27 May 2015

MKR Family Day Lumut part 2

23 MEI 2015 SABTU..

Lebih kurang pukul 10-11 malam tu kami sampai LUMUT. Kami cari hotel terdekat jer, sebab dah malam. Dapat la hotel MORNINGTON. Pelik sikit nama dia kan, tak kisah la, aku gitau abang, harap2 hotel ni ada tingkap la, takdak macam duduk dalam KOTAK GURUIS ( kotak mancis ). Bukan apa dulu masa aku ikut abang kerja di lumut kami besa sewa hotel xdak tingkap, abang gi kerja kul 8-5, balik jap tengahri, memang rasa duduk dalam kotak guruis, huhu.

Abang gi check, aku tunggu dalam kereta ja, anak dara aku tak tidur lagi, cayalah!! Abang datang, then gtau abang dah register, abang ambik bilik bawah, aku tengok ada tingkap, ada harapan nak dapat bilik ada tingkap, hihi.

Bilik 110, bila masuk ja, wahh, terkejut! Sebab apa tau, sebab cantik!! Kemas, selesa! Dan besar! Besar berbanding bilik yang macam kotak tu. Tv besar. Bukan aku ni jakun atau apa, sebab aku pernah duduk banyak hotel, kira hotel ni berbaloi la. hihi. WIFI LAJUUUUUU...

 
Tengok Ainul, sampai ja aku terus lap badan dia salin dia pakai baju tidur, sengaja aku tak butangkan penuh, kemas2 barang, dia pun tolong kemas juga. Tengok la TV besar dabak tu, yang penting CLEAR, ada ja hotel aku duduk line macam haper! ada renit2 lagi, siaran susah dapat, INI SIAP ADA ASTRO TAU.

 
Ini ruangan PETI BESI, kelas kaw siap ada peti besi, haha. Bawah tu pulak peti ais mini, ok la boleh juga sejuk2 tekak. Simpan apa patut. Nampak tak ruang pemanas air dia, kalau hotel2 yang aku duduk sebelum ni, even hotel 4 bintang pun, tak sedia cam ni tau, sedia penanas air yang plastik biasa tu ja. Kemas ja dia letak sini, susun cawan2, nescafe, sudu, aku SUKA!!

Ni pula bilik air dia, sekali lagi aku terkejut hahaha, bukan apa, nampak bilik macam kecik kan, bajet bilik air dia biasa2 jerla, tengok2 pergh, besar, selesa sgt! Teringat hotel kat Melaka, alahai, ciput jerr bilik air dia, sama juga kat Pangkor, hmm. 1st time juga aku masuk hotel yg sediakan ubat dan berus gigi, haha. Jujur cakap hotel2 sebelum ni, just sedia shower cap, shampoo n sabun ja.


Nah setempek gambar anak dara aku mandi, seksi!! Sempat lagi bonda dia kejar2 p ambik kamera semata-mata nak tangkap gambar anak dara ni.

Psss, apa aku cerita ni just nak gitau, hotel bajet mampu sedia kelengkapan camni, kira ok sesangat la, nama pun bajet. Kalau nak MEWAH lagi jom kita p menginap kat hotel 5 bintang, hihi

1 malam RM131+RM50 (akan dipulangkan masa check out) kami pi ni Sabtu Ahad tau, hujung minggu, rate cuti, aku tak pasti kalau hari biasa berapa.

Family day esoknya, sambung next entry..;-)

Tips penting untuk ibu2 di luar sana..

Sumber ni aku dapat dari group wasap, nak share kat sini, moga bermanfaat..;-)

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkankembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakanmereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu.Orang yang bijaksana tahu bagaimana caramenyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.

26 May 2015

MKR Family Day Lumut part 1

1st time join Family Day. Best! Cuma x dpt join aktiviti jela dengan keadaan sekarang. Anak kecik lagi. Tapi xpa pengalaman tu penting.

Part 1 nk cerita otw pergi hinggalah check in hotel.

1st time bawa Ainul jalan jauh, jauh la klu dah lebih 1 jam perjalanan kan, hihi. Jitra ke Lumut dlm 5-6 jam, termasuk stop R&R, jam, solat suma. Peralatan Ainul lengkap, cuma bab mkn ja, agak susah sbb Ainul mkn bubur.

Atas kereta pada awalnya Ainul agak behave, tp lama kelamaan dia makin jemu dan start buat perangai, stop R&R bawa dia tgk burung berterbangan, ok la kjap. Maklumlah. Dia tak biasa lagi jalan jauh. Last masa kitorg bawa dia p Penang dulu dia baru dlm 3-4 bulan. Sekarang dah hampir setahun pun usia dia..

Bertolak jam 5 ptg lbih kurang 10-11 malam kitorang sampai hotel..

Sambung next entry kat hotel pulak yer...

20 May 2015

GMBM 1st GIVEAWAY 2015

http://grupmamabloggersmalaysia.blogspot.com/2015/05/gmbm-1st-giveaway-2015.html



Assalamualaikum !! Alhamdulillah,sempena Hari Ibu 2015,buat julung-julung kalinya kami berjaya melancarkan satu segmen yang di taja sepenuhnya oleh sebahagian ahli Grup Mama Bloggers Malaysia [GMBM]. Segmen ini di adakan adalah untuk memanjangkan ukhuwah sesama blogger yang menyertai segmen ini. Hadiah yang di tawarkan dalam segmen ini juga sangat menarik dan berbaloi untuk di menangi. Masa pelancaran segmen selama sebulan memberi lebih peluang penyertaan dan memenuhi syarat bagi para peserta.

Tarikh Segmen : 10 Mei - 7 Jun 2015

Syarat-syarat untuk menyertai segmen ini adalah:-

  1. Blogger Malaysia.
  2. Buat entri yang bertajuk GMBM 1st GIVEAWAY 2015.
  3. Pilihan entri samada copy dan paste sahaja entri yang di sediakan atau buat entri sendiri mengikut kreativiti anda.
  4. Mengikuti semua syarat yang di tetapkan oleh penganjur dan penaja.
  5. Semua penaja boleh menyertai segmen ini. 
  6. Lengkapkan syarat di bawah:-
  • Follow Belog


  • Follow Instagram 

@Yong | @Sofu


  • Follow Google +



  • Like Fanpages 




  • Follow FaceBook

Norihan Yusuf


♪ ♩♫ Selamat bersegmen dan semoga bertuah !! ♪ ♩♫

 
Segmen GMBM 1st GIVEAWAY 2015 di taja dan di perhebatkan oleh:-
Kathy, Maria, YY, Yong, Myja, Sofu, Ida, Ann, Mieja, Sue, Fuza, Mamaniza, Hana, Aida, Mar, Khaty, Ayumie, Mila, Zana, Sally, Fiza, Fara.

Klik Banner GA Untuk Join

Kucing Liar Mati Depan Pintu

Pagi ni nak keluar rumah gi kerja, tetib nampak seekor kunci hitam yg selalu datang kat rumah, aku panggil la, nyiow nyiow,tak dak respon, aku usha kat perut dia, tak berombak, sekali tengok kat mulut dah ternganga, ada lendir terkeluar sikit. KUCING TU DAH MATI. Keras dah pun.

Kebetulan kasut kerja aku ada kat hujung ekor dia, huwaaaa, berbau wei!! Busuk!! Sob2, cari punya cari kasut 1 lagi tak jumpa, dengan lewat nak gi kerja, TERPAKSA la aku sarung juga, lepas aku lap2 dan sembur febreze. Tu pun still rasa nak termuntah.

Aku tak tahu la kenapa kucing tu mati, kalau dia makan racun, mesti mulut dia berbuih, ni tak pun. Tunggu ayah ku balik meracun la nak angkat kucing tu, abang takdak, nak harapkan mak, memang tak la, hihi

18 May 2015

Untuk Ainul..

sumber MAWAR NAFASTARI
Dear Ainul,

Ainul ada seorg ayah yg baik, ayah selalu tlg bonda jaga Ainul. Lepak2 ngan Ainul, main dgn Ainul. Ayah selalu ckp Ainul anak manja ayah.

Dear Ainul,

Ayah selalu salin pampers Ainul takkala bonda terlena keletihan, tiap mlm ayah wajib tanya bonda dah salin blom pampers Ainul, klu bonda letih ayah yg akan salin.

Dear Ainul,

Ini bonda hepi, ayah mmg faham bonda Ainul yg kecik molek ni xdak kudrat kuat nk dukung Ainul yg debab ni lama2. Mmg tiap kali kita keluar, ayah yg akan dukung Ainul. Lega bonda. Hihi

Dear Ainul,

Itu la ayah, walaupun ayah salu kata bonda berat. Bonda tau ayah saja ngusik, 41.5 kg berat hape..haha

Dear Ainul,

Hihi,bab masak ayah fail, bukan ayah x pandai masak, tp ayah malas, kuikuikui

Dear Ainul,

Ayahlah org yg selalu kejut bonda bila bonda hanyut dibuai mimpi semasa Ainul nangis. Adakala Ainul nk bermanja dgn ayah, nk ayah dukung Ainul, 3-4 pagi ayah bgn dukung Ainul keliling bilik.

Dear Ainul,

Tiap kali ayah balik, buka jer pintu bilik Ainul akan senyum lebar bila nmpak ayah. Depakan tangan mintak ayah dukung,  ayah layankan ja. Anak manja ayah.

Untung Ainul dan adik sbb kalian ada ayah yg sgt baik!

kesayanganku dunia akhirat...
Bb syg abg!!
namun saya masih berbicara mengenainya... bercerita tentang kebaikkannya... dia juga manusia biasa... ada kekurangan dan kelebihan.. tapi suka saya ceritakan tentang kebaikkannya saja.. kerana itu akan membuatkan saya bahagia... kenang yg baik baik saja.. fikir yang elok elok saja.. hati akan turut bahagia sama.. :-) :-) :-)

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
namun saya masih berbicara mengenainya... bercerita tentang kebaikkannya... dia juga manusia biasa... ada kekurangan dan kelebihan.. tapi suka saya ceritakan tentang kebaikkannya saja.. kerana itu akan membuatkan saya bahagia... kenang yg baik baik saja.. fikir yang elok elok saja.. hati akan turut bahagia sama.. :-) :-) :-)

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
namun saya masih berbicara mengenainya... bercerita tentang kebaikkannya... dia juga manusia biasa... ada kekurangan dan kelebihan.. tapi suka saya ceritakan tentang kebaikkannya saja.. kerana itu akan membuatkan saya bahagia... kenang yg baik baik saja.. fikir yang elok elok saja.. hati akan turut bahagia sama.. :-) :-) :-)

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
namun saya masih berbicara mengenainya... bercerita tentang kebaikkannya... dia juga manusia biasa... ada kekurangan dan kelebihan.. tapi suka saya ceritakan tentang kebaikkannya saja.. kerana itu akan membuatkan saya bahagia... kenang yg baik baik saja.. fikir yang elok elok saja.. hati akan turut bahagia sama.. :-) :-) :-)

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Buku Merah, check up Tunjang & check up kedua

Dah berapa lama buka buku merah, baru nak up entry, haha, kali ni memang malas tu tak dapat nak dibendung dah, teruk yang amat.

Tapi kena tulis juga, kesian adik Ainul, nnt dia baca blog banyak story pasal kakak jer, hihi, demi kamu bonda gagah juga yer sayang, sebab bonda sayang kedua dua anak bonda!!

Kalau ikut tarikh period, due sepatutnya 29/10/2015. Tapi bila scan due jadi 11/112015.
Bila pi scan kat klinik Tunjang memang bulan November. So doc decide due ikut scan yang awal 11/11/2015.

BUKA BUKU MERAH

Kali ni jadi mak2 yang berpengalaman, pi sendiri. haha

Klinik Matang Keriang (klinik desa)


18/4/2015 (SABTU)

BERAT : 41.5 kg
HB        : 11.5
BP         : kanan 100/80
                kiri 100/60

Klinik Kesihatan Tunjang

21/4/2015 (SELASA)

BERAT : 41.5 kg
HB        : 11.9
BP         : 90/60

Klinik Matang Keriang (klinik desa)

17/5/2015 (AHAD)

BERAT : 42.0 kg
HB        : 11.0
BP         : 100/60

Alhamdulillah, berat naik dengan normal, 500g per month.
next check up 13/6/2015 pulak.

Next scan untuk 5 bulan 28/6/2015

Moga kamu sihat2 ja yer sayang...

9 May 2015

Isteri curang sengaja tempah tiket ke neraka.

Bagaimana anda sebagai seorang isteri dan seorang perempuan rasa apabila anda mendapati ada perempuan lain yg curang dengan suami dia sendiri dan berskandal dengan suami orang?

Bukan takat curang mesej ja. Malah siap hantar gambar2 yg tak sepatutnya yg menjatuhkan maruah seorang perempuan ke takah yg paling hina dan berjaya menempah tiket ke neraka sebagai isteri nusyuz.

Alasan apa yg diberi, stress dengan suami sendiri. Dan kita tidak tahu apa yg suami dia lakukan. Tapi wajarkah dia berkelakuan seperti itu. Bertudung, nampak baik, tapi maruah letak di bawah tapak kaki.

Al Quran berkata syurga bagi wanita itu hanya perlukan 4 perkara, taat pada Allah, taat pada suami, menjaga maruah, solat & berpuasa. Maka pilihlah mana2 pintu syurga yg kamu inginkan. Dan Rasulullah mendapati ramainya kaum hawa di neraka, antaranya akibat derhaka pada suami.

Suami tidur, isteri rancak mesej dengan skandal, suami outstation, isteri rancak keluar tengok wayang karok dengan skandal.

Allahurabbi. Dunia skang dunia akhir zaman, peliharalah aku agar tidak terjebak dengan gejala seperti itu, biarlah apa jua dugaan yg mendatang, moga teguh jua imanku, bukan kerana aku mencintai manusia yg kau ciptakan utkku, tp kerana lebih cintaku padaMu yaAllah dan pada kekasihMu ya Rasulullah.


8 May 2015

Teringat waktu Ainul kna admid ward.

31 May 2014 9.54pm lahir seorg puteri 2.44kg normal.

1Jun lbh kurang 6 ptg bawa balik. Maghrib sampai rumah. Mlm tu asa bahagia sgt jd ibu.

2 Jun pagi nurse datang gtau puteriku demam. Bawa ke klinik Tunjang. Dari Tunjang ke Sultanah Bahiyah.

Di maklumkan puteriku kena tahan wad. Allah. Aku balik dengan hati yg sangat berat.

Oh masih teringat saat tu!! Tak sanggup lagi aku nak berpisah dengan dia sekarang. Sungguh aku sangat mencintai pinjaman Allah yg terindah ini.


AINUL MARDHIAH BINTI MOHD EZRI.

7 May 2015

NAZIRAH COME BACK!

2 minggu menyepi, blur tak tau nak tulis apa. Kita tulis ringkas2 boleh tak? hihi

1. Cermin sisi kereta ku hancur gara2 selisih dengan orang dekat jalan otw datang kerja, dengan lajunya pemandu tu tekan minyak kereta dia, kelepang!! hancur berkecai cermin sisi aku, aku stop dan hon, pemandu tu buat bodo ja, bawa keta tanpa ada perasaan bersalah!! kalau perempuan kau penakut! kalau lelaki, kau DAYUS!!

2. Aku mengikuti latihan kursus asas Jpam selama 3 hari 2 malam. Tapi aku tak bermalam, tak bermalam pun kul 12 juga balik, abang hantar dan datang ambik. 2 malam tinggal Ainul, aku balik dia dah tidur, jaga untuk menyusu ja, tu pun tak buka mata. Ya Allah, tak mungkin aku akan mengikuti aktiviti waktu malam melainkan sesuatu yg betul2 memaksa!!

3. Aku dah pi buat buku merah! Berat buka buku kali ni hanya 41.5kg berbanding masa buka buku kat Ainul dulu 44.5kg. Semuanya berjalan lancar, takdak masalah apa, jangka kali ni pada 11.11.15. Moga semuanya dipermudahkan.

4. Kerja di opis macam biasa, awal bulan dan hujung bulan sibuk dengan clim elaun anggota. Bulan ni sangkut sebab cuti 1-4hb. 5hb Tuan xdak untuk tandatangan elaun, jadi clim kami hanya akan ditandatangan selepas tuan balik iaitu pada 10hb. Lambat la gaji bulan ni.

5.Ainul dah start merabat, tapi still tak pandai bertatih lagi, bila kita pegang tangan dia, dia tak pandai nak hayun kaki lagi, its ok sayang, slow2. Mulut tu masyaAllah, pot pet pot pet, ada ja dia nak bebel, bahasa dia la, aku layankan jer.

6. Kesihatan aku? Aku masih tak boleh telan ubat tambah darah, wajib muntah. Badan ok2 ja, kekadang full energy kekadang rasaxdak tenaga langsung. Sakit kepala pun kekadang ja, berbanding masa Ainul dulu, sampai hari2 sakit kepala. Makan, selera! alhamdulillah, Allah tak tarik selera makan aku kali ni.

7. Moga Allah terus pelihara hati dan iman kami suami isteri agar saling menyayangi dan mencintai, setia hingga ke hujung nyawa, sesungguhnya hati itu milik Allah, moga Allah tetapkan hati imamku hanya untukku. Perempuan2 @ lelaki2 lain yg hadir dalam hidup kami biarlah diibarat seperti batu2 kecil yg ada disisir pantai, biarpun selalu ada, pantai hanya menanti kehadiran ombak!! Batu2 itu hanya perhiasan yg tidak memberi sebarang makna!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™