31 December 2014

Resepi Megi Serbuk Kari

Dalam beberapa malam sebelum ni, tekak ni teringin plak nak makan megi kari. Haa bukan sebarang megi kari tau. Specialnyer megi kari. Terliur habisss.

Lama x masak. Ntah nape mlm tu teringat nak mkn. Tak tau kot org lain memang dah selalu masak gini kan. Aku share juga la kot ada yg 1st time nak try.
Tengok jerr dah terliurrrr....
Bahan2
-2 ulas bawang merah
-1 ulas bawang putih
-Telur
-Megi kari
-Serbuk kari 1 1/2 sudu besar utk sebungkus megi

Cara2
-Mestila kupas bawang kan..hihi..
-Serbuk kari digaul sebati dengan perencah megi kari, gaul dgn air yer..
-Minyak tu ikut elok untuk tumis bawang la
-Tumis bawang sampai kekuningan
-Masukkan serbuk kari yg digaul sebati tadi, gaul sehingga pecah minyak
-Bila dah pecah minyak masukkan air ikut banyak mana kuah yg anda nak..
-Bila dah mendidih boleh pecahkan telur, sebiji 2 biji, ikut la..
-Bila telur dah masak, boleh masukkan megi
-Gaul hingga megi lembut..
Klu masin boleh tambah air..

Aku suka pekat..
Selamat mencuba...;)

Ainul Mardhiah genap 7 bulan..

Alahai bonda tangkap gambar Ainul tak pakai baju.. seksi laaaa....hihi

Assalamualaikum..

31/5/2014 ->31/12/2014..
Ainul Mardhiah binti Mohd Ezri genap 7 bulan. Cepat masa berlalu. Masih terbayang saat dia dalam perut. Masih terbayang saat sakit melahirkan dia. Allah.

Perkembangan Ainul..

4 bulan dah pandai aleh2 badan
5 bulan dah pandai meniarap
6 bulan dah pandai ke belakang
7 bulan dah pandai ke depan pusing2 360˚

Dah pandai gelak ngekek2..
Dah pandai sebut mamamamama, babababababa..hihi

Masih menyusu badan, kadang2 ja campur susu formula, klu aku drive atau time tdo buai then bebai..

Dah start mkn makanan luar sejak 6 bulan. Bubur nasi kosong, bubur nasi + carrot, bubur nasi +ubi kentang, bubur nasi + ayam. Semua Ainul makan tanpa ada sebarang masalah.

Apa yg aku selalu cakap dengan Ainul, Ainul anak yg baik, Ainul anak yg dengar kata, Ainul anak yg pandai, Ainul anak yg solehah..Nanti besar Ainul periksa dapat no 1, dapat banyak A, kkdg aku melalut sembang sampai ke U n kawin dapat cucu bagai..kehkehekeh..

Ainul sihat Alhamdulillah. Tak pernah demam, cuma selsema camtu ja. Syukur pada Allah.

Pesanan bonda,
Ainul Mardhiah sayang, nanti besar jadi anak yg solehah yer sayang. Bonda & ayahanda sayang Ainul..  Ainul permata hati kami, bidadari syurga..

29 December 2014

Tragedi Disember Banjir di Kelantan

Sungguh menghayat hati. Mengenangkan mangsa3 banjir disana. Misi bantuan yg lambat tiba. Mangsa kelaparan, kesejukan dan ada yg hilang saudara. Ya Allah..

Kat group wechat group wasap ramai yg merintih, x dapat contact mak kat kg. Ada yg rumah sedang ditenggelami air dan akhirnya kami terputus hubungan. Menitis air mata.

Kak Farah Wahida. Seorg master Shaklee. Bertukus lumus mengumpul dana. Saat kerajaan belum kerahkan helikopter, dia tampil untuk menyewa yg swasta. Namun dia difitnah, katanya sengaja mengambil kesempatan. Niat murni beliau disalah ertikan.

Sekarang kerajaan telah kerahkan helikopter. Jadi misi utk heli dibatalkan. Dia fokus untuk bot2 dan bekalan makanan untuk mangsa. Bekalan di sekat. Menunggu plastik dan label dari parti yg gila kuasa. Memikirkan untung dunia. Inginkan sebuah nama. Nyawa rakyat dipandang hina. Bak kata pepatah sapi punya susu lembu yg dapat nama. Kak Farah menitiskan air mata. Begitu sekali politik negara. Menyekat bekalan makanan untuk lekatkan label mereka. Dengan tujuan mengaburi mata mangsa bahawa bantuan itu 'dari' mereka.

Untuk yg baca entry ni. Dan pernah baca di facebook Farah Wahida yg minta sumbangan dana di FAWA INTERPRISE. Beliau adalah seorg master Shaklee. Jangan terus percaya kata2 fitnah yg disebarkan.

Untung jadi Kak Farah. Setiap kejian yg beliau terima Allah gantikan dgn pahala..

*aku bukan downline dia hokey..



21 December 2014

Seronok bila anak mkn masakan kita.

Tajuk dah macam mak2 sangat kan? Haha. Padahal Ainul baru nak masuk 7 bulan. Ikan kembong pun x kenal lg..

Hihi. Seronok sebab Ainul habiskan bubur yg aku masak. Alhamdulillah. Allah anugerahkan aku seorang anak yg senang nak jaga.

Sebelum ni aku masak bubur kosong, makan, aku add on carrot, makan, stop carrot ganti ubi kentang, makan juga. Hari ni masuk kedua sekali dalam bubur, pun makan juga, laju plak tu. Licin..hihi..

Ainul dah kurang susu botol, banyak susu badan..;)

Aku sekarang tengah consume set menyusu Shaklee, memang meriah!! Alhamdulillah..

ALFALFA+ESP, SUPERBBBB!!

20 December 2014

Keduanya Kesayangan Saya

Sejak Ainul lahir abg dah tak naik laut tau. Alhamdulillah abg dapat projek kat Penang. Abg sekarang ulang alik Penang Kedah. 2 hari sekali 3 hari sekali. Klu teringat kat anak dara dia tu mesti dia balik.

Kelmarin abg balik. Ingat hari ni baru nak gi keja. Rupanya balik kejap ja. Pastu nak gi keja pulak. Sebab abg bulan ni on duty malam..

Balik tu tak lepas ashik main dengan Ainul. Ainul pun hepi ja tahu ayah dia balik..;)

Pesanan untuk Ainul..
Kamu bertuah syg miliki seorg ayah yg sangat menyayangi kamu.;)

17 December 2014

Dah selesai hantar report

Alhamdulillah. Selesai juga akhirnya. Harap xdak apa2 la yg sangkut. 

Apa tu? Praktikal la. Report dah hantar. Syukur sgt. Aku g UUM 11/12/2014 Khamis. Nasib la lec ok. Syukur sgt semuanya dah selesai. Tunggu konvo ja. Ainul time tu dah boleh berlari dah..hihi..

Now bolehlah fokus kat business SHAKLEE 100%.. Alhamdulillah. Ramai lagi yg x tahu kebaikan Shaklee, apa yg Shaklee tawarkan. Malah ramai juga yg macam anti. Tapi sekali dah try. Confirm jadi shaklee lover. Percayalah!!

Asa hepi sangat suma dah settle..

Yg laki adik aku no4, yg pompuan adik aku no6.. 16 sorg 15 sorg. 
Tudung biru yg bambam tu roomate aku sem 1,2,5,6..sem 3 dia tangguh sem 4 kami terpisah. Aku dok ngan Alonk..;)
Tudung merah tu Aida.
Bestnya dapat jumpa depa ni.. Rindu sesangat!! 


Klu ada nk tnya apa2 tentang SHAKLEE boleh terus wasap aku 0194090064..
Nazirah
1168128

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN bersama cikgu ayu

Klik banner
Tamat
RABU 31/12/2014 jam 10.00 malam

15 December 2014

Ainul dan MUMUnya

Ainul skang ada anak zirafah. Hadiah dari Mak Ngah tersayang. Sarawak mari. 1 untuk Ainul satu untuk Mak Su..



Anak zirafah Ainul aku bg nama MUMU, hihi..ntah la tetiba teringat nk bg nama MUMU. Haa, boleh jadi bantal busuk Ainul ni. Sekurangnya x malu sgt nk bawa p mana2, setengah org tu bg ank bawa bantal yg x nampak kale dah. Hmm..

Bonda Syg Ainul!


14 December 2014

Gaya tdo anakanda Ainul

Amboi.. sejak 2 menjak ni sibuk sungguh sampai x sempat nak up entry..hihi..

Apa pula cerita kali ini. Sudah pasti berkenaan anak dara yg satu ini AINUL MARDHIAH. Amboi ank dara ni sejak dah pandai meniarap. Bukan main lagi tdo pun nak meniarap. Tapi serius cute sgt tgk dia tdo meniarap!

Jeng jeng.. dengan pakai baju teletubis dia, mmg cute habis. Nnt besaq dia godek2 blog aku ni mesti dia kembang setaman baca bonda dia dok puji cute cute cute, hihi

Anak bonda mmg comey pun!! Bonda sayang Ainul!!

2 December 2014

"Giveaway kerusiburok: Ole-Ole Phuket!"

hai semua blogger! 

seperti yang korang semua maklum, kerusiburok akan bercuti ke Phuket awal Disember ni (baca entri kerusiburok ke : PHUKET (intro)

jadi, kerusiburok bercadang nak bagi ole-ole dari Phuket kepada blogger2 sekalian.

bermula 25 Nove 2014 hingga 3 Dec 2014
KLIK banner di atas untuk sertai.

OLE-OLE utama akan diberi kepada 3 pemenang bertuah. 
tapi kalau ramai yang join segmen giveaway ni, 
saya akan tambah 7 lagi ole-ole untuk blogger bertuah! 
hehehe

3 x Ole-Ole Utama = T-shirt kenangan dari Phuket
(sebab tu conduct giveaway awal-awal, nanti pemenang boleh dapat saiz baju yang betul hehe)


JOM SERTAI! Mana tahu korang bertuah! Klik Banner kat atas tu ye untuk syarat yang simple :)


jom join ramai-ramai. ajak blogger lain sekali yer! 
di samping bersegmen, boleh jugak kita berblogwalking dan berkenalan! hehehe

babai.

AINUL MARDHIAH 6 BULAN

Pejam celik dah 6 bulan anak dara aku ni. Alhamdulillah..
Hihi..comey tak anak dara saya...;)
Hari ni Ainul cucuk 6 bulan. Sepatutnya Selasa minggu lepas, entah camna aku ingat 28/11, hari Jumaat ka Sabtu tah. Tu pelik, salu cucuk hari selasa, sekali tgk 25/11. Haha. Teruk no..

Ekceli 25/11 tu ainul selsema sama,jd aku xdak la ralat sgt bila lupa..huhu

Ainul 6 bulan ni akai jenuh dia. Klu ngantuk nk tdo aci bebai dulu. Macam semalam, abg kata ahli syurga, layan jala camna pun..
See..nak tido atas riba..bergaya kat dia...
Cucuk hari ni tak banyak ragam. Baik ja. Dah pandai. Nangis time cucuk. Pastu ok jer. Balik tu gelek2 dgn botol air panas bagi ubat jalan. Sapu bam harimau keliling tempat cucuk, bagi mkn ubat demam campur dalam susu botol, tido xdak masalah..hihi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™