Al
kisahnya hari Rabu minggu lepas, maksudnya 24 Julai la kan, aku g hantar
kain baju raya aku untuk dipotong, aku beli baju siap dah, so faham2 la, haha (
labuh ).
Ok, ni dialog yg telah diolah semula oleh aku sekadar aku ingat la..
Aku
: kak, nak potong bawah kain boleh tak?
Akak
tu : potong macam mana?
Aku
: just potong bawah ja, labuh.
Akak
tu : boleh, bila nak ambik?
Aku
: ( raya lambat g ) saya ambik lagi seminggu boleh?
Akak
tu : haa, boleh..
Aku
: ( Hulurkan plastik ) kak tak kena tulis nama ka?
Akak
tu : ( dengan penuh keyakinan ) tak payah.
Dalam
hati, ok, bajet macam dia ingat la mana kain aku kan, Melayu, Melayu, aku p
Kedai Cina potong kaki seluar jeans, nyonya tu siap mintak aku, nak bagi nama
boleh no. moto pun boleh, betapa depa jaga pelanggan depa.
Aku
ada kata kat adik aku, nak kena p tengok juga dua hari sekali ni, silap2 kita
nak p ambik minggu depan tak jahit2 lagi, tapi apakan daya, aku sibuk tak
sempat aku singgah kedai tu.
Ok,
takpa la, seminggu berlalu, kelmarin 31 Julai, Khamis, dengan semangatnya aku
nak p ambik kain aku, p la kedai tu..
Aku
: nak mai ambik kain yang potong hari tu.
Akak
keja : kain yang mana yer? Bagi kat kak sorang lagi ka? SEE KALAU TULIS NAMA KAN SENANG, BERLAGAK
SANGAT TAK NAK TULIS NAMA!
Aku
: kain yang saya hantar minggu lepas yang potong bawah tu
Akak
lain : ish dok tang mana tak tau, tak jahit lagi pa..
Perghhh,
berapi ja dengar…
Aku
: saya hantar minggu lepas dan gtau nak ambik lagi seminggu ( dengan muka kelat,
aku tak mampu nak senyum dah )
Akak
lain : jap yer. akak tu pun tak senyum kat aku..
Tahu
dia p cari kat na? DI BAWAH TIMBUNAN PERCA2 KAIN, perghhhhhhhhhh
Akak
lain : yang ni ka, ( sambil buka plastik dan ambik kain aku) haa, tak jahit
lagi.
Aku
: ( kalau dalam animasi boleh bayang dah macam gorku dapat kuasa, berapi…haa
macam tu la aku ) dengan geramnya aku bantai, saya ambik ESOK boleh. Hammbekk kau,
aku bagi seminggu ko buat sambil lewa sangat kan,
Akak
tu : waktu mana?
Aku
: waktu petang2 cam ni la
Terus
belahhh… atas moto pot pet pot pet pot pet kat adik aku..haha cian dia
Aku marah bukan sebab aku tak sabar tapi CARA diorang layan tu, proper la sikit, ko berniaga, nak tarik pelanggan datang, tapi CARA ko tu membuatkan pelanggan lari. Hadoii, macam mana nak maju??!!
Kesimpulannya di sini, kalau nak berniaga buat cara nak berniaga, kena pandai jaga pelanggan, kalau macam ni la layanan dan service, agak2 lepas ni aku nak gi lagi ka kat tempat tu, tambah aku 1st time g upah, pasni memang tak laaaaaa… kena 10 orang dia buat macam tu, bungkus la tauke kedai tu.
Apa
nama tah kedai tu, area Sungai Korok, kampung aku jer.