26 February 2014

Outing Steamboat Arau

Salam, semalam aku, Kakmas, Diana, Tihah ngan Fiza, reramai keluar outing. 1st kitorang keluar menuju ke Jitra beli barang dapur, cewwah barang dapur tu, macam dok umah sewa plak.. K-Ceria jadi pilihan kami sebab barang kat situ murah2, sebab tu la sanggup gi situ semata2 nak beli barang, then settle situ, kitorang menuju ke Aneka (Jitra Mall). Aku ada usha kasut kat Vern n Top Heel, xdak pulak yg berkenan.

Then kami menuju ke bank plak, ada nak ke CIMB dan Bank Islam, masya-Allah, lari dari bank Islam UUM, sekali tengok bank Islam Jitra pun full, patut la, PTPTN masuk, gaji masuk BRIM pun masuk, tarikh tu juga, mahunya tak penuh bank.

Terus menuju ke destinasi iaitu Arau, best shopping kat Arau, barang dia murah gila!! Aku dapat skirt satu, palazzo satu, memang dah aim nak beli, nasib la abang bagi, aku gtau abang skirt n palazzo murah, murah banyak dari aku beli kat pasar pagi, abang respon, kalau rasa perlu beli ja, hihi, alhamdulillah lega aku dengar sebab aku memang dah beli pun, (^___^). Aku gtau abang perlu sebab aku nak pakai gi kelas, aku tak bawa baju kurung..

Then kami gi ambik laptop kat adik roommate aku, kat perumahan UNIMAP. Haa aktiviti kemuncaknya adalah gi makan steamboat!! Dari kul9 kami sesat sampai kul10 baru jumpa steamboat tu, hadoiii… dah xnak cita lagi, jom layan gambar kami..;-)

Kakmas Tihah aku n Diana..;-)

Aku dan Fiza


Kami makan..;-)
RM10/person, makan sampai muntah, hihihi, air aku order Jus Tembikai, aku makan tak banyak mana pun sebab asa kenyang sesangat...





25 February 2014

Pengumuman Nazirahnyerr miniGA sempena 3rd Anniversary

Seperti yang semua maklum, bulan ni takda keychain miniGA #7, sebab akan digantikn dengan Nazirahnyerr miniGA sempena 3rd Anniversary, sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke-3 pada tarikh tersebut, 3 tahun dah, kejap ja kan masa berlalu.. 

Syukur alhamdulillah, tahun ni sambut ulangtahun bertiga dengan baby kecik, baby kecik skang makin aktif menendang nendang perut bonda dia tanpa mengira waktu, siap sempat rakam video send bagi ayahanda dia tgk lagi, hihi. 

Ok,back to the story, Nazirahnyerr miniGA sempena 3rd Anniversary akan berlangsung pada 27 Feb 2014, iaitu pada tarikh keramat kami..;-) dan akan tamat pada 17 Mac 2014, nak tahu kisah 17 Mac boleh klik SINI..  Kira MiniGA ini akan berlangsung selama 19 hari. Tak lama dan tak cepat..;-)

Terdapat 9 hadiah untuk pemenang bertuah. Pemilihan pemenang menggunakan random.org jer...

Gambar hadiah ada dalam entry miniGA, random pertama 1 frame untuk satu pemenang, random 2-3 akan dapat sepasang keronsang, random 4-9 akan dapat keychain.

Harap ada yang sudi join miniGA yang tak seberapa ni..;-)

24 February 2014

Jom pakat2 like..;-)



Salam, Nazirahnyerr blog dah ada fanpage tau, hari tu masa Eca edit blog aku siap suruh Eca letak butang like kat sidebar lagi, nak menyenangkan para blogger lain nak like, hihi..

So sesapa yang blom like fanpage Nazirahnyerr blog, jom la pakat2 like..;-)

23 February 2014

Baby boy o baby girl??

sumber
Salam, al kisah nak story la sikit tentang jantina baby, actually memang dah semangat dah nak g scan 3d hari tu, tapi bila fikir2 balik memang terlalu awal sangat. Jadi niat tu di postpone kan ke minggu lain, next2 week nanti la kan, skang pun baru 24week..

Ok, sepanjang aku pregnant ni, ramai juga la berteka teki jantina apa, tambah2 bila dah nampak perut ni kan, bukan diorang ja, aku pun excited juga nak tahu, hihi. Aku nak story la beberapa kisah mengenai orang yang berteka teki ni..

Sebelum aku tau aku pregnant, jiran aku ni ada gtau MIL aku, yang aku boleh pregnant, kalau aku pregnant nanti aku akan dapat anak pompuan, tak tau la dia tengok camna kan, MIL  aku la cita kat aku, hihi. Dalam beberapa minggu pas tu aku tau aku pregnant. Kebetulan jerr. 

Then masa aku dalam 19week camtu, aku ada gi pasar pagi dengan MIL aku, time ni la aku beli barut tu. Aku ada singgah satu kedai pak cik india ni, india muslim asanya sebab pakai kopiah, aku nak beli baju, masa nak bayar tu dia ada tegur baby aku baby boy..;) aku senyum ja la..

Beberapa hari pastu tu kalau tak salah aku, kak pupu abang datang rumah,  dia tengok cara aku jalan, then dia gtau aku baby boy..;-)

Beberapa hari sebelum aku masuk U, aku gi pasar pagi dengan MIL aku, tapi yang ni dekat sikit dengan area rumah, aku shopping baju kain n beg ja, untuk balik U, masa aku beli beg tu, penjual tu pelat macam orang Patani siam, tak pasti la, tapi dia tegur, adik ni baby boy ni, aku senyum ja la.

Masa kat U ni aku ada send pic header aku tu kat bestfren aku, sekali dia kata, nampak macam baby boy ja, hihi.

Pak Mertua aku plak kata cucu dia pompuan, hahaha,

Balik kampung baru2 ni, aku g klinik desa untuk check up, sampai ja umah, ada jiran datang rumah, mak ayah mertua ada sekali la, dia plak kata nampak macam pompuan.. aku gtau la, ayah pun kata pompuan, sambil gelak2..

Sebenarnya aku tak take serius pun apa orang kata, lelaki ka perempuan ka, aku tak kisah, asalkan baby sihat, kuar dengan selamat..;-)

Semua orang masih berteka teki sebab masih tak tau lagi jantina apa, maklumlah, lama tunggu kan, sebelah aku tak pa ni cucu yang ke3 dah, sebelah abang cucu sulung ni, excited lebih sikit, hihi, alhamdulillah, untung baby ramai sayang..;-)

Kisah baju baby!

Masa outing dengan roomate hari tu, aku ada naik bahagian atas C-mart tu, bahagian baby, nak beli botol susu untuk adik Solehah. Sambil2 tu sempat lagi mata ni ngusha baju baby, fokus kat newborn..hihi. Dulu aku salu jer gi bahagian tu, tapi buat dekk jela, no feeling omputih kata. Berbeza dengan skang, asa macam nak pitam ja bila tengok baju baby yang comey cute miutt tu, haishh!! SEMUA COMEL!!

Abang, please, bila kita nak start shopping ni?

Ngada tak? Baru 24 minggu, relax dulu, slow2, gendre pun tak tau lagi haa.. nanti la biar tahu jantina nanti senang sikit nak shoppingnya, kalau tak tahu, asa tak puas ja nak beli barang. Newborn pun ada untuk baby gurl n baby boy tau!! Memang excited gila tengok. Comel sesangat! Sangat! Sangat!

Itu aku baru tengok baju, tak tengok lagi barang lain, alahai… Camni rupanya perasaan mommy2 bila shopping barang baby, tak sabarnya aku! Hihi. Skang baru ada tilam kekabu 1 set, kitorang beli kat Perak RM80, then 3 helai barut tradisional aku beli kat pasar pagi (kebetulan jumpa) RM10/3 pcs. Yang lain belum ada lagi.


Ada kisah kat pasar pagi tu, nnt kalau ajin aku story k. hihi

22 February 2014

"Segmen Saya Nak Tudung Syria Superb"


!Assalamualaikum!




6th check up Klinik Desa

Seminggu kat U, aku dh balik kampung, bukan sesaja balik tau, tapi kena gi klinik, tarikh sepatutnya pegi adalah 16/2, tapi disebabkan aku malas nak balik, hari Rabu 19/2 baru aku kol klinik nak tanya aku kena gi ke x? (nurse tu tak kol pun tanya nape aku tak g hari ahad tu).

Nurse cakap mai la hari Sabtu, sebelum kul9 sebab selepas kul9 dia nak kena gi melawat baby ke rumah2. 8.20 aku dah kuar rumah, semangat tak? haha, tak dak orang pun.

Rutin biasa, gi kencing, cek air kencing kotor o tak, alhamdulillah start dari mengandung sampai la skang air kencing aku ok jerr. Then ambil darah, cucuk hujung jari ja, 1st cucuk 10.9, 2nd turun 10.5, nurse decide nak ambik bacaan pertama, sebab dia kata makin cek satgi makin turun, orang makin naik..haha

Then check tekanan darah plak, macam biasa 90/60, always rendah, nurse pesan suruh aku check kat U at least 2 kali seminggu.huhuhu..

Berat?? wowwww, naik mendadak.. 19 hari naik 1.9 kg, haha..nasib nurse tak marah..;-)

Check perut, ni part paling best, nurse tekan2 perut, then ambik pengesan jantung, aku memang teruja bab scan jantung ni, sebab minggu lepas nurse try scan tapi tak jelas lagi. Tengah2 nurse dok scan cari tu boleh plak baby tendang, haha, marah pa kejut dia pepagi, nurse kata, "haa, tendang", aku gelak2 dah, nurse scan lagi, baby kick lagi, aku memang gelak jerla, confirm nyer baby marah kaco dia tido, kan baby kaco bonda dia tengah2 malam...pepagi mesti la nak rest, tetiba plak nurse tekan2 kan...hihi ;-)

Alhamdulillah 130, apa 130 tu aku tak tau la, tapi nurse cakap ok...;-)

Baby memang aktif tendang menendang sejak2 ni, tapi tak dak la sampai timbul kat perut tu ketara sangat, cuma aku dapat rasa la tiap kali baby kick, hepi sangat tau!

Untuk kali yang keberapa kali aku nak panjatkan kesyukuran pada yang Maha Kuasa, kerana telah anugerahkan aku saat2 yang tidak ternilai ini, moga rakan2 di luar sana juga akan dapat rasai detik indah ini, amin...

Kesimpulannya di sini,

6th check up 22/2/2014

Berat : 48.9kg ( naik 1.9kg )
Baby : 24w1d
Hb : 10.9 sebelum ni 10.6

Bp : 90/60 sama jerr

*aku tak jadi nak scan 3D.

20 February 2014

PELIKAT PANTS SET 4-8

Ok sebelum ni ada cerita pasal pelikat pants kan... ada janji nak upload lagi set2 lain yang cantik.. Ini dia set 4-8 pelikat pants, kalau yang blom tgk set 1-3 boleh tengok kat entry INI, jom layan gambar kat bawah ni...






Kalau ada yang berminat boleh la terus pm aku di fb, fb aku ada kat ruangan sidebar..pm laju2 cepat!! Harga mesti la setanding dengan kualitinya, orang kata benda mahal xpa, janji selesa, apa yg pasti memang mampu milik pun, dan sangat berpatutan!! so jangan malu jangan segan untuk pm aku!! Boleh buat hadiah untuk ayah, abang, adik, suami, boyfren, adik angkat.. Mesti diorang suka, special kan..;-)

MINI GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY TENGKUBUTANG

1622047_241627892686141_280465934_n
klik SINI untuk join
Hepi birthday dear, moga mendapat umur yang berkat, dimurahkan rezeki, dan di permudahkan segala urusan di dunia lebih2 lagi di akhirat..;-)

19 February 2014

Petua hilangkan kaki bengkak semasa hamil

Kelmarin masa nak g kelas aku perasan kasut yang ada supporter belakang tu macam muat2 ja dengan kaki, sebelum ni longgar sikit, aku buat bodo jerr, gi kelas cam biasa, kelas plak 3 jam, lenguh pinggang ya ampun, tapi pecah rekod sebab tak mengantuk, 1st kelas lecturer dah masuk bab 1, semangat!

Balik kelas tu kan dah janji dengan roommate nak outing, sampai jer bilik buang kasut baru perasan kaki dah berbekas, dalam ja bekas dia, macam ketat sangat jerr kasut aku pakai tu, hadoii, usha kaki, mak ai…dah macam kaki gajah!! Serius memang nampak lain gila, sebab kaki aku kan jenis pipis, tetiba nampak macam belon mengembang, memang macam kaki gajah la, haha

Bengkak paling ketara kat buku lali, then kat kura kaki, kembung semacam ja aku tengok, dah x macam kaki aku. Awal sangat tak kaki aku membengkak? Aku tanya adik aku dia gtau sebab aku jalan banyak, tu yang kaki aku bengkak. Dia ada bagi satu petua.


TIDUR MALAM2 TINGGIKAN KAKI, oooo, tapi aku tak cuba lagi sebab aku baru baca whatsup dia pagi tadi, malam ni la nak try, semalam aku berurut la kaki tu konon nak bagi hilang bengkak, tidor pun aku paksa tdo ngiring, sebab orang kata tidor terlentang pun salah satu punca kaki bengkak juga..huhu

"GA 1 ANIVERSARY SEMEK dan MAMAT"

klik SINI untuk join..
Moga hubungan yang terbina kekal hingga ke syurga, tabah dalam menghadapi dugaan dalam perhubungan, pandai menjaga batas-batas pergaulan, doakan yang terbaik, mengharapkan redha Allah, dan redha kedua ibu bapa...


Blog Nazirahnyerr berwajah baru..;-)

Di sempatan yang ada ni nak cerita la tentang wajah baru yang sangat menambat hati aku, hihi, hati orang lain tak tahu la plak kan, semalam balik dari outing semangat on laptop nak update pasal wajah baru ni, aleh2 line tak dapat langsung, line handphone pun lembab, sedih aku, last2 aku kemas baju then tdo, haha, terus kepada gambar....
Header hasil tangan Eca, aku ni tau komen ja, haha, aku suka header ni sebab aku nampak comel ja, kehkehkeh yang paling penting ada gambar sweet couple in the world, haha

Footer ni, letak pic scan baby, yang terbaru tak nampak, jadi letak la yg 12week punya, tak pa la, bulan 6 nanti kita letak pic real yer..;-) doakan segalanya dipermudahkan tau..;-)
Jtuh cinta dengan frame dia, thanx Eca.. mulanya Eca letak pic aku pakai baju merah, nampak macam gumuk ja walaupun hakikatnya gitu, tu yang aku suruh Eca tukar pic ni, see, cerewatnya, cian Eca, huhu, tapi gambar ni adalah saat paling bermakna dalah hidupku, saat aku halal untuk dia, Mohd Ezri..love you!
signature ni comel kan, hihi, suma puji blog sendiri, yer sapa lagi nak puji...haha 
Lama, baru, home, wahh klasik gtu tulis bahasa Melayu...
Haaaa, nampak kotak ni jangan lupa tinggal jejak, insyaAllah jejak akan di blas walaupun lambat, bajet sibuk la kununnya, ,huhuhu
Watermark maintain yang lama, aku mintak Eca editkan sikit2 then tambah nama blog kat bawah.. i likeee....;-)

Alhamdulillh, akhirnya siap juga blog ni, 100% berwajah baru, saja mintak Eca buat soft pink, taknak warna terang2, hihi.. Kat sidebar dah ada "like" fb Nazirahnyerr blog, boleh la ringan2 kan jari jemari untuk like..;-)

Nukilan untuk Eca, thanx so much dear sebab sudi layan segala karenah saya yg mintak itu ini, akhirnya siap juga, hepi sangat tengok blog dengan wajah yang baru, tapi takkan sampai setahun sebab bulan 6 nanti kita akan tukar header dan footer baru, kan kan kan hihihi..;-)

Pada sesapa yang nak tengok servis blog yang Eca buat boleh klik SINI... jangan malu jangan segan untuk contact Eca,..;-)

p/s:: Semua gambar2 di atas ni adalah hak milik tuan blog ni, copy atau apa saja bentuk peniruan adalah satu dosa, anda buat anda tanggung..;-) wallahualam..





18 February 2014

Baju baru...

Salam.. entry hari ni bermula dengan wajah baru, semangatnya...;-)

Thanx to Eca!!

Nanti kita review pasal wajah baru ni k, entry ni nak cerita pasal baju baru, bukan baju aku tapi baju handphone aku, hihi. Amboi, serba baru hari ni yer..

Bila tutup

Bila buka, hihi
Aku memang dah lama berkenan nak beli casing hp yang ada tempat untuk letak ic tu, macam comey ja kan, then cari la area Jitra, xda, usha2 kedai hp, xdak juga, last2 aku kirim kat roommate aku suruh dia beli kat Melaka masa cuti sem lepas.

Casing untuk Samsung Galaksi Sii memang susah nak ada patern ni, kalu ada pun yg cover belakang ja, ni pun ada 3 pilihan warna ja, roommate aku ambik merah biru, cantik, di mata aku la, mata orang lain aku tak kisah, hihi.


Harga asal RM38, tapi disebabkan roommate aku beli banyak, tauke tu bagi la RM30. So, sem baru ni aku tengah melaram la dengan casing baru, hadiah birthday untuk diri sendiri, boleh camtu? Haha..

Malam ni aku review pasal wajah baru ni k, aku ada kelas jap g, petang ni plak nak outing dengan roomate aku..;-) Jumpa lagi!

17 February 2014

Keychain dah sampai alhamdulillah..;-)


Alhamdulillah, sampai dah keychain dari miniGA #6, Post ke Sabah tu, takut juga kalau tak sampai kan. Aku post hari Rabu 12/2/2014. Lega sangat bila pemenang tag nama aku dalam fb gtau yang keychain dah sampai..;-) tq dear sebab inform akak. Nak jenguk klik sini..

Sekali lagi kes pemenang tak tuntut hadiah, sayang kan, aku dah inform kat fb, tak tau kot pemenang tak alert, dari dua pemenang hanya seorang ja yang inbox aku gtau detail, jadi aku post la sekali dengan hadiah miniGA #6 aku tu.. aku sponsor keychain juga, hihi

Tapi sampai skang tak tau berita yang keychain tu sampai tak, hope kalau sampai dia sudi la inbox gtau aku kan, dari Johor.


Oleh sebab dah 3 keychain aku niat nak sponsor tapi x dituntut, maka keychain2 tersebut aku akan sponsor untuk diri sendiri dalam GA anniversary pada 27 Feb nanti, aku cadang nak bagi keychain ja semua, dalam 5/6 item..;-). Moga segala-galanya berjalan dengar lancar..;-)

Gelagat seorang KERANI PEJABAT PEREMPUAN dan TUAAAAAA


Pelajar lelaki: saya nak tanya penyelia tesis. Dia pun bagi la nama apa program apa.
Kerani: awak kena lecturer A, tajuk abc.

Pelajar lelaki: kawan saya, nama, n program
Kerani: Lec A juga.

Pelajar perempuan yang beratur belakang tu (aku lerr)

Pelajar perempuan: gtau kerani nama apa, no matrik.
Kerani: apa ni?

Pelajar perempuan: Nak cek penyelia tesis sambil tersenyum simpul, malu2 ( kaunter tu memang untuk cek tesis jer pun)
Kerani: Program

Pelajar perempuan: program apa n nama apa.
Kerani: Lec B

Pelajar perempuan: Boleh tau tajuk saya
Kerani: Sekarang ni awak buat tesis ka saya buat tesis.

Pelajar perempuan: just nak confirm balik (muka dah merah padam sentap 360 darjah)
Kerani: bla bla bla apa tajuk awak buat ni, saya pun tak faham

Pelajar perempuan: xpa2, saya dah ingat, masih boleh tersenyum, sambil tahan malu utk kedua. Nak cek untuk kawan.
Kerani: ( Dengan kereknya ) suruh dia mai sendiri!

TERIMA KASIH

Kesimpulan:

Kalau lelaki bukan main hang layan, habaq sekali tajuk, nak cek kat member pun boleh,

Ya Allah terima kasih beri aku kekuatan dan ketabahan waktu tu, ingat kerani tu dah baya KAK TON ja…

BUDI BAHASA BUDAYA KITA

Kelas hari kedua..

Bukan niat nak cerita bab kelas hari2. Just nak cerita tentang keadaan kelas. Hari ni merupakan hari yang sangat mencabar buat aku, bukan mencabar apa, kelas tu, masya-Allah jauh sesangat, penat juga la aku jalan, Diana pun cakap benda yang sama, kelas ni jauh sangat, DKG 6/20, hujung sekali.

Sambil jalan menuju ke kelas sambil aku berfikir, macam mana aku nak jalan sejauh ni untuk 2-3 bulan akan datang, ya Allah. Kuatkanlah aku. Bas akan turunkan kami di hadapan bas stop Colgis, kelas paling dekat adalah DKG 5, tapi untuk semester ni, semua kelas aku di BT A, iaitu lot bangunan di belakang bangunan Colgis.

BT A mempunyai lot parking kereta, macam tu juga DKG 6, kalau gi dengan motor atau kereta just parking belakang kelas tu ja, dekat sesangat. Kalau la aku pandai design peta nak ja aku lukis betapa jauhnya kelas dari tempat bas stop.

Aku kelas kat sana tiap hari Isnin dan Khamis, bukan kata Ahad dan Rabu kelas aku dekat, kelas area BT  A juga tapi tak sejauh DKG 6/20.

Aku dah jumpa penyelia tesis aku tadi, kebetulan dia lecturer kelas Inter Government, kelas yang DKG 6/20 tu, dah deal time dengan dia hari Rabu ni selepas pukul 2, dia just nak tengok tajuk dan maklumat apa yang kita ada, nak kena prepair dah start hari ni. Moga aku kuat untuk hadapi hari2 seterusnya di sini, amin.

Kedua2 kelas hari ni best....;-)


*hari ni xda pic formal macam entry sebelum ni, kita tangkap pic formal by week k..;-)

Hari pertama kelas..;-)

Mom To Be dah 23week..;-)
Hari pertama kelas, tapi lecturer xdak pun…hmm, ptt la geng2 senior dulu datang seminggu lewat, tak masuk langsung minggu add drop.

Hari pertama kelas, sepanjang perjalanan asa macam semua orang tengok aku, hihi.. macam lawak jer kan, perasan! Tapi bila jumpa kawan2 yg kenal semua tegur pasal baby, merah padam muka aku, dok kot kampung kan xdak sapa nak tegur, abang jer ashik panggil aku “gumuk”, kuikui. Kat sini hampir semua tegur, yerla cuti sebulan, sebelum cuti perut aku mana nampak lagi, skang ja tak makin ketara muncitnya. ;)
2nd kelas kitorang drop sebab dapat lecturer yang agak “baik” mengenai markah result. Jadi tak nak la ambik risiko sem2 last ni kan. So, kelas hari Ahad dan Rabu hanya satu kelas ja, iaitu pukul 12.30 tengahri-2.00 petang. Bahagia tak? Haha..

Hari Selasa satu kelas ja 11.00 pg- 2.00 ptg, 3 jam sekali gus, sekali ja dalam seminggu, manakala hari Isnin & Khamis ada 2 kelas iaitu pukul 9.30 pg- 11.00 pg dan 11.00 pg - 12.30 tengah hari.

Sem ni aku ambik 4 paper ja, 1 thesis. Doakan aku dapat jalani semester ini dengan jayanya yer...

“Hehe…Bb kecik ikut bonda g kelas” – abang..;-)

16 February 2014

“KAD BIRTHDAY GIVEAWAY 2014 | Haslizalizz.com”

Pepagi jenjalan la kat blog2 yang ada kat bloglist ni, yg ada new entry la, ada yg jalan2 saja, ada yang tinggal jejak... tetiba sampai blog Kak Ina (IntaNBerlian), tertarik dengan giveaway yang Kak Ina join... Berkaitan dengan bulan February, hihi....

Ni salah satu contoh ecard yang cantik lagi cute miut tu, hihi

11802047943 4b5a183850 o Kad birthday giveaway | Februari

Cantik kan, mana tau ada rezeki nak dapat Kad Birthday cantik camni..;-)

Saya menyertai Kad bithday giveaway Februari blog haslizalizz...

Nama: Nazirah
D.O.B: 4 Feb....

15 February 2014

Tahun Akhir Semester 6

Aku sekarang dah ada di Universiti Utara Malaysia, untuk menjalani kehidupanku di sini sebagai seorang pelajar sepenuh masa, tahun akhir semester 6. Moga segala-galanya berjalan dengan lancar.

Pejam celik sekejap ja sebulan berlalu, tambah2 abang ada kat kampung, lagi la cepat. Sedih, sapa tak sedih kan nak berjauhan dengan yang tersayang, dok biasa ada depan mata sebulan tup3 takda dah. Tapi aku tetap bersyukur, sebulan cuti kali ini, membahagiakan, dekat dengan abang, dekat dengan keluarga dengan yang paling penting dekat dengan Allah. Ada baby kecik dalam rahim aku yg bisa buat aku tersenyum sendiri..;-)

Esok start kelas pertama jam 1230 tgahri, sengaja add kelas lambat, sebab sem lepas kami dah bertukus lumus bangun awal sebab add kelas kul 8 tiap hari, fuhhhh, ngantukkkkk, ngeee~ biar sem ni rehat dan relax sikit, kelas kul 8, bas full, azab nak berebut..huhu


Doakan sem ni berjalan dengan lancar. Amin. Aku pasti rindukan aktiviti di kampung!! Rindukan abang!! Hanya suara pengubat rindu…huhuhuhu

14 February 2014

PELIKAT PANTS

Salam semua, entry kali nak perkenalkan trend terkini iaitu PELIKAT PANTS…

Seluar yang ala2 aladdin tu, selesa sangat kalau pakai, buat pakai solat pun boleh, lagi selesa sebab kaki dia cekak, dan longgar macam pakai kain, tak perlu nak gulung2 bagai, just saruk macam seluar ja,simple sangat, memudahkan, boleh juga pakai untuk keluar, orang laki ni kan suka benda2 simple gini… Nampak trendy ja bila pakai, ada dalam pelbagai saiz dan pilihan corak, memang superbbb la!

Aku berani cerita ni sebab abang dah pakai, mulanya abang beli, aleh2 abang berminat nak buat niaga plak, aku tolong promot je la,..;-)

Kat bawah ni gambar abang jadi model untuk Pelikat pants, photo take by his wife (aku lerr tuu)  hihi..


Pandangan hadapan

Pandangan belakang

pandangan penuh gaya, hihihi
Kat bawah ni plak pilihan yang ada kalau korang semua nak order, boleh bagi hadiah birthday adik, abang, ayah, suami, hadiah kahwin, special ni tau, belum cuba belum tahu, rambang mata tengok corak ni, macam2 corak ada, haishhh..




Kalau ada yang berminat boleh la terus pm aku di fb, fb aku ada kat ruangan sidebar..pm laju2 cepat!! Harga mesti la setanding dengan kualitinya, orang kata benda mahal xpa, janji selesa, apa yg pasti memang mampu milik pun, dan sangat berpatutan!! so jangan malu jangan segan untuk pm aku!!

Nanti aku upload lagi set2 lain dalam entry akan datang, kita jamu mata untuk yang ini dulu, klu asa berminat untuk order nak tanya pa2 ka, jangan malu segan pm aku k...;)

*UPDATE.. klik SINI untuk tengok set 4-8, tq!!

13 February 2014

Hobi Baru Abang...

Salam, awal Feb hari tu sebelum birthday aku dan abang, abang ada beli something, “BASIKAL” hihi… rupanya cik abang aku ni ada hobi baru, bagus la, untuk kesihatan juga kan, masa baru beli dulu tak sempat nak snap gambar, abang dah kayuh dah berabuk bagai, baru la gatai tangan nak ambik gambar, hihi..

Masa abang baru beli tu, aku gtau dah hasrat nak letak dalam blog, dengan spontan abang cakap, letak tajuk “hobi baru abang” sebab tu la aku letak tajuk tu, tapi dah seminggu lebih baru la berupdate tentang basikal abang tu.

Untuk pengetahuan semua, cuaca kat KEDAH area Jitra ni TERLAMPAU PANAS, asa macam dok kat Gurun pun ada, bahangnya masya-Allah. So, abang akan mulakan kayuhan lewat petang, pusing area kampung ja,dalam 30-45 minit camtu, kalau kayuhan jauh o abang kayuh slow lajak pi 1 jam.. ok la tu, keluar juga peluh kan..

Selalunya abang akan keluar pukul 5.30-6.00 petang camtu, ikut keadaan dan cuaca. Skang ni kan panas, kul 6 pun panas lagi..kul 5 macam 12 tgh hari panas dia...

Haa, aku sempat snap pic abang dua tiga keping masa abang nak keluar g mengayuh hari tu, nak tempek dalam blog buat kenangan, nanti anak aku boleh baca apa ayah dia buat masa zaman muda mudi, hihi


Ini la buah hati baru abang, kalau gaya tak pregnant ni, mau aku kayuh pusing kampung juga, hihihi
Tengah siap nak gerak dah, set, baju, short , sport, earphone n topi..bergaya x? hihi

Yeahhhh!! Ready dah nak gerak ni, salam cium tgn suma hantar dengan pandangan mata, ;-)
Hihihi.. layan ja hobi baru abang ni, nak fit kan balik lemak2 tepu yang dijaga setelah hampir 3 bulan bercuti...

11 February 2014

Result semester 5

Sem ni tak dak semangat nak cek, semua orang dah cek kelmarin, aku jer baru cek hari ni, sebenarnya aku cuba dari semalam lagi tapi tak boleh buka, loading ja memanjang, so pagi ni aku dengan pantasnya on laptop dah cek, lambat juga, tapi at least result tu muncul la juga kan, tak dak macam tunggu buah jatuh dari langit..

Bermula semester satu, result semester 2 aku turun 0.01,
semester 3 turun lagi banyak 0.04 dari semester 2,
semester 4 naik 0.05 dari semester 3,
dan semester 5 ni, ALHAMDULILLAH naik banyak… naik 0.21 dari semester 4

Semua subjek lulus, tak dak C,walaupun tak capai target yang aku impikan, tapi aku tetap bersyukur sebab aku lulus semua subjek, Allah dah permudahkan urusan aku agar aku tak payah nak repeat paper, thank you Allah…;-)


Sabtu ni nak kena daftar... masa tu baby dah 23w, hope aku kuat nak hadapi hari2 kat U nanti, amin..

10 February 2014

IKAN MAMU@TONGKOL

Salam, al kisahnya bapak mertuaku  dan suamiku yang tersayang pegi market pagi td.. awal tau, dalam 3.30 pagi camtu, abang kejut aku gtau nak g market dengan ayah, aku pun keluar la, hantar abang kat depan pintu, boleh plak pak mertua aku ajak ikut suruh aku tido dalam keta, haha, aku cakap baik tido atas katil, best, kehkehkeh…

Aku pesan kat ayah, beli untuk aku ikan tongkol, orang kedah panggil ikan MAMU, aku baru tau ikan MAMU tu ikan tongkol, haha. Salu panggil ikan MAMU ja kan..

Ikan yang aku idamkan dah ada depan mata, tunggu apa lagi, aku buat sambal tumis, resepi macam orang dok buat sambil tumis yang lain juga, aku try ja, sebab aku makan kat kafe sedap, nasiblaa sedappp, hihi, mak (my MIL) masak kari kepala ikan, request by abang, maaf, aku x yakin lagi nak masak kari, walaupun senang ja, sebab kari mak memang terbaik, bayangkan la, dah lebih 30 tahun kahwin pun ayah still puji kari mak sedap… better mak jer yang masak, kang kalu aku masak jahanam kepala ikan tu, haha

Nyummy2, kalau dah berkenan tu, makan itu ja la, tengah hari bawa ke malam, kari tak sentuh langsung, aku kureng sikit kari ikan, tambah2 kalau ikan besar2, ingat lagi masa sebelum kahwin mak aku masak kari ikan, aku buat tak layan ja, membawa sampai sekarang, kalau g kedai pun aku tak pernah ambik kari… melainkan kalau makan kedai mamak nasi kandar, memang x lepas la dari kari kan. Aku buat 5 ketul ja, tinggal seketul ja lagi, dok berangan nak meratah jap g, haha

**Result keluar hari ni, sampai skang tak boleh cek result lagi..;-(




7 February 2014

Baby kecik dah start kick!

Salam Jumaat semua, alhamdulillah, masih sihat, masih bernyawa..

Haa, nak cerita pasal baby kick ni, sebenarnya aku rasa denyut2 tu sejak minggu ke 18 lagi, tapi aku tak yakin itu tendangan, aku ingatkan angin dalam badan aku, aku tanya orang pun orang tak pasti, aku lagi la tak pasti kan, bila search dalam internet pun tak dapat penjelasan yang memuaskan hati aku.

Camna asa tu?? Asa dia cam something denyut kan perut, then ada timbul macam nadi tu kat kulit perut kita, kejap ja, nama pun macam nadi kan, then hilang, timbul balik, dulu jarang2 sekali, sekarang dah makin kerap, teruja sangat tiap kali rasa.

Camna boleh tau tu tendangan?? Adik aku la yang gtau, aku whatsup dia, tanya apa yang dok berdenyut kat perut aku, macam nadi tu, angin ka, dia gtau angin apa nya, tu baby tendang la tu, hang ni…..hahaha.. mana la aku tau kan tu baby tendang, aku search semua perut berombak ombak, aku bajet camtu la baby tendang, haha, rupanya baby aku ni kecik lagi, camtu ja la dia mampu tendang..

Haa, tengah menaip ni pun dok tendang2 juga, bila aku usha x nak plak tendang, hihihi, nak aku bagi perhatian kat dia ler tu, manja betul, hihi, aku memang rajin layan pun, dulu aku pernah baca satu blog tu, dia baring layan baby dia kick dekat2 sejam, aku pun pelik, skang aku sendiri yang alami, rupanya best sangat, bila kita baring then layan ja tengok dia dok tendang2 perut, sejam pun tak terasa, ralit, hahahaha…


Pengalaman ni sungguh manis buat aku, terima kasih ya Allah anugerah aku saat2 indah ini… moga doa2 insan di luar sana untuk bergelar ibu dimakbulkan, amin..dan buat bakal2 ibu, jaga kandungan anda sebaiknya, kerana ia adalah anugerah yang tidak ternilai… ;-)

pssss, nak habiskan entry ni, nak makan durian, bapak mertuaku baru bawa balik!! nyummyyy!!!!

5th Check up Klinik Desa

Kandunganku hari ni genap 22minggu, kejap ja kan, masa g check up ni 21 minggu 2 hari, senang nak kira sebab genapnya hari Jumaat, check upnya hari Ahad, jadi akan lebih 2hari.. Sama juga masa gi check kat KK hari tu 20 minggu 2 hari..

Tapi kali ni check up waktu 21 minggu 3 hari sebab nurse keja half day ja Ahad tu, diorang nak gi melawat baby dari rumah ke rumah. 3.2.2014.

Check up kali ni agak mengecewakan sebab semuanya serba tak kena, salah aku juga sebab tak konsisten makan ubat, aku tau makan ja, ubat x makan juga, ni la akibatnya, tekanan darah rendah, Hb low, air kencing alhamdulillah ok..;-) buat masa la aku hanya ada masalah dengan Hb ngan Bp ja, air kencing n berat alhamdulillah ok.

Disebabkan Hb aku low, aku kena gi pula lagi 2 minggu untuk check, klu low juga kena g KK suntik ambik darah. Nazirah please consistent time makan ubat tu!

Minggu depan nak gi scan 3D insyaAllah..;-)

Kesimpulannya: 

5th check up 3/2/2014
Berat : 47kg ( timbang kat KK 26/1 46.1kg )
Baby : 21w3d
Hb : 10.6

Bp : R 90/60 L 90/70 ( sebelum ni check kat KK 110/70 )

Psssss, baby dah start kick, makin kuat dah skang, nanti aku story bab ni k..

Ya Allah moga baby dalam kandungan Nazirah sihat selalu, amin...

6 February 2014

Birthday boy 30 tahun


Selamat har lahir buat suamiku yang tersayang, hepi sangat sebab tahun ni jadi orang pertama yang wish kat abang face to face, sebab abang ada kat kampung, bb pun ada kat kampung…;-)

Hari ni kuar g ambil laptop kat Jitra, hantar kelmarin, laptop abang, bukan laptop aku, tapi aku yang x update blog kan, haha.

Semalam abang gtau, esok ikut abang pi surau abang nak buat kenduri birthday kita, ;-) tersenyum aku, hihi. Alhamdulillah.. terima kasih ya Allah atas rezeki yang Kau kurniakan..
Birthday boy SEBELUM...
Dedikasi untuk abang,

Selamat menyambut hari lahir yang ke 30 tahun sayang, tamatlah sudah angka 2 di depan tu, dah masuk angka 3 dah sayang bb ni, kejap ja, rupanya dah dekat 10 tahun bb kenal abang…hihi, moga abang mendapat umur yang berkat, di murahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia lebih-lebih di akhirat sana, amin..


Bb sayang abang sesangat, bb kecik pun sayang ayahanda dia sesangat, ;-) moga kebahagian ini kekal hingga ke syurga, amin…

Birthday boy SELEPAS....hihihi
Abang gtau nak cukur rambut masa birthday nanti, hihi...Abang kata abang tak berapa sesuai rambut botak, tapi nanti dah tumbuh rambut sikit handsome la, yer la tu sayang oi...hihi

Imej botak abang yang ada dalam blog ni.. WAJAH KESAYANGAN HAMBA entry Okt 2012..;-)

Sempat juga tengok Ariana Rose tadi sementara tunggu abang mandi nak gi surau, tersentuh dengan kata2 nasihat dari ibu Ariana Rose, puan Asra, lebih kurang camni;

" dah 2 perkahwinan mama lalui, berkahwin, suami dirampas, bercerai, silap mama dulu, mama tak tahu cemburu, mama redha ja, ingat pesan mama Rose, selagi dia suami kita, pertahankan hak kita"

Bergenang air mata dengan nasihat dari puan Asra, huhu

I love sayang..Happy birthday..

Birthday gurl 25 thn

Birthday gurl.. 25 tahun...;-)
4/2 genap la umur aku 25 tahun, kejap ja masa berlalu, dah 25 tahun dah, istimewanya tahun ni sebab aku sambut bertiga, ;-) aku abang dan baby kecik yang kat dalam tummy aku ni, hihi

Asa istimewa sangat tahun ni, sampai tak on langsung laptop untuk buat entry, haha. Dok rumah camtu la, kemalasan melanda.

Dedikasi untuk yang tersayang..

Buat mak,

Terima kasih mak sebab mengandungkan cek, lahirkan cek, skang cek tengah mengandung n tau betapa susahnya nak harungi saat mengandung tu, terutama trimester pertama, cek boleh bayang bila mak cerita mak tak lalu makan masakan rumah, hanya nak makan masakan luar ja, semua pembawakan rupanya, cek boleh tau alahan yang mak cerita masa mengandung kat cek, huhu. Terima kasih mak, sayang mak sesangat.

Buat ayah,

Terima kasih ayah, sebab didik cek, susah payah cari duit untuk cek sekolah dan masuk poli, insyaAllah cek akan balas segala jasa ayah, sayang ayah sesangat..

Buat abang,

Terima kasih abang, sebab ambil tanggungjawab ayah untuk jaga bb, 3 tahun dah sambut hari lahir di bawah tanggungjawab abang, syukur abang ada di sini, boleh ucap face to face birthday bb tahun ni, hepi sangat… bb sayang abang sesangat. Thanx for everything sayang..

Nnt buat entry birthday abang plak…;-)


1st Giveaway by Nur Lovekasih blog

klik SINI untuk join
Penganjur suruh pilih hadiah, aku nak hadiah BLOUSE la, hihihi, ngade tak.. kalau menang la...
Then penganjur tanya pendapat plak tentang blog dia, bagi ku blog penganjur very nive, simple, sejuk mata memandang...;-)

Jom pakat2 join...

4 February 2014

Pemenang Keychain MiniGA #6




Kepada pemenang sila tinggalkan nama dan alamat di mesej fb saya, boleh klik link fb kat sidebar, tq..

insyaAllah kalu ada rezeki nak lancarkan Giveaway 3rd Anniversarry, doakan yer.. pada yang tak dak rezeki bulan ni, cuba lagi, insyaAllah..;-)

3 February 2014

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014

Alhamdulillah... ini tahun ketiga IntaNBerliaN Mega Giveaway @ Giveaway tahunan di blog IntanBerlian diadakan.. Giveaway yang diadakan setiap bulan Februari sempena bulan kewujudan blog IntaNBerliaN & bulan kelahiran Kak Ina...
-kak Ina, bulan kelahiran kita sama la..;-)

klik banner untuk join...
Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
TARIKH TUTUP : 16 FEBRUARI 2014
KLIK SINI JIKA NAK TENGOK HADIAH 
PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA YANG AKAN CABUT UNDI (",)

P/s : Jom la pakat2 join, rugi besar kalau tak join, hadiah GEMPAQ habissss!!! hihi

Senarai peserta Keychain MiniGA #6

Terima kasih daun keladi kepada semua yang sudi join..

PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA 4 FEBRUARI 2014..

  1. http://hasyaifaamadariqfi.blogspot.com/
  2. http://shafiquestevenson.blogspot.com/
  3. http://lasenoritalala.blogspot.com
  4. http://mylovekasih.blogspot.com
  5. http://my-life-are-here.blogspot.com/
  6. http://sheilashahfiekry.blogspot.com/
  7. http://angellovesoldier.blogspot.com/
  8. http://havinue.blogspot.com/
  9. http://cinta5november.blogspot.com
  10. http://mardiahdiana.blogspot.com
  11. http://mawarberduri4147.blogspot.com/
  12. http://diyanawan.blogspot.com/
  13. http://jantungk.blogspot.com/



2 February 2014

Keychain MiniGA #6

ENTRY MELEKAT HINGGA  2 Februari 2014
NAK KEYCHAIN??
TAKKAN JENGAH JA, 
KLIK DAN KLIK THEN TINGGAL LINK, CEPAT!!!

Hadiah Keychain bulan ini....


Syarat2....

1. Terbuka pada suma pembaca nazirahnyerr.blogspot.com (follower) Siapa yg bukan follower wajib follow

2. Tak perlu buat entry..

    Just tinggal link blog di ruangan komen.
    Klu rajin promot la minigiveway ni kat chatbox kawan2..

3. Klik SINI & SINI tunggu hingga habis loading *jujur ya..;-)

4. MiniGA ni akan berlangsung dari 27 Jan 2014 hingga 2 Feb 2014 11.59pm= SEMINGGU

5. 3 Feb 2014 senarai peserta akan dikeluarkan

6. 4 Feb 2014 pemenang akan di umumkan...


**** 27 February nanti takkan ada miniGA #7 tau, sebab akan di gantikan dengan Giveaway Sempena 3rd Anniversary. ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™