Isnin 2/6 sampai ja klinik tunjang aku bawa Ainul masuk,
misi klinik suruh g ambik darah untuk cek kuning, aku bawa Ainul ke bahagian ambil darah. Selesai ambil darah
Ainul nyusu, tiap kali dia nyusu terasa bahagia sebagai seorang ibu, Ainul
memang kuat nyusu. Blum pun Ainul puas nyusu, dia terpaksa di bawa untuk
berjumpa doc. Oleh sebab jauh, mak aku yang bawa Ainul.
Lama aku tunggu, last2 aku tanya misi tu mana bilik doc,
misi tu bawa aku, kebetulan juga mak aku sakit perut jadi aku yang masuk dengar
apa doc gtau, ternyata puteriku demam, doc buat surat suruh segera bawa Ainul
ke Hospital Sultanah Bahiyah. Kuning Ainul ok, just 7.5 ja.
Otw balik tu aku kol abang, abang suruh g dengan Izwan tak
perlu tunggu abang, nanti abang balik abang akan terus ke hospital, kelam kabut
aku balik, kemaskan baju Ainul dan baju aku, aku ambil Ainul untuk nyusu, Ainul
taknak nyusu dah, kat klinik tu la kali terakhir aku susukan dia. Bila teringat
asa sedih sangat. Kali ni mak mertua ngan adik ipar aku plak follow ke
hospital.
Sampai Sultanah Bahiyah tu Izwan salah masuk jalan, Izwan parking
dekat wad di raja bahagian belakang tu, agak jauh la, kerusi roda kat depan
sana, Izwan nak gi cari parking lagi, kejar masa sebab doc gtau kena gi sebelum
kul 2. Lambat sangat nak tunggu kerusi roda, aku decide untuk jalan juga,
walaupun sakit aku gagah juga demi Ainul.
Sampai ja wad NICU, aku masuk daftarkan Ainul, isi borang,
diorang ambil Ainul untuk cek berat, suhu badan. Dalam 5 minit cam tu abang
masuk, abang dh sampai sama dengan kami, punya laju abang bawa keta dari penang,
huhu.
Doc gtau Ainul kena ambil darah, lama aku tunggu, abang kuar
sbb guard suruh abang kuar padahal, ramai ja husband n wife tunggu kat dalam
tu, aku kol abang suruh masuk balik, abang masuk, aku lenguh gila duduk atas
kerusi, yerla, masa tu baru 3 hari berpantang. Aku nampak troli Ainul, aku
kenal baju kat bawah tu, rupanya misi tu salah letak baby, baby akak yang kat
depan aku ni..haish..
Dalam wad tu bising sesangat, baby2 yang kuning yang kena
tahan bawah lampu tu menangis tak berhenti, ya Allah, tak sanggup aku tengok,
kesian sangat. Bagaimana nasib anak aku. Lamanya ambil darah.
Ainul ditolak masuk bilik untuk baby2 demam, aku nampak, aku
bangun g kat misi tu, aku tanya, saya nak nyusu anak saya, aku masuk, aku
pegang Ainul, tengok tangan dia kena cucuk, ya Allah anak aku, Ainul langsung
tak nangis, aku nyusukan Ainul, banyak dia minum, lama sangat, abang gtau abang
tunggu kat luar, sebab abang kurang sihat masa tu.
Aku susukan Ainul sampai Ainul lena, pandai Ainul nyusu, aku
letakkan dia, seolah mengerti dia merengek, aku angkat dia balik, aku susukan
dia, then dia bila dia tido aku letak balik, ya Allah, berat mata memandang
berat lagi bahu memikul, sayunya hati aku Allah ja yang tahu, belum pun sempat
aku manja2 dengan dia, aku dah terpaksa berpisah, sedih sangat! Tidur aku bertemankan
air mata.
To be continue…
2 comments:
Hati seorang ibu manalah yang tak sedih bila melihat anak dia sakit. Mesti banyak penjagaankan bila anak sakit demam kuning. Semoga kuat menghadapai segala cabaran.
Allah..
Wlpn xrasai lg, rasa xsnggup je nk hdpi..
Post a Comment