalau dulu aku makan 1 biji sebelum tidur, skang aku dah amalkan 2 biji ja, pagi dan malam, minggu depan harap Hb aku naik la, taknak kena cucuk kat punggung, adik aku gtau sakit sangat, huhu

Masya Allah, aku lupa, 27hb sepatutnya Keychain MiniGA #7, maaf, huhu. InsyaAllah tghri o petang ni akan public entry...wait ya....................;-)

21 April 2014

Mengidam beras ketika mengandung

Skema tak tajuk??

Aku lerr tu, pelik tak pelik tak, aku ada search juga, rupannya bukan aku sorang jer yang alami camni, ramai lagi. Kisahnya bermula pada suatu malam kat U ni, ntah nape tetiba tekak teringin sangat nak makan beras, aku pun pelik, dah la lambat lagi  ak balik kampung, dalam dua tiga hari camtu la, aku pun mintak la nestum oat kat kawan aku, ok la sedap juga walaupun sebelum ni aku cukup tak berkenan nestum yang ada oat.

Balik ja kampung, terus gi dapur, gtau MIL yang aku aku nak makan beras, hihi.. aku ambik sikit jala, guna mangkuk kecik tu, dah banyak hari  ni, tak hilang2 lagi ngidamnya, nasib la aku bawa bekal datang kat U ni, aku letak dalam bekas dadih yang kecik tu, hihihi. Masa nak datang U tu aku sempat gi tunjuk kat pak mertua aku, dia gelak ja..

Kalau berkesempatan teringin juga nak senaraikan makanan apa yang aku ngidam nak makan sepanjang aku ngandung ni, setakat yang aku jerla, tengok la next2 entry nanti, bukan tak tau aku ni, ikut modd ja nak update, yerla, blog peribadi kan, kalau blog gosip dok buat perangai camni memang ketinggalan la..

See u...

17 April 2014

31 weeks ++

Kaki dah start membengkak, ketara sesangat, jalan pun dah makin slow, huhu, pengalaman petang semalam, kelas kul 12.30-2, pagi tu dah sarapan susu n roti. Ingat dah cukup tenaga, sekali gi kelas, memang penat sangat, sampai ja kelas terus jadi lemah takdak tenaga langsung. Badan berpeluh nak jadi ketaq macam orang tak makan, gagah juga fokus…

Kebetulan kelas kelmarin jauh, penat masa nak g tu belum habis, kelas dah habis, double penat untuk balik pulak, jauh juga untuk ke bus stop, masa ni memang rasa nak menangis, langsung tak dak semangat.

Dulu pernah juga alami kaki bengkak, tapi surut balik, n normal balik, tapi kali ni nampak gaya macam tak surut dah, hari2 bangun tidur mesti bengkak, ikut keturunan sama kot sebab MIL aku gtau dia dulu time dekat- dekat nak bersalin baru bengkak, tapi mak aku memang bengkak awai, siap kebas tangan lagi.. adik aku pun bengkak awal, di usia kandungan macam aku skang.


Balik kelas tu aku tidur ja, penat sangat. Aku tau banyak yang cakap jangan banyak tidur, berjalan banyak takpa dekat nak bersalin, nanti mudah bersalin, aku rasa aku dah cukup ‘berjalan’ dah kat U ni. Aku tak tau aku mampu ke tak untuk bertahan, hanya pada Allah aku mohon...

16 April 2014

Berita gembira dari tempat pratikal

Tanggal 6/4/14, Ahad, aku dapat panggilan daripada JPAM, dapat berita gembira tau, dalam 11 lebih puan tu kol aku, dia gtau depa dah terima permohonan aku untuk jalani praktikal di situ, alhamdulillah, hepi sangat, then dia tanya aku, saya nampak awak mengandung, aku gtau ya, saya due 14 Jun, apa2 nanti saya akan inform sama ada saya akan masuk pada tarikh asal atau terpaksa tangguh. Dia kata ok.

Dalam beberapa minit dia kol balik, dia tak puas hati sebab dia ingat aku jangka 14 Julai, sebab bulan 9 dah ada budak praktikal nak masuk. Kalau aku jangka 14 Julai bermakna aku akan bertindih dengan budak2 tu, aku pun perbetulkan yang aku jangka 14 Jun, paling lewat pun aku akan masuk awal bulan 8. Puan tu kata kalau camtu xpala saya terima awak, alhamdulillah, aku ucap terima kasih bebanyak kat puan tu! Dia gtau nanti dia akan faks surat penerimaan tu kat U.

Keesokannya aku terus kol CUIC tnya sampai tak faks dari Jpam, encik tu gtau blom, aku tnya la, klu sampai CUIC akan terus update dalam portal ka? Encik tu jawab ya, ok. Panggilan tamat di situ. Sepanjang minggu aku cuti tu aku ashik semak portal ja, nak tengok sama ada masuk atau tidak penempatan tempat praktikal tu, dan setiap kali tu juga akan naik dalam proses cadangan, risaunya. Tarikh last jawapan adalah pada 15 April.

Pagi 13 April aku cuba untuk kol Jpam tanya yang diorang dah faks belum surat penerimaan tu, puan tu kata nanti dia semak, dalam kul 3 lebih aku kol balik, sebab aku tunggu diorang tak kol pun, aku tanya puan tu, puan tu dengan confident gtau tak faks lagi, hukhukhuk, aku cuba ingatkan puan tu yang tarikh last adalah pada 15 April, kalau pihak U x dapat sebarang maklum balas dari pihak Jpam, pihak U akan consider yang pihak Jpam reject permohonan tersebut, panjang lebar aku explain kat puan tu.

14 April pagi, aku cek portal, tengok dah masuk, alhamdulillah, maksudnya pihak CUIC dah terima surat penerimaan daripada pihak Jpam. Habis kelas kul 2 aku terus ke CUIC, untuk tandatangan borang penerimaan tersebut. Aku ada tanya encik yang in charge program kami tu tentang kes kalau aku tak sempat nak masuk pada tarikh asal, sebab aku masih dalam pantang, dia cakap nanti apa2 maklumkan pada diorang, diorang akan buat surat untuk maklumkan pada pihak Jpam.

Alhamdulillah, moga dipermudahkan segala urusan selepas ini, Allah dah permudahkan satu fasa, syukur sesangat!

*gtau abang, kat JPAM ni x dapat elaun, abang kata xpa.. ;)


Hantar borang praktikal ke JPAM

3 April 2014, aku start cuti sem, tapi 2 April aku dah cabut, kuikui, Khamis ada 2 kelas, 1 kelas batal.. jadi kemalasan melanda untuk gi kelas yang satu lagi, so malam tu abang datang ambik, abang tak boleh datang ambik siang sebab abang keja, abang keja dekat area rumah ja, buat aluminium, kja sekali dengan abang pupu dia, ok la daripada dok saja, masyuk juga kalau kja kan, ;-)

Malam tu la aku teringin nak makan cool blog, tapi disebabkan abang datang ambik lambat, kedai cool blog pun dah tutup, hukhuk

Malam tu aku gtau abang, boleh tak teman aku gi hantar borang kat wisma persekutuan, abang cakap nape tak gtau awal2, huhu, yerla kan abang kja dengan orang, nasib la ada Izwan, adik abang, mintak tolong dia la. Borang untuk praktikal.

Khamis tu dalam kul 11 kami gerak, salah tempat la, aku gi Wisma Persekutuan Anak Bukit, padahal, Wisma Persekutuan Alor Setar, haha, nasib p dengan izwan, kalau p dengan abang confirm kena bising, kuikui..

Sampai ja sana kami sesat, kot mana plak nak masuk ni, last2 Izwan pusing p kot belakang, rupanya jalan masuk dia kat depan sekolah Cina belakang tu ja. JPAM kat tingkat 6, bangunan macam lama sikit la, tak kisah la, ada kafe kat bawah tu, aku pun naik la, jumpa kaunter hadapan gtau nak hantar borang praktikal, kebetulan yang kat kaunter tu kawan member baik aku, ZUNI. Nama Alia. Dulu dia pun praktikal situ, skang dah kja tetap, rezeki dia..

Aku masuk jumpa puan Fatimah, yang in charge bahagian praktikal, sembang pi sembang mai, settle, nanti dia akan kol aku, aku doa yang terbaik jala…

Balik tu dengan hepinya ajak Izwan p beli cool blog, nasib la dia layan j akak ipaq dia yang banyak ragam ni, haha, kami singgah ct plaza, aku kol ZUNI tanya cool blog Alor Setar area mana, dia gtau kat CT Plaza.
Atas keta tu juga licin aku makan, haha, merap Izwan lagi ajak dia p kat ZUNI plak, dia on ja, tapi memasing tak tau jalan, maka kami pun meronda la kat bandar Alor Setar tu cari travel Agent Asari Murni, dari situ la aku dapat menikmati keindahan bunga ‘sakura’ alorsetar, indah sangat!

Lepaking dengan Zuni makan tengah hari pa suma, kami pun bertolak balik. Moga dipermudahkan segala urusan.

TQ Izwan. Sekali sekala buli adik ipaq, hikhikhik

15 April 2014

Al kisah tempat praktikal

Dalam entry INI aku ada cerita yang aku dah pun uruskan hal tempat praktikal aku, kata pihak CUIC diorang akan post surat aku pada minggu hadapannya dan minggu satu lagi aku dah boleh follow up dengan company yang aku mintak iaitu JKJR, (Jabatan Keselamatan Jalan Raya).

Akhir minggu depan tu aku try kol tanya akak yang in charge aku tu, surat dari UUM dah sampai ke? Akak tu cakap blom lagi, xpa la, minggu depannya aku kol lagi, akak tu cakap belum sampai, dan akak tu gtau yang diorang tunggu surat dari aku ja untuk buat pemilihan sebab dah ada 3 orang yang mintak, depa nak tunggu sampai 5..

Selang sehari aku kol lagi tanya dah sampai ke blom, akak tu gtau belum, dan diorang dah pun buat pemilihan sebab tunggu surat aku tak sampai2, kecewa gila time tu, asa nak nangis pun ada, sedih sebab tak dapat buat praktikal situ, geram sebab surat dari CUIC tak sampai2, buat kja ke tak diorang ni!! Sayang sebab tempat tu dapat elaun RM15/day, huhu

Tetiba aku teringat JPAM, JABATAN PERTAHANAN AWAM Malaysia, aku terus kol, aku tnya ada terima budak praktikal tak, diorang kata ada, aku gtau la tarikh sekian2, then diorang suruh aku bagi suma dokumen yang berkaitan, alhamdulillah.

Hari rabu tu habis je kelas kul 2 aku terus ke CUIC, asa macam nak ngamuk jer dekat encik yang bertugas tu, haishh, dah cuaca panas gila! Sampai je kat kaunter aku terus cerita dari A-Z, dengan semangatnya, aku mintak surat tu, aku gtau aku nak post or pi bagi sendiri cuti sem nanti.

Dia tanya aku dah kol ka tempat baru aku gtau dah. Disebabkan salah diorang aku tak dapat tempat praktikal yang pertama tu, encik tu dengan tak banyak cakap terus gi buat surat kat aku. Nasib la encik yang handle kos kitorang jenis yang memahami dan senang di bawa berunding. Dia tanya aku tarikh due, then dia kata xpala saya letak dulu tarikh asal. Sebab due aku 14 Jun, tarikh start praktikal 14 Julai, maksudnya aku masih dalam pantang kalau aku bersalin ikut tarikh due aku.

Alhamdulillah aku dah dapat surat. Nanti dah boleh gi bagi sendiri..

Dokumen2 yang perlu untuk mintak tempat praktikal:

1.Surat sokongan daripada Universiti - menyatakan kita berminat untuk jalani praktikal di tempat tersebut, beserta tarikh dan makluman tempoh untuk company memberi maklum balas
2. Surat jawapan untuk company bagi maklum balas - Disediakan oleh CUIC sekali dengan surat sokongan
3.  Cover letter
4.  Resume
5.  Surat pengesahan pelajar

Moga semuanya berjalan lancar amin..;-)

Segmen: Hasrul Hassan Perkenal Blogger Blogspot Baru




Berikan nama blog: 
DaRi HaTi NaZiRaH
Url blog: 
http://nazirahnyerr.blogspot.com/
Nama blogger anda:
NAZIRAH
Umur:
25 TAHUN
Umur blog:
2 TAHUN 3 BULAN
Bilangan follower blog:
716
Serba ringkas tentang diri ini:
Dikenali sebagai Nazirah, seorang isteri kepada jejaka kacak Mohd Ezri, we are parents to be, 31 weeks already, full time student at UUM, Bachelof of Public Management, final year. Menceburi bidang blogging ni sebab minat, kebanyakan story pasal kisah peribadi dan kehidupan harian. 

14 April 2014

Senarai Barang Baby checklist

1st BELI

Set tilam 100% kekabu ,bercorak, tanpa sarung, handmade, RM80

Tilam
2 Bantal Tido
2 Bantal Peluk



Baju
1 set baju lubang tangan pendek, seluar pendek
1 set baju lubang tangan pendek, seluar panjang
1 set baju lubang tangan panjang, seluar panjang
2 set baju tangan panjang, seluar panjang, mitten & booties, topi
3 set baju tangan pendek, seluar panjang, mitten & booties
6 Romper
1 Jumpsuit
2 Topi , set sekali baju  *Adik bagi dalam -+5 helai
Barut 3 helai tali *Adik bagi dalam -+10 helai
Mitten & botties  1, Lagi 5, set sekali baju *Adik bagi dalam -+ 5 set

1 Sikat
3 Selimut
5 Tuala besar
2 Sapu tangan
12 helai Kain lampin anakku
2 Sarung tilam biru & pink
1 botol Detergent pureen
1 dozen Penyangkut baju baby


Changing mat pureen
Set penjagaan shampoo bedak losyen minyak pureen
Minyak yuyi
Pampers jenama HUGGIES, 64 keping newborn 3-5kg
Manicure set
Powder puff fiffy (mak gtau nanti senang nak letak bedak kat leher baby)
Cotton bud
Baby wipes pureen
Beg baby  pureen
Breast pad disposble fiffy
Panties pakai buang

YANG BELUM
Nappy cream
Breast pump
Berus pembersih botol *dah
Milk storage
Cooler beg
Storage bottle
Drying rak *dah
Nipple cream
Baby coat (abang gtau nak buat sendiri, siap dah lakar 3D design lagi)
Set berpantang
Set jamu
Tungku baby
Maternity pad *dah
Bengkung
Stoking tebal *dah
Nursing bra *dah
Nasal block nose ( untuk baby selesema)

YANG DAH ADA
Tungku ibu (my MIL punya)
Baju sejuk
Kain batik
Tuala mandi
Penyangkut kecil
Baldi & bakul
Tong sampah kecil
Rak barang baby
Plastik beg untuk sampah
Raga kain

Kalau ada penambahan, akan di update nanti...;-)
Terima kasih abang!! Love you so much!

Kredit to: sheila

9 April 2014

CUTI SEM

Hamboi hamboi, seminggu tu, lama yer tak hupdate, sesuka hati jerr kan, ntah la, kemalasan melanda, huhu, maklumlah tengah cuti sem skang, berhoneymoon sakan aku kat rumah, tanpa fikirkan esaimen yg berlungguk dan mid term pas balik cuti nanti, bahagianya.....haha

Balik ja rumah, kakak MIL aku yang sulung ngan no 4 ada kat rumah, apa lagi, layan jerla, memang tak dak masa la nak hadap laptop ni, sembang, masak reramai, makan, sembang lagi, malam tido, haha..

Oh my baby kecik, tersangat la aktif skang ni, dah masuk 7 bulan kan, perut pun dah makin ketara macam ibu2 mengandung, haha ayat......................memang mengandung pun... so far alhamdulillah, cuma sakit2 kaki, pinggang, lenguh2 tu normal, syukur sangat, aku masih mampu menjalani kehidupan harianku macam biasa..mampu menaip dengan laju macam biasa..(^^)

serius banyak gila nak story, sampaikan tak tau nak cerita yang mana satu, asa nak rangkul jer suma dalam satu entry, tapi tak nak la, takut kang ada yang termuntah plak baca, kuikuikui..

Ok la, takat tu dulu, nanti aku update lagi yer...






1 April 2014

8th check up at klinik desa

Lamanya nyepi, nak update juga pasal 8th check up hari tu, taknak ketinggalan, tapi nak update secara ringkas jer..;-)

21/3/2014 Jumaat

Berat: 50.4 kg, naik dengan jayanya
Baby: 28w
Hb: tak cek
Bp: cam biasa 90/60
Tinggi rahim dah 27cm..;-)


Syukur alhamdulillah, baby sihat jer, bonda baby pun sihat..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™