Semalam aku sampai umah dalam jam 1030pm lebih camtu, abang
datang ambik dengan Wan, punya la letih aku kemas barang aku terlelap dalam
perjalanan balik, sampai ja umah tak ambik pun barang dalam keta, abang kata
esok baru ambik. Aku dalam letih2 pun sempat lagi layan cerita ‘dia atau diriku’,
pastu baru tidurrr..hihi.
Malam ni kira malam kedua aku kat umah, abang demam, huhu. 1
hari aku tak g mana, petang tadi abang dah sihat sikit, abang ajak main
badminton sebab nak keluarkan peluh, best sangat main badminton dengan abang,
hihi. Alhamdulillah abang dah tambah ok skang.. Aku hepi sesangat sebab boleh jaga abang, bayangkan kalau abang demam kat laut ka, atau time aku exam hari tu, tak tenangla jiwa aku jawabnya, memang la demam sikit ja, tapi abang jarang sangat sakit, sebab tu aku risau kalau sekali abang jatuh sakit,huhu.
Malamnya adik mengamuk sebab abang makan paha ayam dia, siap
guling atas lantai sambil hentak2 kaki, haha, rugi tak rakam, sabarnya mak
layan kerenah dia, kalau aku dah lama kena lempang, tapi tu la kan nama pun mak,
mak pun terpaksa lah goreng balik ayam yg kat dalam peti ais tu semata2 untuk
dia, hmm. Kalau dia besaq nanti dan tak hargai pengorbanan mak, memang akan
kena lempang dengan aku la, tak kira dah anak sapa, yer la, aku ni tengok dia
membesar, macam mana mak didik dia, macam mana kelaku dia, aku sendiri pun
kekadang hangin juga, tapi sabar ja la.
Ok, dalam blog aku perasan tak aku tak pernah cerita
kehidupan adik twin year aku, aku just intro dia dalam entry INI ja, then terus
nyepi. Banyak sangat nak cerita tentang dia, Ok. Adik Adam ada kat umah skang, rindu sangat kat anak sedara
aku yg satu ni! Muhammad Adam Yusuff, nama diberi..;-) Nanti entry akan datang
aku story fasal adik Adam yer, lama lagi aku cuti ni, 1 bulan, macam2 aku boleh
tulis. Gambar dia pun aku tak upload lagi,huhu..
Ada lagi yang tertangguh dalam pala otak aku yang tak sempat
nak diluahkan dalam entry ni, iaitu perkembangan Adik Solehah aku! Dah boleh
meniarap dah pun, comey sangat!!! Haha, ni hutang kedua. Tengoklah nanti camna
kalau aku rajin aku buat sorang satu entry, kalau malas aku harung ja dua2
sekali dalam satu entry.. peaceeee….
* abang tak g laut lagi, alhamdulillah aku bercuti dengan abang kali ni, walaupun anytime ja abang akan g laut,huhu
5 comments:
rasa puas dpt jaga suami kita sendiri tambah2 dlm keadaan xsihat kan
@Wanieys a.k.a IbuQalief
yer akak...kalau jauh tu memang tak tenteram la..
@Wanieys a.k.a IbuQalief
yer akak...kalau jauh tu memang tak tenteram la..
msti rsa sangat risau kn bila suami tak sihat..tanggungjawab kita sebagai isteri kn adik, kena jaga dia..msa berjauhan tu kita hanya dapat doa je mg suami diberi kesihatan yg baik..moga bahagia selalu adik... :)..akak pernah rasa apa yg adik rasa bila berjauhan dengan suami..
@Puteri Mama
itu la akak, bila jauh ni mampu doa ja, kalau dekat alhamdulillah boleh jaga..
Post a Comment