Okey nak sambung cerita pengalaman
bersalin..
Untuk pengetahuan semua ni la pertama kali
aku naik ambulans, seumur hidup aku, aku hanya tengok ja ambulans, naiknya
langsung tak pernah. Ada dua orang nurse ikut, tapi diorang dok depan sebab
kami dua orang tak sakit.
Sampai ja hospital terus masuk dewan
bersalin, duduk kat ruangan menunggu, lama juga la aku tunggu, dengan tak makan
apa, lapaq gila. Sembang2 dengan sapa yang ada, then nama aku dipanggil, aku
pun jalan la ke katil, aku tak ingat la cek laluan dulu atau scan jantung baby
dulu, kalau difikirkan logik mesti cek laluan dulu kan, haha.
Cek laluan
Cek laluan kali ke pertama, nurse pelatih
Hospital Jitra
- ok ja, 1st time kan.
Cek laluan kali ke 2, staff nurse Hospital
Jitra
- kasar sikit tapi masih boleh tahan la
Cek laluan kali ke 3, doktor HSB
- hmm cek laluan lagi, tapi doktor ni cek
ok ja, tak da la sakit sangat..
Cek laluan kali ke 4, doktor HSB
- Dr. ni agak sombong, bukan agak tp mmg
sombong, riak takbur pun ada, sekali lagi nama aku dipanggil, aku disuruh
baring, aku tanya nak buat apa, dia gtau saya nak cek laluan, aku kata la tadi
cek dah, dia kata tadi ni dr biasa, saya ni lebih sikit dari diorg, haa, ayat
riak tu kan.. redha ja, kasar nak mampos dia cek, orang ‘pakar’ la katakan, klu
dia tak kahwin lagi, nanti dia kahwin dan mengandung, mintala bagi doc yang cek
laluan dia cek kasar macam mana dia buat (doa), ishh tak baik doa gitu, tapi
biarlah dia rasa plak kan.
Cek laluan kali ke 5, dan seterusnya aku tak ingat tapi dalam 7x
juga la..dalam masa 4 hari. 2x doc laki, buat kering jaa, last2 plak tu,
ingatkan tak kena dah doc laki, hmmm..
OKEY. Kena tahan.
Aku di tahan di wad untuk pantauan sebab result
air kencing ada masalah apa tah, waktu tu kandungan aku baru 37 minggu nak
masuk 38 minggu. Maka lepaklah aku di wad tersebut, rabu malam tu aku masih ok.
malam ke berapa tah aku nangis sebab rindukan abang. Huhu, tetiba rasa sunyi ja
kat wad tu, padahal dalam tu 4 orang, aku ditempatkan di bilik depan. Malam kedua
tu best sangat walaupun tak boleh tdo sebab ada dua orang baby baru, nangis2,
terbayang-bayang baby aku nanti, hihi
Dipaksa bersalin.
Jumaat pagi, doc pakar datang melawat, tiba
kat katil aku dia tanya, dah berapa minggu? 38 minggu. Ada turun tanda, xda. Ada
contraction, xda. Bukaan, masih 2cm. Dengan slumbernya dia arahkan doc lain
suruh masukkan ubat, nak paksa aku bersalin, katanya nak bagi kebenaran balik
pun dah 38 minggu, nanti nak kena datang plak. ( klu aku tau sakit, taubat aku
mintak balik waktu tu)
Dalam tengah hari aku dipanggil untuk cek
laluan lagi, mungkin yang ke 5, doc perempuan, dia tanya aku, nak masuk ubat
dak? Aku yang blurr2 gtau kalau boleh taknak la, yerla aku dengar masuk ubat ni
lagi sakit daripada bersalin biasa, doc gtau dia nak tolong bukakan laluan
secara manual. Aku yang tak tahu apa2 ni merelakan segalanya.
Dah terlalu banyak kali cek membuatkan aku
rasa sakit tiap kali kena cek laluan, dan kali ni bagai nak terputus nyawa bila
doc tu robek2 macam basuh ayam, ya Allah, rasa hancur kulit dan isi kat dalam,
memang macam tu ka, bukaan secara manual supaya tak perlu masukkan ubat, sakit
ya Allah, lepas ja dirobek robek tu, asa macam nak merangkak ja balik bilik,
paksa juga jalan, bila gi toilet, ketul2 darah keluaq, darah lendir, aku
dikhabarkan malam ni doc akan cek laluan lagi dan akan buat bukaan manual untuk
kali kedua, fobianya aku.
Walaupun buat bukaan paksa, aku tetap xda
contraction, yerla baru 38 minggu kan, malam tu sekali lagi aku dirobek,
sungguh kejam doktor tu!! Katanya dia nak buat aku tak boleh tido sakit supaya
aku boleh bersalin tanpa dimasukkan ubat. Sakit ya Allah… aku balik bilik,
berjalan berkawad supaya cepat bukaan, pergi depan tengok iron man, x mampu
sebab sakit dirobek tadi, bukan sakit nak bersalin.
Dimasukkan ubat
Malam tu aku tdo cam biasa, pepagi lg Sabtu
31/5 aku dipanggil untuk cek laluan, kali ni kalu tak salah aku doc laki. Ternyata
still 2cm. mahu tak mahu terpaksa masukkan ubat, tapi yang nasukkan ubat doc
perempuan. Sekali lagi aku menanggung sakit sebab ubat tu ditekan pada tempat
sakit tu.
balik bilik dlam 9 lebih aku dah start
sakit macam senggugut tu, makin lma makin sakit, last aku mintak nak ubt tahan
sakit pelik kan, masuk ubat nak bagi sakit then masukkan ubat tahan sakit plak,
hihi. Dia gtau klu letak ubat tahan sakit ni aku akan ngantuk, automatik bila
ubat tu masuk aku rasa lali ja, tapi aku ingat ja suma, takda la ghaib sampai
tak sedar apa, sakit tetap sakit juga. 12.30 abang datang bawa nasi ayam, aku
teringin nak makan, time tu aku dah lali sangat, abang ngan mak teman sampai
habis waktu rehat, petang tu mak ayah aku pun datang juga, aku dah sakit teruk,
siap meraung2 lagi dalam bilik tu, tutup tirai mak ayah keliling macam dah
nazak sangat, sakitttt..
ke labor room
aku genggam kuat tangan abang, gtau dia aku
sakit, lapar, siap nangis2, mak suapkan aku kurma,,banyak juga aku makan, aku
minum air zam2 yang abang beli, then aku muntah suma, sedih sangat tiem tu, asa
hilang nikmat dunia, nak makan pun Allah tak izin dah, serius asa macam nak
mati, huhu, aku mintak maaf kat suma, aku nak mntak ubat tahan sakit sebab
bukaan masih 3cm, tapi sebelum gi ambik ubat tu, kena gi scan jantng baby,
ternyata baby lena, jadi aku tak dibenarkan untuk ambik ubat tahan sakit untuk
kali kedua. Doc cek bukaan, doc lelaki, bila cek dah 4cm, dah boleh ke labor room,
tapi labor room penuh, aku ditolak balik ke katil.
Masa kat katil tu aku nangis kuat sangat,
sebab sakit yang terlampau, kak pupu aku tengok aku pun dia nangis sekali, mak
mertua aku cita, time tu aku x tak ingat apa dah. Bila aku dah sakit teruk
nurse datang dan gtau aku dah boleh masuk labor room, waktu tu dalam kul 7-8
waktu tu, bukaan 4cm, nurse gtau 1 jam 1cm, ya Allah laamanya..
Masuk ja labor room aku gi kencing dulu
sebab dah tak tahan, naik ja atas katil tu, memang dok sakit dah, nurse bagi
sedut gas kalau sakit, dok sedai kat mulut aku sebab aku rasa sakit salu, aku
sorang2 ja, sedap la aku nak sedut kan, tak hilang mana pun sakit, tetap sakit
jugak, aku gtau aku nak berak nurse kata awai lagi ni, maksudnya aku sakit tu
nak bersalin, tapi masih awal last2 aku tegas gtau nak berak, nurse cakap berak
ja kat sini, huhuhuhu..
9 lebih bukaan dah 8-9cm, diorang panggil
abang masuk, diorang suruh teran, ini memang lawak, lama juga aku teran tapi
tak jadi2, rupanya orang teran macam teran taik, aku teran macam tahan sakit,
nasib nurse tegur, adik teran macam nak berak tu,. Abang kat sebelah, bacakan doa
untuk aku, usap kepala aku, terharu sangat,
doc cina tu comey ja, ayat dia gini “ bagus, bagus, sikit lagi,
bagus-bagus sikit lagi” semangat aku dengar dia kata gtu. Suma support, bila
aku gtau tak larat, diorang bagi kata2 semangat.
3 kali teran yang terakhir tu,
3 kali yang terakhir tu aku teran dengan
sesungguh hati aku, diorang kata kalau sakit teran ja, aku pun teran tak hengat
la, haha.. bila diorang kata nampak dah kepala, abang mintak nak tengok, sempat
lagi nurse tu berseloroh kata rambut macam ayah dia, haha, bila dah sampai kat
pintu tu, memang kebas tak rasa apa dah, keluaq2 tu aku pegang kuat tangan
abang, aku tengok abang sambil kata AINUL Mardiah kita, diorang letak letak
atas dada, masih terasa dan terbayang samai sekarang. bundar mata dia, diorang
suruha aku nyusu, mana aku tau nak nyusu dengan keadaan dia camtu, Ainul nangis
jap ja, then diam, aku kata nape dia tak nangis, terus diorang angkat dia.
Bermulalah sesi jahitan..11 lebih baru sudah.
Tengah jahit tu Doc gtau anak kena tahan NICU, sedh sangat, diorang bawa Ainul,
suruh aku cium dia, masa tu aku tengah kena jahit, aku cium dia, dan tulah last
aku tengok dia, malam tu aku sorang tanpa Ainul..
Panjangnya cerita, insyaALLAH kalau ada
masa dan rajin nanti aku akan story pasal jahitan plak, banyak lagi nak cerita,
tapi slow2 la, baru nak start aktif balik.
#Ainul sekarang dah 2 bulan lebih..;-)