Salam Jumaat semua, alhamdulillah masih bernafas di bumi
Nya. Berita baik yang aku dapat pagi ni adalah daripada blogger kesayangan
ramai iaitu kak Ina ( IntaNBerlian ). Haaa apa berita gembiranya, rupanya entry
muntah2 loya2 sebelum ni adalah petanda kak Ina kita berbadan dua, wahhh,
hepinya..;-) Harapan kak Ina moga kali ni dia dapat baby boy plak, supaya nanti
ada yang akan jaga si comel Alisha dan si cute Aqilah, ;-)
Tapi itu keputusan blom rasmi lagi tau, kak Ina baru test
guna UPT, blom gi klinik confirm lagi, apa pun sama2 kita doakan yang terbaik
untuk kak Ina..;-)
Di kesempatan ini mari juga kita doakan untuk blogger
kesayangan ramai Cik su (Lobak Susue) moga dia dimurahkan rezeki untuk menimang
cahaya mata, amin..
Setuju sangat dengan pendapat kak Ina melalui entry INI,
berkat Doa tau, jujur aku akui, dalam menulis aku juga ada selitkan doa moga2
aku jua diberi peluang untuk merasai adanya zuriat sendiri, untuk merasai
bagaimana rasanya mengandung, dan alhamdulillah, berkat doa yang aku tulis dalam
blog ni, dibaca dan di aminkan oleh blogger2 yang sudi berkunjung ke blog aku,
Allah makbulkan doa aku, syukur sangat, jadi jangan putus asa untuk berdoa,
sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita…Yakin padaNya, insyaAllah..
4 comments:
Tahniah kepada sis Ina
fae pun ada baca entri kak ina pasal dia pregnant :D
mudahan cik su dikurniakan rezeki zuriat tahun 2014 ne Aamiin
Assalamualaikum awak, sheila pun baru baca blog kak intan. alhamdullilah murah rezeki dia. awakk, due awal bila? macam saing2 je kita terbaca awak kata dah preggy 5 bulan. hehehe
alhamdulillah.
tima kasih dik.. aamiin
Post a Comment