Bulan ni seperti biasa, tapi aku dah prepare awal2.. malam aku rasa kurang selesa, dan sakit yg non stop, aku terus makan ubat, sampai ke pagi aku masih terasa keadaan tu, salunya tanda2 tu 2,3 hari sekali ja sebelum cik p datang...
Keesokannya 18 April, pagi, yes ternyata cik p datang, tapi aku takda la teruk sangat sbb aku dah stanby makan ubat malam tu.. aku perlu g klas, sbb dah 3 kali aku ponteng, 1st aku sakit kepala yg teramat, 2nd, cik p datang aku makan ubat lewat, 3rd masa mak sedara aku meninggal, suma kena kelas tu, pagi..kiranya 2 kali la aku xda surat, kalau aku tak p juga kelmarin maksudnya dah 3x, taknak aku, aku makan ubat sekali lagi dan aku gagahkan diri untuk pergi...huhu
930am-11am, 11am-1230pm, alhamdulillah aku mampu bertahan, balik tu tanpa dirancang aku n kakmas boleh plak tahan bas mara g changlun, dalam keadaan aku yg tengah sakit tu, haha, macam2 kan, sampai sana aku beli ubat lagi, makan ubat lagi sbb aku takut aku tak dapat bertahan, then kami g makan, pastu masuk c-mart beli barang, dalam sakit tu aku berjaya dapatkan apa yang aku nak sangat beli selama ni iaitu fabric starch!! ni haaa, imej aku curik dari google..
Banyak juga la aku beli, habis kat rm50 lebih juga termasuk tambang bas n makan, setelah hampir 3 jam, aku terasa sakit lagi, letih yang teramat aku duduk dan makan ubat lagi, penguat sementara nak sampai bilik, lintas ja jalan tengok bas dah jalan, kecewanya, alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami, ada sorang pakcik tanya nak balik UUM ka, kami jawab ya, jom rm3 sorang, tunggu lagi, dari nak tunggu bas lagi sejam baik aku naik ja keta pakcik tu, rm1 jer pun beza, tambang bas rm2. memang aku dah letih sangat, tu la degil tak dengar kata abang, abang cakap balik kelas suruh aku tdo, rehat, aku plak boleh gagah p changlun, memang carik pasal la.. balik tu aku mandi n terus tdo, lama sangat aku tdo...huhu
Malam tu sekali g aku sakit, tapi sakit gitu juga la, kul 2 aku baring 3.45 aku tak tdo lagi, tergolek sini tergolek sana, roomate aku dah lama tdo, mungkin sebab aku tak selesa kot sebab dok sakit perut, skang ni dok terasa lagi tapi tak teruk la, rasa gitu2 ja.. kalau dulu masa aku amalkan ubat klinik yg warna biru tu, aku sakit, makan nasi, makan ubat, tdo, dalam sejam o dua jam camtu aku bangun terus hilang sakit tu, tak rasa apa, lenguh ka, kejang ka, tak langsung, asa sihat ja, atas nasihat seseorang aku dah stop makan ubat tu, n skang aku ambik panadol ni....
google. |
Emm, badan aku plak yang teruk, yerla, satu hari sampai 3-4 biji kena telan, rosak badan tau, huhu, entah la, aku dok rancang nak berubat kampung, nak p berurut plak, setiap bulan aku jadi fobia bila cik p datang, asa kelam ja dunia, 1 hari aku bazir kat tempat tidur ja, langsung tak boleh nak buat aktiviti apa, nak kena kirim makan kat orang, ishhhh, sampai bila aku nak nyusahkan orang?? setiap penyakit ada penawarnya, aku akan ikhtiar sampai sembuh, insyaAllah.....
Nak tahu teuk tak klu aku tak makan ubat, boleh baca SINI..
No comments:
Post a Comment