Last period
22 Januari 2015, alhamdulillah sejak Ainul lahir, aku start period
tanpa senggugut lagi, syukur Alhamdulillah.
Tanggal 16 Mac 2015 merupakan
hari ke54, dan aku masih belum period. Sengaja aku beli UPT untuk tengok sama ada aku mengandung atau period aku terganggu. Masa ni abang takdak, abang kursus di KL. Balik kerja tu aku dah tak sabar untuk tunggu subuh esok pagi, aku redha ja, masa mandi tu aku terus check. Dan.............................................
.
.
.
.
.
-
Terkejut sangat bila tengok result naik
double line, laju ja line kedua tu naik, sama macam aku test msa ngandung kat Ainul dulu, hihi, senyum tu masyaAllah! Kami rancang sendiri, ini memang rezeki Allah nak bagi, rezeki yg tak disangka-sangka, biarpun jauh di sudut hati rasa fobia masih ada, sesungguhnya
aku yakin Allah lebih tahu apa yg terbaik, dan dia sebaik2 perancang.
Aku ingat nak suprisekan abang tunggu abang balik hari
Khamis tu, tapi dah x sabar aku send ja pic ujian UPT tu kat abang, abang hantar muka terkejut, hihi. Abang cakap pi scan dulu.
SCAN PERTAMA
17 Mac aku ajak pak mertua aku p
klinik, aku tak gtau nak pi buat pa, kami pi semua, my MIL, adik ipar aku n
Ainul, sampai ja klinik tengok2 pendaftaran tutup, huhu. Kami pun lajak pi
makan2, kehkeh.
Esoknya, balik kerja aku pi sendiri. Masa scan tu doc
kata kecik lagi, setitik ja nampak, nak ukur pun tak boleh lagi, tapi kamu
memang sah mengandung!! Nanti lagi 2 minggu mai scan lagi sbb kita nak tau
berapa minggu, berdasarkan tarikh period kamu sepatutnya dah 7 minggu tapi dari
scan ni saya rasa baru 4 minggu. Begitulah penjelasan doctor.
Nampak tak kawasan yg aku bulat tu, doc gtau, 2 titik tu baby n tali pusat, hihi, alahai...;-). Tapi tetap teruja sebab doc gitau confirm mengandung, hihi
SCAN KEDUA
10 April 2015, Jumaat, lebih dari 2 minggu dah, aku ajak
abang p scan, hihi. Bawa Ainul sekali sebab kami nak terus ke Tasik. Jejalan
lagi!! Sampai klinik orang tak ramai dalam 15 minit nama aku dipanggil, abang
tak masuk takut Ainul nangis. Aku masuk sorang, masa scan tu doc tunjuk, ya Allah, syukur
Alhamdulillah, adik AINUL membesar dengan baik, aku Nampak dia dok gerak2, doc
tunjuk jantung dia tengah degup, kepala dia, badan, sempurna, sama macam aku
scan Ainul waktu Ainul 11 minggu, cuma yg ni kecik ja, sebab baru 9 minggu.
Nampak tak bulatan tu?? Dah besar kan? ;-) syukur Alhamdulillah. Doc pun hepi tengok baby membesar dengan elok. Sebab masa 1st scan dulu kan kecik sgt, doc takut something jadi, sebab tu doc mintak aku datang lepas 2 minggu.
Terima kasih Ya Allah!!
Ainul bakal dapat adik!! Minggu depan baru nak pi buat buku merah.
Doakan aku kuat dan baby dalam kandunganku sihat yer!!