30 October 2013

Mainan adik

Comey tak comey tak, hihi.. terima kasih buat suamiku yang tersayang sebab sudi teman aku g beli mainan ini untuk adik Solehah, aku beli kat kedai area Ayer Hitam, walaupun harganya lebih mahal dari Tesco, tapi berbaloi la, nak g Tesco minyak keta lagi kan, hihi

Harga asal aunty tu letak RM38, aku minta kurang RM35, alhamdulillah dapat. Aku punya la hepi dapat beli kat adik, yerla, lama dah kan teringin nak beli mainan tu.  Tersenyum ja sepanjang jalan balik..

Hari raya aku bawa bawa balik rumah, bukan main lagi adik main kereta baru dia, hepi ja tgk adik…hihi




*ada yang tak join "keychain miniGA #3" lagi, klik SINI laju2!! klik iklan then tinggal link blog ja,TAK PAYAH BUAT ENTRY..

24 October 2013

I'm mom to be, terima kasih ya Allah..

Tanggal 17/10/2013 Khamis, miss P aku mengjakau hari yang ke 41, lewat 5 hari yang sepatutnya datang pada hari ke 35, aku seperti biasa takut untuk menaruh harapan walaupun dalam hati tercalit juga secebis harapan tu, aku ajak abang g Guardian, dengan alasan nk beli diadoran dan tisu muka. Aku tak gtau abang pun aku nak beli UPT (Urine Pregnancy Test)  tu. Aku nak beli bukan apa, klu aku cek takdak, aku tak la menaruh harapan sangat, dan kalau ada aku boleh buat langkah pengjagaan awal. Itu yang aku fikir. Tapi abang sibuk, malam tu tak jadi g.

Esoknya 18/10/2013 Jumaat, dah mengjakau hari ke 42, kami g meraya rumah maklang, aku, mak, abang dan adik zirah, balik tu kami g Jitra, aku dan abang g Guardian, aku beli la, aku tunjuk kat abang, abang diam ja, hihi

Malam tu aku niat dah dalam hati, esoknya aku nak ajak abang g klinik, ada ka tak da ka, yerla, klu ada kena buat pengesahan doktor, kalau takdak aku nak tanya la apa masalah miss p aku lambat bulan ni. Abang ok ja tanpa banyak soal. Aku tak cek malam sebab ia lebih tepat pada waktu pagi. Dan aku takut kalau2 malam tu o pagi esoknya miss p datang, jadi aku decide untuk cek esok pagi..

Tanggal 19/10/2013 Sabtu, mengjakau hari ke 43, pagi2 lagi aku g toilet, tangki dah penuh, hihi. Mengikut prosedure yang diberi aku pun test la menggunakan UPT (Urine Pregnancy Test) yang aku beli kat Guardian tu. Dan hasilnya…
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Asa macam nak jerit ja dalam toilet tu!! Ya Allah terima kasih Ya Allah, Allah ja yang tau perasaan aku saat tu, menitis air mata aku bila nampak line kedua tu, macam tak caya!! Lepas jer aku titis urine tu, nampak ia mengalir ke dalam kotak garisan, air sentuh line pertama, terang, jalan slow sentuh plak line kedua, laju ja muncul line kedua, terang plak tu!! Ya Allah, pengalaman aku masa sebelum ni bila aku check, titis ja urine, naik line pertama, urine jalan, kosong, lama menung tengok UPT tu, tak muncul2 juga, kecewa jap, tapi kali ni beza!! DOUBLE LINE!!

Cepat2 aku masuk bilik, gementar nak gtau abang, takut pun ada, betul ke ni, tunggu la 5 minit dulu, line masih terang, last2 kejut abang, tunjuk kat abang, abang terkebil-kebil, “bb ngandung” sambil peluk aku, bahagianya saat tu, aku ajak abang g klinik.

Kat klinik tu kena plak tunggu turn yang ke5, sampai jer pesakit keempat masuk, jantung aku dah debar macam nak terkeluar, punya cuak, “NAZIRAH”, nama aku dipanggil, “abang nak masuk tak”, “ taknak la”, hihi, aku pun malu juga kalau abang masuk, dengan slumber aku masuk sorang2, aku gtau doc aku test pagi tadi double line, straight to the point, xda mukadimah apa dah, haha, doc tanya bila last period , aku pun gtau, then doc suruh baring nak scan. Dan…….
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Ni la hasilnya, “haa, ada ni, ni rahim, ni kantung baby, ni baby, tahniah” sambil doc tu tunjuk2 kat screen, aku tersenyum sampai telinga, doc tanya berapa lama dah kahwin, aku gtau la dekat 3 tahun juga, doc kata, Allah nak bagi rezeki… “saya print, dan bagi vitamin untuk elak kecacatan janin”

Keluar tu senyum ja kat abang, tunggu ubat, bila nama aku dipanggil, aku dan abang g kat kaunter, total RM45 sekali dengan vitamin.

Keluar ja dari klinik aku tunjuk la kertas scan tu, abang macam tak caya ja, punya la hepi, senyum ja sepanjang jalan, hihihi, pengalaman yang tak mungkin aku lupa, BERITA GEMBIRA UNTUK KAMI, ALHAMDULILLAH, SYUKUR PADA ALLAH, DIA YANG MAHA MENGETAHUI, YANG MAHA MENDENGAR, YANG MAHA KAYA, YANG MAHA PEMURAH, YANG MAHA PENGASIH YANG MAHA PENYAYANG..

Setelah mendengar dua gambar gembira di "berita gembira" dan "berita gembira lagi" alhamdulillah dapat berita gembira untuk diri sendiri pula...;-)

Moga baby sihat..;-) amin………….



23 October 2013

BBQ raya kedua aidiladha

Alhamdulillah pelan dalam masa semalam, abang la teringin nak makan ayam bakar, so, tong3 la sorang berapa tah, sekali dengan Wan, Abang Bok (abang ipar Wan). Petangnya dalam kul 5 pas solat asar aku dan abang bertolak ke rumah Kak Ina.

Bertukus lumus la kami ni, buat simple ja, ayam bakar sup daging ngan sup ayam, then air asam, bab kukus tu abang la jaga, wahh, boleh plak yer, terbaik la, hihi

Settle kukus, perap, abang ngan abang bok buat bara api, then diorang bakar, sementara kak ina sibuk buat sup dan aku sibuk membasuh mana2 pinggan yang ada, taknak nampak semak sangat.

Ok la, walaupun ringkas, tapi sedap ja makan ramai2, sempat juga la tangkap gambar 2,3 keping,gambar pihak laki ja, pihak pompuan tak sempat nak tangkap, huhu

abang tengah jaga ayam kukus, siap set time lagi, proper betul, hihi
abang ngan abang bok tukang jaga ayam bakar..

setengah yang dah masak, aku g mengacau ja, ambik gambar masuk dalam balik..hihi


Psss..entry berita gembira tak habis karang lagi, publish yang mana ada dalam draft dulu la, hihi

21 October 2013

SALAM AIDIL ADHA 2013

Salam Aidiladha, baru berkesempatan nak buat entry, sibuk ngalah retis, haha, syukur padaMu ya Allah, raya haji kali ni sempat sambut berdua dengan cik abang tersayang, hihi. Baju raya?  Tak beli pun, pakai mana ada ja, abang lagi dasat, raya kali ni tak pakai baju Melayu langsung..

Hokey, Aidiladha kali ni hujan, tapi tak lebat sangat la, dan takla sampai ke petang. Perjalanan kami kali ni ringkas ja, member baik abang Wan, balik raya rumah isteri, untunglah Kak Asma, hihi. 1st kami p umah kak Ina, kakak sulung Wan, lepak2 situ, then balik rumah aku, haaa, jeng2, kat rumah aku ni la aku bawa balik mainan adik, hepinya tengok adik main, hihi
Lepak2 rumah aku berapa jam tah, makan mihun goreng, sedapppp… mak masak mestila sedap kan! Then kami pun bertolak balik menuju ke pida 4 iaitu rumah Atan, member abang, tengok baby baru! Alhamdulillah kak Liza (wife Atan) selamat melahirkan baby boy secara pembedahan, kecik ja, 2.4 kg, tapi alhamdulillah, baby dan ibu sihat..;-) MOHD NUR LOKMAN HAKIM, (“mohd” tu tak pasti la diorang eja camna)

Balik rumah, rest, tidoqq, letihhh, hihi
Tempek 2 keping gambar raya..;-)

ADA BERITA GEMBIRA!!! ;-)

17 October 2013

Gempak Giveaway Red Delima Di Nabilabiela.com



SENARAI HADIAH

Telekung solat x 3 
Beg x 3 
Selendang/Pashmina x 5 
T-Shirt x 10

Pemenang boleh pilih sendiri hadiah di  laman  www.reddelima.com  setiap satu di

Kategori 'Sleepwear.' 
Kategori 'Officewear'. 
 Kategori beg. 
 Kategori 'Accessories'. 
 Kategori 'Scarf."


14 October 2013

Ciri-ciri Wanita Solehah

sumber

Terima kasih ya Allah, terima kasih abang... Aku ingin menjadi seorang isteri yang solehah, seorang isteri yang sentiasa di hati suamiku, amin...

#Duo Giveaway By Amirah Azman and Safiena



Assalammualaikum dan salam sejahtera


TEKAN BANNER SEKARANG !!

#Duo
Giveaway By Amirah Azman and Safiena ' Disponsor oleh 

Tarikh Penting 
  • Mula Giveaway : 15 September 2013
  • Tamat Giveaway : 15 Oktober 2013 (Hari Raya Haji)
  • Pengumuman Pemenang : 19/20 Oktober 2013

Mainan duduk untuk kanak-kanak

sumber
Nak beli mainan ni untuk adik Solehah. Lama dah teringin nak beli, kalau la aku boleh drive kereta yang ada kat rumah ni, dah lama aku pecut g beli sorang2, takyah ajak sesapa. 1st tengok kat TESCO Alor Star, menyesal plak tak beli. Patern ni la, bukan sebijik macam ni, promosi rm24 ja, serius menyesal gila tak beli...

Comey ja kalau adik naik kan, aku balik hari tu, aku dok meniarap, boleh plak dia naik atas belakang aku, hihi, aku buat la gaya kuda tu, gelak-gelak dia, sebab tu la aku lagi semangat nak beli mainan ni untuk dia, tak la dia bosan kalau dok dalam rumah, sekarang kan musim hujan...

InsyaAllah sebelum balik U hari sabtu ni, aku nak g beli, nak ajak abang, hari2 nak ajak sampai abang mau, hihihi

Segmen Follow Me By Sha & FD

klik SINI untuk join...
COPY DAN PASTE DARI BLOG PENGANJUR, HIHIHI

Hadiah
i) Topup RM 5 x 2
ii) Button Badge Blogger x 6
iii) Keychain dari Sabah x 2
iv) Shiseido Mask x 5
v) Hadiah Misteri x 2
**Penyertaan lebih dari 150 orang, hadiah akan ditambah !!

Pemilihan Pemenang
i) Top Refferal
ii) Random.org
Tarikh Penting
i) Mula : 7 September 2013
ii) Tamat : 18 October 2013
iii) Pengumuman pemenang : 19 October 2013
iv) Claim hadiah : 19 - 26 October 2013
**Peserta akan diupdate dari masa ke semasa 

JOM PAKAT2 JOIN...

13 October 2013

Berita gembira lagi!!

Baru ja update kenduri, tup3 dapat berita gembira dah, amboi3, ekspres depa, hihi..

Alhamdulillah semalam aku dapat berita yang Kak Asma dah ‘lekat’, katanya dah sebulan lebih, bunting pelamin lettew, hihi. Aku tumpang hepi dengar perkhabaran tu, syukur sesangat, Wani dah, tinggal aku jer  lagi, takpa la, anak aku nanti akan jadi adik bongsu la…;-)

Dengar khabar gembira dari kawan2, diri sendiri pun tumpang hepi juga, dan aku sentiasa berfikiran positif, Allah tahu apa yang terbaik untuk aku dan abang, itu yang aku letakkan dan gam kan kuat2 di kepala otak aku, no stress, no jeles, hanya REDHA..Alhamdulillah hati tenang, insyaAllah.

Buat masa la takdak lagi yang perli2 aku, yang bidas aku yang buat aku sentap, tau sebab apa? Sebab aku bidas balik, kehkehkeh, aku kan laser sikit, tapi laser bertempat la, kalau ada orang dok perli2 “bila lagi bila lagi” , aku kata la, “takdak rezeki gi”. Kalau ada yang perli kasar sikit, “hang tak pandai ni” aku kata balik “ tu la, nak kena menuntut lagi ni”  haha, diam ler orang tu… apo nak di kato..
Nasib aku baik sebab aku dok U, abang plak jap ada kampung jap dok laut, jadi orang payah nak persoalkan tentang ANAK..

Ya, tiap kali fikir, memang ada hikmah..InsyaAllah entry2 akan datang aku akan story pasal ni, sebab nak story dalam entry ni macam dah lari tajuk plak, kalau dalam karangan BM ni memang fail dah, hahaha.
Buat Wan dan Kak Asma, tahniah!! Nazirah doakan Kak Asma sihat baby pun sihat! Wan! Jaga Kak Asma bebaik..;-)



*Nazirah pregnant!!! Pasti satu berita hebat kan?? hihi, ya Allah moga aku diberi kesempatan untuk merasai dan menikmati perasaan itu, amin...

12 October 2013

Abang dah balik laa..

Lama juga nyepi, nak tenang diri dari si polan ni, hmm, nasib la dapat sokongan dari kawan2 supaya jangan fikir sangat benda ni, anggap ja dia sakit, ok fine… serah kat Allah ja benda ni kan, moga diberi petunjuk dan hidayah.KAWAN TIKAM BELAKANG

OK berbalik pada tajuk di atas….. Al kisah, aku kol mak mertua aku, niatnya nak ingatkan ayah mertua aku suruh ambik aku la petang Khamis tu. Sekali mak mertua aku gtau boss balik, aik, boss mana mak, boss kita laa, hihi, maksudnya abang la, haishh, tak gtau pun yerrr, nak buat surprise ler tu, ;-)

Rupanya abang sampai pagi tu, abang gtau aku, abang nak buat surprise, tengok2 mak p bagitau plak, huhu, aku gelak jela, abang memang suka gtu. Kesimpulannya raya ni insyaAllah berdua..;-) Alhamdulillah..

8 October 2013

Kawan Tikam Belakang


Yer, jangan kata tak ada, ada ja kawan yang jenis ni, ni pengalaman aku sendiri, selama ni dok baca pengalaman orang ja kan, sedih sangat masa aku tau cerita ni, yerla kita sangka dia kawan kita kan, aku ada 2 orang yang macam ni, seorang melibatkan kawan-kawan aku, seorang lagi melibatkan abang, biarlah cerita kali ni yang melibatkan kawan2. Tak sangka sangat sebab depan aku dia baik gila, dan aku langsung tak menjangka yang dia akan buat aku camtu, selama kami berkawan aku tak pernah ada masalah apa pun dengan dia, nak kata best fren sesangat tu tak la, tapi boleh dikatakan rapat, sebab kenal dari zaman study ebelum aku sambung ijazah, kebetulan kami dapat sambung ijazah satu U.

Bayangkan rupanya selama ni dia dok bercerita kat orang supaya berhati hati kalau nak kawan dengan aku, perghhh, sentap tahap dewa dewi dah dengar, lama dah, dari sem 1 lagi, apa masalah dia sebenarnya? apa motif dia nak pesan kat orang macam tu? nasiblah aku dipertemukan oleh Allah dengan sahabat yang faham aku, kakmas, diana, tihah, aida, nabila, kami memang berenam sejak sem 1 lagi. Cuba bayangkan kalau aku hanya kawan dengan dia, dan dia plak dok hasut orang camtu xda orang yang akan rapat dengan aku kan.

Seriusly entah apa masalah dia, depan aku bukan main lagi, sampaikan member aku pun perasan, boleh plak lepas kutuk2 aku depan member aku, esok malam ajak aku teman dia p makan, hipokrit! jujur member aku tak pernah pun cerita yg dia dok kutuk2 selama ni, see, org lain punya nak jaga ikatan persahabatan, Allah telah bukakan pintu hamba Allah sorang ni utk kongsi dengan kami, sebab dia juga salah seorang mangsa "kawan" aku tu. Dari situ aku dapat tau segalanya.

Sejujurnya aku memang takdak masalah apa dengan dia, dia salu datang bilik aku luah masalah dia, kata kat orang tu kata kat orang ni, aku dengar ja, aku tak pernah menyampai apa yang dia kata, yerla buat apa kita nak jadi batu api kan, sebab tu aku terfikir apa motif dia dok pesan kat orang lain supaya berhati hati kalau nak kawan dengan aku, skang ni aku adalah masalah atau dia sebenarnya bermasalah?? suma kawan-kawan aku dah tau cerita sebenar, masing-masing dah besar, boleh buat penilaian sendiri la..

Tak sangka ada juga manusia macam tu kat dunia ni, selalunya orang yang dok pesan tu yang bermasalah, kalau dia seorang kawan yang baik, dia tak buat cam tu, tambah2 suma orang tau kami kawan, bukannya musuh, tak ka pelik bila seorang kawan pesan kat orng lain macam tu tentang kawan dia sendiri, biarlah, at least aku dah tau perkara sebenar, terima kasih yaAllah, pada dia, hiduplah dengan dunia dia sendiri, moga diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah, jangan ashik dok jadi batu api laga-lagakan sesama umat, sebab tu kerja SYAITAN!

Na'uzubillah..

7 October 2013

Perkahwinan WAN kawan baik abang..

Pejam celik, dah selamat pun kawan baik abang melangsungkan perkahwinan dengan insan tersayang, kak Asma yang manis..

Majlis akad nikah berlangsung pada 2 Syawal, iaitu 9 Ogos 2013 hari Jumaat, haa, 2 Syawal ni kami pakai sedondon, warna merah, hihi..

Majlis di pihak perempuan berlangsung pada 17 Ogos 2013, aku pakai baju merah juga, tapi merah lain la dengan baju masa pakai p akad nikah tu, sebab tema diorang warna pic nak pink tu..

Majlis di pihak lelaki plak berlangsung pada 18 Ogos 2013, aku pakai sedondon juga dengan abang, warna kelabu, tiru tema pengantin juga iaitu kelabu, hihi

Jom layan beberapa keping gambar yang aku sempat ambik...

Pic kat rumah pengantin perempuan, waktu akad nikah 9/8/13

Pic pengantin lama, waktu g ikut akad nikah...hihi
Sebelah perempuan, dua2 manis berseri, tahniah!!

Sebelah lelaki, ni kat rumah pengantin perempuan, abang driver aku jadi jurufoto kat depan, hihi
Tempek juga gambar kami dua, abang? biasalah dia, mo ajak tangkap gambar dan2 buat busy, haha
Ucapan untuk pengantin, Selamat Menjalani Bahtera Rumah Tangga, moga bahagia dunia akhirat, amin...

*Semua gambar adalah kenangan yang tak mungkin kembali...

5 October 2013

Bateri laptop...

SIAP TANGKAP DENGAN KOTAK2 SEKALI..HAHA
Hari ni melayang duit aku RM185..

$$$$$, banyak tu, buat apa? Shopping ka? Haishhh, bukan la, aku beli bateri laptop, terpaksa beli sebab aku nak guna untuk belajar SPSS, bagi subjek kajian penyelidikan, 1st kelas hari tu aku guna juga bateri lama, sebab bateri aku tempah tak sempat sampai, punya la takut bateri cepat habis aku cas dari malam, kehkehkeh, masalah bateri aku ni bukan apa, dah tak tahan dah, maklumlah dah lama, aku guna sejak tahun 2011 kot, start aku masuk U ni, kira dah 2 tahun bateri ni berkhidmat untuk aku dengan cemerlang!

Aku beli ni tak Ori tau, tapi berkualiti la, ok la tu, kalau tak disebabkan nak guna masa kelas KP tu, memang sampai skang aku tak beli lagi. Penting kot kelas tu, nak guna sistem SPSS bukan senang, kalau tak bawa laptop sendiri memang takk laa, alhamdulillah lecture tahun ni explain satu2, macam sem lepas, dia ajar kat depan jer, masuk makmal 1 pc kena share 3 orang, dah tu tak boleh guna plak tu, ‘hang’ tak gerak apa langsung, dasatttt…aku memang tak reti guna langsung sistem ni, 0!! Huhu, nasib lulus!!

Esok start kelas cam biasa, minggu last dah, sebab Khamis ni kami suma balik kampung, sayang lec ketat2 sbab batalkan kelas untuk Isnin dan Khamis sebelum dan selepas raya, Ahad?? Baru nak nego esok, 1 st confirm dah batal, tinggal kelas KP ngan kelas 8-11 malam tu ja, entah lepas ke tidak, hihi


Buat suamiku yang jauh di lautan sana, aku masih Nazirah yang dulu, yang mencintaimu, menyayangimu setulus hatiku... 'aku takkan meninggalkanmu melainkan aku yang ditinggalkan' kata2 aku suatu ketika dahulu...

Giveaway 'Convocation' Sunsweetz ~OCTOBER 2013

klik SINI untuk join...


Pemenang akan di beritahu pada 1/11/2013 dan dipilih secara undian manual =)


Giveaway Butik Comel Collection

KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:
1) Baucar RM200
2) Baucar RM150
3) Baucar RM100
Saguhati: 2 pemenang x Baucar RM50

Hadiah ditaja oleh Butik Comel Collection

PEMILIHAN PEMENANG:
-menggunakan random.org

SEMUA PESERTA BERPELUANG UNTUK MENANG
JOM JOIN RERAMAI!

Hero idaman aku masa kecik2..

Salam, tetiba nak cerita pasal hero idaman aku plak kan, hihi. Dulu masa kecik2 aku minat sangat cita Hindustan, masa aku darjah 3 aku dah start minat Shahrukh Khan, melalui filem Kuch-Kuch Hota Hai, handsome!

Ok, dalam cita Hindustan ada hero dan heroin kan, hero dia setia sangat ngan heroin dia, bila diorang bercinta, dunia tu diorang ja yang punya, setia hingga hujung nyawa, walau apa jadi diorang akan setia pada pasangan masing2, takda pompuan o lelaki lain.


Dan aku selalu berangan-angan, yang suatu hari nanti aku juga akan dapat hero macam tu, setia hanya untuk aku, sayang aku lebih dari nyawa dia, sanggup berkorban apa ja untuk bahagiakan aku, hargai aku, terima aku seadanya, bangga memiliki aku sebagai pasangan dia. Itu la HERO IDAMAN  AKU MASA KECIK..;-)

Pemenang Keychain MiniGA #2



Tahniah! ;-)

Pada yang lain nantikan MiniGA #3 27hb Oktober nanti..;-)

Susah hati punca mata aku susah lelap

Dah 2x terjadi kat aku, bila aku fikirkan sesuatu, atau ada sesuatu yang mengganggu otak aku, mesti aku payah nak lelap, walaupun hakikatnya aku mengantuk, satu pada tarikh aku dapat tau kejadian 27 April, dan satu lagi malam ni..

Hmm, aku tak mampu nak buat apa pun, mungkin aku terlalu memikir agaknya, tau aku fikir apa, fikir orang tak suka aku, kehkehkeh, mesti akan ada orang kata, lantakla orang tak suka, bukan..........yang buat aku berfikir panjang sampai susah nak lelap, gini ceritanya, ada satu fb tu, bila aku tag nama dia o post something kat wall dia, aku tengok dari akaun fb aku ada, tapi bila direview dari fb orang lain, yang aku tag o post satu pun tak appear kat wall dia, tu satu kes, dan orang yg sama bila aku buka wall dia mesti la macam full jer dengan apa aku tag o apa aku post, post dia jarang la, seolah macam dia jarang sangat post pape kat wall dia, ada sekali sekala ja, sekali buka dari fb orang lain,  penuh ja post dia, yg aku tag o post satu xda.. sentap tak sentap orang buat camtu kat kita..

Kesimpulanya dari cerita panjang lebar di atas, dia tak nak orang baca post aku kat wall dia, dan dia tak nak aku baca like o komen apa yang dia post kat wall dia. OK!

Sejujurnya aku sedih orang buat camtu, bukan kenalan biasa tau, boleh dikatakan rapat sangat dengan aku, apa salah aku, hmmm, inilah sebab aku masih berjaga sampai sekarang, memikirkan apa salah aku pada dia sampai dia sanggup buat aku camtu...

Wallahualam...


PUASKAH...

Puaskah kau lukaiku
Puaskah kau sakitiku
Puaskah khianatiku
Puaskah hoo.. Sayangku
Di manakah nuranimu
Di mana akal sehatmu
Sekarang kau campakanku
Setelah kau dapatkanku
Mungkin hanya bila ku mati
Kau 'kan berhenti 'tuk menyakiti
Sampai kapan aku begini
Terus begini
Terus engkau lukai
Ingatlah saat yang lalu
Saat kau peluk diriku
Tapi kini semua lalu
Kau tega khianatiku

3 October 2013

Keychain MiniGA #2

TAMAT!!!
ENTRY MELEKAT HINGGA 3 Oktober 2013
NAK KEYCHAIN??
TAKKAN JENGAH JA, 
KLIK DAN KLIK THEN TINGGAL LINK, CEPAT!!!

Hadiah Keychain bulan ini....
Keychain dari Pangkor, hihi
Syarat2....

1. Terbuka pada suma pembaca nazirahnyerr.blogspot.com (follower) Siapa yg bukan follower wajib follow
2. Tak perlu buat entry..
    Just tinggal link blog di ruangan komen.
    Klu rajin promot la minigiveway ni kat chatbox kawan2..
3. Klik SINI & SINI tunggu hingga habis loading *jujur ya..;-)
4. MiniGA ni akan berlangsung dari 27 SEP 2013 hingga 3 Okt 2013 11.59pm= SEMINGGU
5. 4 OKT 2013 senarai peserta akan dikeluarkan
6. 5 OKT 2013 pemenang akan di umumkan...

2 October 2013

Rindu abang...

Hari ni genap la seminggu abang kat laut, malam tu abang pesbuk aku, gtau abang sampai 7 pagi, alhamdulillah abang sampai dengan selamat, cuma tak berupaya nak contact sebab takdak telefon, harap wifi yang tersangat lembab tu ja..

Esoknya abang kol aku, 29/9 bestttttt sangat, hihi abang gtau abang tak boleh kol selalu, sebab abang kena tukar kapal, g keja kapal lain, tido kapal lain, kira ulang alik la hari, di tengah laut nun, bukan ulang kat darat. xpa la aku paham, tapi tiap kali abang kol, mesti asa sayu ja, sabaq ja la kan... nasib la aku kat U, tak terasa sangat, mo kat rumah ka, tengok bilik sunyi ja, tgk ruang tamu xda sapa, tidoq sebelah kosong ja, perghh...

30/9 abang langsung tak kol, o pesbuk aku, mungkin abang sibuk, aku paham...

Kelmarin abang kol, hihi, hepi sangat, abang tanya aku sihat x, aku gtau aku sihat ja, senyum sampai telinga ;-)

Tadi pun abang kol, aku tdo sebab sakit kepala. abang gtau abang nak online malam ni, kul berapa tu aku tak pasti la, n tak tau boleh o tak nak online tu, huhu, aku dah gtau abang "berita gembira" abang kata xpala..rezeki depa..

Nak tempek gambaq candid abang sekeping, alahai rindunya hati ini...

kesayangan hamba...
**sesapa yang blom join miniGA nazirahnyerr, jangan lupa tinggalkan link blog anda di entry INI.. malam sok last!! x yah buat entry pun, tinggal link blog ja... dan jangan lupa klik 2 iklan saya, jujur....

Berita gembira!!

Hari ni aku sakit kepala, dari semalam lagi, mungkin aku cik 'p' nak datang agaknya, jadual bulan ni 12 Oktober, ya selalu camtu dalam 1-2minggu nak datang ja ni la simptom yang aku akan dapat, pagi tadi aku ok, sebab semalam aku tdo awal, balik kelas dalam kul11 tu aku mula sakit kepala, sebelah kanan, aku g makan, balik makan tu makin menjadi, aku rest, kelas tuto kul 1 terpaksa aku ponteng.

Tengah aku rest adik aku kat Ganu whastup aku, dia gtau dia mimpi aku pregnant, macam nak nangis ja aku dengar dia gtau camtu, org kata klu org mimpi kita pregnant, insyaAllah, ya Allah adakah ini merupakan petunjuk darimu…

Tengah2 aku mesej dengan adik aku, mesej dari Wani masuk, dia gtau dia pregnant, 7 minggu dah, aku yg nak nangis terus nangis, terlalu hepi, yerla dah banyak kali dia gtau aku, cik ‘p’ lambat cik ‘p’ lambat, last turun jadi darah, tapi kali ni, alhamdulillah menjadi juga, hihi, serius aku hepi sangat!!
Tahniah untuk Ein n Wani, depa ni baru ja kahwin tau, bulan Feb hari tu, 9 hb  Feb akad nikah…

Nak tengok kad kawin depa dua klik à SINI
Nak tengok gambar hari akad nikah klik à SINI

**sesapa yang blom join miniGA nazirahnyerr, jangan lupa tinggalkan link blog anda di entry INI.. malam sok last!! x yah buat entry pun, tinggal link blog ja... dan jangan lupa klik 2 iklan saya, jujur....