17 March 2013

♥ 17 Mac 2005 ♥

17.Mac.2005, 1st dating dengan abang, as a brother n sister... lokasi, KFC jalan stadium, lepak kat taman rimba Alor Setar, Tasik Darulaman... sweet memory... ♥ saat cinta mula berputik, ceywaah.. i ♥ u..

Abang, nak cita, abang ingat tak tarikh ni 17 Mac 2005, kita set untuk kuar date hari ni, cewwah, bukan la, abang ajak b keluar, b pun memang nak keluar sebab nak beli buku rujukan fizik n kimia, b ajak abang p Popular Alor Setar, abang bawa keta ayah masa tu, b pakai jeans hitam n baju putih, 1st kita keluar berdua, sebelum ni pernah juga keluar tapi abang bawa member2 abang.

Malu sangat b waktu ni tau, yerla, 1st time keluar dengan abang, berdua plak tu, malu sangat sebab abang tinggi, b plak kecik jaa, yerla kan baru tingkatan 4. Kat popular tu abang bagi b baca satu mesej, hmm, b taknak cita la pasal msj tu, yg pasti abang sangat2 memerlukan seseorang, abang nampak ceria macam selalu, hakikat di hati abang b nampak abang sedih..;-(

Selesai beli buku, kita p KFC kat Jalan Stadium, abang beli KFC ajak b p makan kat taman rimba, lepak situ sambil abang meluahkan kenangan abang, janji2 abang, kisah hidup abang, sedih sangat b dengar, betapa bodohnya orang yg buat abang terluka.. B dengar ja luahan abang, b jadi pendengar yang setia.

Then kita p Tasik Darul Aman Jitra, abang dok kat tepi tasik n nyanyi lagu, " dah lama ku tanam kasih, mengapa orang tak setia ", perghh, macam nak nangis ja b dengar waktu tu, nampak kesedihan d wajah abang..;-(

Abang cerita lagi, b hanya dengar ja, macam2 abang luah kat b, b seolah dapat rasa kesedihan abang, balik umah, kita ajin sangat mesej, bermula saat tu kita makin rapat, b jadi tempat untuk abang meluahkan rasa..
Sewaktu kelukaan hatiku, kau datang dan memberi, Taburan bunga cinta sucimu, Harum Subur di hati.."

Mac yg bahagia, detik permulaan satu rasa yang luar biasa, April menjelma, hati kian gelisah segalanya serba tak kena, Mei sinar harapan kian terselah, Jun termetri perjanjian kasih antara 2 hati, terima kasih ya Allah, perasaan tu, rasa itu, sukar untuk aku gambarkan dengan kata2, aku terlalu bahagia, aku bersyukur padaMu ya Allah memberi aku kesempatan untuk mencintai dan dicintai kembali... 

KENANGAN BERSAMA ABANG 8 TAHUN YANG LALU...

Terima kasih atas cinta abang....;-)

4 comments:

heirizalieyana said...

jom join
http://cyanxkamo.blogspot.com/2013/03/segmen-sabtu-by-emas-putih.html

nicosikura said...

moga bahagia ye akak.. ^^

QasehnyaRania said...

cinta berputik di badnar alor star..sama mcm kenangan ciksu..

tetiba pulak teringat tempat 1st kuaq dating...

naik menara loq staq..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™