30 June 2015

Ainul beriadah di luar


Hari ni aku off day..

Teman anak dara beriadah kat luar. Luar sgt depan pintu rumah ja pun..kuikui. Penat dah dukung dia pi tengok ayam itik burung. Last bawa kuar walker letak dia dalam tu..

Awal tu senyum la. P sana p sini. Tak lama pun. Pastu jerit suruh dukung balik... Sabar jala..haha

#ainulmardhiah
#1tahun 1bulan

29 June 2015

#Cabaran20Hari : 1. APA ERTI PUASA PADA ANDA

Nak buat entry ringkas2 ja, xmo panjang2, ngee~
 
sumber
- tahan lapar
- tahan dahaga
- jaga solat
- jaga lidah
- jaga maruah

kalau setakat puasa saja tapi tak solat, ashik mengutuk mengata mengadu domba, puasa anda ibarat KERJA YANG TIADA GAJI..;-)

28 June 2015

#Cabaran20Hari Raya/Puasa 2015

Wahh, KELAB BLOGGER BEN ASHAARI ada buat cabaran baru bula RAMADHAN ni, bestnya, nak join nak join, hihi. Boleh juga dapat idea nk up entry hri2 kan, takdak la nak tunggu berhabuk baru nk up entry..

Cabaran akan bermula pada  27 Jun 2015 sehingga 16 Julai 2015. 

Aku lambat sikit la, xpa, hari ni aku akan up 2 entry sekali untuk cover yg semalam..
BARU TAHUUUU...hihi

Kata kunci untuk setiap tajuk ialah #Cabaran20Hari

Kat bawah ni senarai cabaran yg diberikan....




#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 
27 JUN-2 JULAI

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 
3 JULAI-9 JULAI

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
10 JULAI-16 JULAI

DONE... gud luck semua...

21 June 2015

Ainul jaga malam

Al-Kisahnya semalam, Ainul terjaga, rasanya start bulan puasa, hampir setiap malam Ainul akan terjaga. Bukan nak apa pun, nak orang dukung dia. Sanggup tidur atas bahu, orang nak letak nangis.

Semalam seperti biasa dia terjaga, tapi bukan nangis dah, tapi nak main, aku dah la kerja hari ni, ayah dia dengan rela hati bawa dia keluar main kat dapur. Hati mak, mana boleh tidur nyenyak anak kesayangan takdak, last2 aku pi dapur ambik dia, bancuh susu, masuk bilik pujuk2, tdo jugakk, hihi.

Sahurnya pulak, relax ja habis sahur suma nak tdo balik la, jap gi nak bangun solat, nak siap gi kerja, sekali Ainul terjaga, kali ni nangis nak ayah dia dukung, kuikui. Ayah dia layankan ja, xmo letak langsung, padahal pejam ja mata tu, nak pulak dia tdo atas bahu ayah dia, Ainul, Ainul..

Terpaksalah aku bangun bancuh susu, nasib dia nak, lepas ja nyusu terus tdo, ngeliat2 sekali aku tengok dah ada atas perut ayah dia, haha...

Budak banyak akai, 1 tahun 3 minggu..;-)

GIVEAWAY KAD RAYA 2015 BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK

http://kathyrbain.blogspot.com/2015/06/ga-kad-raya-2015-by-kathyrbain-cikakak.html


Detail segmen:-

Mula: 18 Jun 2015
Tamat: 28 Jun 2015

Hadiah:

1. 1 keping kad raya by Kathy R'bain dan Cik Akak x 10

2. 1 keping kad raya by Cik Akak x 10




∵∴∷ Klik banner  untuk melihat syarat penyertaan ∵∴∷



♥♡ segmen di jaya dan di taja oleh Kathy R'bain & Cik Akak ♥♡
Anda mungkin juga meminati:

16 June 2015

Check up ketiga klinik desa

Check up sebelum ni --------->>> SINI

Klinik Matang Keriang (klinik desa)

14/5/2015  14/6/2015(AHAD)

BERAT : 44.0 kg
HB        : 10.0
BP         : 100/60

18 MINGGU

Kenapa Ahad?

Sebab Sabtu Ainul takmo berenggang langsung, nak menempek sedia kat bonda dia, so aku mesej nurse mintak tunda ke hari Ahad.

Berat terlebih !!

Haha, 2kg untuk kandungan 18 minggu, memang over la, selagi tak cukup 20 minggu, berat badan wajib maintain naik 500g jer sebulan, haku ni dah terlajak naik, 2kg hambekk!! Aku kena ambik tekanan darah selang 1 hari, huwaaaa... silap2 kena minum air gula sebab takut kencing manis berat badan naik mendadak!! xpa, aku dah start telan OMEGA GUARD, InsyaAllah lepas ni berat badan akan maintain balik!!


Hb low !!

Akibatnya aku terpaksa pergi klinik Tunjang untuk ambik darah di tangan, bestnyaaaaaaaaaa.. hukhukhuk. Padan muka sapa suruh beli VITALEA then peram buat perkasam kat dalam bilik tu!!
Ok, semalam juga aku start makan VITALEA, kita tengok result nanti camna k..

Moga semuanya baik2 ja....

Sebarang pertanyaan boleh rojer kat MESEJ FACEBOOK di sidebar.. atau klik

Jangan risau rundingan percuma..Owner blog profesional dan peramah..cewwahhh,,hihi

11 June 2015

BEST FRIENDS



Seorang SAHABAT YANG BAIK akan NASIHAT SAHABATNYA KEARAH KEBAIKAN, bukannya menjadi KOLEKSI SKANDAL sahabatnya…;-) tambah2 dah tahu sahabatnya tu HAK ORANG YANG SAH. Nauzubillah..

BIJAKLAH DALAM MEMILIH, KERANA SAHABAT ITU ADALAH CERMIN DIRI KITA, KALAU KITA DAH NASIHAT TAPI DIA TETAP DEGIL, SELESAI SUDAH TUGAS KITA DENGAN DIA, SELEBIHNYA ADALAH URUSAN DIA DENGAN PENCIPTANYA.

*bagi aku tiada istilah SAHABAT BAIK antara lelaki dan perempuan. Full stop!!

9 June 2015

Tendangan Pertama Anakanda Kedua

sumber


Hari ke 9 dalam bulan JUN..;-)

Kandunganku mencecah 5 bulan pada hujung bulan ni. Kejap ja masa berlalu..

4 Jun 2015, tendangan pertama anakanda kedua, terjaga sekitar jam 2 pagi camtu, usha hp, scroll fb sementara nak lelap pula, anak dara di sebelah hanyut di buai mimpi, ayahnya pula kat luar layan tv. 

Terasa sesuatu bergerak, macam angin meletup dalam perut, hihi. Aku tersenyum, berdasarkan pengalaman yang pertama itu adalah tendangan babyku!! (skema ayat aku kali ni, dah macam cerpen!)

Haha, ingat lagi masa kat Ainul dulu ia2 aku kata angin, ngadu la kat adik kesayangan aku tu, gtau angin dok meletup2 dalam perut, dia gelak dan gitau angin apanya, tu baby tendang, oo, macam tu ka rasa dia, haha.

Sekarang rasa dia makin kerap juga, tapi tak ketara sangat, tunggu la 5,6 bulan nanti, hihi.

6 June 2015

kandunganku 4 bulan sudah...

4 bulan dah. Kejap ja masa berlalu. Alahan? kali ni aku xdak alahan. Sihat walafiat. Hihi. Makan pun selera. Dari awal ngandung sampai la. Pening kepala dan muntah on off. Tak mcm masa kat Ainul dulu hari2 sakit kepala. Dengan tak lalu makan.

Aku kurus jer kali ni. Berat pun naik maintain ja 500g tiap bulan walaupun mkn tak hengat. Lapar sedia. Tak boleh perut kosong langsung. Dasat.

13 ni check up. Nak tengok la naik berapa kg. Hihi. Tak sabar nak scan 28hb ni. Untung2 tahu la Ainul bakal dapat adik apa. Dalam hati harap hero pulak. Tp suma Allah dah atur, redha ja asalkan sihat sempurna sifat.

Doakan yg terbaik utk yg kedua ni yer...;-)

5 June 2015

Abang Demam..

Seingat aku last abg demam masa aku kat hospital nk lahirkan Ainul. Abg letih sebab ulang alik dari Penang ke hospital hari2, start x sihat badan sampai la Ainul balik.

31hb Mei Ahad birthday Ainul yg pertama. Nnt aku buat entry special. Aku tak pi kerja sebab mak mertua aku kena pakat kenduri sampai 3 tempat. So kitorang x sambut apa2 pun. Just wish kat fb ja. Kebetulan pagi tu cucuk Ainul yg genap 1 tahun.

Esoknya mak ada keja kat tempat kenduri. Cadangnya abg akan jaga Ainul sementara mak nak balik, dan mintak tolong adik sikit2 apa yg patut. Sebab aku kena gi keja utk siapkan elaun. Ditakdirkan malam tu juga abg dan adik panas badan serentak. So, aku terpaksa ponteng lagi.

Badan abg memang panas sesangat. Habis basah bantal dan selimut tebal. Baju apatah lagi. Abg tidur bilik sebelah sebab Ainul x boleh tidur xdak kipas, dan abang pula demam so kena tidur tanpa kipas. Malam tu aku tiap kali jaga aku akan jenguk abg, rasa badan abg, topup air masak utk abg, kesian sgt, mmg bdn abg pns gila.

Esoknya 1Jun pagi2 lagi aku dah kejut abg suruh mandi. Bancuh air utk abg mkn dengan roti, alas perut utk mkn ubat, org demam mmg xdak selera, abg mkn sikit ja. Then terus tdo. Alhamdulillah petang 1Jun badan abang dah kebah, dah x panas...;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™