28 September 2012

AKU BOSAN!

skang ni aku rasa...
Universiti adalah something yang sangat membosankan dalam hidup aku... segalanya yang berkaitan membuat aku jadi sangat serabut dan unhappy... ni apa yang aku rasa buat masa skang... tak tau la bila aku dah habis nnt lain plak yang aku rasa... ntah la..aku mmg penakut untuk tido sorang2.. kalu boleh nak ja tiap hari aku balik.. paling kurang tiap minggu.. tapi sapa yang memahami aku... esaiment! esaiment! ( assignment) maaf aku mmg suka eja gitu... Boring!!! hmm

skang ni aku rasa...
Aku boring gila nak study! tahla.. mungkin ada hikmah.. bila fikirkan itu aku gagahkan jua untuk habiskan study ni... mungkin aku telah djanjikan sesuatu yg baik d masa hadapan sana.. amin..

skang ni aku rasa...
Aku nak g somewhere yang dapat buat hati aku tenang... aku nak jerit sepuas hati.. nak gtau dunia btapa aku rasa serabut skang ni....

kenapa aku rasa suma ni skang ni? tidakkah aku ingat Dia?

Ya, sedang aku menaip aku berfikir kenapa aku jadi begini.. dan aku tahu kenapa kau jadi begini.. hormon yang tidak stabil.. keadaan perut yang mengejang.. symptom2 aku nak period... patutla aku jadi serabut semacam ja... adoiii...

* chat dengan abang... ;-) miss him so much!!!

23 September 2012

"doa isteri solehah"

Ya Allah..
Kau ampunilah dosaku yang telah ku lakukan,
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..



Ya Allah..
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di arash,
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di jannah-Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu,
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya,
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..



Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu,
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu,
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya,
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya,
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..



Ya Allah..
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku,
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku,
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat-Mu,
Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu..



Ya Allah..
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu,
Aku buta tanpa bimbingan Mu,
Aku cacat tanpa hidayah Mu,
Aku hina tanpa Rahmat Mu..



Ya Allah..
Kuatkan hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu,
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu,
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah..



Hanya pada Mu, Ya Allah..
Ku pohon segala harapan,
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu,
Kerana aku sedar hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu,
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu,
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu..



Ya Allah Tuhanku..
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa dihati suamiku..

Amin, Ya Rabbi Allamin..


22 September 2012

BB YG SALU SYG ABANG..

"... Bb rindu abang.. ari2 bb rindu abang... tapi bb tau..abang kja.. g cari rezeki untuk masa depan kita... kekadang bb nangis sbb terlalu rindukan abang.. air mata tu jadi kekuatan untuk bb menempuh hari2 yang mendatang tanpa kehadiran abang... walaupun begitu bb bersyukur... abang akan pulang juga ke sisi bb.. bb masih ada kesempatan untuk bersama abang... melihat senyuman abang, mendengar abang bercerita, merasa pelukan abang... insyaAllah... itulah kekuatan yg bb ada.. mensyukuri segala yg diberikan menghargai segala yg d pinjamkan... bb nak pesan lagi... ingat lah.. walau apa pun yg jadi, abang masih ada bb, yg akan selalu sayangkan abang... selalu kasihkan abang.. dan selalu mencintai abang selagi hayat d kandung badan.. semuanya dgn izin Allah..."
-mesej untuk abang 1134pm

Blog yg banyak memotivasikan bb supaya tahu menghargai sesuatu yg masih milik kita sebelum ia pergi kepada pemilik asalnya....

19 September 2012

MACAM BANYAK JA NAK TULIS..

Tajuk yang tak boleh blah..tapi betull..memang banyak sangat aku nak tulis n upload gambar dalam blog aku ni.. tapi kemalasan mengatasi segalanya... mungkin aku jenis yang tak suka buat something yg terlalu formal.. aku jenis yg buat sesuka hattii aku ja.. haha.. habis la... kalu asa nak tulis, aku tulis ja.. tgk macam entry skang.. aku lebih suka menulis more kepada sebuah diari.. luahan apa yang aku rasa saat tu.. kalu nak d ikutkan banyak yg aku nak cita.. antaranya:


  • 8 sep aku daftar u
  • roomate aku tak sihat
  • roomate aku extend
  • aku kesunyian
  • aku berusaha untuk tabahkan hati dan belajar untuk tido sorang2,padahal hakikatnya aku tak pernah tdo sorang walaupun kat umah sekalipun..;-(
  • birthday mak aku pada 11 sep 2012
  • birthday adik nasihah aku 14 sep 2012
  • birthday my lovely fren zuni 16 sep
  • aku p jogging dengan zuni 16 sep tu
  • aku beli kek n sambut kat rumah, harung suma sekali mak, adik, n zuni..hihi
  • aku dapat tau awek adik ipar aku (peri) sakit
  • yus n diana datang tdo bilik
  • dapat tau update tentang kesihatan dia
  • entry untuk dia
  • 18 sep 2012.. AKU DRIVE... with yuslina n nordiana samsudin.. back home...
  • hari ni 19 sep aku tau dia dah makin sihat.. ;-)
  • haa..nak cita tentang abang dapat contact aku..
  • buat video kol tak boleh..
  • aku sedih..
  • yus tdo dpp dia..
  • aku tdo sorang..
  • diana datang merapu bilik aku skang..1053pm...end... ;-)

wahhh..kalau d ikutkan banyaknya aku nak update...  tapi aku malas.. huhu... takpa la just gtau tajuk dah la.. nama pun diari umum.. mana boleh cita lebih2 kan.. ;-)

18 September 2012

Ya Allah... selamatkan dia...

Ya Allah... selamatkan dia... beri dia kekuatan untuk menghadapi dugaan ini... sembuhkan dia... berikanlah dia peluang kedua untuk menikmati kehidupan yang sementara ini...

Aku sedih, jujur aku sedih... ntah np saat aku dapat berita tentang keadaan dia, aku sebak... saat aku d beritahu komplikasi yg bakal terjadi padanya.. air mata aku mengalir... sensitifnya aku... walaupun aku dan dia tidaklah serapat mana... tapi aku tetap sedih... moga dia sihat... dia perlu sembuh.. kerna ada insan yang sedang menanti dia.. ada insan yang sedang rindu gelak tawanya...

credit to  .... <3

16 September 2012

MESEJ ABANG..

" Cyg... abg dlm boat dh" 1124pm

Terasa sayu sangat dapat mesej tu.. bermakna dah tak dapat nak contact macam biasa dah.. ;-( aku hanya menanti panggilan dari abang jaa... cepat sangat masa berlalu... asa kejap sangat abang kat kampung.. now aku dah kat uum n abang dah kembali ke tempat kerja dia yang tak pasti bila plak akan kembali... ;-( dan air mata ini mengalir lagi.. ternyata aku begitu lemah untuk hadapi suma ni... tapi aku akan cuba untuk jadi lebih kuat supaya aku mampu untuk jadi kekuatan abang...

Apa yang membuatkan aku sedih sebenarnya adalah sebab kami jarang dapat contact... sepanjang hubungan kami kami tak pernah berenggang melalui telefon...hari2 mesti mesej o kol... tapi bila abang dah kja macam ni jarang dapat kol apatah lagi nak mesej... 1 bulan asa macam 1 tahun ja... huhu

Moga hati ini sentiasa d beri ketabahan untuk menghadapi segala dugaan...
Setia menanti ------> isterimu yg tercinta, Nazirah

KEKASIHKU KEMBALI KEJA..;-(

Aku sedih......... abang dah g dah... kjap ja masa berlalu... tgh tulis entry ni air mata sedang menitis... mmg ini cita2 abang.. impian yang kami kongsi bersama sejak kami couple lagi... dan alhamdulillah rezeki tu ada lepas kami kawin... abang dah berjaya capai cita2 dia... aku hepi... hepi untuk dia... tapi itu la..abang balik dan pergi... dan setiap kali abang pergi beginilah keadaan aku... air mata akan mengalir tanpa henti... orang yang tak duduk d posisi aku takkan penah faham apa yang aku rasakan.. saat berpisah... saat terakhir dia mengucup dahi.. saat terakhir berada dalam pelukan dia... kemudian menanti dan terus menanti kepulangan dia lagi... aku akan sibukkan diri dengan aktiviti kuliah... moga aku kuat untuk tempuhi dugaan ni... aku pasti akan merindui dirinya... pasni walau apa pun yang terjadi... ini la aku..saat ni waktu ni..bukan aku yg dulu2,bukan juga diriku yg akan datang...

Abang g keja---- 15 Ogos 2012, Rabu

Abang balik---- 13 Sep 2012, Khamis

Abang g keja balik----15 Sep 2012, Sabtu


-----<--{@  sekumtum mawar untuk dirimu yg aku sayang..Mohd Ezri Ramli

12 September 2012

KEKASIHKU PULANG JUA...

Aku dalam kelas waktu tu...ralit ja dengar lec dok ngajar.. TETIBA... kuatnya hp aku bunyi... adoii.. kelam kabut aku.. tertera d screen my love,E.Z.R.I .. aku angkat tnpa letak d telinga.. hanya berbisik "b dalam kelas"  n terus silent n letak hp dalam beg... then aku saja la ambik tgk hp tu nak hantar mesej kat abang gtau nnt aku kol balik.. maklumlah aku dok depan kot... mmg nampak klu cakap... tgk hp pun curi2 ja.. tengok2 ada mesej... bila buka jaaa tertulis:

"ABG BLK KG. INSYAALLAH SOK PG SMPI... :-) 3.01pm

Aku rasa macam nak lompat ja time tu...senyum tu tok sah kira la...hepi giler...aku tak sabar sangat nak balik kg esok... rindu kat demokk + rindu yg teramat kt abang... tp ada mesej kedua menyusul selepas itu yg membuat aku sedikit sedih.. hukhuk

"BLK SAT JA.3 HARI.16 HB NAIK BLK.HUHU" 3.06 pm

Walaupun sedikit sedih aku tetap bersyukur abang dapat balik juga... serius mmg aku rindu giler kat abang.. yerla sapa tak rindu hubby kan... tak sabar nak balik kg esok....yipppyyy...

sayang abang.. Mohd Ezri... dari bb.. Nazirah... (^_^)

7 September 2012

satu ja nak gtau niiii...

rindu abang sesangat!!!

15 Ogos 2012  rabu abang berangkat...
hari ni 7 september 2012...dekat sebulan dah..;-(


RINDU!

RINDU!

RINDU!



Mohd Ezri Ramli

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™