26 May 2014

37 minggu dah..;-)

Lamanya tak update blog, seminggu juga la kan...wah, apa cerita check up hari Ahad lepas??

Hb naik 10.5, alhamdulillah..;-)

Kelas? Seperti biasa, minggu ni adalah minggu terakhir.

Tesis? Dah proceed untuk bab 4 dan 5..

Aku? Haha, makin semput...hukhuk...

37 minggu,menghitung hari detik demi detik..;-)


17 May 2014

Rak baju untuk baby

8/5/2014 Khamis, aku balik dari U, biasalah, sem ni mana pernah aku tak balik, tiap minggu aku balik tau, kesian roommate aku, asal hujung minggu ja membujang ka bilik, kuikuikui.. \

Adik ipar aku p ambik, balik tu kami singgah Jitra sebab nak beli barang, sekali terpandang satu rak ni, terus jatuh hati, nak beli almari macam dah penuh sangat bilik kami, nanti xda ruang plak nak letak, baju baby skang aku sumbat2 dalam ruang mana kosong ja, huhu.

Abang tak balik hari tu, sebab ada kja, jadi abang rest ja kat rumah sewa di Penang, maka aku dengan gigihnya mengemas bilik, sebelum kami dah ubah dah kedudukan semua bagi nampak luas sikit, malam tu aku ubah lagi, tapi takda la ubah benda yang berat2, just yang ringan2 jela2, sediakan space untuk almari baru yang bakal di beli, kehkehkeh, padahal aku tak gtau abang lagi yang aku dah TERbekenan dan nak beli almari tu.. Dri kul 1130pm kul 130am bru settle, puas hati, tidur nyenyak walaupun malam tu tdo sorang, hihi.

Tanggal 9/5/2014 Jumaat, sebelum Jumaat abang balik, abang tak sihat hari tu, sakit kepala, alamak, camna nak ajak abang ni. Abang tidur ja sepetang, abang bangun ja aku beranikan diri ajak abang gi beli, mulanya abang gtau minggu depan la, aku gtau abang minggu depan dah lambat sangat, konon2 nanti aku tak larat dah nak kemas2, padahal hati tu dah tak tertahan nak susun baju baby, haha

Alhamdulillah, akhirnya abang setuju nak gi beli, hepinya aku!! Lepas maghrib kami pun bertolak ke Jitra, ala, aku beli kat HAPPY HOME jer pun rak ni, aku tak pasti la harganya berpatutan atau tak, RM89.90,  hati dah jatuh cinta, pejam nampak celik pun nampak, ambik juga la, haha

Dia takdak dalam kotak, kami bawa balik seketul macam tu ja, nasib la muat kereta, malam tu juga aku kemas susun baju baby!! Betapa excited dan hepinya aku!

Buat abang, thanx sbb sudi belikan bb rak tu! Sayang abang ketat2 tau!


Ini la raknya, aku panggil rak jer, drawer kan, panggil rak jela senang, haha
Kaler ni ja yang ada, xda pilihan dah, bayangkan muat2 ja tempat duduk belakang, kereta wira, klu kancil confirm2 dah tak muat, aku pun terkejut tgk diorang bagi seketul macam ni, salu kan dalam kotak, kita balik pasang. Redha ja malam tu, nasib la parking tak berapa nak jauh sangat, abang sorong ja, nak angkat memang tak la, bukan berat, tapi besar sangat, haha

Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga

Tanggal 12/4 yang lalu bermula la kehidupan pelaut sebagai orang darat, awal tahun ni, abang dapat offer 1 project di darat, satu berita gembira utk aku, untuk ayah mak dan untuk abang juga,  katanya bulan 3 nak start, tapi di sebabkan keja tu tak tahu bila, Mac 2014 abang terima tawaran untuk naik laut dulu, setelah sekian lama abang tak naik laut, tapi abang naik kjap ja, sebab abang dah dapat panggilan yang projek di darat dah nak start, semuanya di bawah satu company yang sama, sebab tu abang boleh jer nak balik awal..;)

Projek kali ni di Pulau Pinang, alhamdulillah abang dah dapatkan rumah sewa, tapi berbentuk homestay, jadi penuh la perabut, peti ais, mesin basuh, tv, katil almari tilam, lengkap, abang datang bawa baju n badan ja, hihi. haa, cuma satu jala, xda dapur, sob sob sob..

Rumah ni memang dekat gila dengan tempat keja abang, tapi abang jarang stay, salu ja abang balik kampung, boring katanya, hihi.. kalau abang letih sesangat baru abang stay.

Kalau abang balik hari Khamis tu, aku rajin juga follow abang gi rumah sewa abang, Jumaat pagi kami bertolak, abang hantar aku kat rumah then abang gi keja, Sabtu tu lepas abang kja kami bertolak la balik kampung, abang takdak cuti, tapi kja abang flexible, tak fix pada office hour. Sebab tu abang rajin ja balik kampung, dekat jer kan.

Muka boring sebab tunggu tuan rumah 2 jam..
Last-last kuar keta lepak kat luar, hihihi
Now abang dah keja darat, insyaAllah projek setahun, kalau cukup setahun maka bulan 4 tahun depan baru habis, sempat la kami sekeluarga berhimpun, aku dok berangan dah kalau abang masih ada kontrak lagi, habis ja praktikal bulan 11 nanti nak datang duduk dengan abang samer baby kecik...;-)

* baby kalau naik keta abang bukan main aktif dalam perut bonda, suka lerr tu ayahanda bonda bawa gi jejalan, hihi...

16 May 2014

Sesi membasuh baju baby

Semua ni aku dah basuh bulan lepas, maksudnya bulan 4 la kan, hihi. Bulan ni baru nak update entry, bukan apa, aku malas nak transfer gambar dari hp ke laptop, truk tak, kehkehkeh..

Okey, aku kan dok U, jadi tiap hujung minggu aku akan balik, kemas bilik la, beli barang la, check up la, ada ja la benda yang buatkan aku kena balik kampung, untung la ngaji dekat, ishh, dekat pun dekat 1 jam juga la.

Balik minggu tu aku basuh suma baju2 baby, masya-Allah, senyum sorang2 tau, haha. Comey sesangat!! Kecik2 ja baju dia.. aduhai, dah terbayang2 anak aku pakai nanti, comeynya!!!

Kami suami isteri decide tak nak beli banyak2 untuk new born, sebab nnt takut pakai kejap ja, rugi, so beli sikit jer, berdasarkan list yang aku dah buat.. itu pun bukan semua baju new born tau, ada aku ambik yang 3-6 bulan. nanti dah habis pantang kita cari lagi yer baju baby. Arung sekali baju raya, wahhh.. raya bertiga tahun ni. Dah gtau abang tahun ni nak pakai sedondon sebab nak tangkap gambar potret family, moga tercapai la anganku ini, amin…

Buat baby kecik, nanti dah besar, dah boleh membaca, dah pandai main internet, buka la baca tulisan bonda ni, mesti kamu tahu betapa excitednya bonda dan ayahanda menanti kehadiran kamu sayang…;-)

Baju-baju baby kecik...comel2 je kan..;-)

Selimut dan kain tuala baby

Romper baby yang aku beli online, kecik ja, nasib la aku ambik yang 3 bulan, kalu ambik yang new born tak tau la, lagi kecik pa..hihi


Sesi membasuh lampin hari lain pula, tapi aku tak tangkap gambar pun la, hihi, aku beli yang anakku, ada 12 helai semuanya... Rak baby tak beli lagi masa ni, jadi buat sementara waktu aku letak dalam rak baju aku dulu...


15 May 2014

USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA"

Text ni aku jumpa dalam dokumen laptop aku, aku tak tulis plak aku copy dari mana, tapi aku yakin ia bukan nukilan dari aku, jadi kepada empunya nukilan, mohon halalkan perkongsian ini, sekadar renungan bersama, bekalan ilmu di dunia, bekalan pahala di akhirat sana..

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!

11 May 2014

"THE LIEBSTER AWARD"

"THE LIEBSTER AWARD"
Terima kasih kepada sesapa yang sudi tag aku...;-)

Soalan dari ALS ...
1. Contohlah smartphone Samsung dengan Iphone korang jatuh dalam air, yang mana korang selamatkan dulu? Lol.
- Iphone, haha,
2. Manusia jahat yang jadi baik. Manusia sedia ada baik. Yang mana korang cenderung pilih jadi teman hidup?
Mungkin yang jahat jadi baik sebab dia dah buat kesilapan dulu, jadi insyaAllah dia takkan ulang buat kesilapan yg sama.
3. Boleh tak korang cerita pasal personaliti aku berdasarkan penulisan aku? Aku garang ke. Aku gedik ke. 
- Berdasarkan penulisan, ASL nampak macam rock sikit, lantang dalam memberi pendapat, kalau tak puas hati kat en boss, aci luah kat sini jer, pernah satu entry gabra tentang kecurangan en boss, padahal en boss bawa balik kucing jerr, haha
4. Boleh tak korang cerita secara ringkas mengenai blog korang pulak? Aku pun nak tau jugak sikit-sikit.
- Blog akak cerita pasal hal peribadi, kisah akak dengan suami yg keja tengah laut, dok meroyan sesorang jela kat dalam blog ni tiap kali abang kena g laut, haha
5. Korang suka baca pasal apa kalau masuk dalam blog aku? Kalau rajin masukkanlah link entry sekali.
- Gosip, haha
6. Korang suka jaga kecantikan tak? Kalau korang suka, jenama apa yang paling best bagi korang?
- Buat masa skang tengah try Ephyra, tak pasti lagi kesannya, baru cuba.. tengok la nnt mana tahu kesan kat baby ke..;-)
7. TDM, TUDM, TLDM, PDRM, JBPM, ALAM dan JPAM. Yang mana paling smart bagi korang?
- Nampak macam TUDM..;-)
8. Ciri perempuan/lelaki idaman korang. Sengal? Serabai? Skema? Smart? Lurus bendul?
- Sengal dan smart, haha
9. Kalaulah korang ada anak perempuan, korang suka anak korang rambut lurus ke ikal?
- Dua-dua akak suka, tak kisah, sebab keduanya menampakkan keunikan tersendiri..;-)
10. Kalau korang ada anak, nama anak-anak korang apa? (lebih dari satu pun takpe)
- Akak tengah pregnant, nama anak dah ada, nnt akak bagitau lain yer..;-)
11. Namakan tempat unik yang korang tau. Kalau setakat Paris tu tak yah ceritalah.
- Gunung Keriang Kedah, sebab itu lah satu-satunya gunung di tengah sawah padi, unik kan..;-)

Soalan dari Cikna yang perlu dijawab dengan sejujurnya.....;-)
1. Nama sebenar(per i/c)
- Nazirah binti Norazam
2. Pekerjaan sekarang & cita2 korang masa dolu2
- Masih study lagi, semester akhir
- Cita-cita masa kecik2 dulu nak jadi cikgu..;-)
3. Ape perasaan korang masa tengah menjawab ni
- Ok jerr, suka jawab soalan..hihi
4. Ade pape fobia x, kenapa
- Goreng-goreng
Sebab masa kecik2 dulu jenguk mak goreng cucur, sekali minyak dia meletup habis kena tangan, nasib malaikat lindung tak kena muka, start dari tu terus fobia dengan letupan, tak pernah goreng pa2, kalu goreng telur pun suruh org kaleh, sampai skang pun, Cuma digagahi juga sebab dah bersuami, wajib guna senduk paling panjang dan akan lari klu minyak meletup, tak isah klu tengah menggoreng depan mak mertua sekalipun…huhu
5. Warna yang paling xsuka, kenapa
- Warna yang terang2, tak pasti, tapi memang tak minat warna soft2 ni..
6. Macamna korang release tension
- T.I.D.U.R…… haha
7. Perkara paling hebat yang pernah korang buat
- Jalan kaki turun dari puncak gunung jerai sampai ke kaki gunung jerai… JALAN KAKI OKEY..
8. Tempat yang korang nak sangat pergi, kenapa
Ada 3 tempat
               1. Bukit merah nak main air tu, dah dapat pegi baru2 ni 10/5/2014
               2. Cameron highland, nak menikmati pemandangan yang indah
               3. Genting highland, nak main roller coaster dan salji!!
9. Blogger yang korang nak jumpa
- Suma blogger yang rajin singgah blog yang tak seberapa ini..;-)
10. Describekan blog korang sendiri
- Blog peribadi, kisah tentang diri sendiri, kehidupan harian dan suami, skang kisah tentang check up baby tiap 2 minggu sekali, kisah tentang kehidupan di Universiti..
11.Pendapat korang mengenai blog Cikna
- Simple, I like..;-)
Soalan saya untuk anda…
- Nama penuh?
-Sejarah boleh start berblogging (Tinggalkan link 1st entry anda)?
- Blog anda berkisarkan tentang apa?
- Rakan alam maya (blogger) yang paling rapat dengan anda?
- Cara anda mendapatkan idea untuk buat entry?
- Hadiah paling berharga yang pernah anda terima?
- Perkara paling nakal yang pernah anda buat?
- Anda suka rambut panjang atau rambut pendek, kenapa?
- Pendapat anda tentang aurat seorang Muslimah?
- Ciri-ciri kakak ipar yang anda suka?
- Komen apa saja tentang blog saya…
Lepas dah jawab jangan lupa tinggal link tau, nak blogwalking…

7 May 2014

ADAB SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG

Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.

ADAB SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung

• suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.

• hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

• selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.

• jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.

• ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, "La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin" maksudnya "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim"

• suami hendaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.
 
DORONGAN SUAMI SEMASA ISTERI BERSALIN

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri.
suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristighfar dan selawat. dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.

Waktu pantang dan selepas kelahiran bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.

Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat itu.

Kredit penuh kepada page:   Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel

Kisah ikan LIKUH

Korang pernah dengar tak nama ikan yang diberi nama ikan LIKUH, dekat kampong aku, adik aku gila memancing ikan ni la, umpan dia guna tepung dengan daun mengkudu kalau tak salah aku, busuk gilaaa bau umpan dia, sebab kena bancuh n gaul sampai keras agak2 boleh lekat dekat mata kail... ni kisah adik lelaki aku yg no 4, Mad Amin a.k.a Kumin, hihi (aku sorang ja panggil dia kumin)

Sebenarnya dah lama dah dia dapat ikan ni, aku yang peram dalam draft tak publish2, malas nak karang entry sama, aku just upload gambar dan letak tajuk ja, ini hari tetiba rajin plak aku tak karang entry kan, aku kat leb skang ni, sementara nak tunggu kelas kul1230, aku datang awal sebab nak jumpa lec tesis aku, setengah jam jer pun nak jumpa, kat luar panas, nak g kelas jauh plak, so datang la lepak sini dulu, ada aircond, dan la berhenti penat jap.

Sambung balik cerita ikan, punya la lama adik aku ni memancing, ni la pertama kali dia dapat ikan likuh ni, dah 1st time, dapat besar plak tu, memang hepi gila dia hari tu, mancing tak jauh pun, dekat sungai  besar jalan masuk kampong aku ja, yer, ikan likuh ni ikan sungai tau, bukan ikan laut. Riuh rendah mak aku cerita masa dia balik tu, riuh yang dia dapat ikan besar, ikan yang menjadi idaman dia selama ni, haha
Tengok besar tak besar penuh talam...
Sedih plak dengar mak aku cerita, masa ni hujan renyai, adik aku p mancing sorang2 ja,  salu p reramai, kot hari tu rezeki dia kot, hujan2 pun dia gi juga, ikan ni dapat tahun lepas, masa dia tingkatan 3, nasib la Allah pelihara dia tak jadi pa2, aku dengar pun naik risau, yerla, dekat sungai kan, macam2 boleh jadi. Mak aku kata, camna la bangchik tarik naik ikan tu sorang2, dah la berat. Hukhuk. Adik2 aku spesis kurus dan sederhana tinggi.
Actualy skang ni pun depa suma tengah gila mancing ikan, saja aku upload entry ni, sebab ni kan pertama kali adik aku dapat ikan ni, hihi, selepas2 tu, adik aku yg no 3 pun dapat juga, 2 orang tu ja adik laki aku, dua2 suka mancing, agaknya ikut ayah aku kot sebab ayah aku pun kaki pancing juga, hihihi
Muka budak excited dapat ikan, haha

6 May 2014

11th check up at klinik desa

2/5/2014 Jumaat

Berat: 54.4 kg, naik 300g dalam masa 2 minggu
Baby: 34w
Hb: tak cek
Bp: 100/80
Tinggi rahim dah 34cm..;-)

Abang hantar, terus follow abang ke tempat kerja, hihi, nnt la story tempat keja baru abang..;-)

4/5/2014 check up di klinik Tunjang, AHAD

Berat: 55 kg, nampak sangat, dalam masa 1 hari naik 600g, tak leh caya penimbang nih..
Baby: 34w
Hb: 9.5 dari 9.8, makin low..;-(
Bp: 90/60

Gi dengan adik ipar aku Izwan, tau dah mesti lambat gila, jadi aku suruh dia balik dulu, abang g kja, tak boleh nak hantar.. kami sampai pkul 10.30 camtu, tau kul brapa baru aku dapat check up, pkul 1 ok…
Kebas bontot duduk lama2, lenguh pinggang toksah cita la..seksanya..

Cucuk ambik darah untuk cek Hb kena 2x, 1st tu nurse cucuk urat yang tak berapa nampak, gagah juga dah tahu sebelum2 ni cucuk kat lain, puas ‘embut’, tekan jarum masuk, tarik pam, tak kuar darah juga, kona sikit tekan masuk dalam lagi jarum tu tarik pam tetap tak kuar, last2 cabut, mmg takdak darah kuar pun. Cucuk plak tempat yang selalu tu, sekali pam ja, full satu balang tu, kan senang..hmmm, now tempat yang salah cucuk tu dah lebam, huhuhu


*kaki dah start membengkak, ada kala surut ada kala makin kembong..;-p

Pemenang Keychain MiniGA #7


TAHNIAH!! ;-)

Tinggalkan nama alamat dan no fon di ruangan komen, maklumat tak akan di publish..(^_^)





5 May 2014

Giveaway Ephyra Untuk Cantik Sihat Dan Bertenaga


EPHYRA UNTUK CANTIK SIHAT DAN BERTENAGA

Menjadi fenomena hangat masakini, kerana heboh diperkatakan akan keberkesanannya! Ramai pengguna yang dah cuba dan kagum dengan hasil yang menakjubkan. Pendek kata, memang jatuh cinta dengan EPHYRA, dan tak akan berpaling lagi!

Satu-satunya produk premium berkualiti tinggi khas untuk kecantikan kulit dan kesihatan dalaman, yang harus diminum oleh setiap orang, baik lelaki mahupun perempuan, yang bertindak dari dalaman, mencerahkan dan menyempurnakan kulit dari dalam, bukan saja untuk kulit muka, malah keseluruhan. EPHYRA sangat berkesan dalam mengembalikan keserian dan kelembutan kulit secara keseluruhan. 

EPHYRA, produk keluaran bumiputera buatan Malaysia yang berkualiti tinggi dan dijamin HALAL oleh Jakim dan diiktiraf selamat oleh KKM. Dengan ramuan berkualiti premium yang diadun bersama bahan semulajadi terbaik seperti kolagen ikan laut dalam, astaxanthin, acai beri, l-glutathione, gam akasia, serbuk tomato, bunga marigold dan acerolla cerry yang diimport dari seluruh dunia, dan dirumuskan di sini untuk menjaga tahap status selamat dan halal oleh badan JAKIM dan KKM di Malaysia, pastinya gabungan mantap yang memberikan 10 kali kuasa penyembuhan sel dalam badan, dan berupaya merangsang penjanaan sel-sel kulit baru, menyah toksin dalaman badan dan menyihatkan tubuh badan anda, serta memperbaiki tekstur kulit agar lebih halus, lembut dan muda!

RUMUSAN TERHEBAT, 100% BERKESAN!
Diperkaya dengan antioksidan yang sangat tinggi membantu melambatkan penuaan kulit. Ia membantu menyerlahkan kecantikan kulit, menyihatkan dalaman anda, memberi tenaga berpanjangan, serta berupaya memulihkan sel tisu.

RASA YANG TERSANGATLAH SEDAP!
Mendapat pujian dari ribuan pengguna, supplement paling sedap di pasaran!! Sekali minum, rasa nak minum berkali-kali! Berperisa Tutti Frutti bukan sahaja enak diminum tetapi penuh dengan pelbagai khasiat untuk cantik, sihat dan bertenaga dalam satu masa.



TANPA BAHAN TAMBAHAN
Disahkan HALAL oleh Jakim, dan SELAMAT oleh KKM. 100 % semulajadi dan selamat, tiada tambahan gula, bahan pengawet, pewarna atau perisa tiruan. Bebas hormon,steroid dan bahan kimia oleh SGS.

KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN EPHYRA 
  1. Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
  2. 80% pencerahan ketara dalam masa hanya 1-2 hari
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
  4. memulihkan kulit jerawat, berparut, kusam dan eczema
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
  6. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
  7. Melancarkan sistem pencernaan dalam badan
  8. Menguat dan mencantikkan kuku dan rambut
  9. Mengurangkan kadar kolesterol
  10. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
  11. Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan
  12. Mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolism
  13. Kempiskan perut buncit
  14. Melancarkan haid & hilangkan senggugut
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis
  16. Mengurangi radikal bebas dan toksin di dalam badan
  17. Sesuai untuk ibu hamil dan menyusui bayi
  18. Meningkatkan kuantiti susu ibu
  19. Menjadi lebih bertenaga sepanjang hari
  20. Memulihkan masalah tumit merekah, kurangkan selulit
  21. Meningkatkan kualiti tidur
  22. Meningkatkan kesuburan
  23. Membantu memulihkan masalah cyst

EPHYRA SESUAI UNTUK 
  • Lelaki dan wanita, kanak-kanak (4 tahun ke atas)
  • Ibu menyusu dan hamil (5 bulan ke atas)
  • Mereka yang pentingkan kecantikan & kesihatan luar dan dalam
  • Mereka yang mempunyai masalah-masalah berikut :
    1. Kulit berjerawat
    2. Kulit Berjeragat dan Berparut
    3. Eczema / Penyakit Kulit
    4. Gastrik / Masalah Usus
    5. Menurunkan Kolestrol
    6. Stress / Kemurungan / Ceria
    7. Sembelit / Cirit-Birit / Buasir
    8. Asthma / Lelah / Penat / Semput
    9. Gout / Arthritis Sendi
    10. Menopause
    11. Ketidakseimbangan Hormon
    12. Alergi Makanan Laut
    13. Resdung
    14. Penyakit Gusi / Demam
    15. Masalah Tidur / Kelesuan
    16. Jangkitan Pundi Kencing
    17. Masalah Buah Pinggang
    18. Kanser / PertumbuhanTumor
    19. Sakit Sendi & Sengal Badan
    20. Jantung / Saluran Darah
    21. Migraine / Sakit Kepala
    22. Strok / Parkinson
    23. Penyakit Alzheimer (Nyanyuk)
    24. Masalah Senggugut / PMS
    25. Jangkitan Virus / Bakteria
    26. Darah Tinggi
    27. Masalah Saraf
    28. Kencing Manis
    29. Thyroid

ANTARA RIBUAN TESTIMONI EPHYRA

Cantik
  1. Masalah jerawat - klik SINI dan SINI
  2. Masalah jeragat - klik SINI
  3. Eyebag pudar - klik SINI
  4. Parut chicken pox hilang - klik SINI
  5. Kulit lebih bersih daripada parut jerawat - klik SINI
Sihat
  1. Legakan sakit sendi dan suami berhenti merokok - klik SINI
  2. Masalah Eczema - klik SINI
  3. Berjaya kuruskan badan dan lancarkan haid serta tiada senggugut - klik SINI
  4. Berjaya mengandung setelah bertahun menanti - klik SINI dan SINI
  5. Masalah resdung - klik SINI

Bertenaga
  1. Kekal aktif sehingga ke malam - klik SINI
  2. Rasa lebih bertenaga dan bersemangat - klik SINI
  3. Badan lebih sihat dan segar - klik SINI
  4. Sentiasa bertenaga - klik SINI
  5. Tidak mudah letih / tidur lena / tidak mudah mengantuk di siang hari / kempiskan perut buncit / melancarkan sistem pelawasan - klik SINI

PROMOSI EPHYRA MEGASALE 


HARGA PREMIUM PACK (30 SACHETS) 
RM 180 ( Semenanjung ) / RM 190 ( Sabah & Sarawak )

Call / whatsapp HOTLINE : 019 3999 238 / 03 41417889




Hari2 ulang naik tangga
lenguh sendi badan tak bertenaga
bila terbaca testimoni ephyra
hati terpaut untuk mencuba

Giveaway Ephyra Untuk Cantik Sihat Dan Bertenaga ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 10,020.00 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Senarai peserta Keychain MiniGA #7

Maaf sesangat sebab lambat keluarkan senarai peserta, malam semalam sibuk siapkan thesis, habis ja thesis terus tdo, letih sangat. Ni senarai peserta, tq very much pada yg sudi join..
  1. http://adnan-daughter.blogspot.com
  2. http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
  3. http://nurpunyebelog84.blogspot.com/
  4. http://amirahamer.blogspot.com/
  5. http://firzanahazhar1.blogspot.com/
  6. http://giveaway-jom-santai-/2014/04/keychain-miniga-7.html
  7. http://cikna136.blogspot.com/
  8. http://angellovesoldier.blogspot.com/
  9. http://dialoguda.blogspot.com
  10. http://ssurianahyana.blogspot.com/
  11. http://blogjoingiveawaycontest.blogspot.com/
  12. http://anies-msletoes.blogspot.com/
  13. http://jombercontest.blogspot.com/
  14. http://hanifadhlinaabdulrahman.blogspot.com/
  15. http://izzahyukiko.blogspot.com
Pemenang akan diumumkan esok...;-)

4 May 2014

Keychain MiniGA #7


ENTRY MELEKAT HINGGA 4  MAY 2014
NAK KEYCHAIN??
TAKKAN JENGAH JA,
KLIK DAN KLIK THEN TINGGAL LINK, CEPAT!!!

Hadiah Keychain bulan ini....



Syarat2....

1. Terbuka pada suma pembaca nazirahnyerr.blogspot.com (follower) Siapa yg bukan follower wajib follow

2. Tak perlu buat entry!!
    Just tinggal link blog anda di ruangan komen.
    Klu rajin promot la minigiveway ni kat chatbox kawan2..

3. Klik SINI & SINI tunggu hingga habis loading *jujur ya..;-) moga Allah murahkan rezeki anda2 yang jujur

4. MiniGA ni akan berlangsung dari
  28 APRIL 2014 ---> 4 MAY 2014 11.59pm= SEMINGGU

5. 5 MAY 2014 senarai peserta akan dikeluarkan


6. 6 MAY 2014 pemenang akan di umumkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™