Showing posts with label ABANG DAN LAUT. Show all posts
Showing posts with label ABANG DAN LAUT. Show all posts

10 August 2015

"abang kat rumah ni"



Bila tanya abang bila balik abang akan balas macam ni “122 suhakam Berhak untuk tak menjawab”
Kuang, kuang, kuang. Pastu aku dh malas nak tnya dah…

31 Julai Jumaat adik aku mai ambik kami pi makan nasi rumah tok sebelah mak, then aku terus ikut diorang balik Matang Kong, tdo sana. Ahad 2 Ogos adik aku nak balik Sarawak dah, sob sob sob.

(nanti aku stori pasal adik aku k)

Sabtu 1 Ogos tu kami rancang nak ke Pusat Sains kat Gunung Keriang, then terus hantar aku balik, Ahad kan aku dah start kerja. Tetiba dapat 1 panggilan dari abang, abang tnya dok buat apa, kat mana, aku gtau la, tak buat apa, still kat rumah mak lagi, rancangnya petang ni nak pusat Sains, knp?  Abang jawab xdak apa, abang kat rumah ni. MasyaAllah, terkejut aku tau, abang saja, memang suka sangat3 buat surprise!! Tak gitau apa2 pun tup3 dah ada kat rumah, haish!!

So tak jadi la kami 2 beranak follow adik aku, kami tunggu abang mai ambik..;-)

5 August 2015

Abang ke laut Julai 2015



Rezeki anak2. Abang balik 4 hari sebelum raya. Dalam masa 4 hari tu juga la ada ura2 mengatakan ada masalah kat Labuan dan abang kemungkinan akan dipanggil balik semula, kawan2 abang yg belum balik semua sangkut kat sana, padahal semua dah pakat packing beg nak balik raya, sedih kan. Rezeki abang dapat meraya dengan family.

Alhamdulillah rezeki anak2, abang flight hari raya ke3 iaitu 19 Julai, Ahad. Kerana terpaksa aku relakan demi rezeki untuk keluarga. Sempat meraya 2 hari ja dengan abang, hari raya ke3 tu kul 7 abang dah bertolak ke airport. Tapi kali ni Ainul lain macam ja, rindunya pelik, ashik panggil ayah ja, adakala aku pun nangis sekali tengok gelagat dia yang rindukan ayah dia. Yerla, tunjuk gambar ayah, panggil ayah sambil cium gambar, sob sob sob..

Masa abang nak pi tu Ainul x bangun tido lagi, malam tu pulak abang balik Ainul dah tdo, memang dia terasa sangat la kot.

Kali ni abang tak gitau abang p lama mana, so aku tunggu jala bila abang nak balik, nasib la boleh wasap kol video kol bagai, xdakla aku meroyan sangat, plus ada AINUL kali ni, sibuk layan dia, kekadang tak sempat nak layan perasaan rindu kat pak dia, hihi

15 July 2015

Abang balik!! Supprise!!






12 Julai 2015 Ahad, petang tu abang kol, abang cakap dengan mak, tetiba mak bagi telefon kat aku sambil nangis, haa sudah, dah kenapa MIL aku ni, aku pun cepat2 tanya abang, rupanya mak sedih sebab abang gtau TAK BALIK RAYA. My MIL memang sensetif sikit bab2 ni, laju ja air mata kuar.

Masa tu aku tengah kendong Ainul, hmm, abang ni, sebelum2 ok jer xdak nak feeling sedih2, petang tu lain pulak, sekali aku pun nangis dengar suara dia, haish!!

Last2 Ainul pun nangis, macam tetahu ja ayah dia tak balik raya, abang gtau nanti abang kol lain. End.

Malam tu dalam bilik, aku tengah main2 dengan Ainul layan dia sementara dia nak tidur, sekali MIL aku ketuk n bukak pintu, ‘EZRI BALIK’ terkejut aku, Ainul pun coih bangun duduk mata bulat, terus aku kendong Ainul kuar bilik. Laaa… balik sungguh rupanya!! Eeee…saja nak buat supprise!!! Salu camtu!! Petang tadi beria cakap tak balik, aku tanya abang, petang tadi gtau tak jadi balik tu abang kat mana, KLIA katanya, ish ish, bertuahkan, laki sapa lani!!

Apa pun, syukur lhamdulillah, kami dapat meraya bersama lagi tahun ni, rezeki abang dapat balik raya dengan isteri dan anak2, ada ja member2 abang kat sana yang tak dapat  balik, huhuhu.

11 July 2015

Alhamdulillah dapat contact

Lega sangat rasa hati bila abg gtau dekat situ ada line internet. Syukur alhamdulillah, maksudnya dapat contact la. Msj kol wasap fb, alhamdulillah, rezeki Ainul, boleh juga dia dengar suara ayah dia utk lepas rindu. Bonda Ainul pun dpt koling2 ayah Ainul salu. Hihi
Pic dari tempat kerja abg, see nampak darat kan, hihi
Abg gtau x jauh pun dari darat, nampak bandar labuan klu dari work barge tu. Kira x la terasa sgt kan. Klu tak sebelum ni nampak langit n laut ja.

Aku try search 'work barge labuan' dapat pic ni...

Sumber
Doaku moga abg tabah di sana, mencari rezeki utk kami di sini. Pengorbanan dan jasamu hingga ke syurga...

Abg ke laut Jun 2015

Ni sebab aku kata x sure tahun ni dpt meraya sesama atau tidak..

Seminggu ramadhan, aku dapat berita abg perlu ke laut, Allah. Setelah setahun lebih.. Projek Penang April 2014-April 2015. Now dah Jun2015. Lebih setahun abg tak naik laut. Kali ni rezeki anak, rezeki ramadhan, aku redha.

25Jun2015 Khamis, abg bertolak ke lapangan terbang sebelum berbuka, ayah hantar. Aku hanya iring dgn doa, moga semua selamat hendaknya..
Last day Ainul dengan ayah...
Flight dari AOR-KUL malam. Kali ni abg dapat di Labuan nun jauh di negeri bawah bayu.
26Jun2015, Jumaat flight abg ptg. Alhamdulillah syukur abg kol gtau dah selamat sampai. Tunggu next step untuk naik ke laut pulak. Bagaimana keadaan, ada internet kah, boleh kol msj ke tidak. Kalau seperti sebelum ni, hnya tunggu panggilan ja dari abg, kol msj fb suma x blh, kkdg smpi seminggu..sob sob sob..

Dalam hati Allah ja yg tahu, terus berdoa agar kali ni ht lebih kental dengan adanya Ainul Mardhiah.

25 March 2014

ABANG BALIK..;-)

Akhirnya dapat juga update blog, banyak ni nak cita, tapi kita cita satu2 yer, ikut tertib, yg mana dahulu kita dahulukan yg mana kemudian kita kemudiankan, cewwah mukadimah, kelasss.. ;-)

Sibuk sangat, minggu ni saja ada 2 kuiz, nak kena hantar thesis bab 1. Buat para pemenang miniGA  insyAllah minggu ni o minggu depan dah boleh post hadiah, tq para pemenang yang alert dan bagi respon dengan cepat.

Ok, hari Selasa abang sampai kat Terengganu, contact gitu2 ja sebab abang sibuk sesangat nak uruskan barang, nak cari teksi untuk balik ke Kuantan, jadi aku tak dapat la nak sembang panjang dengan abang. 

Rabu tu cadangnya abang nak balik la lepas hantar dokumen bagai, sekali abang mesej abang tak jadi balik sebab ada lagi dokumen yg blom settle, huhu..

Khamis, lepas ja abang settlekan hal kat opis KL tu abang naik bas dalam kul 9.30 pagi, kul 11 abang mesej aku gtau yg bas still tak jalan lagi, haishhh…


Ptg tu ayah datang ambik aku, kami terus gi ambik abang, hepi sangat nak jumpa abang..;-) sampai ja kat Shahab tu nampak abang tengah tunggu, dengan muka penat, kesian abang.. yerla, letih kan perjalanan tanpa henti, rest tak cukup, tapi…. Abang tetap tunaikan janji abang..;-) nnt la aku sambung next entry, klu cita sini jadi panjang…

17 March 2014

Kepulangan yang dinanti


NAMPAK TAK NAMPAK TAK...siap print screen lagi tau, hihihi...

Pagi tadi dalam kelas, aku dapat mesej dari abang! Kat fb, setelah bertanya khabar apa semua, surprise, abang akan balik esok! Hepinya aku, hihi, best sangat sebab aku memang dah tak sabar gila nak g shopping barang baby, rindu abang! kuikuikui.. dalam kelas masa ni, tak boleh over senyum, control2, fokus pada apa lec dok ajar, hihi.

Chopper?? Apa benda plak tu, dengan lajunya aku menggoogle apa itu chopper, dengan kata kunci “chopper untuk laut” ( kelas tak kata kunci aku) haha. Maka dapat lah terjah satu blog hamba Allah ni, siap dengan gambar sekali, ini haaa..


kredit untuk blog INI
Ooo, helikopter rupanya, hihi, gambar ni adalah chopper kat salah satu platform di perairan Kerteh, Terengganu. Sama la tempat yang abang akan naik nanti.. hari tu pun abang naik heli kat Kerteh jugak. Hebat la abang kali ni, naik heli gitu, tak payah nak mabuk2 naik bot dah, 14 jam kot kalau naik bot, kira abang balik sampai rumah pun masih terasa berombak2 bila tidur, kesian abang, alhamdulillah kali ni Allah permudahkan perjalanan abang..

Doaku, ya Allah, moga engkau permudahkan perjalanan suamiku ke pangkuan kami, lancarkanlah perjalanannya, moga dia sampai dengan selamat, amin..

16 March 2014

Salah faham laa (T__T)

Salam.. minggu ni aku balik kampung lagi, boleh di katakan sem 6 ni, setiap minggu aku balik.. aku balik kali ni sebab aku ingat abang balik, rupanya takk..huhu, last abang kol selasa 11/3 10.57am..

Aku salah faham, Khamis 13/3 tu dalam 2.16pm abang kol lagi, tapi masa tu aku tengah mandi untuk balik kampung, so, punahlah harapan aku yang beranggapan abang dah balik dan nak buat surprise kat aku, sebab abang kol guna no I talk, huhu, bertambah sedih apabila sudah mandi tgk hp da miskol dari abang, sob sob sob..

Jumaat 14/3 oleh sebab tak da kja apa, aku ikut mak mertua aku gi rombongan meminang anak sedara dia, best la juga, balik tu aku mintak bapak mertua aku hantar aku balik rumah aku, boleh main dengan adik solehah, hihi..

Sabtu 15/3, untuk pertama kalinya Kedah hujan, alhamdulillah, masa ni aku baru ja nak bersiap untuk balik Pida Dua, sebab pak mertua aku nak hantar balik U, aku mintak adik lelaki aku tolong hantar balik sana jap, ngan moto jerr sebab keta ayah aku rosak, huhu.. tetiba hujan plak, relax2 la dulu sambil menikmati hujan yang turun, hujan rahmat tu..

Tengok2 pak mertua aku kol, gtau nak datang ambik aku sebab hujan, nak balik camna kan, thanx ayah! Hihi.

Diringkaskan otw balik U tu ABANG KOL!! Setelah hampir 3 hari tak dengar suara! Senyum la aku, aku tanya abang sihat tak, abang gtau abang sakit perut, makanan kat sana sama kot. Aku tanya abang bila nak balik, abang gtau tengah tunggu helikopter, helikopter diorang terlibat dengan misi pencarian MH370, jadi sekali dengan diorang la tersadai kat pelantar minyak tu, huhuhu

So, tak pasti la bila abang akan balik, sempat ke tak nak teman aku g scan bb kecik minggu depan, tak sabar sangat nak tahu jantina baby kecik dan g shopping barang baby! 

Salah faham ingat abang balik minggu ni, huhuhu

Moga abang baik2 ja kat sana, dilindungi dan dipermudahkan segala urusan, amin.. we love n miss you!! 


11 March 2014

Dapat panggilan dari abang lagi..;)

Hari ni dapat panggilan dari abang jam 10.57am, ;-) hepi sangat dapat dengar suara abang, dapat berita gembira juga yang abang akan balik hari Khamis nanti, yey!! Balik kampung lagi la nampak gayanya..

Abang tanya khabar aku, khabar baby kecik, walaupun masa terhad aku dengan excitednya cerita baby kecik skang makin katif, makin kuat menendang, alhamdulillah, ;-)

Abang gtau abang dah tengok email2 aku, abang ucap terima kasih, sebab aku tolong kol tempat kursus abang untuk tanyakan tentang sijil course yang abang attend dah siap belum, actually kena tanya kelmarin aku lupa, huhu, so pepagi lagi aku dah kol company tu, card tu dah siap, akak tu suruh aku hantar alamat rumah kat email dia sebab nak post, aku cc kan pada abg…

Rezeki Allah lagi, abang kena balik awal ni sebab abang dah nak pergi keja kat darat, berkaitan course yang abang ambik tu la, alhamdulillah, contract kali ni setahun, syukur sangat, ni la yang di katakan rezeki anak… abang dah tak perlu naik laut lagi lepas baby kecik lahir at least untuk lebih kurang setahun..;-)


Takat ni dulu update utk hari ni..;-)

9 March 2014

Cerita balik kampung lagi..;-)

Salam maaf sebab aku tak perasan entry ni kosong masa aku publish semalam, line teruk sangat, huhu, ini kisahnya...

Salam, balik kampung hari tu, bapak mertua ku datang ambik kat U, oleh sebab abang tak dak kat rumah maka aku gtau bapak mertua ku mintak hantar aku terus balik rumahku, hihi. Tapi sebelum balik tu, ajak bapak mertua ku singgah Jitra dulu, kononnya nak guna voucher buku la kat QS Jitra untuk beli alat tulis, sekali gi tanya, tak boleh lagi, haishh, nape tak boleh lagi?? Tak faham aku. Then takpala, kami gi jer Jitra Mall bayar bill telefon aku dan abang, RM3 rat ++ juga la, untuk 2 bulan k, bill berdua, ;-)

Ok, sampai ja rumah adik putih macam biasa buat malu2 kucing dia, walaupun dengan kakak sendiri, maklumlah, jarang balik, tapi dia ok jer, mahu juga kalau dukung, tak nangis macam dulu dah, ayah aku yang tengah bawak terektor kat belakang rumah, stop la kejap sebab nampak besan dia datang, sembang punya sembang bapak mertuaku mintak diri. Tapi sebelum tu abang kol tau, abang gtau abang sampai tengah laut dalam 12tghri gitu, kul 5.59pm baru abang kol aku, xpala, at least abang kol, dan itu la last aku dengar suara abang, sampai detik ini…huhu

Malam tu aku lepak kat rumah, main dengan adik putih aku sampai puas, best sangat, tengah malam ja teringat kat abang, tapi tak di layan sangat, sebab ralit ja main dengan adik putih n sembang2 dengan mak, kami tido reramai kat depan tv..

Esoknya, bangun pepagi, basuh baju, basuh pinggan, tolong mak masak, lepas Jumaat ayah dah nak hantar aku balik sana, kan Sabtu aku ada check up kat klinik desa sana, balik Jumaat tu kami siap2 la nak hantar aku, mak ngan adik putih ja follow, yang lain dok umah..
Sampai ja umah mertua aku, lepak2 jap, bancuh air dekat mak, sembang reramai, adik putih cam biasa la, aku bawa dia ke dapur, ikut ja ke mana aku melangkah, hihi, cam comel ja… dah tu  ayah pun mintak diri sebab ada keja, masa salam ngan mak ayah tu asa sebak camna ntah, sedih nak pisah, padahal rumah dekat ja, sob sob sob…

Malam tu aku layan cita TWILIGHT, sampai la ngantuk, dah terlelap pun kat kerusi tu, bangun gi toilet, masuk bilik, kemas2 tempat tido, then baring, zupppp, terus teringat abang, laju ja air mata mengalir, dalam dok ngantuk tu, serius teringat sangat, tak mampu nak control emosi, rindunya Allah ja yang tahu.. (T____T)


Aku hantar email kat abang, dalam linangan air mata, aku tidur pun bertemankan air mata. Hanya pada Allah aku mohon, moga aku kuat, doa agar Allah jagakan abang di lautan sana, moga abang balik ke pangkuan aku dengan selamat.

6 March 2014

Abang dah sampai..

Alhamdulillah abang dah selamat sampai.. abang kol, esok pepagi abang akan bertolak ke laut, sebelum abang kol tadi, aku tengah layan cita, habis ja cita tu, ntah nape tetiba teringat kat abang, menitis laju ja air mata, kebetulan abang kol, macam tetahu ja..

Tak leh nak cakap ngan abang, asa sebak sangat, mungkin malam ni malam last abang akan kol aku sebelum tidur. Malam-malam akan datang abang dah kat tengah laut. Dah terbiasa akan mesej abang, then sebelum tidur abang wajib akan kol aku… Malam ni walaupun masih boleh contact, dah terasa sunyinya tanpa abang.. (T__T)

4 BULAN dengan abang, sejak tahu pregnant mana abang naik laut lagi, ni kali pertama, doakan aku kuat, macam ni la aku tiap kali abang naik laut, biar seribu kali naik pun perasaan tu tetap sama, Tuhan ja yang tau macam mana rasa sunyinya. Dan tiap kali tu juga aku akan teringat kak Nur, pemilik blog Mawar Nafastari, akak, betapa kuatnya akak hadapi hari mendatang tanpa dia di sisi, kuat dan cekalnya hati akak dalam menanggung rindu yang tak mampu lagi diungkap.



Ya Allah, lindungilah suamiku di lautan sana, permudahkan segala urusan dia, amin…

5 March 2014

Abang ke laut Mac 2014

Salam, alhamdulillah, syukur pada Allah, abang dah dapat panggilan ke laut, syukur sangat, Allah dah atur yg terbaik, time aku cuti sem hari tu abang ada ja kat kampung, skang aku dah kat U, abang pun dapat keja, memang salu camtu pun, dari hujung tahun membawa ke awal tahun abang akan jadi penganggur terhormat kat kampung, hihi.

Aku dapat berita ni semalam, masa aku otw balik dari hantar borang kat CUIC, abang gtau abang kena gi Khamis sebab hari Jumaat kena bertolak ke laut. Rabu malam abang akan naik bas. Tak pa la, aku gtau abang petang tu boleh datang kat bb jap. Tetiba semalam masa aku kol abang, abang gtau keja abang di awalkan hari Khamis, abang gi cari tiket semalam, kaunter dah tutup, so hari ni pepagi lagi abang dah ke station bas. Masa memula dengar abang kena gi pagi ni tu menitis juga la air mata, yerla, tak sempat nak jumpa abang, last jumpa masa abang datang hantar aku kat U, SABTU 1/3 hari tu. Sob sob sob.. kejap ja layan perasaan, abang pun gtau abang gi keja, nanti abang balik la.

6.30 pagi tadi aku kejut abang. Dalam kul 9 abang mesej aku, gtau abang dah dalam bas. Ayah hantar. Moga segalanya dipermudahkan, amin.

Abang gtau job kali ni mungkin dalam 2 minggu ja, tapi bergantung juga stage mana yang diorang dah sampai skang, abang agak jela 2 minggu.

Abang naik laut last Sep 2013 entry INI
Abang balik Okt 2013 entry INI


Ya Allah, aku mohon kau peliharalah suamiku walau di mana pun dia berada, permudahkanlah segala urusan dia, amin.

4 March 2014

Rentetan kisah semalam

klik banner


Salam, pertama kali, minta maaf pasal senarai peserta tu, TERpublish plak, line tengah lembap kan, bila tertekan publish pun tak tau la.. hadoii. Sajala tengah rajin nak ngedit, nnt kalau dah banyak susah plak, update sikit2 letak dalam draft..( bajet macam ramai lagi ja nak join kn, hihi)

Pasal thesis dan praktikal yang buat kepala aku jadi serabut tu, satu dah selesai, alhamdulillah, dengan gigihnya tadi sebelum kul 2 aku dah tunggu kat depan pejabat alumni untuk jumpa pegawai praktikal. Dalam 2.15 camtu akak tu masuk. Aku pun gtau  la masalah aku, then akak tu cakap just bagi borang kat CUIC untuk confirm dulu tempat praktikal. Aku pun dengan terkedek kedek menghayunkan langkah kaki ke bangunan CUIC di seberang jalan sana.

Sampai ja sana, jumpa pegawai tu, aku gtau la, borang aku hantar dulu HQ punya alamat, yang ni alamat Alor Setar, kerani tu gtau ok, nanti dalam minggu depan diorang akan post surat permohonan ke tempat praktikal dan minggu depan satu lagi aku boleh follow up dengan company tersebut, lapangnya dada aku dengar semua tu. Cumanya skang aku tak dapat nak isi resume dalam portal ja, dia tulis aku belum mendaftar praktikal, mungkin pegawai tu tak key in lagi data aku, think +v k, hihi.

Skang ni tinggal tesis ja, aku dah jumpa penyelia tesis aku kelmarin, dan tunjukkan aku punya tajuk, dia reject sebab dia nak aku buat KUANTI, yang SPSS bagai tu, kes tu la aku pening pala kelmarin, aku nk buat yang senang, KUALI, just rujuk secondary reference, lec tu nak juga aku buat KUANTI, maka dengan itu aku kena fikir tajuk lain dan itu buat aku jadi sangat serabut, hari ni xpa, asa tenang sikit.

Dalam masa yang sama terima berita dari abang, abang dapat panggilan kerja, alhamdulillah, syukur atas rezeki yg Allah bagi, moga aku kuat untuk hadapi hari2 berikutnya sepanjang abang di tempat kerja, amin…;-)

22 January 2014

Abang dan Laut (T__T)

Dah lama abang bercuti, maklumlah, hujung2 tahun nak masuk awal tahun memang cam gitu pun, kja kureng, kena redha jela, tapi aku hepi sebab abang ada dengan aku, abang jer yang serabut, yerla kalau lama tak naik laut maksudnya poket makin kering, haaaa, ni salah satu hikmah kami tak duduk umah sendiri lagi, at least bil api air, sewa umah tak payah nak fikir sangat, kalau tak pening juga la kann.

Sebut pasal laut, sejak tahu aku mengandung, abang selalu ada di sisi, aku ja yang jauh sebab kat U, tapi at least abang kat umah, hari2 aku boleh kol, tiap minggu aku balik. Sampai la skang, usia kandungan aku dah nak masuk 20 minggu, tak pernah g berjauh dengan abang sampai tak boleh contact, serius, bila aku terfikir ja yang abang kena naik laut dan tinggal aku kat kampung aku mesti nangis, see, dah kuar pun air mata masa tengah taip entry ni, x dapat nak bayang camna tanpa abang.

Aku memang manja dengan abang, macam adik dengan abang, kena marah dengan abang tu perkara biasa, kena usik, aku ni kan macam budak2 sikit.. nanti kalau abang kena naik laut camna? Aku nak manja dengan sapa? Skang ni, aku teringin nak makan apa semua abang beli, abang tak pernah merungut apa pun, kalau abang kat laut aku nak manja mintak itu ini kat sapa, sapa nak layan kerenah aku? Nak nak aku ada baby kecik skang ni, mesti la asa nak 24 jam ja kan dengan abang.

Tapi, kalau dah takdir abang kena naik laut nanti, aku kena kuat, semua tu kan rezeki, aku tak boleh nak ikut perasaan sangat, aku kena sibukkan diri, aku kena fikir positif, doakan aku kuat! Tapi macam biasa la kan, air mata takkan lepas dari gugur kat pipi aku bila rindu tu datang, Allah ja yang tahu.

Buat abang, moga Allah murahkan rezeki abang, rezeki kita sekeluarga, moga Allah permudahkan segala urusan kita, sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik… Bb sayang abang sesangat!


2 October 2013

Rindu abang...

Hari ni genap la seminggu abang kat laut, malam tu abang pesbuk aku, gtau abang sampai 7 pagi, alhamdulillah abang sampai dengan selamat, cuma tak berupaya nak contact sebab takdak telefon, harap wifi yang tersangat lembab tu ja..

Esoknya abang kol aku, 29/9 bestttttt sangat, hihi abang gtau abang tak boleh kol selalu, sebab abang kena tukar kapal, g keja kapal lain, tido kapal lain, kira ulang alik la hari, di tengah laut nun, bukan ulang kat darat. xpa la aku paham, tapi tiap kali abang kol, mesti asa sayu ja, sabaq ja la kan... nasib la aku kat U, tak terasa sangat, mo kat rumah ka, tengok bilik sunyi ja, tgk ruang tamu xda sapa, tidoq sebelah kosong ja, perghh...

30/9 abang langsung tak kol, o pesbuk aku, mungkin abang sibuk, aku paham...

Kelmarin abang kol, hihi, hepi sangat, abang tanya aku sihat x, aku gtau aku sihat ja, senyum sampai telinga ;-)

Tadi pun abang kol, aku tdo sebab sakit kepala. abang gtau abang nak online malam ni, kul berapa tu aku tak pasti la, n tak tau boleh o tak nak online tu, huhu, aku dah gtau abang "berita gembira" abang kata xpala..rezeki depa..

Nak tempek gambaq candid abang sekeping, alahai rindunya hati ini...

kesayangan hamba...
**sesapa yang blom join miniGA nazirahnyerr, jangan lupa tinggalkan link blog anda di entry INI.. malam sok last!! x yah buat entry pun, tinggal link blog ja... dan jangan lupa klik 2 iklan saya, jujur....

27 September 2013

Abang ke laut September 2013

Sebelum tu ada yang perasan tak edisi Ogos tak banyak sangat story, sikit2 ja, suma ni salah bruband, haha, xnak ngaku malas update…

Bulan Ogos hari tu abang ada ke laut, aku jer yang tak update, abang g kejap ja, dalam seminggu, 19 Ogos 2013 sampai 26 Ogos 2013. Asalnya abang kena g 17 Ogos 2013, tapi kami g Syahab Perdana beli tiket, tiket dah habis untuk malam tu, abang kol pihak pengurusan gtau nak delay, nasib la boleh tangguh, sebenarnya 17 & 18 Ogos tu kenduri Wan (kawan baik abang) rezeki Wan, kalau tiket ada abang memang tak g dah kenduri dia. Nanti aku story pasal kenduri Wan ok..

Bulan September ni alhamdulillah abang dapat panggilan, sebulan juga la abang bercuti sementara nak panggil plak, hihi. Rabu malam  25 September 2013 abang bertolak, rabu aku kelas sampai kul 2, aku sewa keta balik kampung jumpa abang. Aku balik malam juga la, tapi tak pa sebab aku balik dengan kakmas, tak takut sangat.

1041pm abang mesej bas dah jalan, dalam 8.48am abang mesej dah sampai Kuantan. Dekat kul 3pm camtu abang kol, gtau kali ni tak boleh bawa hp, sebab ada orang buat hal, so, suma tak dibenarkan bawa hp, sedihnya aku dengar, nanti abang akan kol aku guna I talk ja la, macam biasa… abang gtau nak prepare apa patut, nanti abang kol sebelum simpan hp.. dalam 3.40pm camtu abang kol, gtau abang nak simpan hp dah, abang pesan suruh jaga diri elok, alahai sedihnya, aku cakap kat abang, abang pun jaga diri elok2, then abang letak. Aku mula la, macam biasa. Aku bangun dan kol abang balik, abang tanya nape, abang nak kena simpan hp dah ni, aku cakap aku sayang abang sesangat, abang gtau abang sayang aku juga, air mata aku ngalir, letak jer tipon aku terus tidur, malas nak layan sangat perasaan ni, lagi pun abang g seminggu ja…

Abang gtau sampai sana abang akan kol aku guna I talk, klu ikut abang gtau perjalanan dia 12 jam, maksudnya pagi tadi dah sampai, mungkin abang sibuk, atau pun telefon tu orang ramai, takpala, aku doakan Allah permudahkan segala urusan abang di sana, AMIN…
Pic aku dan abang, masa ni aku dah siap nak balik U dah, ajak abang tangkap gambar jap, abang layan jaa, hihihi

 ABANG DI LAUT, AKU DI DARAT, MOGA KEHIDUPAN KAMI MENDAPAT BERKAT..


*sesapa yang blom join miniGA, jangan lupa tinggalkan link di entry INI..

24 July 2013

Alhamdulillah 15 Ramadhan..;-)

Semalam hampir ja aku off laptop, tapi alhamdulillah aku di beri peluang oleh Allah untuk chating dengan abang, ;-)

InsyaAllah abang bertolak balik malam ni dari laut, moga segalanya berjalan dengan lancar.. amin..


23 July 2013

Berita gumbira~

Hari ke 9 aku berjauhan dengan abang, dan hari kelapan abang di laut.

Hari ketujuh

22 Julai 2013, Isnin, hari ketiga tanpa panggilan dari abang, aku kat rumah aku, dalam kul 12 camtu mak kol (mak mertua) gtau yang petang tu nak g Kangar, cari bju raya, ayah cuti, tak keja, boleh la nak g, tengahari tu aku pun merempit la balik Pida Dua, hihi. Dalam kul3 kami bertolak, pusing2 pekan Kangar tu, dapat la sepasang jubah, kelas kau jahhh, jubah tahun ni, sejak aku meningkat dewasa ni, ni pertama kali aku beli jubah, seingat aku last aku beli jubah masa aku darjah 4, ngeh3, aku beli dengan mak mertua aku, so dapat la diskaun sepasang rm8, ( rm8 tu diskaun ok, bukan harga, haha) ok la tu kan dari tak dapat langsung… ABANG WAIT N SEE BB PAKAI JUBAH TAHUN NI, ;-)

Balik tu aku memang out of service, haha, angin naik kepala, dengan sakit kerongkong, selsema. Agaknya berubah angin kot, angin Perlis ( macam jauh ja Kedah ngan Perlis kan ) lepas buka puasa, salu aku lepak2 online, semalam kul11 dah beradu, letih sangat..

Hari kelapan

23 Julai 2013, Selasa, hari keempat tanpa panggilan abang, huhu, tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii…….jeng3


malam ni aku online, ada mesej kat FB bila on ja, SENYUM TAK PERLU KATA APA-APA, hihihihi
Yang warna kelabu tu xda apa pun, cuma aku jer yg gatai g tutup sebab MALU....... kehkehkeh

Harap semua berjalan dengan lancar dan Allah permudahkan urusan abang, moga abang selamat dalam perjalanan, amin.........

Seriusly, x sabar sangat nak jumpa abang, nak gaduh dengan abang, nak manja dengan abang, rindu abang sesangat!! huhuhuhu

18 July 2013

Ketentuan Dari Nya

Hari ke 4 aku berjauhan dengan abang, dan hari ketiga abang di laut.

Hari ketiga

18 Julai 2013, 1.58pm aku dapat panggilan dari abang, salu kan abang kol pagi, tapi hari ni abang kol petang, sebenarnya aku tak kisah, asalkan aku dapat juga dengar suara abang. Memang confirm tak dak internet, abang cakap stress sangat, yerla kan, dah la dok kat tengah laut, kalau ada internet takdak la bosan sangat, harap abang tabah kat sana..huhu

Bercerita soal Ashraf Muslim yang hangat di perkatakan, geram sakit hati semua ada, sampaikan asa macam nak bagi pelempang ja kat si Sakinah tu, tapi siapalah kita untuk mengadili apa yang terjadi, biarlah Allah ja yang tentukan..

Aku juga seorang perempuan, seorang isteri, dan aku sendiri tidak tahu apa takdir yang telah ditetapkan untukku, jadi aku taknak cakap apa2, aku akan hargai apa yang menjadi milikku sekarang, terima kasih ya Allah anugerahkan aku seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab, menyayangi dan menerima aku apa adanya…Aku akan hargai kebahagiaan ini.


Lumrah seorang perempuan tidak akan suka andai miliknya terpaksa di kongsi, maaf andai statement aku ini agak kasar bunyinya, tapi ketahuilah, seandainya sesuatu itu berkaitan dengan abang, aku tidak pernah dan tidak akan percaya mana2 wanita pun. Dan bagiku tidak pernah wujud sahabat baik antara lelaki dan perempuan tanpa salah seorang punya perasaan. Cukuplah sekadar kawan.

Syukur pada Allah anugerahkan aku kasih sayang ini, moga ianya berkekalan hingga ke akhir hayatku..

Sayang abang! .my love;E.Z.R.I..;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™