4 August 2014

Pengalaman Bersalin Ainul Mardhiah

Okey nak sambung cerita pengalaman bersalin..

Untuk pengetahuan semua ni la pertama kali aku naik ambulans, seumur hidup aku, aku hanya tengok ja ambulans, naiknya langsung tak pernah. Ada dua orang nurse ikut, tapi diorang dok depan sebab kami dua orang tak sakit.

Sampai ja hospital terus masuk dewan bersalin, duduk kat ruangan menunggu, lama juga la aku tunggu, dengan tak makan apa, lapaq gila. Sembang2 dengan sapa yang ada, then nama aku dipanggil, aku pun jalan la ke katil, aku tak ingat la cek laluan dulu atau scan jantung baby dulu, kalau difikirkan logik mesti cek laluan dulu kan, haha.

Cek laluan

Cek laluan kali ke pertama, nurse pelatih Hospital Jitra
- ok ja, 1st time kan.

Cek laluan kali ke 2, staff nurse Hospital Jitra
- kasar sikit tapi masih boleh tahan la

Cek laluan kali ke 3, doktor HSB
- hmm cek laluan lagi, tapi doktor ni cek ok ja, tak da la sakit sangat..

Cek laluan kali ke 4, doktor HSB
- Dr. ni agak sombong, bukan agak tp mmg sombong, riak takbur pun ada, sekali lagi nama aku dipanggil, aku disuruh baring, aku tanya nak buat apa, dia gtau saya nak cek laluan, aku kata la tadi cek dah, dia kata tadi ni dr biasa, saya ni lebih sikit dari diorg, haa, ayat riak tu kan.. redha ja, kasar nak mampos dia cek, orang ‘pakar’ la katakan, klu dia tak kahwin lagi, nanti dia kahwin dan mengandung, mintala bagi doc yang cek laluan dia cek kasar macam mana dia buat (doa), ishh tak baik doa gitu, tapi biarlah dia rasa plak kan.

Cek laluan kali ke 5,  dan seterusnya aku tak ingat tapi dalam 7x juga la..dalam masa 4 hari. 2x doc laki, buat kering jaa, last2 plak tu, ingatkan tak kena dah doc laki, hmmm..
OKEY. Kena tahan.

Aku di tahan di wad untuk pantauan sebab result air kencing ada masalah apa tah, waktu tu kandungan aku baru 37 minggu nak masuk 38 minggu. Maka lepaklah aku di wad tersebut, rabu malam tu aku masih ok. malam ke berapa tah aku nangis sebab rindukan abang. Huhu, tetiba rasa sunyi ja kat wad tu, padahal dalam tu 4 orang, aku ditempatkan di bilik depan. Malam kedua tu best sangat walaupun tak boleh tdo sebab ada dua orang baby baru, nangis2, terbayang-bayang baby aku nanti, hihi

Dipaksa bersalin.

Jumaat pagi, doc pakar datang melawat, tiba kat katil aku dia tanya, dah berapa minggu? 38 minggu. Ada turun tanda, xda. Ada contraction, xda. Bukaan, masih 2cm. Dengan slumbernya dia arahkan doc lain suruh masukkan ubat, nak paksa aku bersalin, katanya nak bagi kebenaran balik pun dah 38 minggu, nanti nak kena datang plak. ( klu aku tau sakit, taubat aku mintak balik waktu tu)

Dalam tengah hari aku dipanggil untuk cek laluan lagi, mungkin yang ke 5, doc perempuan, dia tanya aku, nak masuk ubat dak? Aku yang blurr2 gtau kalau boleh taknak la, yerla aku dengar masuk ubat ni lagi sakit daripada bersalin biasa, doc gtau dia nak tolong bukakan laluan secara manual. Aku yang tak tahu apa2 ni merelakan segalanya.

Dah terlalu banyak kali cek membuatkan aku rasa sakit tiap kali kena cek laluan, dan kali ni bagai nak terputus nyawa bila doc tu robek2 macam basuh ayam, ya Allah, rasa hancur kulit dan isi kat dalam, memang macam tu ka, bukaan secara manual supaya tak perlu masukkan ubat, sakit ya Allah, lepas ja dirobek robek tu, asa macam nak merangkak ja balik bilik, paksa juga jalan, bila gi toilet, ketul2 darah keluaq, darah lendir, aku dikhabarkan malam ni doc akan cek laluan lagi dan akan buat bukaan manual untuk kali kedua, fobianya aku.

Walaupun buat bukaan paksa, aku tetap xda contraction, yerla baru 38 minggu kan, malam tu sekali lagi aku dirobek, sungguh kejam doktor tu!! Katanya dia nak buat aku tak boleh tido sakit supaya aku boleh bersalin tanpa dimasukkan ubat. Sakit ya Allah… aku balik bilik, berjalan berkawad supaya cepat bukaan, pergi depan tengok iron man, x mampu sebab sakit dirobek tadi, bukan sakit nak bersalin.

Dimasukkan ubat

Malam tu aku tdo cam biasa, pepagi lg Sabtu 31/5 aku dipanggil untuk cek laluan, kali ni kalu tak salah aku doc laki. Ternyata still 2cm. mahu tak mahu terpaksa masukkan ubat, tapi yang nasukkan ubat doc perempuan. Sekali lagi aku menanggung sakit sebab ubat tu ditekan pada tempat sakit tu.
balik bilik dlam 9 lebih aku dah start sakit macam senggugut tu, makin lma makin sakit, last aku mintak nak ubt tahan sakit pelik kan, masuk ubat nak bagi sakit then masukkan ubat tahan sakit plak, hihi. Dia gtau klu letak ubat tahan sakit ni aku akan ngantuk, automatik bila ubat tu masuk aku rasa lali ja, tapi aku ingat ja suma, takda la ghaib sampai tak sedar apa, sakit tetap sakit juga. 12.30 abang datang bawa nasi ayam, aku teringin nak makan, time tu aku dah lali sangat, abang ngan mak teman sampai habis waktu rehat, petang tu mak ayah aku pun datang juga, aku dah sakit teruk, siap meraung2 lagi dalam bilik tu, tutup tirai mak ayah keliling macam dah nazak sangat, sakitttt..

ke labor room

aku genggam kuat tangan abang, gtau dia aku sakit, lapar, siap nangis2, mak suapkan aku kurma,,banyak juga aku makan, aku minum air zam2 yang abang beli, then aku muntah suma, sedih sangat tiem tu, asa hilang nikmat dunia, nak makan pun Allah tak izin dah, serius asa macam nak mati, huhu, aku mintak maaf kat suma, aku nak mntak ubat tahan sakit sebab bukaan masih 3cm, tapi sebelum gi ambik ubat tu, kena gi scan jantng baby, ternyata baby lena, jadi aku tak dibenarkan untuk ambik ubat tahan sakit untuk kali kedua. Doc cek bukaan, doc lelaki, bila cek dah 4cm, dah boleh ke labor room, tapi labor room penuh, aku ditolak balik ke katil.

Masa kat katil tu aku nangis kuat sangat, sebab sakit yang terlampau, kak pupu aku tengok aku pun dia nangis sekali, mak mertua aku cita, time tu aku x tak ingat apa dah. Bila aku dah sakit teruk nurse datang dan gtau aku dah boleh masuk labor room, waktu tu dalam kul 7-8 waktu tu, bukaan 4cm, nurse gtau 1 jam 1cm, ya Allah laamanya..

Masuk ja labor room aku gi kencing dulu sebab dah tak tahan, naik ja atas katil tu, memang dok sakit dah, nurse bagi sedut gas kalau sakit, dok sedai kat mulut aku sebab aku rasa sakit salu, aku sorang2 ja, sedap la aku nak sedut kan, tak hilang mana pun sakit, tetap sakit jugak, aku gtau aku nak berak nurse kata awai lagi ni, maksudnya aku sakit tu nak bersalin, tapi masih awal last2 aku tegas gtau nak berak, nurse cakap berak ja kat sini, huhuhuhu..

9 lebih bukaan dah 8-9cm, diorang panggil abang masuk, diorang suruh teran, ini memang lawak, lama juga aku teran tapi tak jadi2, rupanya orang teran macam teran taik, aku teran macam tahan sakit, nasib nurse tegur, adik teran macam nak berak tu,. Abang kat sebelah, bacakan doa untuk aku, usap kepala aku, terharu sangat,  doc cina tu comey ja, ayat dia gini “ bagus, bagus, sikit lagi, bagus-bagus sikit lagi” semangat aku dengar dia kata gtu. Suma support, bila aku gtau tak larat, diorang bagi kata2 semangat.

3 kali teran yang terakhir tu,

3 kali yang terakhir tu aku teran dengan sesungguh hati aku, diorang kata kalau sakit teran ja, aku pun teran tak hengat la, haha.. bila diorang kata nampak dah kepala, abang mintak nak tengok, sempat lagi nurse tu berseloroh kata rambut macam ayah dia, haha, bila dah sampai kat pintu tu, memang kebas tak rasa apa dah, keluaq2 tu aku pegang kuat tangan abang, aku tengok abang sambil kata AINUL Mardiah kita, diorang letak letak atas dada, masih terasa dan terbayang samai sekarang. bundar mata dia, diorang suruha aku nyusu, mana aku tau nak nyusu dengan keadaan dia camtu, Ainul nangis jap ja, then diam, aku kata nape dia tak nangis, terus diorang angkat dia.

Bermulalah sesi jahitan..11 lebih baru sudah. Tengah jahit tu Doc gtau anak kena tahan NICU, sedh sangat, diorang bawa Ainul, suruh aku cium dia, masa tu aku tengah kena jahit, aku cium dia, dan tulah last aku tengok dia, malam tu aku sorang tanpa Ainul..

Panjangnya cerita, insyaALLAH kalau ada masa dan rajin nanti aku akan story pasal jahitan plak, banyak lagi nak cerita, tapi slow2 la, baru nak start aktif balik.





#Ainul sekarang dah 2 bulan lebih..;-)

11 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. comel sangat muka Ainul Mardhiah binti Mohd Ezri..suka tengok mata bundar dia... bibir pun lawa.. haihhh nak cium2 jeee

Anis Zainudin said...

ya allah kak..comel nye baby ni..mata dye comel gila..haihh rase nak cubit2 je pipi dye hee.

Cik Mimie said...

Comeynye ainul..haish,serem je baca pengalaman kak naz..heee:)

IntaNBerliaN said...

Comelnya Ainul...!!

Kak ina yg baca entry ni pun rasa macam sakit... tp alhamdulillah semuanya dah selamat...

Unknown said...

Comelnya dia. Mata tu mata tu, bulat yg amat.. Lahaiii. Semoga jadi anak ygbsolehah ye Ainul Mardhiah :)

QasehnyaRania said...

oh matanya.. bundar.. like like.. :)
seram sejuk pulak bca entry ni..
bab seluk menyeluk tu la yg tak menahan..
oohh.. no.no.no..

cepat sambung tau, nk bca sblm.ciksu deliver.
kang lama pulak ciksu pulak bercuti. kikiki ..

mila said...

hehe mmg buntang btl mata anak ye...

pengalaman sy plak, bila jln dh buka mmg x rasa ape masa cek jln tu..tp masa 36w sy pernah la p spital sbb ad contraction, kena cek jln.perghh terangkat2 bontot sbb jln x bukak lagi...seriau mmg seriau hehe

Unknown said...

Nak Tanya, kat hospital alor setar. masa bersalin, suami dibenarkan berada Di sebelah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™