Berat mata memndng berat lagi bahu memikul.. |
Selasa 3/6 aku gi tgk Ainul, bawa susu perahan untuk
Ainul, abang pimpin aku masuk dalam wad tu, jauh, slow ja aku jalan, masa aku
sampai Ainul tengah tidoq, mungkin baru lepas makan, masa tu ada 5 kesan cucuk
kat tangan Ainul, ya Allah. Apa depa buat kat anak aku. Ainul blom sampai
seminggu dah kena cucuk camtu, dia merengek ja, tak jaga pun aku dukung dia,
aku panggil nama dia, dia hnya meremgek, ainul tak susu hari tu, mungkin dia dah kenyang. Puas aku cover air mata dok bergenang dah. Elok ja aku letak
dia, dia merengek seolah tahu aku nak tinggalkan dia.
Rabu 4/6 abang tak bagi aku p, abang kata biar aku berehat,
selang2 kalau nak p, sebab aku masih baru, abang ja p, hantar susu, hantar
pampers, abang tak masuk sebab abang tak sihat, abang tgk dari luar ja, bila
aku tanya abang kata Ainul ok, tak nangis.
Khamis 5/6 aku tak g juga, abang
demam, makin teruk, abang gagah juga gi hantar susu untuk Ainul, tu pun g
dengan ayah. Ok, aku tekad hari Jumaat aku akan gi tgk Ainul. Sejak 28/5 lagi
abang dah tak sihat sebab ulang-alik hari-hari dari penang. Balik keja tengari
terus g kat aku, then balik umah, ptg datang plak, kesian abang. Sampai demam2..
Jumaat 6/6 walaupun dalam keadaan
letih abang gagah juga bawa aku gi hospital untuk tengok Ainul, abang tahu aku
rindu, tiap2 malam tidur bertemankan air mata, teringat macam mana keadaan Ainul
kat sana. Aku nangis dalam diam, tutup ja lampu, meleleh air mata, siang2 aku
hepi cara aku la, padahal dalam hati Allah ja yang tahu betapa terseksanya aku
menanggung rindu.
Semangat aku nak gi tengok Ainul sampai tak rasa sakit
langsung. Cerdas dari hari2 biasa. hepi!!
Sampai ja hospital, macam biasa
abang akan suruh aku tunggu dalam kereta sementara abang gi ambik kerusi roda,
abang datang kata aku dengan muka masam, abang gtau hari ni xda kerusi roda,
cuti am, means Jumaat Sabtu xda perkhidmatan kerusi roda, KENAPA???
Nak jalan jauh, aku memang tak
mampu nak jalan jauh, abang gtau camna nak buat, b tu tak boleh nak jalan jauh,
air mata aku dah meramu dah, bayangkan kita dah sampai dekat hospital dah ni,
tapi tak boleh nak tengok, dah 3 hari termasuk hari tu. Ya Allah, berat sangat
dugaan ni, abang suruh aku tunggu kat bawah, abang naik bagi susu. Aku kat
bawah ni, air mata tak boleh nak stop dah, meleleh sediaa, lantak la orang nak
tgk. Guard tu tgk ja aku, haa, macam nak tanya, kenapa tak buat perkhidmatan
kerusi roda, saya tak boleh tgk anak saya tau! Tapi aku malas dah, xda
semangat, hanya air mata ja menceritakan segala-galanya.
Abang datang kat aku, gtau pampers
habis, abang ambik pampers gi hantar plak, kesian abang, jauh juga la nak jalan
tu. Abang datang, aku tnya anak camna, abang kata macam dia la, tak nangis pun,
baikk. Atas kereta tu makin laju air mata bila tengok bangunan hospital, dalam
hati ashik kata, ketentuan Allah, walaupun dah sampai tapi Allah tak izin untuk
kita jumpa, kita tetap xkan jumpa. Abang risau tengok keadaan aku camtu, yerla,
orang dalam pantang mana boleh fikir banyak, memang aku termenung jauh,
rindunya Allah ja yg tahu, abang ashik panggil aku, takut aku melayang makin
jauh.
To be continue…
3 comments:
Assalamualaikum dik Nazirah..bnyk jgk rintangan yg adik alami saat melahirkan Ainul..Alhamdulillah adik tetap tabah menghadapinyer smpailah skrg...
Assalamualaikum nazirah. banyak ke jahit bawah tu? alhamdullilah, ainul pun dah ok kan.. tapi memang sedih kalau berjauhan dengan anak2. sheila faham perasaan awak tu..
Ujian yang berat juga untuk seorang ibu dengan anaknya. Tapi Allah tahu awak mampu menghadapinya.
Post a Comment