29 January 2014

Cirit birit semasa hamil

Ahad hari tu lepas ja balik dari scan, kami tak balik terus lagi, kami g Jitra beli barang, siap kena bayar kompaun gi kat Majlis Daerah Kubang Pasu sebab tak pamerkan kupon parking. Then kami gi Alor Setar, tujuannya sebab aku ngidam nak makan nasi goreng siam kat Ct Plaza. Aku sorang ja makan, abang teman ja, aku siap ambik ayam lebih lagi, sedap sebab dia goreng macam keropok twisties, hihi

Then balik rumah, akibat keletihan yang teramat, aku terlelap, tak makan apa2 la sebab dah makan tengahari tu, tapi masa aku makan tengahari tu, aku memang dah betul2 lapar, licin nasi tu aku makan, siap letak sambal belacan extra, tu pun licin.

Then petang sikit aku ajak abang balik rumah hantar barang kat mak, balik tu, aku makan kuih yang abang singgah beli, semua makan, dengan air teh, abang tinggal aku kat rumah sebab abang nak g mancing, malam sikit mak buat cucur udang, best sangat makan ramai2 dengan adik2.

Selesai suma, lepak2 tengok juara lagu, abang gtau nak datang ambik aku malam sikit sebab dia balik mancing pun dah dekat maghrib, abang mancing sungai area rumah kawan dia. Tengah layan tv tu aku sakit kat ulu hati, aku baring ja, aku tak gtau sesapa pun, then perut start memulas. Aku terus gi toilet.

Dalam toilet tu la, ya Allah, sakit sesangat, asa letih macam nak tidur ja, memulas tapi tak berry pun, sakit yang teramat, dalam hati aku doa suma okey, takut sesangat baby kecik jadi pa2 kan, dalam 2,3 kali menderita baru la selamat melabur, memang cirit birit la, ayah aku ashik panggil dari luar, yerla risau aku lama sangat dalam toilet, mana tahu jatuh  ka apa ka kan, risau sungguh, sampai suruh mak aku datang tengok aku.

Kira masa sakit tu memang aku nangis la, gtau sakit perut, kalau berry takpa, kira kita sakit perut sebab nak melabur. Malam tu dalam 4,5 kali juga la ulang toilet, sampaila habis juara lagu. Sakit…. Aku pernah alami cirit birit yang macam tu sebelum pregnant, tapi jarang sesangat la, ni baru pertama kali jadi sejak aku pregnant, mau semua tak risau, tiap kali aku bangun nak gi toilet ayah mesti kata, “jalan elok2 sikit kak” bilik air kan licin. Huhu. Terharu di situ, betapa carringnya mak ayah aku. Risau sebab aku ngah ngandung kan, dok ulang p toilet banyak kali.

Semua pakat dok buat kesimpulan aku makan apa sampai cirit teruk camtu, bila disenaraikan balik abang kata kes nasi goreng siam tu la, sebab yang lain semua orang makan sekali, nasi goreng siam tu ja aku makan sorang. Abang kata kes sambal belacan tu, huhu

Sebelum tidur sempat g abang ngusik aku, dia bisik kat telinga "esok kita pi makan nasi goreng siam lagi naihh" hukhukhuk, abang ni....saja....(^_^)


Angin sakit perut tu masih terasa sampai skang…huhu, doakan semua baik2 ja…

28 January 2014

testing update guna hp abg...

Update blog guna handphone abang...ooyyeyy.... Dah pesan dah kat abg..klu abang nk bli baru jangan jual hp ni..jual hp aku..hp ni kasi aku jerrr...kuikuikui

 Wahhhhh....boleh upload gambarrr... Bestnyaaa... Ee Samsung galaksi sii xmampu buat semua ni tauuu... Hihi

Klu boleh pun x larat nk tekan...

Ok lahhh... Klu ada rezeki Nak dpt hp ni kannnnn.... Hp apa...nnt aku update k..;-)

Kandunganku 20 minggu ;-)

Alhamdulillah miniGA yang aku anjurkan dan berlangsung selama dua hari, kepada sesapa yang singgah blog aku yang blom join miniGA aku lagi sudi-sudilah klik SINI, SEMINGGU  ja tau, tak payah malas2, bukan nak kena buat entry pun, tinggalkan link blog kat entry tu ja.

Okey tanggal 26/1/2014 hari Ahad aku ada temujanji dengan doctor klinik kesihatan Tunjang untuk repeat scan. Check up bulanan aku kat klinik desa, kalau scan kena gi klinik kesihatan, ni kali kedua aku scan kat klinik tu, 1st masa aku buat buku merah 27/10/2013 Ahad. Masa tu baby baru  7minggu nampak macam kacang merah ja.

Sebelum tiba tarikh scan ni aku ada g scan kat swasta tau, Dr. Noriah, kebetulan aku teman kawan aku untuk cek kesuburan, terus la scan perut aku skali, masa tu 4/12/2013 kandungan aku 12 minggu, best sangat nampak baby dok lonjak-lonjak dalam perut, aktif sangat baby masa tu. Aku nak sangat scan sebab asa lambat gila nak tunggu 26/1..hihihi

Akhirnya tiba juga kan 26/1/2014, pepagi lagi aku dah bangun, iron baju, iron tudung, haaa, tak sabarnya nak tengok anakanda aku tengah buat apa kat dalam ni, serius memang excited sangat, aku g dengan abang, Alhamdulillah abang masih ada di darat untuk teman aku tiap kali check up..;-)

Sampai ja klinik, letak buku merah dalam raga, aku blur, tanya akak kaunter tu, kena ambik no tak, dia kata tak payah, nanti dia panggil, dia panggil nama aku, dia bagi no untuk jumpa doc, g timbang, alhamdulillah berat naik, check tekanan darah, Alhamdulillah stabil, then g test air kencing kat makmal, okey ja tak kena apa2, tunggu la untuk jumpa doc, nak kata lama pun tak kejap sangat pun tak, sedang2 ja waktu aku tunggu. Timbul la no aku, kali ni ajak abang masuk, sebab abang tak tgk g aku scan.

Dah sembang2 dengan doc, doc suruh aku baring, aku pun baring, abang tunggu la kat hujung katil tu, nak tengok baby kecik la katakan, doc sapu jel kat perut then mula scan, aku tak perasan apa pun, aku tanya la mana baby, doc tunjuk ni kepala dia, then ni kaki dia, ni jantung dia, kat jantung tu aku nampak la benda dok berdegup, yang lain langsung tak perasan apa, lama juga doc scan, sambil doc ambik ukuran, sedangkan aku yang dok tengok tak perasan apa pun, ikut hati nak ja aku nangis, betapa kecewanya aku, apa pun doc gtau baby sihat, Alhamdulillah.

Print kuar pun nampak garis warna putih ja, sampai aku kena tanya doc mana baby, doc tunjuk ni kepala ni kaki, garisan putih terang tu tulang belakang dia. Atas kereta aku terus gtau abang aku nak buat scan 3D, aku tanya abg nape masa aku scan swasta masa 12minggu hari tu nampak clear ja baby dok lonjak2, ni sampai tak nampak apa langsung walaupun dah 20 minggu. Abang gtau tengok la kualiti, kalau tak takkan swasta nak cas sampai RM35 sekali scan, sungguh juga kan, alahai… SEDIH AKU..

Aku mesej dengan wife kawan abang, dia cadangkan aku g buat kat Mahsuri, cepat dan murah, dia masa 4 bulan dah tahu jantina, see, aku skang dah 5 bulan tau!! Hukhukhuk… sabar sabar, so aku cadang nak g buat 3D scan masa kandungan 24minggu nanti, insyaAllah, ;-) Wife kawan abang kata scan kat klinik kesihatan tu zaman jepun punya tu tak nampak apa, kehkehkeh, gelak besaq aku dengar..

Kesimpulannya:
Berat : 46.1kg (naik 1.2kg dalam masa 3 minggu)
Baby : 20week
Hb : tak check
Bp : 110/70 ( sebelum ni 100/70 )

Doakan baby sihat yer...;-)


26 January 2014

Pengumuman Kechain MiniGA #6

Alhamdulillah, sudah sampai 6 kali dah, tanda penghargaan kepada rakan blogger yang sudi singgah dan baca coretan peribadi di blog yang serba kekurangan ini..

Kechain MiniGA #6 akan dilancarkan pada 27 JANUARI 2014 iaitu hari Isnin..
Jam 1200 sampai 2 FEB 2014 11.59 pm, selama seminggu... Jangan lupa join..;-)

25 January 2014

OPZZPINKY GA 2014 BY SHARINA

Saya nak ajak korang join GA menarik Blog Opzzpinky ini, hadiah cun menanti korang, mari ramai2 join ya..klik SINI
GA ini ditaja oleh Sha Dhira San | Irah Zahirah | Alyssa | Yana | Nazlyizan | Suejana | Najmi | Kina |Rubiey |
SE-Shop
Salah satu kedai online yang baru dibuka, menitik beratkan kecantikan dan kesihatan kaum hawa, dimana menawarkan harga yang murah dan mampu milik bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan juga kecantikan. Mari kunjungi SE-Shop pasti korang tertawan dengan harga menarik :)
Produk HOT masa kini
Harum Malam 
Set Kecantikan Collogen + Vit E
Bedak Sejuk Tanaka
Emilay
Ibu Putih JannaLawwa
Perla Coffee
Sila PM di SINI jika berminat :)

24 January 2014

Berita Baik Dari Rakan Blogger

Salam Jumaat semua, alhamdulillah masih bernafas di bumi Nya. Berita baik yang aku dapat pagi ni adalah daripada blogger kesayangan ramai iaitu kak Ina ( IntaNBerlian ). Haaa apa berita gembiranya, rupanya entry muntah2 loya2 sebelum ni adalah petanda kak Ina kita berbadan dua, wahhh, hepinya..;-) Harapan kak Ina moga kali ni dia dapat baby boy plak, supaya nanti ada yang akan jaga si comel Alisha dan si cute Aqilah, ;-)

Tapi itu keputusan blom rasmi lagi tau, kak Ina baru test guna UPT, blom gi klinik confirm lagi, apa pun sama2 kita doakan yang terbaik untuk kak Ina..;-)

Di kesempatan ini mari juga kita doakan untuk blogger kesayangan ramai Cik su (Lobak Susue) moga dia dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata, amin..


Setuju sangat dengan pendapat kak Ina melalui entry INI, berkat Doa tau, jujur aku akui, dalam menulis aku juga ada selitkan doa moga2 aku jua diberi peluang untuk merasai adanya zuriat sendiri, untuk merasai bagaimana rasanya mengandung, dan alhamdulillah, berkat doa yang aku tulis dalam blog ni, dibaca dan di aminkan oleh blogger2 yang sudi berkunjung ke blog aku, Allah makbulkan doa aku, syukur sangat, jadi jangan putus asa untuk berdoa, sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita…Yakin padaNya, insyaAllah..

22 January 2014

Abang dan Laut (T__T)

Dah lama abang bercuti, maklumlah, hujung2 tahun nak masuk awal tahun memang cam gitu pun, kja kureng, kena redha jela, tapi aku hepi sebab abang ada dengan aku, abang jer yang serabut, yerla kalau lama tak naik laut maksudnya poket makin kering, haaaa, ni salah satu hikmah kami tak duduk umah sendiri lagi, at least bil api air, sewa umah tak payah nak fikir sangat, kalau tak pening juga la kann.

Sebut pasal laut, sejak tahu aku mengandung, abang selalu ada di sisi, aku ja yang jauh sebab kat U, tapi at least abang kat umah, hari2 aku boleh kol, tiap minggu aku balik. Sampai la skang, usia kandungan aku dah nak masuk 20 minggu, tak pernah g berjauh dengan abang sampai tak boleh contact, serius, bila aku terfikir ja yang abang kena naik laut dan tinggal aku kat kampung aku mesti nangis, see, dah kuar pun air mata masa tengah taip entry ni, x dapat nak bayang camna tanpa abang.

Aku memang manja dengan abang, macam adik dengan abang, kena marah dengan abang tu perkara biasa, kena usik, aku ni kan macam budak2 sikit.. nanti kalau abang kena naik laut camna? Aku nak manja dengan sapa? Skang ni, aku teringin nak makan apa semua abang beli, abang tak pernah merungut apa pun, kalau abang kat laut aku nak manja mintak itu ini kat sapa, sapa nak layan kerenah aku? Nak nak aku ada baby kecik skang ni, mesti la asa nak 24 jam ja kan dengan abang.

Tapi, kalau dah takdir abang kena naik laut nanti, aku kena kuat, semua tu kan rezeki, aku tak boleh nak ikut perasaan sangat, aku kena sibukkan diri, aku kena fikir positif, doakan aku kuat! Tapi macam biasa la kan, air mata takkan lepas dari gugur kat pipi aku bila rindu tu datang, Allah ja yang tahu.

Buat abang, moga Allah murahkan rezeki abang, rezeki kita sekeluarga, moga Allah permudahkan segala urusan kita, sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik… Bb sayang abang sesangat!


"Pre 5k Giveaway Dunia sebenar Shida Dianjurkan oleh Nur Alja"



Tekan Banner untuk Join 
Pre 5k Giveaway Dunia sebenar Shida Dianjurkan oleh Nur Alja

Senarai Hadiah
TOP REFERRAL X1
[ Topup RM5 + bookmark special + ole-ole dari medan + bloglist setahun blog duniashida.com ]

RANDOM
Bookmark special x8 Pemenang
Ole-ole dari Medan x4 Pemenang
Button badge x2 Pemenang


Due Date :- 19-23 Januari 2014 [ HANYA 5 HARI SAHAJA ]


tag:
awak
awak

21 January 2014

Hadiah Yang Tak Dituntut


Aku ada jadi sponsor untuk satu GA di Blog Hawa, untuk dua pemenang, tapi sayangnya pemenang tak tuntut hadiah, tempoh tuntutan lama juga asanya dalam 3 minggu kalau tak salah aku, aku dah post kat pgae blog aku Nazirahnyerr blog, tapi still xda yang tuntut juga, skang tempohnya dah habis, mungkin xda rezeki dua pemenang tersebut.

Iktibar yang aku dapat ambil dari peristiwa ni, lepas ni kalau nak anjurkan GA aku akan wajibkan semua untuk masukkan aku dalam bloglist, senang nanti untuk alert pengumuman pemenang, aku sendiri pun kekadang terlepas pandang GA2 yang aku join. Bukan untuk selamanya pun bloglist tu, cukup sekadar sepanjang GA berlangsung sehingga pengumuman pemenang dikeluarkan. Setuju tak?? hihi

So skang aku tengah fikir untuk masukkan hadiah ni dalam GA aku bulan 2 ni, sempena anniversary yang ke 3, cewwah, hihi... masih dalam perancangan, doakan yer..;-)

20 January 2014

Seminggu dah rupanya tak update

Pejam celik dah seminggu rupanya aku tak update blog aku, maknanya aku ada kat kampung lebih kurang seminggu dah, hukhuk, see, bila kat kampung masa berlalu dengan pantas sekali, kalau kat U tu tak larat nak menghitung hari, hadoiii.

Ada ja dalam draft cerita tentang last paper tapi aku tak transfer lagi gambar dalam laptop, so entry tu terpendam ja dalam draft, dah la on laptop sekali sekala ja, hmm

Banyak sangat nak story, apa yang jadi penghalang adalah KEMALASAN, so memang tak boleh nak salahkan sesapa la, suma atas diri sendiri ja, teruk kan, huhu.

Baby kecik?? Alhamdulillah, dah 19 minggu dah, perut pun dah makin muncit, entry pasal last paper nnt ada la pic aku yang kiut miut tu, hahaha.


Ok dah la, bebel takat ni ja, dah tak tahu nak tulis apa, cukup la sekadar menjelma sekejap setelah seminggu menyepi.. ;-)

12 January 2014

'Birthday GiveAway by Cik Ayue'.


klik SINI untuk join...
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 27 BUAT CIK AYUE..;-)

GA ni mintak kita sertakan 2 keping gambar wedding idaman iaitu pelamin dan baju pengantin.

Untuk pengetahuan semua, masa aku kawin dulu, kami tak bersanding, jadi takdala pelamin bagai, tapi setiap pompuan kan mesti ada pelamin idaman kan, pelamin idaman aku ialah sebuah pelamin yang simple, tak crowded, sesuai dengan keadaan rumah aku (rumah kampung). Search dalam internet terjumpa la pic ni, sesuai dengan kriteria yang aku idamkan, simple, just guna 2 warna ja. ruang luas untuk sedara mara bergambar. Ada 2 bunga telur dan bunga2 hiasan. Perfect!!

sumber
PELAMIN
Then, pic baju pengantin, hihi, mestilah ambik diri sendiri jadi model kan, pilihan warna merah hati, sesuai dengan kulit kami berdua yang sawo matang, haa, pemilihan warna jangan main terjah jer, kena sesuaikan dengan warna kulit kita dan pasangan juga, potongan baju plak sesuai dengan ketinggian kita, untuk aku yang sedia rendang ni, kebaya labuh nampak sesuai ja..;-)

KENDURI 5 MAC 2011
BAJU PENGANTIN
BAJU PENGANTIN
Pesanan ikhlas, selain pemilihan baju, pemilihan tempat untuk photoshoot juga penting, macam aku ni, kami buat kenduri simple ja, buat sama sehari, petang dalam kul 5 kami keluar, kebanyakan wedding yang aku join sempat g satu lokasi ja, kalut. macam kami sempat g banyak lokasi juga, bendang, kebun getah, sungai, tepi laut, alhamdulillah, sesi photoshoot berjalan dengan lancar. ;-)

Hadiah Birthday Giveaway

Teddy Bear x 1
(lebih kurang mcm dlm banner tu)

Novel by Meg Cabot x 1

Mini Tasbih x 1

Face Mask + Eye Bag Mask x 1

DIY Frame x 1


Pemilihan Pemenang

Top Referral
Teddy Bear

Gambar memikat hati ('',)
Novel
Mini Tasbih

Random
Face Mask+ Eyebag Mask
DIY Frame

Tarihk penyertaan
4 Januari 2014 -31 Januari 2014
Follower yang ke #130

tag: awak, awak dan awak


Dalam join GA dapat juga story tentang wedding aku, 2 in 1, ;-)

Terasa hati dengan kawan

Sebenarnya aku ada kecil hati dengan seseorang, entahlah, aku ni sensitif tapi aku maafkan orang yang buat salah kat aku asalkan orang tu mintak maaf, aku tak pandai nak bermasam muka, tambah2 kalau orang tu ada depan mata aku, tak tergamak rasanya.

Al kisahnya ada seorang kenalan di kampung aku, boleh dikira rapat sebab akad nikah kenduri kahwin dia suma aku pi. Siap aku abadikan dalam blog ni lagi..

Lama kami tak contact, suatu hari aku text dia, lebih kurang camni ayat aku “hai dok buat apa,sihat ka, muntah tak lagi” (kebetulan dia pun tengah pregnant macam aku). Dia tak balas, its ok, aku langsung tak fikir apa2, aku msj sekadar bertanya khabar.

Lebih kurang seminggu lepas tu aku dapat mesej, ingat dari siapa rupanya dari dia, tanpa bagi salam, tanpa mintak maaf terus tulis “sihat ja, muntah lagi”. Lebih kurang SEMINGGU tau mesej yang aku hantar dulu, aku macam biasa, masih boleh nak bergurau senda, aku pun balas mesej dia, “amboi jauhnya mesej nak sampai ****”  (kg dia).  Dia balas lebih kurang camni “kredit xda daaa,sori”. Tanpa rasa bersalah, aku memang sentap gila la, daa daa apa, agakla nak mesej, aku tua dari dia kot, serius rasa dia tak hormat sgt, kalau orang kedah kata ‘kurang ajaq’. 1st dia balas mesej aku tanpa mintak maaf, tanpa bagi salam, main terjah camtu ja, mesej yang untuk seminggu yang lalu, bila aku bergurau sikit, balas ayat buat aku sentap, macam orang tak ikhlas nak balas mesej.

Aku just reply, “hihihi”. Tak tau nak tulis apa, buntu, sentap suma ada, selama ni mesej ok ja, dia salu gak text aku, aku layan seadanya, kalau rasa tak nak balas mesej aku, tak payah la nak mesej kurang ajar camtu. Aku sikit pun tak paksa, aku just mesej sekadar tanya khabar kawan2, kalau alasan dia ngandung hormon tak stabil, aku pun ngandung juga, tapi silaturahim kena la jaga, jangan ikut emosi sangat. Selama ni dok ngadu kat aku muntah la apa la boleh ja mesej leklok. Hmm..

Lama juga kami tak contact, suatu malam, dia text aku, tanya aku buat apa, ikut hati macam tak nak reply, tapi bila fikir balik, sampai bila, aku pun reply, tgh tgk tv, dia tanya aku kat mana, aku gtau kat kg. mesej kami tamat camtu ja.

Masa tu bulan Dec 2013, 2013 berlalu, 2014 ni kami tak contact lagi, hati aku masih terasa, tapi kalau dia mesej dan mintak maaf aku ok ja, Cuma untuk aku mulakan dulu, agak sukar sebab aku takut hati aku akan terasa untuk kali kedua.

Pesanan untuk semua, hormatilah orang lebih tua dari kita, tak kiralah tua setahun ka dua tahun ka 10 tahun ka, walaupun rakan sebaya atau adik2, tetap perlu hormat.. cakap leklok. Apa salah kalu dia text aku camni;
“salam, sori sis, hari tu tak reply sebab xda kredit, **** sihat ja, cuma skang muntah lagi, sis sihat?”
Kan sedap aku nak baca daripada “sihat ja, muntah lagi” kredit xda daa, sori”


Mesti suma faham apa yang aku rasa kan. ;-(

11 January 2014

Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih

Assalamualaikum


Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih di anjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Zara Nurhaidah dan Iluvtour. Siapa yang nak join sila tekan banner di atas :)

10 January 2014

2nd LAST paper DONE!!


Alhamdulillah tamat sudah paper ke lima, tinggal satu ja lagi! Tak sabarnya……!!

Hari ni paper Penyelidikan Sains Sosial,  40/100, yang lagi 60 tu 100% dikira dari thesis kumpulan yang kami buat, alhamdulillah carry mark ok, atas 45, harap dapat membantu..

Seperti biasa paper terakhir akan jadi membosankan sebab jiwa dan raga dah ada di kampung…huhuhuhu


* hari ni genap 18week usia kandungan ku, alhamdulillah…;-)

9 January 2014

Lebih mesra selepas kahwin...

sumber

8 January 2014

4th paper done!



Alhamdulillah, selesai sudah paper EKONOMI dalam pembangunan kelmarin 7hb Januari. ya Allah Engkau lembutkan hati lecturer yang tanda paper ekonomi kami agar tak tegas sangat dalam menanda kertas jawapan kami, amin…

Ok, dah dah dah, tak nak fikir lagi, nak fokus pada paper seterusnya iaitu KAJIAN PENYELIDIKAN, ni pun killer juga, nasib la ada gap, kalau tak, Allah…


10hb, then 13hb then BALIK KAMPUNG, SEBULAN… ;-)

17 minggu dah..;-)

Sehari sebelum exam ekonomi, kami ada perjumpaan dengan tutor, perjumpaan tersebut di adakan di library, macam biasa kami bertiga naik bas dari dpp MISC ke Colgis then berjalan menuju ke library, penat juga la seround,huhu.

Dalam 11.20am sampai library, orang dah ramai, tutor tengah adakan perbincangan dengan pelajar cina, kami tunggu jela..

Selesai semua, kami cadang nak g makan kat Yasmin, wahhhh, sedapnyaaaa…

Sebelum tu sempat lagi snap beberapa keping gambar sekitar library Sultanah Bahiyah Uum Sintok..

skang ni musim luruh, at-sin-tokyo, hihi
belakang tu ja Yasmin.
Nampak tak perut aku, ala, kecik ja kan, 17 minggu means almost 4 month already, nampak la nampak la, aku rasaperut aku dah besar dah tu, tapi sekali tengok dalam pic kecik ja kan, hihi, tak pa la, janji baby kecik dalam perut aku ni sihat walafiat, kekadang asa tau macam something dalam perut, bila terbayang dia tengah gerak2, aku tersenyum sorang2, haha.. terima kasih ya Allah..

Ni plak area bus stop kat COB (College Of Business) area ni klu musim salji lawa ni, hahahaha
Aku dan Diana, gambar dengan Kak Mas tak dak, huhu kakmas jadi tukang tangkap gambar, ni actualy gambar candid, cantik kan..;-)

7 January 2014

4th check up Klinik Desa

Pejam celik pejam celik dh check up kali ke 4 kan, kat klinik desa Permatang Keriang. Tapi kali ni sangat meletihkan, nasib time check up tu darah aku okey, memang risau giler la takut darah rendah, huhu

Gini storynya, hari Sabtu kan aku exam pagi, bila exam ni, sah2 la kita akan over night kan, jadi aku stay up sampai 3.30 pagi, tu ja yang mampu, pagi tu aku bangun jam 7.00am, solat mandi n siap.

Habis exam sekitar jam 11.30am, sampai ja bilik dalam 12.00pm gitu, terus g makan, lepak2 jap, bajet nak naik bas kul 1.45pm la. Naik bas?? Yer, hari khamis abang dah hantar balik U, jadi aku yang offer diri nak balik dengan bas, kesian abang nak datang ambik kat U, huhu

Ralit p ralit mai, tengah siap tu nampak bas lalu, eh, sharp plak 1.45pm kali ni, sedeynya, last2 aku naik bas 2.45pm, sejam sekali ja bas lalu. Abang dah sampai masa aku sampai tu, ;-) dalam 3.30 camtu.

Balik tu aku g bank, bank in duit, then ajak abang balik umah, yey!! Boleh main dengan adik Solehah, badan yang letih sebab tidur tak cukup terus hilang dengan telatah adik putih aku tu, abang izinkan aku stay kat umah, abang balik dulu sebab keta abang ada kat bengkel, so, malam sikit abang akan datang ambik aku.

Kalau dengan Solehah memang x rest la aku, main ja dengan dia, dok atas katil tu dalam kul10pm, gaya nak lelap abang kol gtau abang nak datang ambik, terus bangun n siap.

10 lebih aku sampai rumah, letihnya hanya Tuhan yang tahu, tapi tak tido pun, aku layan cita omputeh smpai kul12, pastu kemas2 barang, badan masa tu letih yang teramat. Yer la bayangkan dari 7.00am, aku tak rest langsung, dalam kul2 baru selesai semua, 17 jam tanpa rest!!

Aku dah tak tahan sangat, masa tu abang tengah layan tv, aku sayang abang n gtau aku nak masuk tdo dulu, bila masuk ja bilik nak lelap tetiba asa loya, asa lembik sangat badan, aku tak tahan dah, terus kuar g toilet, buekkkk, aku muntah, abang yang dok tengok tv terus berlari tengok aku, nasib aku tak kunci pintu, abang masuk gosok2 belakang aku n bagi air suruh kumur, time tu asa macam nak pengsan ja, aku letih sesangat, terus aku nangis sambil gtau abang “ bb letih” abang peluk aku sambil cakap suruh aku rest n tidur, huhu

Nyenyak aku tidur malam tu, esoknya bangun awal2 siap, g klinik n balik U terus, abang hantar, debarnya nak check, takut tekanan darah rendah sebab x cukup tidur, huhu, tapi alhamdulillah kali ni semua baik2 ja…

Nurse chek perut, nurse cakap dah asa, selalu dialog dia sama ja, “ perut kecik x ada asa apa lagi” tapi kali ni berbeza!! Hepinya aku dengar, hihi

Kesimpulannya,

4th chek up.. 5.1.2014

Berat  : 44.9kg ( NAIK 200g)
Baby : 16w ( nurse cakap, tapi ikut kalendar dah 17w)
Hb : 11.6 ( sebelum ni 10.8 )
Bp : 100/70 (maintain)


Nanti aku story apa petua Hb aku boleh naik banyak tu… next check up dekat Klinik Kk Tunjang, scan time!! Tak sabar sangat 26/1/2014, doakan semuanya baik2 ja yer..;-)

PESAN IBU TENTANG AYAH


PESAN IBU TENTANG AYAH:

Anakku… 
Memang ayah tak mengandungmu..
Tapi,
Darahnya mengalir didarahmu. Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati.

Memang ayah tak melahirkanmu...
Tapi,
Suaranya-lah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir.

Memang ayah tak menyusuimu...
Tapi,
Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.

Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...
Tapi,
Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa namamu disebutnya.

Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...
Kerana,
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak aman.

Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu...
Kerana,
Cintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu.

Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.

Ibu hanya ingin kau tahu...
Bahawa,
Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.

Anakku dari dirinya juga terdapat surga bagimu. 
Maka,
Hormati dan sayangi ayahmu.
Kerana,
Ibu adalah tulang rusuk-nya.

Jauh dilubok hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.

Berbahagialah bagi yang masih punya ibu & Ayah.

Untuk permata hati ayahanda & bonda..;-)

5 January 2014

Kisah Kita Bermula Di Januari

5 Januari 2005

Pertama kali kami berhubung kembali setelah 5 bulan menyepi, aku guna number baru, jadi aku yang mulakan dulu, tak ku sangka dia masih mengenaliku, ;-)

Di tarikh ini segalanya bermula, detik perkenalan antara aku dan dia, “sweet little baby gurlfren” ayat yang selalu dia gunakan, aku hanya tersenyum.

Jika di kenang detik ini, hanya senyuman terukir dibibir, jodoh yang telah di aturkan di atas sana, bermulanya dari hasil perkenalan ringkas ini.

Masih jelas dalam bayangan, bagaimana aku ketika sedang bermesej dengan dia, malam yang sepi, gelap gelita, di saat sesi persekolahan baru bermula.

Aku matang katanya, walaupun aku ketika itu baru 16 tahun, salah satu sebab kenapa dia suka berkawan dengan aku. Aku hanya tersenyum, matangkah aku?

Dari tarikh itu bermulalah keakraban kami, keakraban yang tak dijangka yang kekal hingga kini, yang bermula pada detik 5 Januari.


Doaku moga hubungan halal ini kekal hingga ke syurga yang abadi, aku bersyukur, di anugerahkan rasa cinta yang kekal hingga kini, sungguh aku mencintai dia, sungguh aku menyayangi dia. Terima kasih Allah yang Esa, aku kini halal untuknya…;-)

Pic masa jadi tunangan si dia, 2010

3rd paper done!


Selesai sudah paper pertama untuk tahun 2014, paper ke 3 aku, Kerajaan Tempatan, alhamdulillah, cam biasa, boleh jawab, tapi tak tahu la jawapan tu yang lecturer nak terima atau tak, redha ja la…


Tinggal lagi 3 paper, tak sabar sangat nak habis… 7,10,13..

4 January 2014

Pemenang Keychain MiniGA #5


    
Kepada pemenang sila tinggalkan nama dan alamat di mesej fb saya, boleh klik link fb kat sidebar, tq..

Buat peserta yang tak menang anda boleh cuba lagi untuk next miniGA..
Nantikan Keychain MiniGA#6 pada 27 Januari 2014 nanti, insyaAllah..;-)

3 January 2014

Aku menulis bukan kerna nama


Selamat tahun baru untuk semua rakan blogger di luar sana..belum terlambat kan,
30 Disember 2013-2 Januari 2014, 4 hari di kampung, langsung tak update entry, malas nak on laptop sebenarnya, hihi

Best sangat dok umah sampai tak ingat nak study, hihi, hepi bila dekat dengan insan tersayang. Pejam celik pejam celik dah 2 tahun usia blog ni, kejap ja kan, 3 Januari 2012 aku start tulis, then aku stop, bulan Jun plak aku sambung.

Tak nak bebel panjang, ni adalah 2 entry pertama aku

Boleh klik kalau nak baca 1st entry aku, hihi

* aku dah kat U skang, sambung ulang kaji untuk exam, abang plak g mancing kat laut, baru ja pas kol tadi, alahai rindunya, tak sabar nak cuti sem, lepak kampung dengan abang sebelum panggilan kerja ke tengah lautan...huhu

Senarai peserta Keychain MiniGA #5

Terima kasih pada yang sudi join, sini adalah senarai peserta yg join..;-)

2 January 2014

Keychain MiniGA #5

-TAMAT-

ENTRY MELEKAT HINGGA 2 Januari 2014
NAK KEYCHAIN??
TAKKAN JENGAH JA, 
KLIK DAN KLIK THEN TINGGAL LINK, CEPAT!!!

Hadiah Keychain bulan ini....


Syarat2....

1. Terbuka pada suma pembaca nazirahnyerr.blogspot.com (follower) Siapa yg bukan follower wajib follow

2. Tak perlu buat entry!!

    Just tinggal link blog anda di ruangan komen.
    Klu rajin promot la minigiveway ni kat chatbox kawan2..

3. Klik SINI & SINI tunggu hingga habis loading *jujur ya..;-) moga Allah murahkan rezeki anda2 yang jujur


4. MiniGA ni akan berlangsung dari 27 Dis 2013 hingga 2 Jan 2014 11.59pm= SEMINGGU


5. 3 Jan 2014 senarai peserta akan dikeluarkan


6. 4 Jan 2014 pemenang akan di umumkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™