29 July 2015

Duhai anak remaja sekarang

Duhai anak..
Saat kamu kecil, hnya kegembiraan senyuman dan tawa di bibir ayah dan ibu.

Bahagianya melayan segala karenah kamu..

Kian kamu meningkat dewasa, kamu makin jauh dari kedua ibu bapa, sanggup menipu, sanggup menengking, sanggup melawan.

Percakapan kamu sering mengguris hati ayah dan ibu.

Jelas terang di raut wajah ibu betapa terlukanya hati dengan tingkah laku dan perbuatan kamu, begitu juga kekecewaan yg jelas di raut wajah ayah atas perbuatan kamu itu.

Dan kamu bertindak tanpa sedikit pun rasa kesal dan bersalah. Terus juga menipu. Ke mana arah tuju kamu. Menjadi anak derhaka yg ingkar pada kedua org tua, menjadi anak yg tidak mendengar kata.

Yakin lah, ibu dan ayah pasti sangat merindui saat kamu kecil, tidak terguris hati mereka, hnya bahagia yg tercipta.

Moga kita terhindar dalam golongan seperti itu.


23 July 2015

Hari Raya Pertama 2015

Salam aidilfitri untuk semua follower dan reader nazirahnyerr.blogspot.com.
Ainul bergambar dengan ayah di pagi hari raya.muka masyam jerr.
1st day raya, alhamdulillah Allah bg kesempatan utk beraya dengan suami tercinta dan anak2 tersayang..

Disebabkan hari raya pertama jatuh pada hari Jumaat maka segala aktiviti kunjung mengunjung ditangguhkan selepas solat jumaat.

Pagi tu mcm biasa la. Mak dara ni bersiap melaram sakan. Bukan nak p mana pun. Saja. Haha. Siap sempat kena ngusik dengan abg lagi " ni nak pi mana ni" hamboiii..haha.

Tghri camtu opismate aku mai dgn cinta hati dia. Diorg sampai tu dekat waktu zohor jugak la. Maka cinta hati opismate aku tumpang la izwan (adik ipaq) aku p solat jumaat. Tinggallah kami kat rumah. Bergambaq sakan la. Hihi.
Untung la Ainul dihimpit oleh aweks2 cun. Kehkehkeh...
Kemek muka anak dara aku....haha

Ainul dengan Bonda dia...
Haha.. Orang takdak kan. Ambik kesempatan la bergambar sakan dengan kamera oppo. Serius cantik gila kamera oppo. aku jatuh cinta!!

Comel jer posing camni...
Sweet ja kan Ainul posing camtu. Setahun dah anak dara aku. Baby kecik pulak 23 minggu camtu..

Family potret 2015 dgn gaya masing2..
Alahai, ni ja yg mampu untuk family potret 2015. Abg balik solat jumaat tu lelaju aku ajak dia tangkap gambar. Sekeping jee... Sob sob sob..

Selesai semua dalam kul 3 juga la baru kami keluar. Pi rumah Mat Set, Atan then dekat kul6 baru sampai rumah aku.

Lepak sampai malam. Lepas maghrib baru kami bertolak balik. Letih yangmat. Ptg tu Ainul lena x sedar khabar. Maghrib baru jaga. Baru la nk mandi dia suma.

15 July 2015

#Cabaran20Hari : 14. MEMORI RAYA 90-AN ATAU ZAMAN KANAK2

Memori raya zaman kanak paling best sekali, JUJUR!!

Setiap tahun dari kecik2 lagi, baju raya memang ayah yang akan beli, ayah akan ke kedai beli 3 pasang kain, 2 pasang tu wajib corak sama, tapi warna berbeza, 1 lagi mak punya baju, then pi upah..

Pagi raya bangun siap comey2 kami 2 beradik, cepat2 pi meraya rumah tok guru kat hujung kampung, sebelum solat raya, pastu settle meraya dengan tok guru, atur la setiap buah rumah dari hujung kampung sampai la ke rumah, jauh juga la berjalan kaki tu, tapi best sebab ramai2.

Sampai ja rumah, rest kejap, kira2 duit raya, then sambung balik ke kampung selepas rumah pulak, ikut takat mana larat kaki melangkah, JALAN KAKI JER U ALL..

Bila dah settle tu, balik tu tunggu apa lagi, kira duit raya la, gemuk beg raya dengan duit syiling, dulu2 20sen, 50sen jer duit raya, hihi

Balik tu la baru nak bersalam raya dengan mak ayah sambil mintak duit raya, yerla, pagi tadi mana sempat, mak kalut kat dapur, ayah kalut pi beli ais ketul then hantar kami ke rumah tok guru.

Ini la kenangan terindah aku masa zaman kanak2, tak mungkin lagi dapat berulang kembali, hanya tinggal dalam ingatan ja.

Ku coret dalam blog ni supaya nanti anak2 tahu bagaimana perjalanan hari raya zaman kanak2 aku...


Abang balik!! Supprise!!






12 Julai 2015 Ahad, petang tu abang kol, abang cakap dengan mak, tetiba mak bagi telefon kat aku sambil nangis, haa sudah, dah kenapa MIL aku ni, aku pun cepat2 tanya abang, rupanya mak sedih sebab abang gtau TAK BALIK RAYA. My MIL memang sensetif sikit bab2 ni, laju ja air mata kuar.

Masa tu aku tengah kendong Ainul, hmm, abang ni, sebelum2 ok jer xdak nak feeling sedih2, petang tu lain pulak, sekali aku pun nangis dengar suara dia, haish!!

Last2 Ainul pun nangis, macam tetahu ja ayah dia tak balik raya, abang gtau nanti abang kol lain. End.

Malam tu dalam bilik, aku tengah main2 dengan Ainul layan dia sementara dia nak tidur, sekali MIL aku ketuk n bukak pintu, ‘EZRI BALIK’ terkejut aku, Ainul pun coih bangun duduk mata bulat, terus aku kendong Ainul kuar bilik. Laaa… balik sungguh rupanya!! Eeee…saja nak buat supprise!!! Salu camtu!! Petang tadi beria cakap tak balik, aku tanya abang, petang tadi gtau tak jadi balik tu abang kat mana, KLIA katanya, ish ish, bertuahkan, laki sapa lani!!

Apa pun, syukur lhamdulillah, kami dapat meraya bersama lagi tahun ni, rezeki abang dapat balik raya dengan isteri dan anak2, ada ja member2 abang kat sana yang tak dapat  balik, huhuhu.

Giveaway Cash Raya RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Sufi Printing Services


Giveaway Raya Cash RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Di Sufi Priting Services | Salam. Giveaway uzu kali ni dibawakan khas untuk Sufi Printing Servives . So sesiapa yang menang wang tunai RM1000 cash, bolehlah join GA uzu ni ye..

Hadiah :
Top Referral : RM100 x 1
Random : RM 50 x 18 Pemenang

Mula : 06 Julai 2015 | Tamat : 15 Julai 2015
Pengumuman Pemenang : 16 Julai 2015 (Khamis)

Sufi Printing Services merupakan kedai cetak baju murah yang menawarkan perkhidmatan print baju murah yang mana telahpun beroperasi sejak tahun 2010 lagi.
Sufi Printing Services merupakan pakar dalam menyediakan perkhidmatan mencetak baju untuk badan-badan kerajaan, pelajar kolej dan universiti, pelajar sekolah dan sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat cetak baju murah dengan harga yang MURAH, CEPAT dan BERKUALITI. Sufi Printing Services memberi maklumbalas yang yang cepat melalui email, SMS ataupun whatsapp.

Terdapat banyak kedai cetak baju murah di Malaysia tapi kena anda perlu cetak baju murah di Sufi Printing Services? Dengan pengalaman dalam bidang design and print cetak baju murah selama 5 tahun merupakan tempoh yang cukup lama dan sangat berpengalaman dalam bidang ini dan semestinya cetak baju murah di Sufi Printing Services adalah sangat berbaloi kerana perkhidmatan yang cepat tapi berkualiti serta harga yang murah membuatkan cetak baju murah di Sufi Printing Services memikat hati pelanggan dan tidak lupa juga Sufi Printing Services mengutamakan misi dan visi agar kepuasan pelanggan amatlah diutamakan.

Sufi Printing Services adalah syarikat Bumiputra yang telah menjalankan perniagaan mencetak baju sejak tahun 2010. Sufi Printing Services juga telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia bernombor pendaftaran SA0171741-M . Sufi Printing Services mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan perniagaan di kedai kami beralamat di 17-1 Jalan AWF 3, Ampang Water Front, 68000 Ampang Selangor.
[ Gambar Di Luar Kedai ]
[ Gambar Di Dalam Kedai ]

Antara Perkhidmatan yang ditawarkan di Sufi Printing Services :

Uniform F1

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Tempah Dengan Sufi Printing Services :

1. Mempunyai Premis Perniagaan.
Kebanyakkan orang akan meragui sama ada betul atau tidak bisnes yang kami lakukan. Sebabnya order kami tawarkan melalui online. Muka tak nampak ape pun tak nampak.. nak transfer duit pun takut kene tipu.. Perkara ni normal dalam dunia Online. Apa bisnes pun akan merasai perkara yang sama. Alhamdulillah setakat ini pelanggan kami berasa yakin dengan kami kerana kami mempunyai premis perniagaan yang sah yang terletak di Ampang Water Front. Gambar premis kami dari luar yang beralamat di 17-1 Jalan AWF 3, Ampang Water Front, 68000 Ampang Selangor.

Kami mengalu-alukan kehadiran anda yang berada di sekitar lembah klang untuk melawat pejabat operasi kami untuk melihat sendiri kualiti cetakkan dan juga jenis-jenis baju yang anda mahukan.

2. Cara Dan Masa Untuk Deal Tempahan Lebih Mudah
Bagi yang tak sempat nak datang ke kedai kami atau berada di luar selangor, anda boleh deal melalui email, Facebook, Sms ataupun Whatsapp. 24jam on. Insyaallah kami akan balas semua pertanyaan anda dengan cepat.

3. Penghantaran Yang Fleksible
Maksud penghantaran yang fleksible ni adalah, anda boleh pilih sama ada nak COD kat kedai kami ataupun hantar melalui PosLaju. Kalau poslaju tu ada caj la kan.. caj tu poslaju yang tentukan. Kami juga boleh hantar ke tempat anda jika menepati syarat-syarat yang kami kenakan.

4. Tiada Design? Kami Boleh Designkan :)
Ramai juga pelanggan kami yang tidak mempunyai design. Dengan kami xde masalah. Kami boleh designkan ikut design yang anda mahukan. Cuma berikan kami idea dan kami akan designkan ikut idea anda. Caj minimum untuk design adalah RM50.

5. Kami Print Sendiri. Bukan Sub Kilang 100% s
Semua baju yang ditempah kami cetak sendiri. Kami tak sub ke mana2 kilang. Jom kita tgk tempat operasi kami.
6. Harga Boleh Runding Sampai Jadi
Cerita pasal harga anda jangan takut. Insyaallah harga boleh nego sampai jadi. Tapi janganlah sampai mintak harga yang tak logik huhu.. Kalau mahal atau lari dengan bajet anda, sila beritahu kami untuk kami semak semula harga supaya kedua-dua belah pihak berpuas hati :) Ok cukup 6 sebab mengapa anda perlu tempah dengan kami. Insyaallah lain hari kami akan update lagi beberapa sebab untuk menguatkan lagi keyakinan anda terhadap kami.

Untuk pertanyaan dan tempahan baju, boleh hubungi kami disini -> HUBUNGI KAMI atau terus call pejabat kami ditalian 03-4280 0833 atau whatsapp 011 3550 5319. Waktu operasi adalah dari jam 10 pagi sampai 7 malam.


12 July 2015

#Cabaran20Hari : 13. KUIH RAYA PALING BEST

sumber
Ini la kuih paling best bagi aku, letak sebalang pun bleh habis, tambah coklat2 ni lagi la peveret aku. Nak buat sendiri? emm, jujur cakap aku tak minat la bab2 buat kuih kek bagai, tah la, mungkin leceh kot, bagi yang dah teror tu mesti cakap ala senang ja, ok memang senang kalau anda ada minat, semua benda pun akan nampak senang kalau kita ada minat.

Apa pun ni la kuih raya paling best bagi aku, ngeee~~

#Cabaran20Hari : 12. BAJET RAYA

Bajet tu perancangan kan, perancangan untuk raya tahun ni, dengan gaji aku yang tidaklah seberapa ni, boleh aku belanja untuk diri sendiri jer, sob sob sob. But its ok, big bos ada, hihi.

Aku tak suka sembang bab jenama atau harga, tah la, asa tak best pulak.
So untuk entry ni aku nak cerita pasal BAJU RAYA, ngeh ngeh ngeh..

Ok, takat ni, baju aku nak pakai hari raya ada 2 pasang ja, yang betol2 baju aku puas hati 1 pasang ja, xpa la, pakai ja mana ada, maklumlah tak dpt nak melawa, tengah boyot kan.

Baju mek Ainul aku beli 3 pasang, makngah dia bagi sepasang, comelnya lahai anak dara aku pakai!!
gambar? nanti aku update entry raya ek, tak suprise la kalau up gambar sekarang..

Baju untuk kesayangan yang jauh di perantauan pun dah settle, balik ke tidak belakang cerita, yang penting ada baju raya, kuikui... sepasang dah, bukan nak pakai hari2, raya pertama jer nak pakai.

#Cabaran20Hari : 11. LAGU RAYA PILIHAN

Sebenarnya aku suka semua lagu2 raya yang lama, lagu Siti Nurhaliza, Ahmad Jais, Syarifah Aini, Sudirman, Saloma, P Ramlee. Aku ingat lagi, tahun lepas 2014, station tv konon2 xmo la pasang lagu lama, dalam tv suma ashik pasang lagu baru ja, radio pun sama, lagu baru yg tah apa2, orang nak raya boleh 'dirockkan' lagu raya, tak kena dengan jiwa langsung!!

Serius akibat dari tu, raya tahun lepas rasa hambar ja, pengaruh dari lagu2 yang tah apa2 tu la, agaknya diorng tak tahu lagu raya lama2 tu dah sebati dengan jiwa.

Pilihan lagu raya kali ni ofcoz la berkaitan dengan kesayangan aku yang tah jadi tah tidak balik beraya dengan kami tahun ni, skang still kat laut lagi, tapi aku tetap menaruh harapan, sob sob sob...
Time rest katanya...
Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama
http://liriklagu-songlyrics.blogspot.com/2008/10/lirik-dari-jauh-ku-pohon-maaf-sudirman.html
Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu

Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh

Lirik Dari Jauh Ku Pohon Maaf - Sudirman

11 July 2015

Alhamdulillah dapat contact

Lega sangat rasa hati bila abg gtau dekat situ ada line internet. Syukur alhamdulillah, maksudnya dapat contact la. Msj kol wasap fb, alhamdulillah, rezeki Ainul, boleh juga dia dengar suara ayah dia utk lepas rindu. Bonda Ainul pun dpt koling2 ayah Ainul salu. Hihi
Pic dari tempat kerja abg, see nampak darat kan, hihi
Abg gtau x jauh pun dari darat, nampak bandar labuan klu dari work barge tu. Kira x la terasa sgt kan. Klu tak sebelum ni nampak langit n laut ja.

Aku try search 'work barge labuan' dapat pic ni...

Sumber
Doaku moga abg tabah di sana, mencari rezeki utk kami di sini. Pengorbanan dan jasamu hingga ke syurga...

Abg ke laut Jun 2015

Ni sebab aku kata x sure tahun ni dpt meraya sesama atau tidak..

Seminggu ramadhan, aku dapat berita abg perlu ke laut, Allah. Setelah setahun lebih.. Projek Penang April 2014-April 2015. Now dah Jun2015. Lebih setahun abg tak naik laut. Kali ni rezeki anak, rezeki ramadhan, aku redha.

25Jun2015 Khamis, abg bertolak ke lapangan terbang sebelum berbuka, ayah hantar. Aku hanya iring dgn doa, moga semua selamat hendaknya..
Last day Ainul dengan ayah...
Flight dari AOR-KUL malam. Kali ni abg dapat di Labuan nun jauh di negeri bawah bayu.
26Jun2015, Jumaat flight abg ptg. Alhamdulillah syukur abg kol gtau dah selamat sampai. Tunggu next step untuk naik ke laut pulak. Bagaimana keadaan, ada internet kah, boleh kol msj ke tidak. Kalau seperti sebelum ni, hnya tunggu panggilan ja dari abg, kol msj fb suma x blh, kkdg smpi seminggu..sob sob sob..

Dalam hati Allah ja yg tahu, terus berdoa agar kali ni ht lebih kental dengan adanya Ainul Mardhiah.

#Cabaran20Hari : 10. TETAMU RAYA PALING DITUNGGU-TUNGGU

Masih segar dalam ingatan, zaman bercintan cintun dgn cik abg deri kita, dia la insan paling di nanti nanti di pagi raya, raya 1st, wajib mai. Salu sebelah ptg la. Kekadang datang ngan kawan2, kekadang datang sorang2, bahagianya Allah ja yang tau. Gatal!! Haha

Pic wajib la tangkap kan. Nnt aku upload, xdak la pulak dlm hp ni. Aku update guna fon jer ni. Sambil baring2 baru lepas tidurkan Ainul.

Nnt bila2 lapang aku carik balik pic2 raya kami masa zaman cintan cintun dulu yer..hihi.

Debor rase tiap kali si dia msj gtau nak datang. Alolo sweetnya. Dah jadi laki pun skang. Haha. Tahun ni tah dpt meraya sesama tah tidak. Nnt aku stori k. Banyaknya ketinggalan. Posa nk habis dah oiiii...

9 July 2015

#Cabaran20Hari : 9. KENANGAN TARAWIH DI SURAU/MASJID MASA ZAMAN KANAK2

Terkenang masa zaman ngaji sekolah dulu. Tiap2 malam wajib pi tarawih rumah tok guru kat hujung kampung, p berdua dengan kakchik. My best friend until now Zuni, join juga. Kami ja budak2, yg lain org tua2 dah.

Paling best kami ja yg balik bila cukup 8, orang tua2 kat situ suma tunggu 20, bertuah kan. Balik tu kekadang balik terus, kekadang p lepak umah Zuni dulu. Umah diadgn surau tu dekat ja, x jauh..

Kenangan kami yg terindah. Skang ni, dah x p dah, dengan anak kecik lagi la, huhu

7 July 2015

#Cabaran20Hari : 8. AMALAN BERBALAS JUADAH DI BULAN PUASA

Ketinggalan sikit tpi tetap nk teruskan jugak. Kuikui.

Tajuk entry ni mengingatkan aku tentang iklan 'ibu'. Haha. Sebiji tajuk ni.

Ada lagi ka skang. Masing2 bli kat bazar jer. Nk tukar mende. Ko bli itu aku pun bli itu. Haha. Even aku dok kampung pun. Amalan tu dah jarang sekarang, ko ko aku aku ja. Kot klu buat banyak bagi la kat jiran sebelah.

Hidup skang dah x sama mcm dulu. Dok kampung pun dah macam dok taman. Nak2 jenis aku yg x suka berjalan. Bkn sbb aku dok umah mertua. Klu kat kg aku sendiri pun. Aku mmg suka lepak umah sendiri jer. Main dengan adik2 n anak.

Sampai kerna perli2 la ngan pak sedara aku sbb lama x p umah tok. Haha.

4 July 2015

Mengantuk katanya..


Haha.. Ainul sejak menginjak umur 1 tahun ni. Macam2 dah perangai dia. Makin comel, makin cerdik... Walaupun x boleh jalan lagi, tp mulut dah pot pet pot pet. Faham ja apa org cakap..

1 hari tu aku dok main dgn dia dlm bilik, sekali dia baring atas lantai sambil cakap tuk tuk, (mengantuk) haha. Memang lawak tgk. Cute gila.

Hari lain pulak kat dapur, tgh suap bubur  kat dia. Sekali dia baring juga cakap tuk tuk, haha. Comel gila...

Ainul dah pandai imbang badan. Dan pandai bangun sendiri tanpa bantuan. Cumanya x yakin nak tauk langkah ja lagi. InsyaAllah raya ni dah boleh jalan...hihi

#Cabaran20Hari : 7. KUIH KEGEMARAN DI BULAN PUASA

Masa aku kecik2 dulu. Kecik ka. Haha. Xdak la kecik sgt. Tua bangka la jugak. Cuma kisah sebelum kawin la.

Mak selalu buat kuih cara, cucur pisang, cucur ubi. Kekadang tu hari2. Sedapp... Aku lagi suka cucur pisang mak buat. ala2 kampung. Bukan macam cucur pisang sekarang. Suma pakai tepung segera. X sedap. Huhu

Tetiba rindu nk mkn cucur pisang mak...

3 July 2015

#Cabaran20Hari : 6. PENGALAMAN MANIS DI BULAN PUASA

Banyak sangat pengalaman manis di bulan ramadhan klu nk dikenangkan..

Blog aku so aku nk cerita suma serba sikit dan serba ringkas..

1. Zaman anak dara dulu. Adik aku Nashrah a.ka. kakchik adalah org paling rajin nyalakan pelita setiap kali lepas berbuka. Dia juga yg bersusah payah mntak ayah belikan pelita sbb nk atur keliling rumah. Klu myk habis dia yg tambah. Hihi.. Meriah ja kawasan umah aku.

2. Lepas buka posa kami adik beradik akan berkumpul main mercun. Klu mercun yg bunga api besaq tu mak pun join juga nk tgk. Siap p bakar kat batas lagi. Ruang udara luas. Baru puas nak tgk.

3. Dentuman bunyi mercun meriah gila kat kampung aku. Nak nak klu malam raya. Mmg best sesangat. Terasa kemeriahan nak raya. Kemeriahan bulan ramadhan.

4. Masa kat poli kami p beli juadah berbuka ramai2. Mamat popia tu ashik bg kat budak hat segak2 dulu. Kami ambik ksmpatan tolak adik aku p blim ternyata mmg dia bagi kat adik aku dulu. Kahkahkah. X guna punya mamat popia. Tp last2 jadi kawan2 kami juga..

5. Berbuka ramai2 geng diploma pengurusan pelancongan kat kafe. Meriah. Best. Masih terpahat di ingatan.

6. Berbuka dengan abg kat luar. Kuala perlis. Best sgt. Kenangan terindah masa couple. Kuikui.

7. Bulan puasa 1st year couple dgn abg. Abg baru balik dari Johor time tu. 2005. Praktikal. Kuar g bazar dengan abg. Malu2 kucing.. haha

8. Berpuasa dengan abg sebagai suami isteri. Kejut abg sahur. Buatkan susu untuk abg. Sweet kan. Kenangan manis tu.

9. Berpuasa dengan Ainul. Kehkeh. Mencabar minda. 1st year xpa sebab dalam pantang. Ainul pun behave ja. Now Ainul 1 tahun 1 bulan. Adik Ainul 5bulan dalam kandungan. Allah. Tapi serius memang kenangan manis.

10. Bukak posa ramai2 dengan family aku. Masa tu adik aku balik dari sarawak. Hepi sgt dpt buka posa suma sekali. Teringat zaman kecik2. Sebab sejak kawin dan adik aku dok sarawak mana ada peluang nk berbuka berkumpul macam dulu2 dah..huhu

11. Ok. Nnt la kita buat entry lain pulak yer...hihi

2 July 2015

Duit Raya RM50 Dari Cik EN

klik SINI untuk join
HADIAH

Hadiah Utama : Duit Raya rm50
10 Hadiah saguhati : Kad Raya 2015 Cik EN
yang lelain akan dimasukkan bloglist dan sesiapa yang bertuah akan cik en review dan diberi keutamaan pada blog yang follower bawah 1000.
 
 
 
Tarikh Tutup 3 Julai 2015 ( jam 12.00 tengah hari)
 
JOM PAKAT2 JOIN!! 

1 July 2015

#Cabaran20Hari : 5. PENGALAMAN PAHIT DI BULAN PUASA




Pengalaman aku ni lebih pada peristiwa pahit la, aku tak ingat ramadhan yang keberapa, tapi tanggal 10/10/2007 jam 12.42am, aku telah kehilangan insan yang paling aku saying iaitu tok aku.

Untuk pengetahuan semua aku tinggal dengan tok dari aku kecik lagi, suma dengan tok, aku panggil tok aku dengan panggilan ‘mak’. Dekat mak aku pun aku panggil mak juga, jadi dalam rumah tu aku ada 2 orang mak yang sayang aku..

Masa tok dah takdak tu Allah ja yang tahu perasaan aku. Aku 18 tahun masa tu. Terasa sangat kehilangan tu, satu kehilangan paing besar dalam hidup aku. Dan start dari tu aku jadi takut untuk menyayangi, sebab aku takut hati aku akan tersiksa bila terpaksa tempuhi kehilangan lagi, start dari tu juga aku rasa hidup aku umpama mimpi.

Luar nampak happy tapi bila teringatkan tok aku akan menangis seorang diri, menangis semahunya.

Aku memang tidur dengan tok. Malam pertama kehilangan tok, aku nangis ajak mak temankan aku tidur, biarpun ada adik2 lain yang tidur sekali, semangat aku takdak langsung, nak mak juga yg teman. Sampaikan ayah marah, tapi aku tak peduli.

Di awal perkahwinan, tiap kali jaga dari tidur aku akan panggil 'mak', sebab aku masih terbayang aku tidur dengan tok aku, bila aku sedar rupanya abang. Sampai macam tu sekali, huhu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™