31 August 2013

Cik P Ogos 2013

4 Julai 2013 previous p.... SINI
3 Ogos 2013..... tgh malam

Kitaran 30 hari...


Assalamualaikum..

 1st nak cerita pasal miss P, bulan ni tak update lagi kan, hikhik, nak update camna, dalam mood malas,

Kitaran 30 hari, bulan Ogos ni..
Kali ni lagi dasyat, malamnya ada sikit, subuh tu aku start sakit, aku makan ubat, tapi macam tak da fungsi, sakit sangat, sampai pagi, bayangkan aku tido, tiap kali bangun aku nangis, abang pujuk suruh tido, aku terlelap, bila bangun ja, nangis lagi, itu pun klu reda sikit, sebab masa terlalu sakit tu, aku tak mampu nak nangis, huhu

Bayangkan aku sakit sampai petang, tido ja sehari suntuk, bangun makan time orang buka puasa, itu pun masih terasa sakit, malamnya aku tido juga, esoknya masih juga terasa, kira teruk la kali ini sebab hari kedua pun masih sakit, padahal aku dah makan ubat, serius ubat tu macam tak memberi apa kesan langsung, huhu

Dan kali ini aku dijadualkan datang pula pada 7 Sep hari ke 35, betul2 time aku kena g daftar U, tapi itu ikut kalendar ja la, kuasa Tuhan kita tak tahu kan, mungkin lewat, mungkin awal, mungkin tak period langsung 
( pregnant ), kehkehkeh…


Setakat tu ja update aku mengenai miss P bulan ini, sekian..

28 August 2013

Ada juga yang macam tu..

Nak story tentang follower, kekadang aku tergelak sendirian, yer la, ni blog peribadi aku, tak kisah pun orang nak follow atau tidak, kalau jadi penaja sesetengah segmen tu, memang la wajibkan peserta untuk follow, yang lawaknya, follower aku jap naik jap turun, ada juga aku terbaca dalam penulisan blogger yang sama nasib dengan aku, memang lawak, awak yg follow tu, ikhlas tak time follow?

Macam tu pun ada yer, follow orang macam terpaksa ja, rajin pulak g unfollow, yes memang rajin, kalau aku memang tak la, biar ja, walaupun aku jarang jenguk tetapi kekadang ada juga cerita menarik yang muncul kat dashboard aku, untung kan, bukan rugi pun follow orang, banyak info yang akan kita dapat, banyak pengalaman yang boleh kita tahu dan kongsi..;-)

27 August 2013

TARIKH KONVO UUM TAHUN 2013

sumber
Tahniah pada kawan yang sebaya dengan aku yg bakal konvo bulan 11 nanti, kenapa diorang habis awal, kenapa diorang dah konvo? Sebab diorang ambik STPM, jimat 2 tahun dari aku huhuhu, sementara aku, baru nak masuk sem5, aku budak dip.. takpa, aku redha...

Bestnya konvo sebab ramai artis datang, setiap malam, ada jualan sampai tengah malam, happening gilerrr. macam2 ada, tinggal luang masa dan duit ja untuk shoping moping, haha

Dah 3 tahun aku join konvo, 2011 aku sem 1, 2012 aku sem 3, 2013 aku sem 5, tahun depan aku praktikal, insyaAllah kalau ada masa terluang dan ada kereta, cecece..aku akan pegi bawa family, biar depa tengok suasana konvo sebelum aku konvo, kehkehkeh


TERIMA KASIH


1st of all, jutaan terima kasih pada yang sudi singgah sini walaupun jarang sangat update skang, tapi bila buka alhamdulillah masih ada komen, syukur sangat, itu tandanya masih ada yg sudi jengukk..

Terniat di hati untuk mengadakan minigiveaway setiap bulan..macam yg selalu CIKSU (LobakSusue) dan KAK INA (IntanBerlian) buat. Dan hadiahnya tetap iaitu keychain / hp chain. So nama minigiveaway nanti "keychain minigiveaway #1" ok tak?

Cadangan tarikh ialah 27hb setiap bulan. 27hb sempena tarikh anniversarry wedding aku. ok tak,ok tak. Ciksu n Kak Ina buat 1 hari ja. Aku buat seminggu. So, entry akan melekat selama seminggu. Sesapa yg terjah blog aku dalam masa seminggu tu boleh join..;-)

Entry GA akan di publish 12am. Tapi hari ini lambat sikit la, mungkin petang, sebab ni baru ja online guna laptop..;-)

Syaratnya miniGA nanti mudah ja...

1.Follow pada yg blom jd follower aku
2.No entry...mntak jasa baik ja..gtau rakan2 dgn tinggal link miniGA aku kat chatbox diorg
3.klik 2 iklan aku sampai habis loading
4.Tinggal link blog masing2 kat ruang komen...
5.done..;-)

Harap dapat sambutan la, pada pengumpul2 keychain tu, nanti jangan lupa join..;-)

19 August 2013

Sedih tak boleh upload gambar

Sedih sangat bila update entry guna phone ni. Tak boleh taruk gambar. Padahal banyak jer gambar yg nak d letak. Macam bosan plak tulis entry xda gambar. Huhu. Alhamdulillah. Selesai sudah majlis perkahwinan Wan & Kak Asma yg berlangsung pada 17 & 18 Ogos. Nnt aku online guna lappy aku update pic. Huhu. Skang kat kedai baiki keta.. Dengan abang. Abang datang baiki keta dia. Kami nak g makan nasi goreng siam kat fudcoart ct plaza..my peveret. Last aku makan bulan 3 hari tu. Dgn BFF aku ZUNI. Now teringin sangat nak makan, tu yang ajak abang.. Hihi.. Oh handphone.. Nape la ko x boleh upload pic. Klu tak senang keja aku nak mengupdate blog. Huhu

15 August 2013

Aidilfitri 1 Syawal..

Aidilfitri 1 Syawal... Kami beraya sakan.. Pusing2 kampung naik motor. Beraya rumah kawan2 abang. Lepas sebuah sebuah kami atur. Best sangat. Yang x bestnya kami x pakai sedondon tahun ni. Aku pakai warna turqois (hentam ja eja..janji maksud sampai) hihi. Abg plak pakai warna hitam. Abg x beli pun baju raya tahun ni. Aku beli siap dah. Ingat abg balik dari laut nak g beli la. Lelaki.. Memang tak la.

Serius nampak 'huduh' sangat kami dua, yerla sorang warna hitam sorang lagi warna turqois. Kiranya setiap rumah member abg yg kami p suma dah kawin dan suma pakai SEDONDON hokey!!

Mat Set anak beranak warna kelabu nak hitam. Faiz n wife warna turqois macam aku pakai. Own anak beranak warna ungu. Atan n Kak Liza warna merah. Jeles aku tengok. Mai kat kami nah haiiii. Balik tu terserempak dgn Wani n Ein serba hitam. On fb Perghh suma pasangan sedondon. Sakit jerr mata tgk org pakai sedondon ni. Dengan perasaan yg sangat geram aku bisik kat abang tahun depan apa jadi nak sedondon juga.

Pelik gila tgk pakai kale lain2. Abg diam jer. Haha. Ok. Tahun depan nk deside awal nak pakai kale apa. Boleh prepare awal kan. ;-) Pss..aku asa godek2 untuk bawa watermark dalam hp ni. Agar senang aku nak letak pic. Kalau x boleh juga terpaksa la letak ' nazirahnyerr.blogspot.com' buat sementara, haaa malas lagi nk on laptop! Jumpa next entry

12 August 2013

1st time update entry guna handphone...

1st time update blog guna handphone... Puas jugak la nk kelebek pun..adoiii.. Lama gilerrr x in blog guna laptop. BW pun guna hp.. Mentang la ada internet.. Rindu blog.. X puas view guna hp.. Nak update entry cun3.. Huhu

1 August 2013

Cerita Kedai Melayu

Al kisahnya hari Rabu minggu lepas, maksudnya 24 Julai la kan, aku g hantar kain baju raya aku untuk dipotong, aku beli baju siap dah, so faham2 la, haha ( labuh ).

Ok, ni dialog yg telah diolah semula oleh aku sekadar aku ingat la..

Aku : kak, nak potong bawah kain boleh tak?
Akak tu : potong macam mana?
Aku : just potong bawah ja, labuh.
Akak tu : boleh, bila nak ambik?
Aku : ( raya lambat g ) saya ambik lagi seminggu boleh?
Akak tu : haa, boleh..
Aku : ( Hulurkan plastik ) kak tak kena tulis nama ka?
Akak tu : ( dengan penuh keyakinan ) tak payah.

Dalam hati, ok, bajet macam dia ingat la mana kain aku kan, Melayu, Melayu, aku p Kedai Cina potong kaki seluar jeans, nyonya tu siap mintak aku, nak bagi nama boleh no. moto pun boleh, betapa depa jaga pelanggan depa.

Aku ada kata kat adik aku, nak kena p tengok juga dua hari sekali ni, silap2 kita nak p ambik minggu depan tak jahit2 lagi, tapi apakan daya, aku sibuk tak sempat aku singgah kedai tu.

Ok, takpa la, seminggu berlalu, kelmarin 31 Julai, Khamis, dengan semangatnya aku nak p ambik kain aku, p la kedai tu..

Aku : nak mai ambik kain yang potong hari tu.
Akak keja : kain yang mana yer? Bagi kat kak sorang lagi ka?  SEE KALAU TULIS NAMA KAN SENANG, BERLAGAK SANGAT TAK NAK TULIS NAMA!
Aku : kain yang saya hantar minggu lepas yang potong bawah tu
Akak lain : ish dok tang mana tak tau, tak jahit lagi pa..

Perghhh, berapi ja dengar…

Aku : saya hantar minggu lepas dan gtau nak ambik lagi seminggu ( dengan muka kelat, aku tak mampu nak senyum dah )
Akak lain : jap yer. akak tu pun tak senyum kat aku..

Tahu dia p cari kat na? DI BAWAH TIMBUNAN PERCA2 KAIN, perghhhhhhhhhh

Akak lain : yang ni ka, ( sambil buka plastik dan ambik kain aku) haa, tak jahit lagi.
Aku : ( kalau dalam animasi boleh bayang dah macam gorku dapat kuasa, berapi…haa macam tu la aku ) dengan geramnya aku bantai, saya ambik ESOK boleh. Hammbekk kau, aku bagi seminggu ko buat sambil lewa sangat kan,
Akak tu : waktu mana?
Aku : waktu petang2 cam ni la

Terus belahhh… atas moto pot pet pot pet pot pet kat adik aku..haha cian dia

Aku marah bukan sebab aku tak sabar tapi CARA diorang layan tu, proper la sikit, ko berniaga, nak tarik pelanggan datang, tapi CARA ko tu membuatkan pelanggan lari. Hadoii, macam mana nak maju??!!

Kesimpulannya di sini, kalau nak berniaga buat cara nak berniaga, kena pandai jaga pelanggan, kalau macam ni la layanan dan service, agak2 lepas ni aku nak gi lagi ka kat tempat tu, tambah aku 1st time g upah, pasni memang tak laaaaaa… kena 10 orang dia buat macam tu, bungkus la tauke kedai tu.


Apa nama tah kedai tu, area Sungai Korok, kampung aku jer. 

Salam Kemerdekaan,

Salam kemerdekaan...

Pejam celik kita dah masuk bulan Ogos dah, itu petandanya kita menghampiri penghujung ramadhan, sebab semua pasti tahu kita akan raya pada awal minggu kedua Ogos kan, insyaAllah pada 8 Ogos..

Dah3, taknak lagi cerita yang melukakan, masuk jer Ogos, tutup buku!! Sudah Cukup Sudah!! Pada yang tak faham tentang entry sebelum ni, anggap ja entry tu sekadar angin lalu, mungkin hanya aku yang mengerti, huhuhu

Semuanya telah kembali seperti sediakala, Alhamdulillah....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™