Showing posts with label vitamin semasa mengandung. Show all posts
Showing posts with label vitamin semasa mengandung. Show all posts

10 September 2014

Cara untuk naikkan Hb ketika hamil

Tajuk dah macam pakar kan, haha. Tak da la, just nak share pengalaman ja.. seperti yang sedia maklum aku dah masuk kali ke 4 checkup kat klinik desa, 4,4 kali tu juga kena cusuk halus di hujung jari untuk test kepekatan darah (Hb).

1st check up kat klinik desa 11.6, pada hari yang sama juga aku gi klinik kesihatan untuk ambik darah, alhamdulillah 12.2, kira yang klinik kesihatan lebih tepat la sebab diorang ambik darah terus, bukan cucuk2 hujung jari dah.

2nd check up kat klinik desa 11.1 dalam masa 4 minggu.
3rd check up kat klinik desa 10.8 dalam masa 3 minggu.
4th check up kat klinik desa 11.6 dalam masa 3 minggu juga

Syukur alhamdulillah, masa 3rd check up ni, hampir kena marah dengan nurse, yerla, Hb makin turun, tu yang kena g check dari 4 minggu kepada 3 minggu sekali, nurse tu siap pesan lagi, kalau turun lagi, kita kena hantar p klinik kesihatan untuk ambik darah. Huhu.

Untuk yang kali ke 4 ni, aku tanya adik aku yang bakal nurse tu, apa dia makan untuk naikkan Hb, dia gtau dia makan hati ayam, dan ikan bilis, hati ayam aku dah try, tak lalu la, tak boleh nak telan, adik aku ada gtau juga, dia makan ikan bilis hampir hari2, sampai mengandung alhamdulillah Hb dia maintain 13.00.

So, aku pun ikhtiar la, kat U ni, pantang ja kafe ada buat sambal ikan bilis kering, terus aku ambik, kalau hari2 ada, hari2 aku makan, balik kg plak buat sambal ikan bilis sendiri, air tangan sendiri k, hihi, jap ja aku n adik hazirah habiskan, yg pasti adik hazirah cakap sambal ikan bilis aku sedap, kembangnyaaaaa..see, aku bukan tak tahu masak la, ada juga certain2 masakan yang aku expert, kuikuikui

Satu lagi, kan segala vitamin yang ada tu aku tak lalu nak makan, Obimin plak habis, aku try produk Shaklee, ViTALeA, untuk ganti iron tablet, tak mampu lagi nak borong satu set hamil dengan keadaan ekonomi abang skang, jadi choose the need one dulu la..

Ada 120 biji, tahan untuk 3 bulan kalau amalkan sebiji sehari..;-)
Syukur alhamdulillah, hasil usaha aku tu, dapat naikkan Hb dari 10.8 kepada 11.6, banyak tuuuuuuu… hihihi, tapi makan ubat tu kena konsisten la, jangan hari ni makan esok tak makan, lusa makan 3 hari plak baru makan, xmo xmo xmo…

Ok la, demi baby kecik, aku sanggup makan makanan yang sama hari2, asalkan dia sihat, anugerah dari Allah, sayang dia dan ayahanda dia sangat2..;-)

Untuk dapatkan vitalea shaklee atau produk shaklee yang lain boleh contact aku kt fb di side bar atau terus wasap atau mesej 019-4090064.

Sama2 kita amalkan sesuatu yang sihat. Hb sangat penting ketika mengandung, Hb LOW SANGAT BAHAYA UNTUK KANDUNGAN. 

#REPOST

16 December 2013

3rd check up 14 weeks ;-)

Keadaan masih lemah, sakit kepala yg berhari2, iberet folic?? Dah tak makan sebab muntah teruk, skang makan Obimin. Ambik kat klinik Dr.Noriah, sekali dengan scan 12w, alhamdulillah, semuanya baik kata doc, doc bagi ubat sakit kepala sebab aku ngadu yang aku alami sakit kepala yang kerap.

Kenapa scan, sebab aku tak sabar nak tengok baby kecik ni, hihi.. nak tunggu kerajaan lambat sangat, hujung bulan satu tahun depan (26 Januari 2014), total sekali ubat rm52, ok la, masih dalam kemampuan kan. bp aku 100/60..

Kelmarin 3rd check up untuk klinik desa, berat badan? Aku memang betul2  takdak selera makan skang, tapi alhamdulillah naik juga 700g, hihi

Skang kat u, aku tak dapat nak update macam selalu sebab aku dah ada dalam bulan peperiksaan, kira ada waktu lapang ja aku akan update, jadi ssapa yg jemput aku join GA tu, aku mintak maaf bebanyak, huhu. Ada kelapangan ja aku akan join, maap yerrr..

Kesimpulannya,

3rd chek up..

Berat  : 44.7kg
Baby : 14w
Hb : 10.8
Bp : 100/70


Next check up di klinik desa pada 5/1/2014, 3 minggu sekali sebab hb ngan bp aku tak stabil, huhu..

6 December 2013

Nurse datang melawat. (bp rendah)

Lepas ja check up kedua pada 24 November 2013 tu, nurse gtau, Jumaat depan nak datang melawat, haa, lupa nak gtau, aku check up dekat klinik kampung abang, sebab aku memang banyak habis masa kat sana, jadi nurse tu datang rumah abang la, (rumah ibu bapak mertua i, kitorang mana ada rumah sendiri lagi ) insyAllah lepas belajar nanti, serius teringin sesangat nak duduk asing! Xda masalah apa, cuma teringin nak asa dok rumah sendiri, 3 tahun dah kan..

So, 28 November khamis, aku balik kampung, balik lagi kan, hihi. Esoknya lebih kurang jam 9.30 pagi camtu nurse sampai, just check darah ja, darah aku rendah, turun balik, hari tu kan  100/60, dah tinggal 90/60, apa lagi aku nak makan. Sebenarnya aku memang darah rendah dari sebelum pregnant lagi. Memain kan jap naik jap turun.

Haa, aku dah beli iberet folic, ni dia, aku beli kat guardian rm 35.90, ada 30 biji semua. Aku tunjuk kat nurse tu, dia kata betul, aku tak start makan lagi. Cadangnya malam tu la.
sumber
Lepas ja nurse balik terus ngadu kat abang, huhu, patutlah kekadang aku rasa terhoyong hayang ja, hmmm..

Skang ni, aku tengah alami sakit kepala, hari2 sakit kepala, nak makan ubat ikut suka tak boleh, kena g jumpa doctor. Ashik tdo jala keja aku, tu yang kekadang blog ni terabai sikit tu.

5 December 2013

2nd check up, berat badan turun.

Salam, 2nd check up aku pada 24 November yang lalu, Allah permudahkan urusan aku, pada hari tersebut kelas kul930 pagi, batal, jadi dengan bangganya aku ponteng kelas kul 8, hihi.. aku balik kampung 21 November, Khamis sampai la Ahad tu.. wahh wahh, buat universiti macam ana yang punya kan..
(tinggal kami berdua ja dalam umah sebab family abang suma g Johor kenduri rumah PakNgah)

Al kisah pagi ahad tu, abang macam liat je nak pegi, aku dengan slumber siap jaa, kejap2 g kaco abang, aku gtau hujan, padahal  saja ja nak kaco abang, hihi. Last2 abang bangun mandi, yes! Abang nak g. saja ngada nak g dengan abang, padahal klinik tu jogging pun sampai, hihi.. kami g dengan motor, wahh bestnya hirup udara pagi.

Sampai klinik macam biasa la, nurse suruh g test urine, alamak, sikitnya, aku dah membuang habis-habisan kat rumah, kehkehkeh, xpala, janji lepas untuk test tu, aku pun g la tunjuk kat nurse tu, “ok”. Alhamdulillah, takut juga, sebab dok sakit kat ari, kot la urine kotor kan..

Then cek darah plak, alhamdulillah semua ok, 100/60, masuk cek perut, nurse kata kecik g, baru 11 minggu, tak nampak lagi. Time untuk timbang..haiii..turun ni.. 44kg, huhu, tak lalu makan la kak, itu la alasan yg aku bagi, memang aku tak lalu makan pun, nasi 1 hari sekali ja, tu pun sikit. Nurse tu cakap la, sebulan at least kena naik 500g, kamu ni sebulan turun 900g. huhuhuhu (T____T)

Aku gtau nurse aku tak boleh makan iron tablet untuk tambah darah tu, sebab kalau makan aku mesti muntah, nurse tu pun cadangla aku untuk makan iberet folic. Nnt aku story pasai iberet folic k..

Kesimpulannya,
2nd chek up..
Berat  : 44.0kg
Baby : 11w
Hb : 11.1
Bp : 100/70


Alhamdulillah semua ok, cuma berat ja turun..

pss: balik klinik ajak abang g beli roti canai, nyum3, sedapnyaaa..tima kasih abang, sudi layan karenah kesayangan abang ni..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™