26 February 2014

Outing Steamboat Arau

Salam, semalam aku, Kakmas, Diana, Tihah ngan Fiza, reramai keluar outing. 1st kitorang keluar menuju ke Jitra beli barang dapur, cewwah barang dapur tu, macam dok umah sewa plak.. K-Ceria jadi pilihan kami sebab barang kat situ murah2, sebab tu la sanggup gi situ semata2 nak beli barang, then settle situ, kitorang menuju ke Aneka (Jitra Mall). Aku ada usha kasut kat Vern n Top Heel, xdak pulak yg berkenan.

Then kami menuju ke bank plak, ada nak ke CIMB dan Bank Islam, masya-Allah, lari dari bank Islam UUM, sekali tengok bank Islam Jitra pun full, patut la, PTPTN masuk, gaji masuk BRIM pun masuk, tarikh tu juga, mahunya tak penuh bank.

Terus menuju ke destinasi iaitu Arau, best shopping kat Arau, barang dia murah gila!! Aku dapat skirt satu, palazzo satu, memang dah aim nak beli, nasib la abang bagi, aku gtau abang skirt n palazzo murah, murah banyak dari aku beli kat pasar pagi, abang respon, kalau rasa perlu beli ja, hihi, alhamdulillah lega aku dengar sebab aku memang dah beli pun, (^___^). Aku gtau abang perlu sebab aku nak pakai gi kelas, aku tak bawa baju kurung..

Then kami gi ambik laptop kat adik roommate aku, kat perumahan UNIMAP. Haa aktiviti kemuncaknya adalah gi makan steamboat!! Dari kul9 kami sesat sampai kul10 baru jumpa steamboat tu, hadoiii… dah xnak cita lagi, jom layan gambar kami..;-)

Kakmas Tihah aku n Diana..;-)

Aku dan Fiza


Kami makan..;-)
RM10/person, makan sampai muntah, hihihi, air aku order Jus Tembikai, aku makan tak banyak mana pun sebab asa kenyang sesangat...





25 February 2014

Pengumuman Nazirahnyerr miniGA sempena 3rd Anniversary

Seperti yang semua maklum, bulan ni takda keychain miniGA #7, sebab akan digantikn dengan Nazirahnyerr miniGA sempena 3rd Anniversary, sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke-3 pada tarikh tersebut, 3 tahun dah, kejap ja kan masa berlalu.. 

Syukur alhamdulillah, tahun ni sambut ulangtahun bertiga dengan baby kecik, baby kecik skang makin aktif menendang nendang perut bonda dia tanpa mengira waktu, siap sempat rakam video send bagi ayahanda dia tgk lagi, hihi. 

Ok,back to the story, Nazirahnyerr miniGA sempena 3rd Anniversary akan berlangsung pada 27 Feb 2014, iaitu pada tarikh keramat kami..;-) dan akan tamat pada 17 Mac 2014, nak tahu kisah 17 Mac boleh klik SINI..  Kira MiniGA ini akan berlangsung selama 19 hari. Tak lama dan tak cepat..;-)

Terdapat 9 hadiah untuk pemenang bertuah. Pemilihan pemenang menggunakan random.org jer...

Gambar hadiah ada dalam entry miniGA, random pertama 1 frame untuk satu pemenang, random 2-3 akan dapat sepasang keronsang, random 4-9 akan dapat keychain.

Harap ada yang sudi join miniGA yang tak seberapa ni..;-)

24 February 2014

Jom pakat2 like..;-)



Salam, Nazirahnyerr blog dah ada fanpage tau, hari tu masa Eca edit blog aku siap suruh Eca letak butang like kat sidebar lagi, nak menyenangkan para blogger lain nak like, hihi..

So sesapa yang blom like fanpage Nazirahnyerr blog, jom la pakat2 like..;-)

23 February 2014

Baby boy o baby girl??

sumber
Salam, al kisah nak story la sikit tentang jantina baby, actually memang dah semangat dah nak g scan 3d hari tu, tapi bila fikir2 balik memang terlalu awal sangat. Jadi niat tu di postpone kan ke minggu lain, next2 week nanti la kan, skang pun baru 24week..

Ok, sepanjang aku pregnant ni, ramai juga la berteka teki jantina apa, tambah2 bila dah nampak perut ni kan, bukan diorang ja, aku pun excited juga nak tahu, hihi. Aku nak story la beberapa kisah mengenai orang yang berteka teki ni..

Sebelum aku tau aku pregnant, jiran aku ni ada gtau MIL aku, yang aku boleh pregnant, kalau aku pregnant nanti aku akan dapat anak pompuan, tak tau la dia tengok camna kan, MIL  aku la cita kat aku, hihi. Dalam beberapa minggu pas tu aku tau aku pregnant. Kebetulan jerr. 

Then masa aku dalam 19week camtu, aku ada gi pasar pagi dengan MIL aku, time ni la aku beli barut tu. Aku ada singgah satu kedai pak cik india ni, india muslim asanya sebab pakai kopiah, aku nak beli baju, masa nak bayar tu dia ada tegur baby aku baby boy..;) aku senyum ja la..

Beberapa hari pastu tu kalau tak salah aku, kak pupu abang datang rumah,  dia tengok cara aku jalan, then dia gtau aku baby boy..;-)

Beberapa hari sebelum aku masuk U, aku gi pasar pagi dengan MIL aku, tapi yang ni dekat sikit dengan area rumah, aku shopping baju kain n beg ja, untuk balik U, masa aku beli beg tu, penjual tu pelat macam orang Patani siam, tak pasti la, tapi dia tegur, adik ni baby boy ni, aku senyum ja la.

Masa kat U ni aku ada send pic header aku tu kat bestfren aku, sekali dia kata, nampak macam baby boy ja, hihi.

Pak Mertua aku plak kata cucu dia pompuan, hahaha,

Balik kampung baru2 ni, aku g klinik desa untuk check up, sampai ja umah, ada jiran datang rumah, mak ayah mertua ada sekali la, dia plak kata nampak macam pompuan.. aku gtau la, ayah pun kata pompuan, sambil gelak2..

Sebenarnya aku tak take serius pun apa orang kata, lelaki ka perempuan ka, aku tak kisah, asalkan baby sihat, kuar dengan selamat..;-)

Semua orang masih berteka teki sebab masih tak tau lagi jantina apa, maklumlah, lama tunggu kan, sebelah aku tak pa ni cucu yang ke3 dah, sebelah abang cucu sulung ni, excited lebih sikit, hihi, alhamdulillah, untung baby ramai sayang..;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™