15 November 2015

Betapa aku bersyukur

Hari ke 11 check up kuning Amir Amzar, alhamdulillah dah makin turun, tinggal 90 ja. Esok kena gi check lg, mungkin last day.

Dlm klinik nampak 1 pasangan india, datang cek kuning baby depa juga. Dari pemerhatian aku, wife dia mungkin dlm 1 minggu ke bawah. Sebab jalan pun still kepit2 mcm aku. Steady x pakai stokin. Baju lengan pendek. Maybe cara depa camtu, tiap agama dan keturunan kan lain2 cara.

Ok. Settle ambik darah Amir Amzar, kami tunggu kat luar, selesai suma aku nk kuar tu aku nampak husband india td tengah pakaikan helmet kat wife dia. What? Datang dengan moto?? Jam 12.30 tengahri  lebih kurang time tu.

Sementara abg gi start kereta buka pintu apa semua aku perhati ja gelagat depa. Aku nampak wife dia slow2 naik moto. Mana dengan baby kecik, wallahualam dia operate o normal, tp yg pasti tetap sakit sebab naik MOTO. Sedih! Bersyukur! Allah bagi rezeki utk abg pakai kereta, bila ada anak Allah tambah lg rezeki utk tukar kereta baru. Allahuakbar, dlm kita dok merungut kekurangan itu ini. Ada lg yg lg susah. Tak dpt aku bayangkan naik moto kena kangkang (maaf klu kedengaran kasar). aku yg naik kereta ni pun terkepit2 lg, x berani. Dengan time tengahri matahari terpacak bawak anak kecik tah jauh tah dekat rumah depa. Bila kita tgk keadaan camtu. Betapa aku bersyukur.

14 November 2015

ANAKANDA KEDUA, ALHAMDULILLAH

2 minggu menyepi yer. Amboi, bahagia sungguh. Haha.

Alhamdulillah, aku dah selamat bersalin 4.11.2015 hari Rabu jam 6.24pm, normal, baby boy 2.8kg. 

Proses2 tu nnt la aku update yer..

Amir Amzar

AmirPutera, ketua, pemerintah, penguasa, pemimpin, makmur
AmzarYang mulia

28 October 2015

TIPS MEMBELI KASUT WANITA


Salam semua reader stalker n follower, hihi. Entry kali ni tak mo dah cerita bab lain, nak cerita bab kasut ja, haha. Biasala kan, aku ni salah sorang kaki shopping, tak kisah la kasut ka baju ka, beg tangan ka, selalu memang akan jamu mata kat online ja, anak kecik, payah nak angkut pi shopping mall, nak pilih memilih ni. Kekadang kelapangan ja pi.
 
Ok kat sini nak share ngan korang semua TIPS MEMBELI KASUT WANITA. Yang suka beli online ke walk in terus ka, harap tips2 yang aku nak kongsi ni dapat la membantu korang cari kasut yang perfect, cantik dan harga yang berbaloi2.  
 
 
Berhati-hati dengan bajet

Yer la kan, sapa cakap kalau beli online mahal, kena pandai cari la hakak semua, pandai godek2, kena pandai usha2, jangan anggap kalau dia dah jual ko kena beli, no no no, usha jer dulu, aim mana yang berkenan, senaraikan then baru la pilih mana yang betul suka, gitu! Macam aku memang aku akan usha2 dulu, fikir2 dulu, agak cukup bajet baru grap, paling best kalau time sale la!! Hihi

Beli pada sebelah petang atau malam

Yang ni kalau p shopping mall la, nasihat aku, tak payah la ko pergi beratur kul8 pagi untuk beli kasut, hihi. Bukan apa, kaki kita akan membengkak/mengembang tau, jadi biarlah kita dah buat aktiviti sepanjang hari, pergi kerja, buat kerja rumah, petang2 sikit baru pi shooping kasut, time tu ok la klu nak test pun, kang kalau beli pukul 8pagi tak pasal2 pulak sakit kaki di kemudian hari, kan dah rugi di situ. Duit melayang, sakit pun dapat, ish ish ish..

Cuba dalam 3 saiz

Sebelum korang beli kasut, pastikan korang dah cuba at least tiga saiz. Sebab design setiap kasut tak sama, caya la, aku kekadang saiz 4 muat kekadang saiz 5 pun muat, walaupun kebanyakkan pakai saiz 4, eh, kekadang saiz 4 pun terbesar, camna tu. Ini baru cerita saiz paling kecik, kalau yg jenis kaki saiz 5,6,7 tu, memang wajib la try 3 saiz. Boleh pilih mana yang selesa. Baru la rasa berbaloi.

If you can’t walk in it, DON’T buy it

Maksudnya kalau rasa tak boleh pakai tu tak payah beli la. Yes kasut tu nampak cantik, comey, cute, nampak bergaya, tapi kita tak selesa, buat apa nak susah diri paksa pakai juga untuk kelihatan cantik pada mata orang lain, sedang diri sendiri merana wei... So, tak payah nak buang masa, buang duit untuk kelihatan cantik di mata orang, better cari kasut yang cantik di mata kita, selesa di kaki kita...

Ok, setakat tu jer tips aku nak share ngan korang semua. Aku harap tips yang aku senaraikan ini dapat bagi korang idea dalam mencari kasut yang terbaik lepas ini!  

Tq sudi baca!
  


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™