26 January 2013

CERITA AKU HARI INI~

Haaa, bila tengah malam mula la nak bercerita tentang aktiviti hari ni, pagi tadi pepagi lagi mak dah pergi tempat kenduri, aku plak bangun, kemas dapur, basuh pinggan, buat nasi goreng dekat adik n aku, untuk abang? Abang tak sarapan pagi, hihi. Then alang2 kat dapur dah, aku terus la masak nasi untuk tengah hari, mak selalunya balik petang klau g tempat kenduri ni, jadi mentara, selesai semua kerja, aku layan Hindustan dengan abang, MAIN  HOON NA, Shahrukh Khan,ngee~, memang tak lepas la..

Aku goreng kentang segera, ala2 wedges kat kfc tu, then goreng daging burger, layan Hindustan sambil makan, adik plak buat kerja sekolah dia.

Aktiviti petangnya main badminton dengan abang, hihihi, aku dah makin cekap n pandai tau main badminton. Dah dok training dengan abang, tu yang jadi makin pandai tu..;-)

Malam ni sorang2 la, abang g dengar ceramah dengan kawan dia, maghrib tadi kawan dia dah sampai, solat kat umah sini dengan abang, dia datang ambik abang, ala, kawan abang; EIN bakal pengantin dalam kad comey tu la. Umur ja muda tapi matured orangnya, kalau tak takkan dia boleh kawan dengan abang yang 6 tahun lebih tua dari dia, dulu waktu keluar sekali sempatla aku interview dia, dia memang kawan dengan abang n kawan2 abang dari dulu lagi, sebab tu dia nampak matured.

Sekarang abang tak balik lagi, mungkin singgah lepak2 dulu kot, mak, ayah n adik dah lama tido, aku kat depan tv layan cerekarama, “ anak sampah”. Best juga la cerita ni.

Ok la kat sini ja aku nak tulis, nanti bila dah tua, anak aku baca blog ni, baru dia tau yang malam2 ni la kerja  ibu dia bila ayah takdak kat umah, layan laptop n layan tv sorang2..hihi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™