5 October 2012

KAMI KEMBAR TAHUN..

Ini kisah aku dan adik aku Nashrah...

Sebenarnya ramai orang salah anggap yang kami ni kembar... Padahal hakikatnya kami bukan kembar pun.. just lahir pada tahun yang sama... 19**.. hihihi aku lahir awal tahun sementara adik aku lahir hujung tahun.. PADA TAHUN YANG SAMA... Jadi kami sekolah sesama.. mungkin sebab tu kot orang kata kami kembar, padahal muka tak sama pun.. aku cantik sikit......................................tapi dia cantik banyakkkk..hihi

Ingat lagi peristiwa sewaktu kami darjah satu... aku dapat kelas merah(4)  sementara dia dapat kelas biru(1), dia nangis nak dok kelas dengan aku, jadi ayah pun pegi la jumpa cikgu, then gtau yang kami tak boleh berpisah... so dia pun masuk la satu kelas dengan aku.. darjah 1 tu tak kira lagi kelas no berapa.. pakai sumbat ja...sampi darjah 3.. then oleh kerana aku periksa pandai sikit dari dia, darjah 4 aku dapat kelas biru(1) dia dapat kelas hijau(2)... time tu masing2 dah kenai kawan.. dah boleh jaga diri.. so, tak kisah la kami pisah... sampai darjah 6...

Masuk tingkatan 1 aku dapat kelas agama, dia dapat kelas biasa.. tapi masih lagi 1 sekolah.. pegi mana pun mesti orang tanya kami, kembar ka? kembar ka? klu rajin explain, aku explain la yang aku ni awal tahun, dia akhir tahun, tapi tahun yang sama... sampaila dah terlampau letih untuk menjawab, bila ada orang tanya kami kembar, aku dan dia iakan ja..hihi, ayah pun sama, bila orang tanya pasal kami, ayah gtau kami kembar ja, senang..;-)

Masuk tingkatan 3 result kami hampir sama ja.. 8A (setelah di campur A kami berdua);-p  dapat la kami dok 1 kelas.. aliran sains tuuu.. 4 sn 2. perghh.. bajet pandai.. aleh2 spm hampeh! nangis tau.. tak dapat nk sambung cita2 nak jadi staff nurse,hukhuk.. ok.. dah habis spm.. kami kja kilang.. sekali juga.. sambil tu isi la borang gitu gini gitu gini.. TAK DAPAT pun... kami pun sambung la pra u... kelas sekali juga... aku mintak poli untuk intake kedua.. untuk adik aku, aku yg isi.. tgk2 kami dapat sambung kat poli arau.. kos yg sama..wah3.. (ada cerita sedih di sebalik itu). Stop lower 6, then sambung la poli... 3 tahun kat sana.. kami harungi hidup susah senang bersama.. terasa diri amat beruntung ada dia.. at least baik buruk kami tetap bersama! sedey! she is my best fren!!

Habis ja poli.. hujung tahun dia kawin... seriusly aku rasa suatu KEHILANGAN yang besar dalam hidup aku.. malam dia g tdo umah mertua dia.. aku nangis sorang2.. RINDU.. kami kan tak pernah pisah.. macam kembar betul la.. gaduh dah mmg macam anjing dengan kucing.. tapi adik beradik ni ibarat AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS.. tak sampai sebulan dia kawin dia sambung buat nursing kat terengganu... kami makin jauh dan aku makin hari dah dapat terima.. awal tahun aku plak kawin.. dan terus ikut abang ke PD.. masing2 bawa haluan hidup sendiri... kejap ja... skang dia dah ada anak.. aku dah ada ANAK SEDARA hokey!! sebelum ni just panggilan maklong dari anak sedara pupu ja.. now macam mimpi dah ada anak sedara sendiri..hihi. Macam tak caya ja.... gambar anak sedara aku nanti aku upload dalam entry lain... sebab nak stori tentang dia plak... ok.. ni pic aku n adik aku masa zaman poli dulu... kira masa zaman anak dara lagi la.. comey2 ja...opssss...


AKU CHAQ DIA CHIQ...



DALAM BILIK TOURISM IMFORMATION CENTRE (TIC) KAT POLI..

rindu sesangat zaman dulu2......................hukhuk

6 comments:

pak cik said...

salam....

rindu zaman remaja eksss,,,taniah sebab sekarang masing2 dah ada keluarga sendiri....pakcik mendoa kan kebahagian kalian berdua,,di samping keluarga tersayang...

peace......

IntaNBerliaN said...

rasanya senyuman awk n adik samalah.. sweet je :-)

kesah pulak aku said...

saya pon ada kembar tahun jugak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™