4 March 2014

Rentetan kisah semalam

klik banner


Salam, pertama kali, minta maaf pasal senarai peserta tu, TERpublish plak, line tengah lembap kan, bila tertekan publish pun tak tau la.. hadoii. Sajala tengah rajin nak ngedit, nnt kalau dah banyak susah plak, update sikit2 letak dalam draft..( bajet macam ramai lagi ja nak join kn, hihi)

Pasal thesis dan praktikal yang buat kepala aku jadi serabut tu, satu dah selesai, alhamdulillah, dengan gigihnya tadi sebelum kul 2 aku dah tunggu kat depan pejabat alumni untuk jumpa pegawai praktikal. Dalam 2.15 camtu akak tu masuk. Aku pun gtau  la masalah aku, then akak tu cakap just bagi borang kat CUIC untuk confirm dulu tempat praktikal. Aku pun dengan terkedek kedek menghayunkan langkah kaki ke bangunan CUIC di seberang jalan sana.

Sampai ja sana, jumpa pegawai tu, aku gtau la, borang aku hantar dulu HQ punya alamat, yang ni alamat Alor Setar, kerani tu gtau ok, nanti dalam minggu depan diorang akan post surat permohonan ke tempat praktikal dan minggu depan satu lagi aku boleh follow up dengan company tersebut, lapangnya dada aku dengar semua tu. Cumanya skang aku tak dapat nak isi resume dalam portal ja, dia tulis aku belum mendaftar praktikal, mungkin pegawai tu tak key in lagi data aku, think +v k, hihi.

Skang ni tinggal tesis ja, aku dah jumpa penyelia tesis aku kelmarin, dan tunjukkan aku punya tajuk, dia reject sebab dia nak aku buat KUANTI, yang SPSS bagai tu, kes tu la aku pening pala kelmarin, aku nk buat yang senang, KUALI, just rujuk secondary reference, lec tu nak juga aku buat KUANTI, maka dengan itu aku kena fikir tajuk lain dan itu buat aku jadi sangat serabut, hari ni xpa, asa tenang sikit.

Dalam masa yang sama terima berita dari abang, abang dapat panggilan kerja, alhamdulillah, syukur atas rezeki yg Allah bagi, moga aku kuat untuk hadapi hari2 berikutnya sepanjang abang di tempat kerja, amin…;-)

5 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. semoga dipermudahkan urusan kamu dan suami ye.. jaga diri baik-baik ~~~

Farah Waheda Wahid said...

nazirah memang iron lady, preggy, study, blogging...akak kagum dengan nazirah..keep it up girl...

Mardiah Diana said...

Assalamualaikum dan salam singgah sini dik Nazirah...kagum akak dengan adik...semua pun adik buat..akak doakan semoga adik dan suami di permudahkan segalanya..

Ayue Idris said...

pehh..iron lady sungguh..tabik spring laaaa..moge dipermudahkan ye..amennnn

QasehnyaRania said...

good luck zirah. u can do it.yg penting jaga diri tau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™