09/01/2013

MALAM LAST KAT UUM~

LAST PAPER!!

Malam ni malam last aku kat UUM, esok last paper Ecom II. 2nd last paper 5/1/2013 yang lalu, malam tu juga aku balik kg, ngee~. Esok 10/1/2013 nak exam hari ni aku baru datang U, abang hantar tadi, esok balik plak, asalnya abang suruh aku sewa keta ja datang, tapi aku taknak, sebab kalau nak sewa kena sewa sehari, n kalau sewa kat kg mahal, viva 1 hari dah rm100, tu kalau dapat yang rm100, ada yang rm120, hmm.. membazir ja.
Tolong jangan pandang serong pada aku sebab esok nak exam sempat g nak buat entry bagai, jujur cakap, aku sendiri tak tau nak study apa, 10% ja otak aku kat sini, lagi 90% lekat kat kg dah, ingat lagi tak entry aku dulu2 tu “padah last paper” klik SINI~ kan aku ada mention subject mana lah akan jadi mangsa last paper sem depan, skang dah terjawab la, Ecom II, ( ENGLISH FOR COMMUNICATION II ).
Hihi, aku akan cuba untuk study apa yang patut, tengah aku taip entry ni jam menunjukkan 935pm, tapi nanti aku nak publish tak tau la kul berapa, tera nak edit2 lagi, buat keja nun sambil, keja ni sambil, busy la katakan, ;-p
Malam ni sunyi la, takdak orang nak kaco,hihi. Tdo pluk bantal ja, huhu. Abang tu anytime ja nak kena g, tengah tunggu confirm tiket flight ja, sedih aku, time aku cuti sem, abang plak tak dak, tapi nak buat camna, nak cari rezeki demi sesuap nasi, aku doakan yang terbaik ja buat abang, aku ikhlas dan redha dengan tugas dan tanggungjawab abang, tapi bab nangis tu jangan dipersoalkan, air mata gugur sendiri, tak nak control camna dah, bukan sekali dua kena tinggal, dah berpuluh kali, tapi tetap macam tu juga, abang pun hairan, “b ni tiap kali abang nak g keja mesti jadi camni” huhu. Bukan buat2, tak tau camna nak cita, 1st night abang takdak tu memang terasa sangat, lepas2 tu ok la. Pelik kan…
Ok, esok time aku nak kemas barang, BANYAKKK sangat!! Nasib la exam aku pagi, so aku ada banyak masa nak kemas barang sebab abang nak datang ambik aku malam, kalau siap awal kemas tu sempat la aku berehat2 sambil buat entry baru..hahaha, KALAU…. Aku ni jenis yang lengai sikit bab2 kemas ni, slow motion ja aku kemas, haha. Tapi tersusun elok ok, roommate aku pernah tegur, “pandai akak susun barang”, hihi kembang aku, yerla masa zaman politeknik dulu dah 3 tahun aku buat benda sama ja, nak kata rapi sangat tu takdakla, cuma tersusun sikit jala, hihi.
Ok dah banyak aku mereben ni, aku nak kemas2 apa yang patut n study apa yang patut, apa yang patut~ yang patut~ la~la~la…
*tera-sementara
*mereben-merapu
*lengai-lembab,ralit


3 comments:

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

gud luck utk exam yer nazirah

NaZiRaH... said...

@Wanieys a.k.a IbuQalief

tq akak...;-)

QasehnyaRania said...

tgk sat je cite tu..

ady putra mati sbb lukimia.. tinggalkan aisyah.masa tu aisyah pegnant tapi lepas suami dia meninggal bby dia plak meninggal dlm perut.

aisyah mcm hilang ingtan tapi dia sedar..cuma dia terlebih layankan perasaan sbb tak dapat nak trima hakikat..

last2 bapa dia bawa aisyah pi kubuq tgh2 malam.. baru dia dapat trima takdir..

 
♥ Copyright © 2014 reserved to NazirahnyerrBlogspotCom/|Template Edited by sHaRiNa eLyaNa