26 August 2012

CEKAPKAN KEMAHIRAN MEMANDU!!


AKU NAK BELAJAR BAWA KETA SAMPAI CEKAP SEBAB:

1. Senang kalau nak p shopping..tak payah bawa barang penuh raga moto...

2. Bawa family g jalan2.. abang kan takdak kat kampung...

3. Time ajin boleh ulang alik sendiri dari UUM ke umah...

4. Boleh g hantar o ambik abang kat airport o station bas tanpa perlu mintak tolong sesapa...

5. Emergency tak gaduh dah klu dah pandai bawa keta..tak kelam kabut...


24 August 2012

" SEORANG SUAMI ITU..."

Aku terbaca satu status ni kat fb.. menarik juga status n komen2 yg d berikan.. so aku ambik n tempek la kat blog aku sebagai renungan kita bersama realiti kehidupan ini... aku dah mintak izin kat tuan punya fb tau.. bukan cilop2 ja..

STATUS 

Wanita bila dah berkahwin, sedikit demi sedikit akan meninggalkan zaman bujangnya bersama kawan2... lebih mementingkan hubungan kekeluargaan dari kengkawan.. berbanding dgn lelaki, dah kawen beranak pinak pun masih sama jgk.. masih enjoy x kira siang malam... masih merasa diri tu bujang.. tetap jgk nak lebihkan kawan2 dari anak isteri sendiri... klu nak dikira dlm 1 hari 24jam.. rasanya waktu bersama kawan2 lebih dari waktu brsama anak2 & isteri.. jgn x tahu, ada yg lebih percayakan kawan2 dari isteri sendiri.. erm.. ini bukan saja2 cakap, tp kenyataan.. d mana2 ada situasi begini...

PENDAPAT

-Orang lelaki jgn la marah dgn statement ni plak.. memang la tak semua lelaki yg dah berkahwin cume pentingkan kawan2 dari keluarga sendri.. tapi peratusnya lebih ke arah tu la

-Alhamdulilah laki aku tak macam tu...harap2 berkekalan perangai lebihkan keluarga dr kawan selamanya

-Mintak d simpangkan...setakat sekarang, keluarga lebih penting.... apa2 pon tanya pendapat isteri dulu
 
-Tu lah.. tak semua suami berperangai macam tu.. kalau ada tu yg belum matang kot & gatai nak kawen sangat tp tanggungjawab takmo laksana... kalau ada pun aku rasa 60% kot
 
-Tak disangkal ada yg begitu… situasi boleh berlaku bila lelaki itu sendiri tak tahu @ lupa apa keutamaan dlm hidup mereka… Alhamdulillah setakat ini suami saya masih anggap kami anak beranak sebagai keutamaan… semoga Allah tetapkan hati dia begitu… yelah hati manusia boleh berubah2. andai itu sebaliknya bermakna kita adalah mangsa keadaan...wallahualam
~ just sharing~
 
-Ada setengah tu langsung tak tanya isteri, ikut kepala sendri ja... tak patut..

-Setengah tu bukan sebab gatai, tp atas desakan keluarga x mo terjadi perkara bukan2... terpaksa kawen, pastu keluarga diabaikan

-Alhamdulilah setakat ni sang suami lebihkan family… kadang2 sian pulak aku tgk sampaikan aku suh p kuar dgn kwn2 sama tp dia takmau… mana la tau, satgi org kata takot bini

-Tu maknanya gatai nak kawen... kalau dia pikiaq dia dah nikah... dia tau tanggungjawab & lebihkan keluarga...

-Stuju... minta Allah SWT lindungi suami2 kita.... kadang2 heran dgn sikap segelintir suami d luar sana, kenapa berperangai begitu?? apa tidak cukup dgn pengorbanan isteri d rumah ke?? isteri dah la melahirkan anak utk mereka, jaga mereka, bagi la sedikit perhatian dan penghargaan

-Ang sama ngan aku.. aku suh gak laki aku pilah staff party.. takmo.. pilah lepak ngan kawan2.. x mo.. kadang2 aku lah yg arrange lepak ngan kawan2 dia..:)

-Bagusnya suami sampi x mau kuar dgn kawan2 semata2 nk jaga hati isteri.. mcm tu la suami mithali... ni x, pantang kwn halo ja, langkah laju ja nk kuar umah...
 
-Dia xtau apa makna nikah tu sebenarnya.. bagusla suami2 kamu
 
-Klu kena situasi mcm nie just amalkn zikir nie :
Ya Aziz
Ya Jabbar
Ya Mutakabir
Insya'Allah semoga Allah lembutkn hati sang suami :)
 
-Faktor status dah ada anak bini makanya hiburan dihadkan.. kalo bole time ni la kena ajaq anak bini dgn ilmu2 agama serba sikit walaupun tidaklah sepandai mana, bkn apa anak2 tengah membesaq, depa nampak suma
 
-Masalahnya ada jenis yg x mau hadkan hiburan tu yg payah tu... pikiaq seronok ja.. bkn nk stay dgn anak bini sembang tentang masalah ka apa..kira depa ja
 
-Suami aku jenis heret kami anak beranak bila nk kuar jumpa kwn2 dia. kdg2 aku plak rimas. hehehe...mcm2
 
-DFK kata..kalau kita balik umah..sebelum masuk umah..bismilah 3x senyum depan pintu, langkah kaki kanan & bg salam..insyaALLAH suami isteri xgaduh & anak2 pun akan dengar kata
 
-Lelaki ttp lelaki... nothing will be change

Macam2 pendapat d sini... bagi pendapat aku... sememangnya keluarga harus d utamakan.. apabila seorang lelaki telah berkahwin.. maka isteri itu adalah keluarganya... yang harus diberi keutamaan.. bukan lagi kawan baik atau kawan2 yang lain... kepentingan isteri harus d utamakan berbanding kepentingan kawan2.. bukan queen control tapi adalah satu tanggungjawab... perlu terima hakikat yang hidup bukan lagi untuk diri sendiri dan kawan2...ada insan lain yang telah menjadi sebahagian daripada hidup anda... berkawan itu tidak salah.. tapi patut berpada pada.. jangan sampai isteri rasa terabai kerana anda lebih mementingkan kawan2.. jangan buat isteri hanya peneman tidur anda... jadikan isteri sebagai seorang kawan yang boleh anda kongsikan segala cerita... segala masalah seorang suami bukanlah beban bagi seorang isteri.. sebaliknya adalah satu penghargaan kerana suami itu sudi untuk berkongsi suka dan duka brsama... sayangi isteri anda.. hargai kehadirannya...


21 August 2012

SEDIKIT YANG PERLU TAHU TENTANG AKU~

Aku seorang yang sangat simple… baik orang layan aku, maka baik lah aku layan orang tu… walaupun sebelum tu orang tu buat aku macam2… selagi aku tak berdendam aku akan tetap bermanis muka andai orang tu datang dan bermanis muka dengan aku…

Kalau aku sedar orang tu tak suka aku, layanan yang buat aku terasa hati… aku akan buat bodoh ja dan tak akan layan orang tu melainkan kalau ada hal2 yang perlu ja… aku akan jauhkan diri dari orang tu… kurang bercakap dan beramah mesra… aku takkan cari masalah dengan orang kalau orang tak cari masalah dengan aku...

Aku ni nampak ja cam garang n outspoken, tapi hati aku ni Tuhan ja yang tau... cepat touching...  halus n nipis... ;-(



abang...(",)

Saja taknak cita lebih2 tentang ni… bukan apa takut jap g air mata mengalir tanpa henti… so taknak cita sangat… now hepi2 ja.. dengan mak, ayah, adik2, mak n ayah mertua n adik ipar… my bff zuni… Alhamdulillah aku mempunyai sebuah keluarga yg bahagia… 2 orang ibu yg sangat baik, 2 orang ayah yg sayang sporting n adik2 yg baik..
 
Abang… aku sayangkan dia, sayang yang teramat sangat… ok bye!

16 August 2012

SUNYINYA MALAM NI..(",)

Malam ni sunyi sangat abang takda… tak sangka malam semalam malam terakhir aku dengan abang.. pagi tadi abang dapat panggilan dari tempat kerja.. abang kena naik esok pagi... so tadi abang g beli tiket kul 11 malam ni… nasib barang2 abang dah packing suma.. Cuma sikit2 ja.. so takdala kelam kabut… sedih.. hanya Tuhan ja yang tahu.. dan kali ni kesedihan tu menjadi berlipat ganda sebab jatuh pada hari raya.. sepanjang couple, tunang.. inila kali pertama abang takda d kampong time raya… ntah la… macam2 aku rasa.. ;-( tadi aku g jitra dengan mak.. ( mak mertua ) g beli kuih muih untuk raya… aku beli barang kat abang… keperluan abang kat sana… pil sakit perut, myk yuyi sebab abang salu kembung, panadol… prepare p la.. mmg kat sana diorang jaga suma.. tapi in case klu emergency… now tak da lagi orang nak ngusik aku… takda lagi orang nak kaco aku… takda lagi orang tempat aku nak bebai o majuk… bila abang dekat aku geram n sakit hati tapi bila jauh aku rindu… ;-( ni la yang dikatakan hati dan perasaan tu milik Tuhan.. kita sapa nak persoalkan suma tu… aku sayang abang… apa pun yang jadi… aku akan pertahankan apa yang aku ada selagi Allah izinkan… amin…

14 August 2012

GARA2 SOS THAI...(",)


Aku g kedai n beli sos thai life… sos yang ad kat KFC tu.. saja bawa balik umah aku.. kebetulan singgah beli roti kat mak… balik tu aku pun buka la sos tu… aku cium bau dia ( cium ja tau ).. terus rasa teringin nak makan KFC… sebab setiap kali aku g makan KFC sos thai adalah sos wajib yang aku akan ambil… aku pun terus menyampaikan hasrat kepada abang… tapi… huhuhu… takpa la… kempunan la dulu… nanti kot baru nak ada rezeki…

12 August 2012

MAK DAH BALIK.. (",)


10 Ogos 2012..mak dapat balik..

Ayah: kakak, mak tukar wad..
Aku: tukar wad mana plak ayah..
Ayah: wad matang kong..
Aku: tersenyum sampai telinga, bersyukur tak terhingga..

Terima kasih ya Allah..

Hujung bulan Ogos nanti mak ada temujanji dengan doc pakar paru2... Hopefully takdak apa la.. suma baik2 ja.. insyaAllah…




5 August 2012

3 Ogos 2012.. ibu batuk darah

Pagi aku kat pida 2, mesej dikna, dikna gtau mak batuk berdarah masa sahur.. aku terus kol chik.. betul.. aku Tanya nape tak gtau aku.. dia cakap ayah tak bagi.. mungkin tak nak aku risau.. petang tu lepas jumaat  aku balik dengan adik zirah ( adik abang yg bongsu ).. Alhamdulillah mak sihat ja..  sembang2 dengan mak.. ngusik2 adik baru.. petang dalam 1830 aku siap2 nak balik pida 2 untuk berbuka.. x berani nak balik malam.. tgh2 siap adik2 nangis.. dalam tu plak mak batuk..aku tengok ada darah kat kain yang mak tahan.. banyak juga la.. ;-( dah tu mak terus batuk n terus berdarah.. kami panic..chik terus call ayah gtau mak batuk darah banyak.. kjap ja ayah sampai n kelam kabut ajak mak g hospital.. nasib aku dah siap.. aku follow ja n tinggal adik zirah kat umah.. aku kol abang gtau aku teman mak g hospital.. chik follow n adik baru.. kami g hospital jitra sbb dekat sikit..

Mak dipindahkan ke sultanah bahiyah

Kami dapat info mak kena pindah g sultanah bahiyah... aduh adik dah menyusu lama dah ni..  memang pening la sebab adik memang makan banyak.. pusing 1 jitra kami g cari barang untuk menyusu, botol, susu.. tapi tak dapat sbb dah lewat.. kami balik umah n mintak tolong kak syikin yang tgh menyusu syuhada untuk tolong susukan adik.. Alhamdulillah adik mau.. bayangkan dia nangis dari jitra sampai umah.. mmg dia tak tahan lapar… kesian aku tgk..

4 ogos 2012.. kami keletihan..

Malam tu juga aku minta tolong abang untuk g hospital.. dengan roadtax keta tamat tempoh.. nasib abang pinjam keta sepupu wan.. kami bertolak ke sultanah bahiyah dalam 12am juga la 6 ogos 2012.. bawa adik baru kot2 mak dapat menyusu.. mak ditempatkan d wad kuning bahagian kecemasan.. mak ok ja.. adik dah start nangis.. kami bawa masuk  adik untuk menyusu.. mak perah susu dalam botol.. (ayah g pinjam kat kawan dia) dapat la setengah botol sebab doc dah datang nak bawa mak g wad..kami semua balik dalam 4am juga la..
Siangnya adik2 ja g tgk mak.. aku n chik jaga adik kat umah.. kesian mak.. terpaksa berjauhan dengan adik baru.. bila kol ja mesti nangis.. rindukan adik..  mak tak dapat nak bagi susu badan kat adik atas arahan doctor.. 

5 ogos 2012.. kami g melawat mak.. jutaan terima kasih buat abang..

Dah  2 malam aku tido umah aku.. pagi td aku balik pida 2, buat kja n ambik baju.. rindu sangat kat abang.. huhu.. dalam 12 lebih aku balik umah.. petang tu kami g tgk mak.. mintak tolong abang hantar.. Alhamdulillah mak sihat ja.. Cuma perlu g hospital lama untuk scan paru2..moga mak sihat ja.. mak hepi tadi sebab kami bawa adik g jumpa mak.. adik tak boleh masuk dalam wad.. so kami minta kebenaran untuk bawa mak keluar kat ruang legar.. hepinya mak dapat jumpa adik.. ;-)

Moga mak cepat sihat.. rindu mak.. ;-(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™