30 January 2013

3 PASANG SEKALI GUS~

Tamak tak tamak tak, hari tu abang bagi la duit belanja, oleh kerana aku ni dah lama tak buat baju kurung, aku pun mintak izin abang nak beli kain pasang nak buat baju, abang bagi.. Abang cakap limit 3 pasang dulu, takut nanti orang dah pakai fesyen lain, actually aku tak kisah pun tentang fesyen ni, n aku memang berangan angan nak beli 3 pasang pun. Memahami sungguh suami aku ni, hihi

Aku jenis yang tak kisah asalkan ia cantik pada pandangan mata aku, sebenarnya aku tak suka beli baju mahal2, sebabnya aku sayang nak pakai nanti, hahaha, pelik tak aku? So, jangan terkut kalau aku gtau baju aku ni sepasang tak lebih pun rm20, caya tak caya tak, aku beli kat kedai borong area Jitra, kedai tu memang murah2 kain pasang dia, n cantik2, kualiti pun boleh tahan juga la, jadi la untuk pakai seharian.

Tujuan aku beli ni ada 2, yang pertama aku buat untuk pakai kenduri, yang ke2 aku buat untuk pakai p kelas, kira 2 dalam 1 la..ngee~



Warna biru n merah tu aku nak pakai kenduri WANI & EIN, aku buat baju kurung moden, tema kenduri diorang merah dan biru, aku tak ingat plak sapa merah sapa biru, kena kol tanya lain la ni, haha. Yang tak tau warna apa tu aku buat baju kurung biasa, senang.

Dah pergi upah dah, janji dengan tukang jahit nak ambik 7 FEB depan, tak sabarnya...Tengok yang warna biru tu, unik kan, baju polkadot, kain ala2 corak batik gitu.. Melaram sakan la aku nanti, harap sedap pakai la, kalau dak, mau temenung 3 hari 3 malam aku ni, haha

4 comments:

MaMa Rey said...

sama jug..tak berapa kisah tentang fesyen ni..
kaler merah tu cantik..:)

Deqla manjew said...

merah tu cantik..skng ni berkenan ngan kaler merah..haha.. singgah sini juge. =)

NaZiRaH @ Ezyra said...

@Deqla manjew

hihihi, pakat berkenan kaler merah ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™