24 January 2014

Berita Baik Dari Rakan Blogger

Salam Jumaat semua, alhamdulillah masih bernafas di bumi Nya. Berita baik yang aku dapat pagi ni adalah daripada blogger kesayangan ramai iaitu kak Ina ( IntaNBerlian ). Haaa apa berita gembiranya, rupanya entry muntah2 loya2 sebelum ni adalah petanda kak Ina kita berbadan dua, wahhh, hepinya..;-) Harapan kak Ina moga kali ni dia dapat baby boy plak, supaya nanti ada yang akan jaga si comel Alisha dan si cute Aqilah, ;-)

Tapi itu keputusan blom rasmi lagi tau, kak Ina baru test guna UPT, blom gi klinik confirm lagi, apa pun sama2 kita doakan yang terbaik untuk kak Ina..;-)

Di kesempatan ini mari juga kita doakan untuk blogger kesayangan ramai Cik su (Lobak Susue) moga dia dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata, amin..


Setuju sangat dengan pendapat kak Ina melalui entry INI, berkat Doa tau, jujur aku akui, dalam menulis aku juga ada selitkan doa moga2 aku jua diberi peluang untuk merasai adanya zuriat sendiri, untuk merasai bagaimana rasanya mengandung, dan alhamdulillah, berkat doa yang aku tulis dalam blog ni, dibaca dan di aminkan oleh blogger2 yang sudi berkunjung ke blog aku, Allah makbulkan doa aku, syukur sangat, jadi jangan putus asa untuk berdoa, sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita…Yakin padaNya, insyaAllah..

4 comments:

  1. fae pun ada baca entri kak ina pasal dia pregnant :D

    mudahan cik su dikurniakan rezeki zuriat tahun 2014 ne Aamiin

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum awak, sheila pun baru baca blog kak intan. alhamdullilah murah rezeki dia. awakk, due awal bila? macam saing2 je kita terbaca awak kata dah preggy 5 bulan. hehehe

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.
    tima kasih dik.. aamiin

    ReplyDelete